Sesebuah trip memancing dianggap lengkap sekiranya disertai oleh chef atau pemancing yang rajin dan pandai memasak.
Terutamanya jika memancing di hulu sungai pergunungan dan perlu berkhemah.
Bayangkan sekiranya semua ahli trip sibuk dan leka memancing, bila perut dah keroncong, masing-masing cuma mampu memandang satu sama lain.
Sudahnya, mi segera sajalah yang jadi pengalas perut.
Ads
Bayangkan pulak, berjaya menaikkan ikan tahap bonus yang enak dimakan seperti kelah atau tengas, bawak balik rumah barulah dapat masak sedap-sedap.
Namun tahap kesegarannya tidak lagi sama tatkala baru mendaratkannya.
Ads
BAHAN-BAHAN
Ads
Ikan kelah yang telah dibersihkan.
1 cawan air asam jawa.
1 sudu besar kicap cair.
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
1/2 sudu gula.
20 gram halia
5 biji cili padi
Bunga kubis dalam 50gram
Putik jagung 3 biji
2 ulas bawang putih
Sebiji bawang besar dihiris bulat
Kacang panjang 30 gram
Sebatang serai
Sedikit daun bawang
CARA PENYEDIAAN
1 Letak ikan kelah di dalam bekas aluminium coil yang telah dibentuk. Pastikan aluminium coil itu dua lapis untuk mengelak bocor.
2. Taburkan bawang, bawang putih, serai, cili api, halia yang telah dihiris; bunga kubis yang telah dipotong, putik jagung muda, daun bawang, dan kacang panjang… taburkan kasi rata kat atas ikan kelah tersebut.
3. Siramkan ikan dan bahan-bahan tersebut dengan campuran air asam jawa, sos tiram, kicap cair, garam dan gula.
4. Bungkus ikan dan bahan-bahan, cucuk sedikit pada aluminium coil supaya dapat memberi pengudaraan… letak atas api dengan cara memanggang dan tunggu sehingga 30 ke 45 minit atau sehingga masak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Faktor umpan tak mencukupi memang selalu berlaku ketika keluar memancing. Bayangkan, tengah syok layan ikan, tiba-tiba umpan tak cukup, mesti potong stim kan? Jadi, sentiasalah bawa umpan yang mencukupi. Berlebihan sikit pun tak apa, asalkan anda takkan putus umpan.
Ini juga penting kerana, kebiasaannya ikan akan gemar melakukan kejutan di saat-saat akhir. Bayangkan kalau tukang tangguk atau gancu anda terkial-kial hendak menaikkan ikan dan ikan memecut di saat akhir. Pastinya ia akan membawa kegagalan buat anda.
Kes joran terbang ke laut atau sungai, tali habis dan macam-macam lagi memang selalu terjadi bila tiada pengawasan daripada anda.
Jadi, kalau nak jadi pemancing berjaya, sentiasalah mengawasi rod anda, bagi mengelakkan rod anda lebur menjadi tukun di dasar laut, sungai ataupun tasik.
Rod, reel, mata kail dan sebagainya harus sentiasa diambil berat kondisinya. Pastikan set pancing anda disimpan di tempat yang selamat lepas digunakan. Ini bagi mengelakkan ia rosak di kemudian hari.
Untuk menjadi pemancing berjaya adalah penting untuk anda sentiasa merancang trip memancing anda mengikut kesesuaian musim. Ambil tahu keadaan tempat memancing, jenis ikan dan teknik terbaik sebelum anda keluar memancing.
Lubuk yang terbaik memang sering menjadi perhatian kaki pancing yang lain. Jadi untuk mengelakkan bersesak-sesak memancing di satu lubuk, adalah baik untuk kita mempunyai ‘back-up plan’ lubuk memancing kita sendiri bila situasi seperti ini terjadi.
Ini adalah penting untuk keselamatan anda. Jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan adalah lebih baik untuk anda membatalkan hasrat keluar memancing. Jangan sekali-sekali cuba untuk menggadai nyawa anda keluar memancing sewaktu cuaca tidak mengizinkan.
Kita tidak akan pernah tahu teknik apa yang akan menjadi pilihan ikan pada hari kita memancing. Jadi, adalah wajib bagi setiap kaki pancing cuba mempelbagaikan teknik yang anda tahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Meskipun memiliki jenis yang berbeza, namun ikan siakap memiliki manfaat yang hampir sama. Kandungan gizi dalam ikan siakap dipercayai sangat bagus untuk memenuhi keperluan nutrisi harian tubuh.
Sebenarnya terdapat lebih dari 20 khasiat ikan siakap namun kami siarkan sebahagian saja daripadanya.
