Kalau memancing dan bercamping dalam hutan sungai pergunungan, cuba-cubalah amalkan pantang larang sikit untuk keselamatan bersama.
Jangan bawa telur & daging
Selalunya apabila berkhemah di dalam hutan, dua benda ini jarang dibawa kerana pada dasarnya ia adalah makanan jin. Pernah terjadi sekumpulan pendaki yang mendaki membawa sepapan telur untuk digoreng apabila tiba di puncak.
Apabila malam untuk sesi makan malam, mereka terkejut kerana semua telur yang masih elok, apabila dipecahkan didapati isinya kosong. Daging pula merupakan penarik untuk haiwan-haiwan datang kerana baunya yang kuat, lagi-lagi apabila dipanggang.
Rumpun akar berjuntai
Orang tua selalu berpesan, “Jangan digayut akar berjuntai, nanti ada teman mengintai”. Nampak menarik bila kita ternampak akar pokok yang berjuntai seperti dalam filem Tarzan tu. Tetapi harus diingat, kebiasaannya ia adalah tempat jin bermain. Salah satu tempat bermain dan bergayut bagi makhluk jin adalah akar yang berjuntai. Apa jadi apabila tempat permainan kita diganggu orang luar? Pasti akan timbul rasa tidak puas hati.
Jangan sebut nama
Sepanjang berada di dalam hutan, kurangkan menyebut nama haiwan secara terus. Contohnya harimau, boleh dipanggil Maybank. Seperti ketika zaman sekolah, ada panggilan tertentu kepada rakan-rakan yang hendak dikutuk tanpa dia tahu. Sama juga apabila berada di dalam hutan.
Jika berjalan secara berkumpulan, jangan suka menjerit ataupun memanggil nama kawan. Takut-takut ada benda lain yang menyahut. Benda ini banyak kali terjadi pada pendaki ataupun kaki pancing.
Tapak kaki haiwan
Harus diingat, pemangsa utama rusa adalah harimau. Selalunya apabila ada rusa, dibelakangnya harimau mengikut. Apabila ternampak kaki rusa atau kelibatnya, jangan berasa seronok dapat melihat rusa sebesar kereta kancil. Kemungkinan besar sang belang menanti di belakang. Silap-silap rusa ditinggalkan, anda yang dia tunggu.
Bunyi bising
Kadangkala ada rakan mengeluh kerana bunyi cengkerik dan berbagai lagi yang didengari ketika mereka tidur di khemah. Itu adalah normal. Yang tidak normalnya apabila keadaan sekeliling menjadi sunyi sehingga dengkuran tidur rakan anda yang menyakitkan telinga.
Apabila keadaan menjadi sunyi secara tiba-tiba, itu menandakan terdapat haiwan yang besar sedang memerhatikan kita. Andai ada bahan letupan seperti mercun, bakarlah mercun tersebut. Sekurang-kurangnya ia dapat menghalang haiwan liar daripada mendekati kita.
Unggun api
Kebanyakan orang melihat unggun api digunakan untuk memasak, memanaskan air dan sebagai pencahayaan. Seeloknya, sediakan kayu api yang mencukupi untuk sepanjang malam dan jangan biarkan unggun api terpadam sehingga terbitnya fajar.
Andai terdapat ahli kumpulan seramai 4 orang, pastikan terdapat 4 batang kayu yang berbara. Ia boleh dijadikan sebagai senjata andai harimau, beruang atau gajah datang melawat.
Jangan suluh sembarangan
Apabila malam, jangan suka menyuluh di kawasan yang tidak perlu. Takut tersuluh cik pon bermata merah pula nanti. Petua juga mengatakan kurangkan menyuluh muka rakan-rakan terutama ketika tidur.
Sisa makanan
Apabila memasak, pastikan kuantitinya sesuai dengan kehendak perut anda. Jangan ada sisa makanan yang ditinggalkan ataupun lebihan makanan yang tidak dimakan. Kebanyakan haiwan amat peka pada bau makanan. Sama juga bagi haiwan seperti beruang, harimau dan lain-lain. Jangan terkejut ketika tidur, khemah anda diselongkar beruang ataupun gajah.
