Berbanding keluarga ikan trevally seperti gerepoh, cupak dan gerong belang ternyata isi ikan gerong belang lebih lazat. Untuk menikmati dagingnya yang manis maka elok dibuat gulai atau kari yang lebih ringan.
Bahan-bahan:
Ikan gerong belang (anggaran 1 kg)
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 sudu besar pati asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
Ads
3 biji cili padi merah
1-2 biji tomato
Bahan tumis:
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 ulas bawang merah (dihiris)
Ads
1 suduh teh halba campur
2 tangkai daun kari
1 biji tomato (dihiris dadu)
Cara Memasak:
Ads
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahan-bahan tumis sehingga layu dan kekuningan.
Masukkan serbuk kari ikan bersama bahan-bahan yang dikisar. Kacau tumis rempah sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa serta sedikit air yang ingin dijadikan kuah. Kacau sekali sekala dan biar mendidih seketika.
Masukkan ikan gerong, tomato, cili padi merah dan perisakan. Tambah perasa yang kurang dan kacau sesekali.
Biarkan sehingga ikan masak dan pecah minyak. Kemudian boleh padamkan api dan siap untuk dihidangkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan belitong agak kurang popular sebagai sajian di negara kita. Harganya di pasaran juga rendah tidak sebagaimana ikan predator lain terutamanya tenggiri. Namun, di luar negara khususnya di benua Amerika, ikan belitong merupakan sajian popular sehinggakan ia jarang dilepaskan kembali walaupun oleh pecinta sportfishing.
Sebagai ikan yang memiliki habitat di lautan dalam, ikan belitong sering dikaitkan atau dibandingkan dengan ikan tuna atau salmon.
Tak sedikit pengamal kulinari makanan laut yang mengolah ikan belitong sebagai seafood yang lazat. Ternyata, seperti ikan laut lainnya, belitong juga mengandung nutrisi yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh. Berikut ini khasiat dan manfaat ikan belitong untuk kesihatan lainnya yang sebaiknya anda tahu.
Gizi Kompleks
Ikan belitong diketahui mengandung gizi yang kompleks dengan konsentrasi vitamin dan mineral yang cukup tinggi. Bahkan tingginya kandungan protein, kalori, maupun vitamin C dalam ikan ni dipercaya berkhasiat meningkatkan vitalitasi dan imuniti tubuh. Malah pengambilan ikan belitong berkhasiat sebagai autoimun untuk menangkis penyakit berjangkit dan kronik.
Kesihatan Kulit
Dalam setiap 113 gram hidangan belitong segar diketahui mengandungi sekitar 400mg asid lemak omega-3 (DHA dan EPA). Asid ini juga banyak terdapat dalam salmon yang sangat bermanfaat untuk kognitif otak, menjaga kesihatan kulit.
Protein rendah lemak
Ikan belitong juga kaya dengan kandungan protein rendah lemak yang baik dan sihat. Ikan ini kaya dengan kandungan fosfor, selenium, niasin, dan vitamin B12. Sedangkan kandungan lemak tinggi dan natrium dalam belitong ini juga sangat rendah.
Menguatkan tulang
Belitong juga kaya dengan kandungan fosfat yang sangat berguna untuk mencegah hipofosfatemia. Hipofosfatemia adalah kondisi rendahnya kadar fosfat di dalam darah yang dapat menyebabkan kerapuhan tulang dan otot lemah.
Otak cerdas
Belitong juga diketahui merupakan sumber protein dan rendah lemak. Nutrisi ini berkhasiat untuk meningkatkan imuniti tubuh dan menjaga kesihatan kulit wajah dan tubuh. Kandungan protein dan kaya asam lemak omega-3 alami dalam belitong juga berkhasiat untuk mengoptimalkan fungsi kognitif otak.
Menyuburkan rambut
Ikan belitong diketahui kaya dengan vitamin A dan D yang bermanfaat untuk menyuburkan rambut kepala dan menjaga kesihatan tubuh.
Melancarkan transmisi saraf
Kandungan mineral dalam belitong juga bermanfaat untuk mencukupi keperluan hormon, enzim, mahupun vitamin dalam metabolisme tubuh. Ini juga berguna untuk menjaga tekanan osmotic dan melancarkan transmisi impuls saraf dan kontraksi otot.
Admin beranggapan Pintail yang dimaksudkan dalam soalan yang dikemukakan ini ialah gewang minnow tenggelam atau keluaran Jackson atau Jackson Pintail minnow singking fishing lure. Pintail ini sebenarnya bukanlah gewang artificial yang baru dalam dunia pancingan tanah air. Jika tidak silap admin, ia telah digunapakai semenjak tahun 2010 lagi.
Keberkesanan gewang pintail ini menyebabkan ia ditiru oleh banyak pengeluar barangan pancing. Penggunaan pintail di Malaysia lebih menjurus kepada pancingan tenggiri dengan teknik mengilat. Atau dalam erti kata lain, gewang ini terbukti sebagai killer lure untuk tenggiri.
