Ikan merah, jenahak dan siakap merah memiliki satu persamaan iaitu sangat lazat jika dijadikan kari! Jika dibandingkan, paling sedap ialah siakap merah. Nak-nak lagi bahagian kepalanya dijadikan kari dimasak terus ketika di atas bot memancing.
Bahan-Bahan:
800 gram kepala ikan siakap merah (lagi besar kepala lagi sedap)
Maldives memilih Thunnus albacores yang merupakan ikan tuna sebagai haiwan kebangsaan. Spesies ini biasanya banyak ditemui di kebanyakan perairan negaranya.
Tidak hairanlah, rakyat Maldives begitu menggemari Yellowfin tuna ini sehingga menjadikan ia hidangan harian tanpa rasa jemu.
Ikan marlin digunakan sebagai salah satu simbol lambang atau jata bagi negara Bahamas (Bahamian Coat of Arms).
Ianya terletak di sebelah kiri yang melambangkan keadaan geografi negara Bahamas. Marlin biru atlantik atau Makaira nigricans adalah satu spesies Marlin selalu terdapat di Lautan Atlantik termasuk perairan Bahamas.
Mahseer atau kelah merupakan ikan kebangsaan bagi Pakistan. Terdapat pelbagai spesies Mahseer, namun paling banyak daripada genus Tor.
Seperti di Malaysia, yang disebut ikan kelah (semenanjung), empurau, semah (Sarawak) dan pelian (Sabah) sangat popular di kalangan kaki pancing selain nilainya yang tinggi.
Mahseer biasanya hidup di perairan yang bersih dan berarus di kawasan pedalaman dengan kualiti air yang bersih.
Spesies Salmo letnica ini menjadi pilihan bagi Macedonia dan boleh ditemui di negara-negara Balkan.
Ikan ini mendapat tempat istimewa dalam masakan di Macedonia dan Albania di mana ianya dijadikan sup dan hidangan lain.
Pada tahun 2004, kerajaan Macedonia mengharamkan pemburuan atau pancingan ikan ini kerana ancaman kepupusan.
Hilsa atau Tenualosa ilisha merupakan ikan yang paling popular di Bangladesh. Juga dikenali sebagai Ilish atau Elish. Di Malaysia, ia dikenali sebagai terubuk.
Spesies ini merupakan spesies anadromous atau ikan migrasi di mana ianya akan berhijrah dari lautan ke sungai untuk bertelur.
Ikan ini amat penting secara ekonomi di Bangladesh dan menjadi sumber makanan utama penduduk.
Ikan ini diangkat sebagai simbol bagi ikan kebangsaan oleh negara Finland. Spesies Perca fluviatilis ini merupakan pemangsa dalam kumpulan perch dan boleh di temui di Eropah dan Asia.
Ikan ini merupakan ikan buruan bagi pemancing kerana kekuatannya melawan lantas banyak diperkenalkan ke perairan luar.
Sesetengahnya menyebabkan kerosakan besar kepada populasi asal seperti yang berlaku terhadap populasi ikan asal di Australia.
Ikan kebangsaan Indonesia ini merupakan spesies yang berasal dari Asia Tenggara.
Dengan nama Scleropages formosus, spesies ini mendiami sungai yang dalam, arus yang bergerak perlahan yang mengalir melalui hutan paya dan tanah lembap.
Arowana asia yang dewasa memakan ikan yang lain, manakala juvana makan serangga.
Ikan koi atau kap ini sememangnya popular di Jepun. Tidak hairanlah spesies Cyprinus carpio dipilih sebagai ikan kebangsaan Jepun.
Dengan corak warna-warni yang pelbagai, koi merupakan spesies yang penting dalam industri ikan hiasan. Koi dibezakan oleh warna, corak, dan susunan sisik.
Antara warna utama adalah putih, hitam, merah, kuning, biru, dan krim. Kategori koi yang paling popular ialah Gosanke, yang terdiri daripada varieti Kohaku, Taisho Sanshoku, dan Showa Sanshoku.
Bangus (Chanos chanos) merupakan ikan kebangsaan Filipina di mana merupakan satu-satunya spesies yang masih ada dalam keluarga Chanidae.
Dikenali sebagai ikan susu (fish milk) di Malaysia, spesies ini boleh ditemui di Lautan Hindi dan merentasi Lautan Pasifik, biasanya berkumpulan di sekitar pantai dan pulau-pulau dengan terumbu.
Bangus akan hidup di laut selama 2 hingga 3 minggu dan kemudian berhijrah ke kawasan hutan paya laut, muara atau tasik dan kembali ke laut setelah mencapai kematangan seksual dan membiak.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Kenapa teknik pancingan dasar atau bottom lebih berjaya berbanding teknik pancingan moden seperti jigging? Pertama sekali kita kena tahu bahawa banyak faktor yang mempengaruhi kebarangkalian untuk ikan memakan jig yang kita gayakan. Tetapi perlu juga untuk kita lihat lebih dalam tentang diet ikan tersebut.