UMAI adalah makanan yang dianggap penting dan popular bagi pelbagai etnik di Sarawak. Satu hidangan yang ringkas dengan variasi yang cukup mudah untuk disediakan.
Apakah itu umai? Ia adalah hirisan ikan mentah segar yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan cili, garam dan sedikit penambah perisa.
Makanan ini disediakan dengan langkah tersusun. Ia bermula dengan pemilihan ikan yang segar dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dihiris secara halus dan digaul serta diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan seolah-olah sudah masak.
Hirisan ikan mentah digaul atau diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan sudah masak. Setelah itu barulah dicampurkan dengan bahan-bahan seperti yang disebutkan di atas tadi. terpulang kepada cita rasa individu sama ada mahu menambah cili untuk rasa lebih pedas atau tidak.
Tidak semua ikan boleh dibuat umai. Selain ikan terubuk, hanya beberapa jenis ikan lagi boleh dan sangat sedap dibuat umai iaitu tenggiri, bawal putih, ikan yu ataupun udang. Ingat hanya ikan segar yang baru ditangkap sahaja, baru sesuai dibuat umai.
Kadang-kadang ketika memancing, selain daripada ikan ada saja benda-benda pelik seperti selipar atau kayu dinaikkan. Anda pula bagaimana?
“Mmg banyak sgt yang pernah dinaikkan time mancing ni. Yang paling menyeronokkan, yang melucukan pun ada… saya pernah naikkan seluar dalam. Paling lucu… time pertandingan pulak tu. Hahah…”
– Choujie Chet
“Rod dengan mesin kwn sebelah yang sama2 mancing sebelum tu baru terjun masuk kolam bahana ditarik ikan. Rod bergerak syok nak hook, karau2 naik rod dia. Yang manjanya jenahak tu masih melekat kat mata kail dia.”
– Mohd Azlie Ishak
“Hahaha… bab ni yang tak dapat lupakan. Ingat dapat la naikkan pari 3-4kg… sekali batu karang daa.”
– Nur D Hatimu
“Dapat helmet… ingatkan ikan besaq makan umpan. Bikin hangin kepala je.”
– Ashrab Azad
“Paling polik den ponah dapek batu karang yang dalam batu tu banyak anak kotam. Huh… berat!”
– Sharfizan Shamshudin
“Gewang saya pernah sangkut botol kecik berbalut kain kuning. Aduhhh… abang saya kata saka pastu baling balik. Seram siot… hahaha.”
Main popper… tiba-tiba debuss!!! Betul2 nampak strike toman… membenam bukan main. Tarik punya tarik sampai ke tepi toman bertukar jadi selipar jepun.”
– Mohd Azlie Ishak
“Ingatkan pari besar bas… sekali kelambu daaa!”
– Ranger Sungai
“Pancing udang galah kat Nibong Tebal jam 2 pagi yang lain dah tidur. Tinggal sorang pancing tau2 dapat ikan macam ikan duri tapi seeakan muka orang siap mata boleh berkelip-kelip.”
– CheYahya Salleh
“Tarik2 macam sangkut tapi bergerak… punya la berat sekali naik cadar tilam. Jahanam betul.”
– Amir Anwar
“Dapat penyepit… tapi bukan udang galah punya penyepit tapi penyepit kueh!”
– Jashanissyem Salleh
“Memancing dapat guni yang berisi ikan lampam. Memang susah nak percaya.”
– Ah Fiz
“Saya pernah dapat keris lama masa pancing udang di Sungai Perak.”
– Ammar Sebastian
“Kawan mancing dapat pancing 1 set lagi. Mesin Shimano joran tak tau coz dah penuh dengan teritip. Semua dah tak boleh pakai… dah bertahun gamaknya kat dalam air masin tu.”
– Md Yazid Yahya
“Pernah dapat tempat sembahyang Cina yang dibuang ke laut.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...