
POPULARITI ikan patin sebagai ikan hidangan memang tidak dapat dinafikan. Negeri Pahang amnya memang cukup terkenal dengan patin masak tempoyak, sehinggakan jika berkunjung ke restoran @ kedai-kedai makan di negeri berkenaan, ikan berkenaan pasti ada sebagai salah satu menu.
Selain hidangan popular tersebut, patin sebenarnya boleh dimasak dengan pelbagai jenis menu lagi. Antara yang boleh anda dan patut cuba adalah patin masak tempoyak panggang.
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan patin segar | dibersihkan dan direndam dalam air beras selama 10 – 15 minit
- 5 sudu makan tempoyak
- 10 biji cili padi | dikisar
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
- 1 helai daun limau purut
- 1 helai daun kunyit | dihiris
- 1 helai daun pisang | dibersihkan
- Kertas aluminium (aluminium foil) secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara Penyediaan:
- Sapukan ikan patin yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit sehingga rata. Perapkan selama lima hingga 10 minit.
- Kemudian letakkan ikan patin di atas daun pisang yang dialas dengan kertas aluminium.
- Seterusnya masukkan tempoyak ke dalam bancuhan serbuk kunyit dan garam tadi.
- Setelah itu masukkan gula dan cili kisar. Kacau sebati.
- Setelah itu lumurkan pada ikan. Sapu rata.
- Kemudian letakkan bunga kantan, daun limau purut dan hirisan daun kunyit.
- Akhir sekali, bungkus ikan dengan kemas dan panggang menggunakan kuali kalis lekat sehingga masak.
Perkara terbaik dilakukan pada pagi raya

.
Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.”
Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.
⇒ Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
⇒ Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
⇒ Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
⇒ Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
⇒ Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
⇒ Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.
⇒ Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
⇒ Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
⇒ Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
⇒ Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
⇒ Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.
Sifat Buruk Pemancing Yang Wajib Dihindari

Berlagak Bodoh Sombong
Biarpun berapa puluh tahun anda memancing dan seberapa banyak pengalaman yang anda, janganlah jadi pemancing yang bodoh sombong atau berlagak pandai! Ini amat penting terutama bila anda meneroka lubuk baru. Sentiasalah bertanyakan mereka yang arif dengan kawasan tersebut dan kaji dahulu lokasi memancing anda untuk mengelakkan kes membangau sehari suntuk!
Mudah Kelam-kabut
Kalau kot ye pun teruja nak memancing elakkan dari menjadi seorang yang kelam-kabut. Bukannya apa, bila terjadinya kes-kes kelam-kabut ni pasti ada saja masalah yang akan terjadi. Tertinggal set pancinglah, ikan rabutlah dan yang paling teruk berpotensi untuk ditimpa kecederaan sewaktu memancing. Jadilah seorang pemancing yang sentiasa bertenang dan rancanglah sebaik mungkin perjalanan sebelum anda keluar memancing.
Dengki tak bertempat
Kes kaki pancing cemburu ni mesti banyak kali terjadi di kalangan kita. Pantang je tengok orang tarik ikan mesti ada 1 atau 2 orang yang jenis tak senang duduk bila tengok orang strike. Time tu jugaklah dia nak pindah duduk kat kawasan orang yang dapat ikan tu. Haihh, kalau boleh, jadilah pemancing yang sentiasa percaya pada rezeki sendiri. Janganlah dek kerana sikap tamak dan cemburu tu anda dibenci pemancing lain.
Set Peralatan Tak Sepadan
Biasa terjadi bila memancing dapat sambaran tetapi ikan susah nak mengena. Adakah anda kaji semula mengapa perkara itu terjadi? Besar kemungkinan ia datang daripada pemilihan peralatan yang salah. Jadi sebagai pemancing, anda harus tahu apa spesies ikan sasaran anda. Jadi dari sini anda boleh menentukan peralatan apa yang sesuai untuk anda gunakan. Sebagai contoh, janganlah nak pancing layaran guna mata kail udang pulak nanti.
Betul Ke Tasik Kenyir Sudah Ketandusan Ikan?

