Ada beberapa panduan dan perkara melibatkan untung rugi yang perlu anda fikir masak-masak sebelum sertai trip pancing laut dalam di pelantar minyak.

 

Berani Ke Nak Mancing Di Oilrig? Ini Tip Elak Koyak!!

 

Perlu membuat tabungan sekurang-kurangnya setahun awal daripada tarikh bertolak. Kos trip dalam anggaran RM800-RM1,000 seorang. Jika berlaku penarikan diri ahli trip tanpa deposit penuh pada saat akhir, maka kos akan bertambah lagi.

 

Wajib ada set bangla (joran dan kekili elektrik) yang dua tiga lebih mahal harganya dari kos trip. Anggaran set bangla yang paling murah pun tidak kurang dari RM2,000. Set pancing manual tidak sesuai untuk digunakan dalam trip memancing yang memakan masa 4-5 hari.

 

Set lain perlu ada ialah set untuk jigging. Set jigging yang berkualiti tinggi amat penting kerana kawasan pelantar minyak merupakan lubuk ikan-ikan monster. Sekurang-kurang pun anda akan hangus RM1500-RM2000.

 

Berani Ke Nak Mancing Di Oilrig? Ini Tip Elak Koyak!!

 

Untuk dua set pancing bottom dan jigging memerlukan dua jenis tali sulam yang berlainan kuasa. Untuk memasukkan tali ke dalam kedua-dua spool ini anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM300 lagi.

 

Selain itu perambut 60-100 lb perlu disediakan dalam kuota yang mencukupi. Jig, popper, split ring, mata kail, batu ladung, fighting belt. Lain-lain perbelanjaan seperti kos perjalanan, ais, makan minum, semuanya memerlukan belanja yang bukan sedikit.

 

Perlu buat persiapan rapi. Jika pergi dengan peralatan tidak sesuai, ada baiknya tidak payah pergi kerana mungkin anda akan buang duit, letih badan dan rugi masa.

 

Berani Ke Nak Mancing Di Oilrig? Ini Tip Elak Koyak!!

 

Stamina dan kesihatan badan juga perlu dijaga. Elakkan demam sakit sebelum bertolak. Bagi kaki jigging mereka ada kalanya bersenam di gym untuk membentuk ketahanan otot tangan, kaki dan badan.

 

Biasanya, ramai yang tidak mementing soal ini sehinggalah merasai dan menyaksikan kekuatan tarikan ganas ikan-ikan mega di pelantar minyak. Ramai yang mengakui lain kali perlu lebih persediaan peralatan yang lebih baik termasuk teknik ikatan pada popper dan shock leader yang lebih kemas. Lain kali sebelum datang, masuk gym dulu!

 

Berani Ke Nak Mancing Di Oilrig? Ini Tip Elak Koyak!!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI