Orang kata isi belitong tak sedap… kita pun tak makan hanya sebab dengar cakap orang padahal tak pernah mencubanya. Makanya, kalau ada orang bagi atau korang dapat sendiri ikan belitong, cuba buat kari macam ni. Terangkat beb!
Bahan-bahan:
Isi ikan bahagian ekor
3 biji terung panjang saiz sederhana belah dua
5 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 sudu teh halba
3 tangkai daun kari
3 biji bawang besar (dikisar)
1/2 inci halia dikisar
2 sudu besar rempah kari ikan (digaul dengan bahan kisar)
Sedikit air asam (dicampur dengan bahan kisar)
1 cawan santan
Garam, gula dan serbuk perasa
Ads
Cara-cara penyediaannya:
Ads
Tumiskan bahan-bahan kisar, halba dan daun kari hingga keperang-perangan.
Masukkan campuran bawang besar kisar dan serbuk kari ikan. Gaul rata dan biarkan hingga pecah minyak.
Ads
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Setelah sebati dan bahan-bahan tumis tadi, masukkan ikan dan gaul lagi.
Masukkan sedikit air agak-agak tenggelam ikan tadi. Bila mendidih tambahkan dengan santan dan terung.
Masak dengan dikacau sekali-sekala hingga kuah mendidih dan terung empuk.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Di negara China, pundi renang atau gelembung ikan banyak diolah menjadi sup. Gelembung ikan dipercayai dapat menjaga kesihatan tubuh, dan terdapat beberapa khasiat lain seperti berikut:
Sumber Kolagen
Kolagen merupakan jenis protein tubuh yang sangat penting dan diperlukan oleh tubuh. Kolagen banyak ditemukan pada produk kecantikan, kerana salah satu fungsi kolagen ialah untuk menjaga kesihatan kulit wajah.
Kolagen juga berfungsi menjaga daya tahan tubuh, membentuk beberapa organ tubuh dan bahagian tubuh di antaranya tulang, sendi, otot dan gigi. Kandungan kolagen normal pada tubuh ialah 30% dari jumlah keseluruhan protein dalam tubuh.
Meningkatkan Metabolisme
Gelembung ikan memiliki fungsi untuk meningkatkan metabolisme pada tubuh. Peningkatan metabolisme pada tubuh akan menambak baik bagi kesihatan tubuh. Dengan metabolisme yang baik, maka pembakaran kalori dalam tubuh juga baik. Maka tubuh akan menjadi lebih cergas, bertenaga dan berat badan juga akan terkawal.
Beberapa manfaat lain apabila metabolisme tubuh baik diantaranya; memperbaiki kerosakan pada tubuh, mengeluarkan racun dari dalam tubuh, menyerap nutrisi dari makanan yang masuk ke dalam sistem pencernaan, pembakaran kalori yang baik, tenaga dalam tubuh juga baik.
Membantu Kesuburan
Di China, banyak wanita mengambil gelembung ikan untuk mendapatkan kesuburan dan cepat untuk memiliki keturunan. Hampir seluruh wanita yang ada di China, terutamanya yang sudah mendirikan rumah tangga, mengambil gelembung ikan dalam diet mereka dengan tujuan cepat mendapatkan anak.
Meningkatkan Kecerdasan Bayi Sejak Dalam Kandungan
Gelembung ikan tidak hanya membantu meningkatkan kesuburan, akan tetapi juga bermanfaat untuk menjaga kecerdasan otak janin di dalam rahim sang Ibu. Ibu hamil yang mengambil gelembung ikan sama dengan memberikan makanan berupa nutrisi yang baik untuk janin di dalam rahimnya.
Kandungan dalam gelembung ikan dapat membantu otak janin menjadi lebih cerdas sejak dalam kandungan.
Cara Memasak Gelembung Ikan
Gelembung ikan yang dijual sudah berbentuk seperti belon dalam keadaan kering. Gelembung ikan banyak dimasak sup.
