Suatu ketika dahulu, perairan Sedili sememangnya cukup gah dengan pancingan tenggiri. Malah, sehingga ke hari ini pun masih ramai yang memburu tenggiri di perairan Sedili.
Namun, kebelakangan ini dikatakan tarikan terhadap pancingan tenggiri di perairan ini semakin menurun.
Ada sumber yang mengatakan populasi tenggiri ini perairan semakin menurun sekaligus menyebabkan kurangnya pemancing memancingnya di sini.
Namun ada sumber juga yang mengatakan populasinya tidak berkurang, sebaliknya ia semakin culas dan licik untuk dipancing.
Atas sebab itulah pemancing seperti berputus asa untuk memancingnya dan tidak lagi berkunjung ke Sedili.
Betul ke ikan tenggiri di perairan Sedili ini semakin licik? Mari kita tengok apa kata Umpanian berkenaan perkara ini.
Ads
Apa kata Umpanian:
“Ini hasil tenggiri Tioman… 14kg je min. Sebenarnya bukan kat Sedili je tenggiri licik, kat mana-mana pun sama.
Contoh kat Tioman ni, ada unjam tenggirinya tak makan jig atau pintail, ada unjam tenggirinya tak makan umpan-hidup saiz kecil, ada unjam tenggirinya memilih jenis ikan yang diguna sebagai umpan hidup.
Tenggiri sebenarnya memiliki kebolehan untuk menanggalkan mata kail dari bibirnya. Caranya adalah dengan menggelengkan kepalanya ke kanan atau kiri dengan cepat dan kuat.
Satu lagi, tenggiri punya `senjata’ pada ekornya yang dapat memutuskan perambut serta tali utama.
Ramai yang ingat gigi tenggiri je yang potong perambut, orang tak tau tentang senjata keduanya ni.”
Ads
– HSHM HUSAIN
“Licik memang licik tenggiri ni kat memana pun. Tapi yang saya pasti sangat, tenggiri Sedili paling sedap jika dimakan. Ia sangat berbeza dengan tenggiri di perairan Yan, Kedah dan lain-lain tempat. “
– PAK MAUN FAMILIA
“Lebih 2 tahun kumpau main tenggiri area Sedili. Lepas balik dari trip terakhir, keluar berita perairan Sedili kena ceroboh. Jawabnya makin cerah la harapan untuk kumpau bagi trip yang akan datang. “
– MAXWELL MIRIN
Ads
“Azlan JR Zainal… betul le apa lu cakap tenggiri Sedili ni licik dan sensitif. Syabas anak muda… Hahaha! Sampai sudahlah jawabnya tak dapat lesen tenggiri Sedili ni. Adoiiii!”
– AZRIN ZAINAL
“ Setuju min! Tapi kalau paling cerdik pada saya… tengiri tuas Yan. Sesiapa yang biasa main dua area ni boleh tau perbezaannya. Admin pernah try ke kedua-dua port ni? Kehkehkeh. “
– KAMARULEZ ASTRADA
“Pada saya sama je mana-mana pun… yang lucut tu la paling cerdik dan paling besar. Kurang-kurang pun besar bas saiz dia.”
– DOC KLATE
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan lain ialah layaran, yang selalu dilihat melompat berulang-ulang kali. Namun layaran dikatakan melakukan sedemikian untuk tujuan menakutkan dan mengepung mangsanya.
Bagaimana pun keterangan ini tidak boleh diterima pakai untuk belanak, kerana dietnya terdiri dari bahan organik reput dari dasar muara.
Dari pemerhatian yang lebih terperinci, lompatan belanak didapati cukup tersendiri. Lazimnya ia bukanlah satu gesaan untuk terbang keluar, sebaliknya satu perbuatan
bermalas-malasan dan perlahan. Kadangkala ikan ini sekadar menujah kepalanya ke permukaan air.
Jadi apakah alasan yang munasabah tentang sifatnya itu? Mungkin bertempiaran lari dari pemangsa seperti siakap, senangin, siakap merah atau sebagainya.
Tetapi andainya angkara pemangsa, pasti keseluruhan kumpulan akan melompat bersama-sama dalam keadaan panik yang ketara.
Bahkan jika lari dari pemangsa sekali pun, tentu ia akan melompat berulang kali bukannya sekejap-sekejap.