Menjaga Kesihatan Tulang
Tulang merupakan bagian tubuh yang sangat penting karena tulang memberikan postur tubuh. Untuk mencegah kerosakan tulang, dapat dilakukan dengan pengambilan kalsium yang cukup pada tulang.
Kalsium dapat diperoleh khususnya dari susu. Jika anda tidak terlalu suka dengan susu, pengambilan ikan siakap dapat dijadikan salah satu cara untuk mendapatkan kandungan kalsium.
Mengatasi Sakit Jantung
Penyakit jantung disebabkan oleh ketidakmampuan jantung dalam mengepam darah ke seluruh tubuh. Akibatnya, aliran darah akan terhenti dan juga seluruh sistem organ dalam tubuh manusia. Untuk mencegahnya, banyakkanlah pengambilan ikan siakap. Ikan siakap mampu membantu menguatkan jantung untuk mengepam darah keseluruh tubuh.
Menurunkan Hipertensi
Hipertensi terjadi disebabkan tekanan darah meningkat berpunca dari aliran darah tidak lancar. Selain dengan mengambil buah-buahan yang mengandungi banyak air, hipertensi dapat diatasi dengan pengambilan ikan siakap.
Secara umum, ikan siakap mampu melancarkan peredaran darah. Daging ikan siakap dipercayai mampu melancarkan sistem peredaran darah, menurunkan tekanan darah sehingga aliran darah stabil.
Mencegah Terjadinya Stroke
Ikan siakap dapat mencegah stroke dengan menghidupkan kembali sistem saraf. Ikan siakap dapat mengaktifkan saraf motorik yang gagal dengan membantu melancarkan peredaran darah. Ini kerana stroke berhubung kait dengan kegagalan saraf dan peredaran darah yang kurang lancar.
Mengatasi Masalah Batu Karang
Mengubati batu karang di dalam buah pinggang tidak hanya dapat dilakukan dengan pembedahan. Ia boleh dibantu dengan mengganti pola makanan.
Menggantikan pengambilan daging kepada kepada ikan siakap dapat mengatasi masalah ini. Kandungan dalam ikan siakap mampu menghancurkan batu karang yang akhirnya akan keluar bersama urin.
Menjaga Kesihatan Mata
Selain lobak merah, vitamin A juga terkandung dalam ikan siakap. Vitamin A dalam ikan siakap dapat mencegah kerosakan mata dan menjaga kesihatan mata agar tetap jernih. Tidak hanya menjernihkan penglihatan, vitamin A pada ikan siakap juga dapat membantu bola mata terlihat segar dan bersih.
Menurunkan Kadar Lemak Dalam Tubuh
Kandungan lain dalam ikan siakap mampu menurunkan kadar lemak berlebih pada tubuh. Lemak dalam tubuh akan dihancurkan oleh kandungan zat dalam ikan siakap. Untuk menurunkan berat badan disarankan juga menggantikan pengambilan daging dengan ikan siakap.
Meningkatkan Metabolisme Tubuh
Ikan siakap memiliki kandungan mineral kalium yang cukup tinggi, dan dapat memenuhi keperluan kalium harian tubuh.
Kalium merupakan sejenis mineral ini sangat diperlukan untuk metabolisme tubuh. Kalium dalam ikan siakap dapat membantu mengaktifkan pelbagai enzim dalam tubuh untuk metabolisme tenaga.
Melindungi Tubuh Dari Jangkitan
Tubuh akan mudah diserang infeksi atau jangkitan kerana adanya kontak dengan lingkungan dan makanan yang diambil. Antibodi yang dihasilkan oleh sel darah putih ini sebenarnya dapat mencegah terjadinya infeksi pada tubuh. Untuk membantu sel darah putih bagi mencegah terjadinya infeksi, pengambilan ikan siakap dengan rutin adalah caranya.
Memperbaiki Sel Kulit Yang Rosak
Kulit akan mengalami kerosakan apabila nutrisi untuk kulit tidak terpenuhi. Apabila sel kulit rosak, maka akan terjadi pelbagai masalah kulit. Menggunakan losyen dan krim kulit dapat membantu penjagaan kulit. Selain itu, pengambilan ikan siakap juga akan membantu memperbaiki kerosakan sel kulit dari dalam.
Kandungan dalam ikan siakap dapat membantu mengembalikan sel kulit menjadi normal kembali seperti sebelum terjadi kerosakan pada kulit.
Membantu Melancarkan Pencernaan
Ikan siakap juga dapat mengatasi masalah pencernaan. Apabila penyerapan sari makanan terganggu, maka bekalan nutrisi pada organ lain juga akan terganggu. Oleh karena itu, kandungan nutrisi dalam ikan siakap mampu membantu mengatasi masalah pada sistem pencernaan dan melancarkan kerja sistem pencernaan, sehingga penyerapan sari makanan dapat berjalan dengan baik.
