Ikan merupakan sumber terbaik bagi mendapatkan asid lemak omega-3. Omega-3 amat bagus untuk menurunkan tekanan darah selain menurunkan risiko strok dan kegagalan fungsi hati. Menurut Mayo Clinic, omega-3 juga sangat baik untuk mengurangkan ketidakseimbangan kadar degupan jantung selain meningkatkan fungsi otak berkembang bagi kanak-kanak.
Selain kepentingan nutrisi di atas ke atas kesihatan, kajian juga menunjukkan memakan ikan mampu menyelamatkan daya penglihatan, mengurangkan risiko asma, melindungi kulit anda daripada sinaran UV dan mengurangkan risiko rheumatoid arthritis.
Ads
Tanyalah kepada pemancing di luar sana, merasai tentangan ikan di hujung tali pancing cukup untuk membuang segala tekanan dan keserabutan dalam kepala. Menurut Frank Peterson, presiden dan CEO kepada Recreational Boating and Fishing Foundation, “Memancing merupakan satu aktiviti yang mengurangkan tekanan dan dalam masa yang sama menimbulkan rasa keseronokan”.
Menurut data Recreational Boating and Fishing Foundation dan Outdoor Foundation, 9% warga Amerika berkira-kira untuk mencuba sukan memancing di mana 38% daripada jumlah itu berminat oleh kerana mahu mengurangkan tekanan atau stress sama ada tekanan daripada segi mental atau fizikal.
Ads
Ads
Kombinasi melakukan aktiviti yang santai dan senaman ringkas juga membantu kepada mereka yang mengalami PTSD (post traumatic stress disorder). Satu kajian pada tahun 2009 menunjukkan aktiviti memancing dapat mengurangkan simptom PTSD dan meningkatkan mood bagi mereka yang mengalami kecelaruan.
Selepas tiga hari melakukan aktiviti flyfishing, laporan menunjukkan pengurangan sebanyak 32% rasa bersalah dan 43% rasa kemarahan. Perasaan takut juga menurun sebanyak 30% dan 36% perasaan kesedihan menurun. Kesan positif ini kekal sehingga lebih sebulan selepas mereka menjalani terapi memancing ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Puasa merupakan suatu ibadah amaliah dan badaniah yang mempunyai banyak keistimewaan dan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan umat Islam sejagat.
Turunnya Al-Quran
Bulan Ramadan adalah bulan turunnya Al-Quran yang menjadi petunjuk dan pedoman hidup bagi umat manusia.
Malah Al-Quran juga adalah benteng antara perkara yang baik dan yang batil.
Firman Allah s.w.t. Ertinya: “Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan serta sebagai pembeza antara yang hak dan yang batil.” (Al-Baqarah:185)
Bulan Ramadan telah dipilih oleh Allah untuk berlakunya perang Badar. Dalam peperangan itu bermulanya keruntuhan jahiliah dan tertegaklah Islam melalui kalimah Allah dan pada
bulan ini juga umat Islam dapat menakluki Kota Makkah dari kaum Musyrikin sehingga dapat mengubah akidah Jahiliah kepada akidah Islam.
Inilah suatu keberkatan yang dikurniakan Allah dalam bulan Ramadan.
Menghapus dosa
Ibadah puasa dapat mendidik rohani dan jasmani sehingga dapat membersihkan hati dan jiwa daripada segala perkara yang tidak baik dan sia-sia.
Justeru disamping itu dapat membersihkan hati dan jiwa lantaran puasa yang dikerjakan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, nescaya diampuni Allah segala dosa yang lalu.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Siapa yang puasa pada bulan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan Allah akan diampuni segala dosanya yang lalu.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)
Bulan Ramadan merupakan bulan latihan dan kesedaran manusia terhadap segala kesalahan dan dosa-dosa yang lalu agar diterima segala doa dan taubatnya oleh Allah SWT.
Jadi puasa dapat menjadi kaffarah bagi muslimin dan muslimat untuk menghapuskan segala kesalahan selagi tidak melakukan dosa besar.
Dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka
Sepanjang bulan Ramadan Allah SWT dengan PemurahNya memberi jaminan yang penuh keistimewaan kepada umat Islam iaitu dibukanya pintu-pintu syurga sebagai ganjaran dan balasan nikmat.
Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Pada bulan itu ditutup pintu-pintu neraka, dibuka pintu-pintu syurga dan dibelenggu syaitan-syaitan.”
Sabdanya lagi, dan seorang malaikat berseru: “Hai pecinta kebaikan,bergembiralah. Hai pecinta kejahatan, nantilah sampai Ramadan berakhir.” (HR. Ahmad dan Nasa’i)
Pada bulan Ramadhan Allah SWT telah membuka semua pintu syurga sebagai rahmat dan ganjaran yang amat besar bagi umat Islam yang ikhlas berpuasa.