Ada beberapa teori dari pemancing yang agak melucukan. Misalnya, oleh kerana belanak sering berenang dalam air berkeladak, maka mereka kerap melompat untuk mendapatkan
bearing dan melihat ke mana mereka pergi! Ada juga yang menyifatkan sang belanak itu ingin bersuka ria.
H.D. Hoese, seorang ahli biologi yang berjaya mencari jawapan mengapa belanak suka melompat dalam subtajuk. ‘The Diving Bell Hyphothesis.’
Dalam kajiannya itu, beliau mendedahkan bahawa belanak jenis Mugil cephalus ini mempunyai ciri fizikal yang agak unik.
Di belakang tekaknya terdapat satu ruang menganjur yang dibekalkan dengan banyak saluran darah. Selalunya bila banyak saluran darah, bermakna banyaklah pengangkutan gas.
Jadi dalam kes ini, ianya diteorikan (tetapi tidak dibuktikan) bahawa ruang yang sungguh bervaskular itu bertindak sebagai tambahan kepada respirasi insang, yang membekalkan
oksigen kepada rangkaian sistem darah. Ianya dipanggil organ ‘pharyngobranchial’ (secara ringkasnya, ‘insang tekak’). Maka dijangka bahawa lompatan atau tujahan belanak itu
sebenarnya untuk `meneguk’ udara, dan oksigen diekstrak oleh organ respirasi tambahan tersebut.
Teori ini lebih logik, kerana belanak meluangkan banyak masanya menapis makanan melalui kelodak dan lumpur organik di dasar muara, di mana tahap oksigen selalunya sangat rendah.
Oleh itu, apabila ada gesaan untuk ia memerlukan lebih banyak rangsangan oksigen. Belanak naik ke permukaan untuk menghirup udara dan turun semula seperti loceng yang timbul dan tenggelam.
Belut merupakan ikan yang tidak tersenarai dalam ikan sasaran yang wajib diperoleh dalam kebanyakan kalendar pemancing.
Malah, jika tidak memperoleh lesen belut untuk tempoh yang panjang sekali pun tiada siapa yang mempedulikannya.
Ia tidak sama sebagaimana lesen sebarau, toman, jenahak atau tenggiri. Dan tiada siapa yang begitu teruja untuk berselfi dengan belut.
Walaupun memancing belut bukanlah satu aktiviti yang popular, namun ia tetap satu cabang aksi memancing yang menyeronokan dan memiliki peminat yang tersendiri.
Jom kita tengok apa kata netizen tentang aktiviti memancing spesies ikan yang menetap di di dalam lubang tanah ini…
💡 SAYA HAN
“Zaman aku memancing belut dulu takde phone kamera… haha. La ni ada phone kamera tapi takda pulak port nak pancing belut. Kesian tak aku?”
💡 YUSLEE YUSOF
“Best apa mancing belut ni. Rasanya last aku pancing belut dulu time sekolah form 3. Masa tu guna mata kail jejari basikal je. Itu pun dah rasa cukup seronok.
Biasanya main dekat lubang akar pokok kelapa dan kena pandai main la kalau paksa mulut belut mesti koyak dan lucut.”
💡 AMIRUL RASYID ABD AZIZ
“Pengalaman pancing belut… guna tangsi dalam dua jengkal, ikat mata kail J kecik dan umpan cacing.
Lidi dalam dua jengkal, cucuk mata kail yang berumpan kat hujung lidi, cari lubang belut dan jolok lidi ke dalam. Lepaskan lidi tapi sentiasa pegang tangsi.
Bila nampak lidi tenggelam ke lubang perlahan-lahan (belut tengah makan umpan) biarkan dulu, bila rasa confident tarik tali keluar dan bergembiralah.”
💡 MUZAID MUSTAKIM
“Pancing belut pakai teknik mata kail lurus. Teknik dari Indonesia. Memang senang dapat. Kalau tak percaya boleh try. Caranya pun senang… luruskan saja mata kail yang jenis panjang dan lembut.”
💡 MOHD ZAKWAN ZULKIFLI
“Siapa kata pancing belut tak popular? Last saya pancing belut beberapa bulan lepas di kawasan sawah kat Besut, Terengganu. Hampir setengah baldi dapat.
Memang seronok betul. Tapi satu perkara tu ada betul… memang tak ambik gambar pun. Lagi pun susah nak pegang handphone time main selut ni.”
💡 MOHD SAIFUL HAMZAH
“Memanglah seronok pancing belut tapi yang tak bestnya malas nak cari lubang belut tu. Setakat buat bunyi cicak tu takpe lagi… hahahaha.