Ia biasanya digunakan bagi menjerat tenggiri di kawasan-kawasan unjam atau banyak terdapat ikan-ikan pelagik seperti tamban atau selar. Pengalaman admin sendiri, sekiranya ada kumpulan tenggiri yang berlegar di unjam, gewang ini cukuplah berkesan. Malah ia turut berkesan untuk menjerat ikan lain seperti talang, belitong, gerepoh mahupun jemuduk.
Dengan menggunakan peralatan pancing yang bersesuain untuk aktiviti mengilat (sesuai untuk menampung berat pintail yang biasa digunakan ialah 40 gm dan menawan tenggiri sehingga saiz 10 kilogram), pintail akan dilontar ke kawasan yang berpotensi hadirnya ikan pemangsa seperti tenggiri.
Pintail dibiarkan tenggelam beberapa saat bergantung kepada kedalaman lubuk. Untuk mencapai kedalaman 10 meter (30 kaki), pintail akan dibiarkan tenggelam dalam jangka masa 10 saat. Kemudian ia perlu dikarau dengan kelajuan tinggi. Antara kelebihan pintail, semakin ia dikarau laju makan semakin cantiklah aksi renangan. Oleh yang demikian, penggunaan kekili yang memiliki nisbah karauan yang tinggi amatlah penting.
Apakah tujuan utama anda semua memancing? Adakah semata-mata kerana hobi atau ada tujuan lain? Tentu saja setiap orang ada alasan sendiri memilih hobi mahal ini berbanding hobi yang lain. Korang pula bagaimana? Apa yang membuatkan korang memilih hobi memancing ini sebagai hobi nombor satu korang?
“Adakala aku memancing sebab nak rapatkan silaturahim. Adakala aku memancing sebab nak tenangkan fikiran dan berfikir cara terbaik selesaikan masalah. Adakala aku memancing sebab nak latih semula bila jiwa terasa semakin lemah. Adakala untuk mendekatkan diri dengan Allah (penyerahan dan membuka mata dan hati).
Ikan adalah bonus. Tapi biasanya bila aku memancing semua yang adakala kat atas tu akan ada sepanjang aku memancing. Bukan nak ikan sangat pun… tapi kalau ikan tu aku makan, walaupun kecil aku ambil bawa balik.”
“Jawapan tetap sama di mana admin jumpa pertanyaan tersebut… lebih kepada riadah. Tiada hasil itu biasa. Dapat hasil itu luar biasa. Enjoy dengan kawan-kawan. Asalkan umpan cecah kat air itu sudah membuat hati gembira.”
“Mungkin sebab minat. Lain orang lain minatnya lain hobinya. But prinsipnya sama. Paling best bila bawa family, semua sama-sama minat memancing. Seronok betul. Biarlah dapat ikan ke tak dapat ke, biarlah ikan sekecik ikan longkang ke… yang paling diutamakan keseronokan memancing bersama. Kalau ada pemancing lain bersebelahan yang tak dikenali pun akan dapat berkenalan juga.”
“Cerita memancing ni macam ni… keseronokan dan kegembiraan tu terasa ketika kita dikejutkan dengan ketukan dan sambaran yang terjadi dapat menaikkan semangat. Kemuncaknya ialah ketika belawan dengan sang misteri yang menarik tali keluar dari mesin dengan laju. Keseronokan berganda akan terjadi apabila dapat menaikkan hasilnya. Maka keseronokan itulah yang menjadi penyebab utamanya.”
“Yang pertama sebab hobi, yang kedua untuk mencari rezeki, yang ketiga untuk mencari keseronokan diri sendiri, yang keempat untuk menguji kesabaran diri, yang kelima untuk mencari ketenangan, release tension di tepi laut atau sungai bila berlakunya kumpau.”
“Hobi… lauk… jual. Belajar kawasan lubuk, umpan, menguji kekuatan jenis-jenis ikan. Belajar rod reel atau line apa yang terbaik… apa-apa sajalah daripada duduk tak buat apa dan bersembang tak tentu pasal. Dari membawang pasal orang memancing, lebih baik pergi memancing.”
“Ada yang memancing kerana hobi. Ada yang memancing niat nak tambah rezeki. Tetapi yang memancing di kolam berbayar niat nak tambah rezeki ini saya kurang faham… sebab risiko tinggi. Bila tak dapat seperti niat di hati, mulalah memekak kata kolam tipu, kolam main ubat, macam-macam lagilah.”
“Pucuk pangkalnya sebenar hobi… tapi dalam hobi tu banyak tujuan. Nak dapat ikan, nak ikan besar-besar, nak try rasa ikan besar tarik, nak rasa makan macam-macam jenis ikan dan macam-macam lagilah.”
“Banyak-banyak hobi dalam dunia ni… hobi memancing paling win. Gigil dia lain macam. Kalau kumpau berdarah hidung… terlepas ikan besar tak lena tidur jadinya. Yang best dapat ikan besar dia punya senyum sampai telinga… tidur pun lena!”
“Tujuannya mencari kepuasan. Dari main tepi pantai sampai berubah main gewang… sanggup meredah hujan bermandikan cahaya matahari demi menghilangkan ketagihan. Ketagih memancing ni lebih parah dari ketagih dadah. Hahahaha!”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...