Meskipun sudah mengering, kandungan kolagen yang ada dalam gelembung ikan mampu menyerap air dan herba dan rempah yang sudah dicampurkan.
Gelembung ikan yang sudah dimasak akan memiliki tekstur yang lunak seperti marshmallow dan memiliki rasa yang lazat sesuai dengan bahan resepi yang telah dicampurkan di dalamnya.
Gelembung ikan memiliki harga jual yang tinggi, bahkan mencapai RM60K per kilogram! Namun, banyak juga yang hanya dijual lebih rendah bergantung kepada kualiti, jenis spesies dan jantina spesies itu sendiri.
Saya membetulkan kedudukan dua joran yang sudah siap dipancang di pinggir air. Dalam kelam malam itu, jangkaan saya baru memasuki sebelas malam. Air di lombong nampak berkilau disimbah cahaya bulan. Kelibat deburan ikan bermain-main di dalam air kelihatan, membuatkan hati saya agak gembira melihatnya.
Tidak jauh daripada saya, Ruslan dan kawan baiknya Badrul juga sedang tenang menunggu umpan diragut oleh sang mangsa. Sejak petang tadi, kami bertiga memancing di lombong terbiar berdekatan.
Tidak jauh daripada saya duduk, ada sebatang pokok sena yang berdiri gagah. Daripada cerita orang-orang tua, pokok sena itu sudah tumbuh sejak beratus tahun lamanya. Apa saja cubaan untuk menumbangkan pokok itu pasti tidak berhasil. Pasti ada rintangannya.
Joran saya bergerak. Sekali sentap, mangsa sudah kelihatan. Seekor ikan kalui sederhana besar mungkin dalam 300 gram menggelepar lemah di permukaan air. Dari jauh, saya lihat Badrul dan Ruslan juga sedang sibuk menaikkan joran masing-masing. Ini bermakna rezeki kami agak murah pada malam itu.
Setelah memasang umpan pada mata kail tiba-tiba mata saya melihat dua ekor ikan kecil sebesar ikan puyu berwarna putih bermain-main di gigi air dengan jinak sekali. Saya jadi terpesona dan khayal melihat gelagat dua ekor ikan kecil berwarna putih itu.
Di dada langit, bulan semakin mengambang penuh. Cahayanya jatuh berkilauan di atas permukaan lombong yang luas. Kalau tadi, terdengar suara cengkerik bersahutan dari hutan kecil di sebelah kini suasana sudah bertukar menjadi senyap sepi.
Hanya deru angin yang semakin sejuk terasa. Saya pula seolah-olah ditarik perasaan untuk cuba menangkap dua ekor ikan kecil berwarna putih itu.
Gelagat Badrul Dan Ruslan tidak saya pedulikan lagi. Begitu juga dengan dua joran yang saya letakkan tadi. Apa yang bermain di dalam fikiran saya hanyalah untuk menangkap dua ekor ikan kecil berwarna putih yang saya rasa sungguh aneh dan istimewa sekali.
Ketika itulah, tanpa saya sedar, kaki saya sudah mula melangkah ke gigi air lombong tempat dua ekor ikan putih bermain-main tadi. Semakin saya dekat, semakin ikan itu bermain dengan riang seolah-olah mencabar saya untuk menangkap mereka.
Setiap kali saya cuba menangguk dua ekor ikan putih itu (dengan tangguk yang saya bawa) pasti terlepas. Ikan-ikan itu pula tidaklah berenang terlalu jauh daripada saya tetapi entah mengapa saya masih gagal untuk menangkapnya.
Pada masa yang sama, saya tidak sedar bahawa saya bukan lagi berada di gigi air, tetapi saya sudah berjalan jauh ke depan dengan air kini separas dada saya!
“Zack…Zack….” Sayup-sayup saya terdengar suara memanggil tetapi keasyikan saya pada kedua-dua ekor ikan putih itu menyebabkan saya sudah tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling saya.