Kalau orang yang biasa mancing belut ni tentu tak faham apa kaitan bunyi cicak. Hahaha… lantak korang la tak faham pun.”
💡 MOHD RYZAL
“Kalau pancing belut pakai mata kail tu kira biasa-biasa saja… kawan tangkap belut pakai tangan dan penyapu lidi sebatang. Jangan tak percaya.
Pandai-pandai korang la nak brain macam mana. Tapi ni memang betul-betul kejadian… bukan cubaan.”
💡 SHAHRIL FIRDAUS ARIL
“Mengail belut memang syok. Lepas mengail terus masak dan makan lagilah sedap. Belut memang sedap. Sesiapa yang suka makan belut tentu akan teringin nak cari belut sendiri.”
💡 SAIFUL HISHAM
“La ni belut mahal bro… RM20 lebih dah sekilo. Kalu beli kat kedai mau RM 30 sekilo. Dulu aku tak pancing, aku tahan bubu belut je. Senang dah cepat. Hahaha… lagi seronok jual belut tu.”
💡 SHINJI KURIL NEJI
“Setakat ni belum pernah dapat belum lagi walaupun secara tak sengaja. Pancing belut pun tak pernah. Tapi kalau adik-beradik belut (sesirat) tu selalu la dapat.
Hahaha… mungkin sebab tu lah jadi tak minat nak mancing belut.”
Kata orang, kaki pancing ni walaupun tak kaya tapi hobinya mahal! Iyelah, nak beli set pancing yang betul-betul memuaskan hati ni bukannya seringgit dua harganya, tapi
beratus-ratus, malah beribu-ribu ringgit pun ada dek kerana berbeza lapangan pancing, lainlah peralatannya.
Itu belum lagi cerita aksesori-aksesori tambahan dan servis untuk set pancing tu lagi. Semuanya perlukan pelaburan yang banyak.
Tapi nak dijadikan cerita, kaki pancing ni mesti ada sorang dua orang member yang jenis suka nak pinjam set pancing untuk keluar memancing.
Di kalangan kaki pancing mesti ada daripada kawan-kawan ni yang jenis baru nak menceburkan diri dalam lapangan memancing yang baru.
Jadi, sebabkan takde set mulalah cari kawan yang ada set pancing yang bersesuaian dengan lapangan memancing tersebut.
Masa mula-mula nak pinjam bukan main manis mulut. “Ala, pinjam seharidua je bro…Nanti aku pulang balik lah… Ada hasil lebih nanti aku bagilah kat kau sikit..”. tak nak bagi, nanti dikata kedekut.
Nak dibagi risau rosak, bimbang tak dijaga elok. Tapi lepas bagi pinjam yang tak seronoknya, lepas seminggu, sebulan, dua bulan, langsung takde khabar berita! Malah ada yang bertahun-tahun buat senyap je. Dalam erti kata lain dah jadi harta sendiri.
Lebih teruk lagi, setelah beberapa purnama perkara ni berlaku dan setelah dipaksa berulang kali, set pancing yang kita terima tak sama seperti keadaan asal.
Selain itu, dah terbalik pula kesnya…si pemberi pinjam pula berasa malu nak mintak semula hartanya, sedangkan yang meminjam langsung tak rasa malu.
Tambah memedihkan, barang yang dipinjam tidak seperti keadaan asal. Ada kes hujung joran patah, kekili bercalar teruk, kayuhan kekili kasar semacam… badan kekili atau cincin joran teruk terhakis dimakan air garam dan macam-macam lagi yang sering kita dengari.
Bila ditanya macam mana boleh jadi camni, macam-macam alasan diberi. Nak disuruhbayar ganti rugi nanti ada yang sampai tarik muka dan putus sahabat! Tapi itulah senario yang sering berlaku.
Bila dah jadi camni, kebanyakan daripada kita dah rasa serik nak beri pinjam set pancing lagi. Bukannya nak bersikap kedekut, tapi bila jadi kes semacam ini sikit sebanyak ia mengganggu emosi kita sebagai kaki pancing.
Mana taknya, ada yang sampai ikat perut berbulan-bulan lamanya semata-mata nak dapatkan set pancing yang menjadi pujaan hati.
Bila ia jatuh ke tangan mereka yang tak reti menghargai ia sememangnya akan memberi kesan yang mendalam kepada kita.