Diet ikan amat dipengaruhi oleh metabolisme ikan itu sendiri, metabolisma adalah indikasi fisiologi ikan tersebut, sebagai contoh ikan bermetabolisma tinggi mempunyai bilangan `rod’ yang lebih tinggi dari `cone’ di dalam retina matanya.
Maknanya ia lebih sentitif kepada perubahan cahaya berbanding warna. Hal sedemikian berlaku sebaliknya untuk ikan bermetabolisma rendah.
Mengapa metabolisme ini penting adalah kerana ia akan menentukan hirarki cara ia memburu makanan?
Ikan yang mempunyai metabolisma tinggi mempunyai pelampung yang kecil dan lebih aktif. Sebagai contoh seperti ikan tenggiri, talang dan gerepoh atau GT. Ikan sebegini mempunyai hirarki pemakanan berikut: Deria penglihatan (mata) – diikuti oleh getaran dikesan oleh lateral line – dan akhir sekali deria bau.
Sementara ikan yang mempunyai metabolisma rendah, akan mempunyai pelampung yang jauh lebih besar. Sebagai contohnya seperti ikan kerapu, jenahak, merah dan lain-lain lagi. Ikan sebegini mempunyai hirarki pemakanan berikut: Deria bau – diikuti getaran dikesan oleh lateral line – dan akhir sekali deria penglihatan.
Secara rumusan, jig amatlah sesuai untuk memburu ikan bermetabolisma tinggi, kerana deria penglihatan dan getaran adalah lebih tinggi dari deria bau.
Dalam pada masa yang sama jig juga juga sesuai untuk memburu ikan bermetabolisma rendah. Akan tetapi mengunakan teknik bottom atau pancingan dasar (deria bau) tetap tiada tolok bandingan berbanding teknik jig kerana mereka lebih peka kepada deria bau secara semula jadi.
Setelah kita tahu apa ikan yang hendak diburu, maka strategi yang lebih tepat boleh diatur. Tidak kiralah sama melalui pancingan dasar, jigging atau sebagainya. Sekiranya memilih untuk jigging, pemilihan berat jig perlu ditimbal balas dengan kekuatan rod untuk mendapatkan aksi yang bersesuaian.
Dari segi aksi pula, rencahan laju lebih mengamit ikan bermetabolisma tinggi kerana mata mereka adalah senjata utama. Tumpukan pada getaran yang dihasilkan untuk memburu ikan yang bermetabolisma rendah.
Ikan merupakan sumber terbaik bagi mendapatkan asid lemak omega-3. Omega-3 amat bagus untuk menurunkan tekanan darah selain menurunkan risiko strok dan kegagalan fungsi hati. Menurut Mayo Clinic, omega-3 juga sangat baik untuk mengurangkan ketidakseimbangan kadar degupan jantung selain meningkatkan fungsi otak berkembang bagi kanak-kanak.
Selain kepentingan nutrisi di atas ke atas kesihatan, kajian juga menunjukkan memakan ikan mampu menyelamatkan daya penglihatan, mengurangkan risiko asma, melindungi kulit anda daripada sinaran UV dan mengurangkan risiko rheumatoid arthritis.
Tanyalah kepada pemancing di luar sana, merasai tentangan ikan di hujung tali pancing cukup untuk membuang segala tekanan dan keserabutan dalam kepala. Menurut Frank Peterson, presiden dan CEO kepada Recreational Boating and Fishing Foundation, “Memancing merupakan satu aktiviti yang mengurangkan tekanan dan dalam masa yang sama menimbulkan rasa keseronokan”.
Menurut data Recreational Boating and Fishing Foundation dan Outdoor Foundation, 9% warga Amerika berkira-kira untuk mencuba sukan memancing di mana 38% daripada jumlah itu berminat oleh kerana mahu mengurangkan tekanan atau stress sama ada tekanan daripada segi mental atau fizikal.
Kombinasi melakukan aktiviti yang santai dan senaman ringkas juga membantu kepada mereka yang mengalami PTSD (post traumatic stress disorder). Satu kajian pada tahun 2009 menunjukkan aktiviti memancing dapat mengurangkan simptom PTSD dan meningkatkan mood bagi mereka yang mengalami kecelaruan.
Selepas tiga hari melakukan aktiviti flyfishing, laporan menunjukkan pengurangan sebanyak 32% rasa bersalah dan 43% rasa kemarahan. Perasaan takut juga menurun sebanyak 30% dan 36% perasaan kesedihan menurun. Kesan positif ini kekal sehingga lebih sebulan selepas mereka menjalani terapi memancing ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...