Mengatasi Diabetes
Untuk mengembalikan produksi insulin oleh pankreas, seseorang perlu mengambil ikan siakap secara rutin. Terutamanya ikan siakap merah kerana memiliki kandungan yang dapat membantu mengawal produksi hormon insulin. Hal ini dapat menghindari kekurangan produksi hormon insulin, yang menyebabkan diabetes.
Mempercepatkan Penyembuhan Pasca Pembedahan
Ikan siakap menjadi salah satu makanan yang dapat mengembalikan kekuatan bagi pesakit pasca pembedahan. Kandungan gizi dalam ikan siakap tidak hanya menguatkan tubuh, akan tetapi juga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan pesakit pasca operasi.
Saya membetulkan kedudukan dua joran yang sudah siap dipancang di pinggir air. Dalam kelam malam itu, jangkaan saya baru memasuki sebelas malam. Air di lombong nampak berkilau disimbah cahaya bulan. Kelibat deburan ikan bermain-main di dalam air kelihatan, membuatkan hati saya agak gembira melihatnya.
Tidak jauh daripada saya, Ruslan dan kawan baiknya Badrul juga sedang tenang menunggu umpan diragut oleh sang mangsa. Sejak petang tadi, kami bertiga memancing di lombong terbiar berdekatan.
Tidak jauh daripada saya duduk, ada sebatang pokok sena yang berdiri gagah. Daripada cerita orang-orang tua, pokok sena itu sudah tumbuh sejak beratus tahun lamanya. Apa saja cubaan untuk menumbangkan pokok itu pasti tidak berhasil. Pasti ada rintangannya.
Joran saya bergerak. Sekali sentap, mangsa sudah kelihatan. Seekor ikan kalui sederhana besar mungkin dalam 300 gram menggelepar lemah di permukaan air. Dari jauh, saya lihat Badrul dan Ruslan juga sedang sibuk menaikkan joran masing-masing. Ini bermakna rezeki kami agak murah pada malam itu.
Setelah memasang umpan pada mata kail tiba-tiba mata saya melihat dua ekor ikan kecil sebesar ikan puyu berwarna putih bermain-main di gigi air dengan jinak sekali. Saya jadi terpesona dan khayal melihat gelagat dua ekor ikan kecil berwarna putih itu.
Di dada langit, bulan semakin mengambang penuh. Cahayanya jatuh berkilauan di atas permukaan lombong yang luas. Kalau tadi, terdengar suara cengkerik bersahutan dari hutan kecil di sebelah kini suasana sudah bertukar menjadi senyap sepi.
Hanya deru angin yang semakin sejuk terasa. Saya pula seolah-olah ditarik perasaan untuk cuba menangkap dua ekor ikan kecil berwarna putih itu.
Gelagat Badrul Dan Ruslan tidak saya pedulikan lagi. Begitu juga dengan dua joran yang saya letakkan tadi. Apa yang bermain di dalam fikiran saya hanyalah untuk menangkap dua ekor ikan kecil berwarna putih yang saya rasa sungguh aneh dan istimewa sekali.
Ketika itulah, tanpa saya sedar, kaki saya sudah mula melangkah ke gigi air lombong tempat dua ekor ikan putih bermain-main tadi. Semakin saya dekat, semakin ikan itu bermain dengan riang seolah-olah mencabar saya untuk menangkap mereka.
Setiap kali saya cuba menangguk dua ekor ikan putih itu (dengan tangguk yang saya bawa) pasti terlepas. Ikan-ikan itu pula tidaklah berenang terlalu jauh daripada saya tetapi entah mengapa saya masih gagal untuk menangkapnya.
Pada masa yang sama, saya tidak sedar bahawa saya bukan lagi berada di gigi air, tetapi saya sudah berjalan jauh ke depan dengan air kini separas dada saya!
“Zack…Zack….” Sayup-sayup saya terdengar suara memanggil tetapi keasyikan saya pada kedua-dua ekor ikan putih itu menyebabkan saya sudah tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling saya.
Tiba-tiba saya terdengar laungan azan. Agak sayup dan sayu pada pendengaran saya. Bukan sekali malah tujuh kali. Ketika itulah ikan putih tadi ghaib dan saya seolah-olah baru tersedar akan kedudukan saya yang berdiri di tengah lombong terbiar itu!
Ruslan datang berenang mendapatkan saya dengan mulutnya terkumat-kamit membaca ayat Qursi. Saya seperti dipukau hanya membiarkan tangan saya ditarik ke tepi tebing. Dengan dibantu oleh Badrul, saya didudukkan dan diberi minum air kosong. Selepas itu barulah fikiran saya menjadi waras dan boleh berfikir.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...