Tiba-tiba saya terdengar laungan azan. Agak sayup dan sayu pada pendengaran saya. Bukan sekali malah tujuh kali. Ketika itulah ikan putih tadi ghaib dan saya seolah-olah baru tersedar akan kedudukan saya yang berdiri di tengah lombong terbiar itu!
Ruslan datang berenang mendapatkan saya dengan mulutnya terkumat-kamit membaca ayat Qursi. Saya seperti dipukau hanya membiarkan tangan saya ditarik ke tepi tebing. Dengan dibantu oleh Badrul, saya didudukkan dan diberi minum air kosong. Selepas itu barulah fikiran saya menjadi waras dan boleh berfikir.
Memang tak dinafikan secara umumnya kriteria tersebut memainkan peranan dalam menyumbang kepada aspek ketahanan sesebuah reel namun kebanyakan kita terlupa bahawa ciri-ciri lain seperti penjagaan dan pengendaliannya juga memainkan peranan yang sama penting.
Apa yang menjadi persoalannya, adakah jangka hayat sesuatu reel yang mahal itu akan bertahan lama kalau ia dibiarkan tanpa penjagaan yang sewajarnya?
Beberapa faktor telah dikenal pasti dalam mempengaruhi ketahanan sesebuah reel atau BC dan langkah-langkah yang sewajarnya haruslah diambil untuk memungkinkan masalah ini dapat diatasi.
MASALAH:
Air masin merupakan elemen utama penyumbang karat berbanding air tawar kerana ruang udara dan airnya mempunyai kandungan garam yang tinggi.
SOLUSI:
Basuh reel menggunakan air tawar dengan cara menjirus atau lalukan pada air paip mengalir setiap kali selesai menggunakannya.
Jangan sesekali merendam reel kerana dikhuatiri air akan masuk melalui ruang atau rongga kecil yang terdapat pada badan reel dan ini akan menyebabkan air terkumpul di celah-celah bahagian mekanikal dalam reel tersebut.
MASALAH:
Pasir dan habuk terutamanya yang bersifat halus kerana ia mudah melekat pada bahagian bingkai dan dalam reel.
SOLUSI:
Letakkan reel di tempat yang boleh mengelakkan dari bersentuhan dengan tanah air atau pasir dan gunakan kain pembalut khas atau reel casing untuk mengelakkan habuk-habuk halus yang dibawa oleh angin dari melekat.
Lap bingkai badan reel dengan kain lembut dan gunakan berus halus untuk membuang habuk-habuk yang melekat terutamanya pada bahagian di antara batang shaft dan star drag yang mempunyai banyak washer.
Sembur dengan minyak anti karat terutama pada celah-celah bahagian yang berskru dan gunakan minyak khas (reel lube) untuk disapukan pada gear, bearing dan shaft (elakkan dari guna berlebihan kerana ia juga mempengaruhi kelancaran reel).
MASALAH:
Sistem tegangan drag yang terlalu ketat ketika reel berada dalam keadaan rehat.
SOLUSI:
Hendaklah sentiasa memastikan drag berada dalam keadaan longgar (free gear) supaya tiada bebanan atau tekanan yang berlaku ke atas pelapik-pelapik drag. Ini membolehkan permukaan pelapik berkenaan sentiasa berkeadaan elok dan dapat digunakan untuk jangka masa yang lebih lama.
MASALAH:
Perubahan cuaca dan suhu.
SOLUSI:
Ketika menjirus reel dengan air pastikan drag diketatkan. Ini adalah untuk mengelakkan air dari masuk ke celah-celah pelapik drag yang boleh mengakibatkan ia melekat di antara satu sama lain (elakkan juga air terkena minyak gris).
Walaupun peratusan sinaran matahari merosakkan reel adalah kecil tetapi pendedahan yang terlalu lama kepada perubahan cuaca dan suhu yang melampau, dikhuatiri dalaman reel terutamanya pelapik drag dan bahagian bermagnetik.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...