Allah SWT juga menutup segala pintu neraka sebagai jaminan dijauhkan atau tidak dikenakan azab neraka bagi orang puasa kerana mengharapkan keredhaan Allah.
Begitu juga dengan syaitan, Allah telah membelenggu mereka daripada menghasut dan menghalang umat Islam daripada mengerjakan puasa.
Perisai diri
Orang yang berpuasa kerana iman dan takwa sudah pasti dapat menjaga dan memelihara dirinya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Malah puasa juga dapat mengawal lisan manusia dari mengeluarkan kata-kata kesat, lucah dan sia-sia yang dibenci oleh syarak.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Allah SWT berfirman: ’Semua amalan manusia untuk dirinya, kecuali puasa, maka itu adalah untukKu dan Aku akan memberinya ganjaran.
Dan puasa itu merupakan banteng (perisai),maka ketika datang saat berpuasa, janganlah seseorang kamu berkata keji, berteriak-teriak, mencaci maki.
’Seandainya dicaci oleh seseorang atau diajak berkelahi hendaklah dijawabnya ‘Aku ini berpuasa dua kali. ’Demi Tuhan yang nyawa Muhammad di tanganNya, bau mulut orang
yang berpuasa itu lebih harum dari kasturi did sisi Allah di hari kiamat. Dan orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan yang menyenangkan hati. Di kala berbuka
ia akan gembira dengan berbuka itu dan di saat ia menemui Tuhannya, ia akan bergembira kerana puasanya itu.” (HR.Ahmad,Muslim dan Nasa’i)
Mengendali nafsu
Islam sentiasa mengajar umatnya berhati-hati dengan mengawal diri dari dipengaruhi dan dibelenggu oleh desakan hawa nafsu yang boleh merosakkan martabat dan maruah diri.
Dengan melaksanakan ibadah puasa selain dapat menguatkan iman,dapat pula sesesorang itu menjaga dan memelihara pujukan dan rungutan hawa nafsu. Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Hai pemuda barangsiapa yang mempunyai kesanggupan hendaklah ia berkahwin, kerana itu lebih dapat mengendalikan pandangan mata dan lebih dapat membentengi kehormatan.
Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa dapat mengendurkan syahwat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya puasa dapat membebaskan roh manusia dari cengkaman hawa nafsu yang menguasai jasmaninya menuju sasaran penyucian diri dan kebahagian abadi.
Sedikit perkongsian untuk rakan-rakan yang pernah guna khidmat saya untuk trip menyandat sotong dan untuk rujukan kepada semua tekong yang ada khidmat bot sewa untuk candat sotong.
Sejak kebelakangan ini ramai anglers yang komplen pasal tekong bawa balik hasil candat dia semua. Kepada angler yang pernah guna khidmat saya sebaga tekong candat sotong perairan Mersing.
Inilah antara hasil dari 4 jam masa yang saya minta kat korang sotong yang saya mancing sendiri untuk saya bawa balik. Semua ni untuk kemudahan korang yang keras kepala dari awal tekong dah bagitau setting untuk set candat tapi korang buat tak tau je apa yang saya sarankan.
`Abang guna semua ke!?’ Saya senyum je bila angler tanya begitu. Jawapanya, sebab inilah saya bawa banyak rod untuk angler yang nak candat tapi tak ikut set up yg betul. So saya bagi pakai rod yang saya bawa sememangnya khas untuk menyandat. Baru korang tau perbezaan antara set up bottom korang guna untuk nyandat dengan set up sotong yang betul.
Organizer dah bagitau tekong suruh siapkan set up candat begini begitu dan jenis candat yang killer nak mampus jenis apa nak guna. Tapi buat jugak. Yes, saya paham ni semua melibatkan kos yang tinggi. Sebab tu la saya minta izin dengan korang untuk saya bawa balik hasil candat yang saya pancing sendiri.
Saya beli candat dan rod saya bawa dalam bot untuk kegunaan angler yang tak ikut set up yang saya beritahu. INILAH DIA 4 JAM YANG SAYA MINTA KAT KORANG TU TUJUANNYA UNTUK APA… UNTUK ANGLERS BUKAN UTK DIRI SENDIRI.
Syukur Alhamdulillah buat masa ni belum ada lagi customer tak berpuas hati dengan `masa 4 jam tu’ sebab saya menyandat dari petang hingga tengah malam. Kadang-kadang letih punya pasal sampai tertidur dibuatnya untuk saya usaha dapatkan tambahan hasil bagi korang bawa balik.
Saya buat 1 contoh… tekong makan gaji RM 200 1 trip. Oleh kerana nak bantu anglers candat dia putus 3 biji x rm35 = RM105. Baki gaji RM95. Matilanak tekong nak tanggung kerugian tu semua. Bila tekong tak mancing korang komplen tekong malas. Bila tekong rajin nyandat korang bising tekong bawa balik lagi banyak dari angler.
