Apabila tiba musim udang galah, ramai kaki penangkap udang sepit biru ini akan turun ke lubuk. Setiap kali ke lubuk udang galah, kebanyakan kaki penangkap udang ini sedia maklum mereka tidak keseorangan sebaliknya ditemani buaya. Maka, sikap waspada perlu ada.
Hal ini kerana udang galah biasanya menempel pada badan buaya untuk memakan lumut atau alga pada tubuh badan buaya. Pendek kata, ramai yang bersetuju dengan pendapat di mana ada udang galah, di situ ada buaya.
Ads
Oleh kerana itu pemancing udang galah tidak digalakkan membuang makanan berdarah seperti daging atau ayam di kawasan pancing udang. Dipercayai, ia seperti mengundang buaya datang ke tempat anda.
Ads
Jika anda berada di sungai yang dipercayai ada buaya, elak gunakan umpan tepung yang digaul dengan serbuk kunyit. Dipercayai buaya tidak suka bau kunyit dan buaya boleh mengamuk serta mendatangkan bahaya kepada pemancing.
Ads
Jangan sesekali menyebut nama buaya sepanjang anda berada di atas sampan atau di kawasan sungai. Ia sama seperti berada di dalam hutan dan menyebut nama harimau. Gantikan saja dengan sebutan lain seperti sang bedal atau sebagainya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Apakah tujuan utama anda semua memancing? Adakah semata-mata kerana hobi atau ada tujuan lain? Tentu saja setiap orang ada alasan sendiri memilih hobi mahal ini berbanding hobi yang lain. Korang pula bagaimana? Apa yang membuatkan korang memilih hobi memancing ini sebagai hobi nombor satu korang?
“Adakala aku memancing sebab nak rapatkan silaturahim. Adakala aku memancing sebab nak tenangkan fikiran dan berfikir cara terbaik selesaikan masalah. Adakala aku memancing sebab nak latih semula bila jiwa terasa semakin lemah. Adakala untuk mendekatkan diri dengan Allah (penyerahan dan membuka mata dan hati).
Ikan adalah bonus. Tapi biasanya bila aku memancing semua yang adakala kat atas tu akan ada sepanjang aku memancing. Bukan nak ikan sangat pun… tapi kalau ikan tu aku makan, walaupun kecil aku ambil bawa balik.”
“Jawapan tetap sama di mana admin jumpa pertanyaan tersebut… lebih kepada riadah. Tiada hasil itu biasa. Dapat hasil itu luar biasa. Enjoy dengan kawan-kawan. Asalkan umpan cecah kat air itu sudah membuat hati gembira.”
“Mungkin sebab minat. Lain orang lain minatnya lain hobinya. But prinsipnya sama. Paling best bila bawa family, semua sama-sama minat memancing. Seronok betul. Biarlah dapat ikan ke tak dapat ke, biarlah ikan sekecik ikan longkang ke… yang paling diutamakan keseronokan memancing bersama. Kalau ada pemancing lain bersebelahan yang tak dikenali pun akan dapat berkenalan juga.”
“Cerita memancing ni macam ni… keseronokan dan kegembiraan tu terasa ketika kita dikejutkan dengan ketukan dan sambaran yang terjadi dapat menaikkan semangat. Kemuncaknya ialah ketika belawan dengan sang misteri yang menarik tali keluar dari mesin dengan laju. Keseronokan berganda akan terjadi apabila dapat menaikkan hasilnya. Maka keseronokan itulah yang menjadi penyebab utamanya.”
“Yang pertama sebab hobi, yang kedua untuk mencari rezeki, yang ketiga untuk mencari keseronokan diri sendiri, yang keempat untuk menguji kesabaran diri, yang kelima untuk mencari ketenangan, release tension di tepi laut atau sungai bila berlakunya kumpau.”
“Hobi… lauk… jual. Belajar kawasan lubuk, umpan, menguji kekuatan jenis-jenis ikan. Belajar rod reel atau line apa yang terbaik… apa-apa sajalah daripada duduk tak buat apa dan bersembang tak tentu pasal. Dari membawang pasal orang memancing, lebih baik pergi memancing.”