Berbalik kepada kes ini, bukannya niat penulis untuk melarang kaki pancing memberi pinjam set pancingnya kepada kawan-kawan.
Tapi seeloknya, berilah pinjam kepada mereka yang betul-betul diyakini boleh menjaga harta kita dengan baik.
Sekurang-kurangnya risiko untuk terjadi kes-kes yang disebutkan di atas untuk dapat dikurangkan.
Lebih baik lagi jika si pemancing memberi kata dua kepada si peminjam bahawa risiko semua akan ditanggung oleh si peminjam.
Dalam erti kata lain, kalau set pancing itu patah, rosak atau sebagainya, si peminjam haruslah membayar ganti rugi setimpal dengan harga barang yang dipinjam.
Dan bagi si peminjam pula, amatlah dinasihatkan agar menjaga harta orang seperti harta sendiri. Jangan biarkan kepercayaan rakan anda hilang dengan kecuaian sendiri.
Ya, memang benar untuk mendapatkan set idaman yang sesuai dengan lapangan yang ingin anda ceburi itu mahal.
Tapi, alangkah baiknya jika kita mula mengumpul dari sekarang dan dapatkan set pancing sendiri. Sekurang-kurangnya jika rosak atas tangan sendiri lebih puas hati berbanding rosak atas tangan orang lain.
Jadi, ini sebahagian coretan untuk segmen wacana bulan ini. Mari kita dapatkan pula pandangan dan luahan kaki pancing tentang isu kali ini
APA KATA NETIZEN
Pendapat 1
“Bukan joran je. Batu ladung, mata kail, perambut pun mintak kita punya juga. Ingat koperasi sekolah ke?
Kalau ada member spesies yang payah nak pulangkan balik joran kesayangan yang dia pinjam.
Lepas ni kita bagi pinjam koyan atau serek yang harga dua singgit atau pun joran budak-budak harga dalam dua belas ringgit satu set. Kalau hilang tak rasa rugi sangat.
Tak payah bagi balik pun takpe.”
Pendapat 2
“Pergi kat member yang jenis suka pinjam joran @ alatan memancing tu, cakap kat dia nak pinjam duit dalam jumlah sekian-sekian.
Lepas tu beli set memancing pakai duit tu dan bagi dekat member tu sambil ckp “Nah ni hang punya, tok sah dok pinjam barang aku dah”. Settle masalah, boleh la ngail sambil layan kuaci.”
Pendapat 3
“Cukup hanya sekali. Bagi pakai tak reti pulang. Bagi pinjam tak reti nak jaga. Mujur bagi pinjam set option kedua. Kalau la terbagi set utama, mau aku buang semua.
Serik seserik seriknya. Bayangkan sampai boleh ada anak lipas ada dalam spool aku. Aduyaaii…!”
Pendapat 4
“Ni perkara biasa berlaku. Tapi kebanyakannya dari pemancing yang kurang tegar. Kalau pemancing tegar, mesti banyak set pancing dan spare part sendiri.
Aku pun pernah terkena. Dah lepas semenanjung pun set aku. Ape pun tak boleh! Hahaha, takpe, halal kan je lah…”
Pendapat 5
“Beli set pancing boleh kata mahal time tu untuk adik. Adik suka giler dapat hadiah tu. Sekali dia bagi pinjam kat member dia. Bila mintak balik, tertinggal kat kereta pakcik katenya. Lepas tu lepas tangan. Dah hangus!”
Pendapat 6
“Redha je la, awak jugak yang meracun dia masuk jadi ahli memancing ni. Taktik aku senang je. Reka cerita yang memancing pakai barang pinjam ni tak ‘ong’. Kumpau… Hehehehe.”
Pendapat 7
“Biase la tu, tapi tak semua kawan camtu. Memang ada jenis yang pandai pinjam tapi pulang tak pandai. Jenis pakai barang orang, tapi semacam macam harta sendiri. Kita pakai, punyalah kita jaga, belai bagai, bila dah tukar tangan jahanam jadinya.”
Pendapat 8
“Mesti pernah berlaku terutamanya masa masih tahap amatur. Kawan pinjam set pancing, kalau tak bagi, kesian ada, malu pun ada kau tak bagi pinjam. Nanti kawan kata taik hidung masin.
Tapi bila dah bagi pinjam, tak reti nak pulangkan lagi pula. Kadang-kadang berbulu juga rasa. Tapi tak apa, halalkan je. Anggaplah pengalaman.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...