Merah mata anglers tengok hasil tekong tu.. apa sebab? Sebab korang tak nak ikut apa yang tekong ajarkan. Ia tanggungjawab saya bawa korang nyandat dan tunjukkan teknik yang betul (tekong siap buat tutorial dalam bot sekali dengan strike) tapi tetap korang tak nak ikut. Sotong ada tapi korang tak dapat ambik. Asyik tekong je strike. Hasil nak banyak tapi MALAS!!!
Saya dalam bot memang kuat bebel kat customer suruh nyandat supaya korang balik nanti tak la kecewa dengan hasil setelah dibagi sama rata dengan ahli group. Saya bantu sekadar mana yang saya mampu sahaja.
Kesimpulannya, antara tekong dan penyewa mesti ada 1 perbincangan dan persetujuan agar tidak ada konflik selepas trip. Kalau perbincangan yang dibuat tidak dapat persetujuan dari penyewa tekong terpaksa akur.
So tekong boleh gantung joran dan beri servis yang terbaik kepada penyewa tanpa memancing pada trip tu. Biar penyewa usahakan sendiri. Berikan tunjuk ajar yang betul untuk nyandat. Lepas dah tanggungjawab tekong masa tu.
Tidak kira dalam apa jenis pancingan pun, konsep tangkap dan lepas atau CnR dianggap sebagai kayu pengukur level kematangan seorang pemancing. Ia selari dengan konsep sebenar sportfishing iaitu memancing untuk sukan, bukannya untuk makan. Apa pandangan korang?
“Itu bukan matang… tapi menyeksa binatang! Kalau tak nak makan jangan pancing. Ikan bukan dijadikan semata-mata untuk keseronokan.”
– Hakim Hashim
“Tak boleh admin… bagi saya salah. Sebab kita memancing ikan kerana tiada niat untuk makan. Tangkap ikan sekadar kepuasan tetapi perbuatan itu menyakitkan mulut ikan. Saya tak setuju dengan perbuatan menyeksa haiwan demi kepentingan diri sendiri.”
– Mija Caster
“Memancing diibaratkan seperti memburu. Admin pernah ke tengok pergi memburu… tembak rusa ke ayam hutan ke, kemudian diorang lepaskan balik binatang tu? Gila namanya kalau diorang buat macam tu.”
– Hafizuliz Limbats
“Yang betoinya… yang sakit tu lepas balik. Yang elok tu bawak balik makan atau juai. Ini baru pemancing yang matang namanya.”
– Nor Hissam Kamal Mustafa
“Umpama kata pepatah…. Pb di lombong ditangkap lepas, sebarau di sungai mati dalam kuali. Itulah karakter pemancing matang dan mengong.”
– M Shahrul M Sabar
“Ikan rare dan dah nak pupus semua lepas balik. Ikan yang boleh tapau pun ambik 1-2 cukup sekadar buat lauk skali.”
– Weslley Melina
“Aku mancing niat nak buat lauk. Tapi kalo nampk ikan tu kecik kurus aku lepas la. Kalo ikan telan mata kail aku tak lepas nant dia mati so ambik buat lauk. Matang ke tak cannot brain!”
– Ku Arra IzZara
“Entah le min… aku kalo ikan bleh makan aku sapu je bawak balik… tp kalo dapat buntal ngan ikan bandaraya memang melayang balik dia ke air.
– Zainizam Zainuddin
“What? Ikan elok atau ikan sakit semua hantam bawa balik rumah… sebab selalu menbangau kerja saya.”
– Munusam Ravve Ravee
“Nak lepas balik? Nak target haruan pun payah… gewang dah banyak… tapi tak menjadi. Mungkin juga aku tak pandai casting.”
– Mohamad Azman
“Saya pilih jenis ikan jugak… tapi saya tak bunuh ikan tu kalau tak makan.”
– Angler Baru
“Pemancing pun ada yang matang, ada yang tak matang arr… macam-macam ada kat hangpa.”
– Rol Dasuka Nizam
“Kalau saya… saya tengok ikan tu dulu min, kalau ada gigi saya ambil… kalau xde gigi say tak ambil. Takut ikan tu terlebih matang faktor usia.”
– Mohd Yussof
“Tahap kematangan yang paling baik ialah matang-matang tanpa hangus… daging ikan tu masih ada jus (aku cerita pasal pari bakar min).”
– Ammar Huffaz
“Ikan yang tak bleh makan atau yang hampir pupus tu boleh la lepas balik admin oiii…. Hobi tu memang laa hobi… tapi kalau dah dapat ikan tu kira rezeki laa.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...