“Ada yang memancing kerana hobi. Ada yang memancing niat nak tambah rezeki. Tetapi yang memancing di kolam berbayar niat nak tambah rezeki ini saya kurang faham… sebab risiko tinggi. Bila tak dapat seperti niat di hati, mulalah memekak kata kolam tipu, kolam main ubat, macam-macam lagilah.”
“Pucuk pangkalnya sebenar hobi… tapi dalam hobi tu banyak tujuan. Nak dapat ikan, nak ikan besar-besar, nak try rasa ikan besar tarik, nak rasa makan macam-macam jenis ikan dan macam-macam lagilah.”
“Banyak-banyak hobi dalam dunia ni… hobi memancing paling win. Gigil dia lain macam. Kalau kumpau berdarah hidung… terlepas ikan besar tak lena tidur jadinya. Yang best dapat ikan besar dia punya senyum sampai telinga… tidur pun lena!”
“Tujuannya mencari kepuasan. Dari main tepi pantai sampai berubah main gewang… sanggup meredah hujan bermandikan cahaya matahari demi menghilangkan ketagihan. Ketagih memancing ni lebih parah dari ketagih dadah. Hahahaha!”
Memang tidak sempurna kalau pergi trip mencandat sotong tapi tak masak terus sotong yang diperolehi.
Percaya atau tidak, sotong yang direbus hanya dengan laut saja pun dah cukup sedap. Inikan pulak kalau dimasak sambal.
Kemudian dimakan dengan nasi panaas-panas! Peghhhh… selera!
BAHAN-BAHAN
5-6 ekor sotong dipotong bulat (kalau sotong kecil tak perlu potong)
Bawang besar (potong bulat)
Bawang merah (tumbuk)
Bawang putih (tumbuk)
Sedikit belacan
5 sudu cili boh
Air asam jawa
Garam
Serbuk perisa
Gula
CARA-CARANYA:
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan belacan yang ditumbuk terlebih dahulu.
Bila naik bau, masuk cili boh. Tumis sampai naik minyak. Kemudian boleh terus masukkan air asam jawa.
Selepas itu, masukkan sotong. Kacau-kacau, masukkan garam, serbuk perisa dan gula. Selepas itu masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Biarkan seketika. Dah siap!
Siput sudu kaya akan kandungan zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk membentuk hemoglobin, iaitu protein khusus yang bertugas untuk membawa oksigen dalam darah ke seluruh tubuh. Tanpa hemoglobin dalam darah, organ-organ tubuh anda tidak akan berfungsi dengan baik kerana kurang oksigen.
Dengan memakan siput sudu, ia membantu meningkatkan hemoglobin dalam darah. Dalam pada itu, sekiranya anda mempunyai penyakit anemia defisiensi, ia membantu membekalkan zat besi yang cukup untuk membentuk hemoglobin.
Anda boleh mendapatkan khasiat asid lemak omega-3 yang tinggi dalam satu portion siput sudu segar. Asid lemak omega-3 sendiri mampu menurunkan kadar trigliserida yang terlalu tinggi. Kadar trigliserida yang tinggi berisiko menyebabkan pelbagai masalah jantung seperti pengerasan pembuluh arteri dan serangan jantung.
Akan tetapi, jangan makan siput sudu secara berlebihan. Ini kerana siput sudu mengandungi kolesterol. Kadar kolesterol yang terlalu tinggi juga berisiko buat kesihatan jantung.
Protein adalah zat gizi yang berperanan penting dalam membentuk massa otot sekaligus merawatnya dari kerosakan jaringan atau sel. Khusus buat Anda yang sering mengalami sakit otot, protein siput sudu juga dapat mempercepatkan proses pemulihan otot-otot yang keras dan sengal.
Seperti makanan laut lainnya, siput sudu juga kaya akan protein. siput sudu bahkan jadi sumber protein yang lebih sihat dari daging lembu atau ayam kerana kandungan lemak dan kalorinya lebih rendah.
Bagi membolehkan menjalankan tugasnya dengan baik, sistem saraf dalam tubuh anda memerlukan vitamin B kompleks. Salah satunya iaitu vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 berisiko menyebabkan kerosakan saraf hingga penurunan fungsi otak.
Oleh kerana itu, manfaat siput sudu yang mengandungi vitamin B12 dalam jumlah tinggi sayang sekali kalau diabaikan. Makan siput sudu mampu membantu menjaga fungsi sistem saraf anda, terutama pada bahagian otak.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...