30 tahun dahulu, Tasik Kenyir merupakan destinasi memancing nombor satu negara dan boleh dianggap sebagai syurga memancing.
Sebut saja ikan sungai pegunungan yang anda ingin pancing dari kelah, tengas, sebarau, toman atau kelisa… semuanya boleh dicari dan peluang untuk anda pulang dengan tangan teramatlah rendah. Hari ini, cukup banyak grup memancing yang memasuki sungai-sungai di Tasik Kenyir pulang dengan tangan kosong.
Jangan kata kelah, tengas atau sebarau… malah untuk mencari lampam bagi menjadikan umpan toman sekalipun hampir tidak kesampaian.
Apa sebenarnya yang berlaku di Tasik Kenyir dan ke mana semua ikan-ikan ini menghilang? Kita bukan nak menuduh siapa-siapa tetapi sebagai pemancing, adakah kita turut sama menjadi penyumbang kepada kemerosoton sumber di Tasik Kenyir dengan tangkapan berlebihan?
“Ikan bukanlah dah pupus cuma berkurang je. Baru-baru ini saya ada juga pemancing duk up status susun-susun ikan sebarau pelbagai saiz hasil casting tanpa segan silu. Kalau dulu dah lama kena kecam. Bila cerita pasal conservation atau ikan pupus terus tunding jari salahkan geng-geng jaring. Tapau tu tak salah… size limit, bag limit dan selected harvest tu kan ciri-ciri tapau jugak.”
- Kapten Lisut
“Ikan di tasik sekarang bermusim. Jadi pandai-pandailah cari masa yang sesuai. Memang keadaan ikan di tasik jauh berkurangan berbanding dulu. Keadaan ini berlaku setelah wujudnya siakap di Tasik Kenyir. Ditambah pula dengan nelayan tasik semakin ramai.”
- Meli Kenyir
“Bagi saya sebagai anak jati Tasik Kenyir banyak perkara yang boleh menjadi punca. Antaranya melibatkan pihak atasan, tiada amalan catch and release, aktiviti pukat oleh yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak dan banyak lagi. Tak mustahil dalam tempoh beberapa tahun akan datang, Tasik Kenyir hanya tinggal sejarah saja.”
- Ashraff Azahar
“Tiada kawalan rapi dan penguatkuasaan. Nama je taman negara tapi dalam kawasan taman negara tu jugak orang bebas memburu atau memancing untuk tujuan komersial. Dulu tak kira musim sebarau merata-rata tapi sekarang kumpau yang merata-rata. Tak tahu kenapa teruk sangat pengurusan Tasik Kenyir sekarang?”
- Xazi Roslan
“Terlalu banyak aktiviti menjaring ikan tanpa kawalan. Sepatutnya ditetapkan musim menangkap ikan sama seperti memburu rusa dan kijang.Barulah ikan dapat membiak dengan bebas.”
- Zainuddin Ibrahim
“Pernah memancing di sana dan melihat sendiri tekong bot yang cari kelah dan seludup jual keluar. Boathouse mana biarlah rahsia. Kalau berterus terang nanti jawabnya kena blacklist terus dari masuk Kenyir.”
- Faizal Sudin
“Mana nak ada ikan kalau asyik menjaring. Dan kerajaan pulak kenalah lepaskan benih ikan banyak-banyak. Sungai Pahang walaupun banyak nelayan menjaring tetapi hulu sungainya masih terkawal. Ini semua hulu sungai kat Tasik Kenyir dah hancur.”
- Sylo Abni
“Tak ada saiz limit ikan apa yang patut ditapau. Kecik besar semua angkut tak sempat ikan tu nak bertelur atau membesar. Lama memang habis la ikan.”
- Ewan Speedcast
“Hehehe… status tanah di Tasik Kenyir milik kerajaan atau rezab tanah simpanan lagi ke? Aku tanya ni pasal hari tu terkantoi masa tolong kemas dokumen seorang VIP ni, ada dokumen penjualan tanah di Tasik Kenyir. Main juta tu… sorry la lari topik sikit.”
- Ahmad Darmawulan
“Spesies ikan buruan dah berkurangan dek sifat kerakusan manusia… habis cucu cicit ikan dibedal. Salah kerajaan juga… kenapa perlu dibuat empangan? Kalau takde empangan tentu akses nak ke hulu sungai tempat ikan bertelur tu susah nak sampai.”
- Ahmad Zainuddin
“Siakap banyak dah kat dalam tu… saiz mega-mega pulak tu. Mana la kelah, tengas, sebarau nak membiak. Sekarang ni barulah nampak kelibat toman. Dulu masa siakap tengah banyak memang susah gila nak jumpa toman.”
- Long Yndfamily