Panduan berguna ini dipetik dari kelab Facebook Lubuk Dot Net sempena kemunculan harimau belaan misteri yang merayau di sebuah kampung di Terengganu. Walaupun sekadar hiburan, ia bermanfaat juga sekiranya korang bertembung harimau liar ketika memancing di hutan sungai pegunungan.
Jangan bagi biskut… nanti pergelangan tangan anda hilang dibaham harimau tersebut. Lagipun harimau bukannya makan sangat biskut macam kera.
Jangan ambik gambar dari atas motosikal dari jarak 7 kaki… ini kerana harimau boleh melompat dan menerkam sejauh 15 kaki.
Jangan tiru aksi sarkas dengan menghulur kaki (tidak pula dinyatakan sebabnya. Mungkin kerana anda akan kehilangan kaki).
Ads
Jangan pijak kaki dia (hahaha… berani ke korang nak pijak).
Jangan jalan kaki sebelah harimau. Aksi ini memang nak nampak cool habis tapi harimau bukanlah seekor binatang yang cool.
Kaki tangan Maybank juga dilarang dekat walaupun logo syarikat anda menggunakan gambar beliau. Ada kemungkinan juga beliau menyimpan dendam sebab guna gambar tanpa izin.
Ads
Jangan buat bunyi kijang… kalau nak halau pun pekik hoi hoi saja dari dalam lori yang terkunci rapi.
Jangan pukul dengan ranting… ranting hanya sesuai digunakan untuk cucuk matanya sahaja jika sempat.
Jangan terbersin dekat dengan telinganya sebab kalau dia terkejut dia akan tampar muka anda. Hahahaha… beliau ni agak baran sebenarnya.
Ads
Jangan fikir dia jinak kerana harimau cuma jinak kalau anda bela dia dari kecik. Itu pun kalau anda beri dia cukup makan.
Jangan bagi biskut tiger atau bagi minum air tiger walau itu jenama dia.
Jangan ikut dia dari belakang sambil nyanyi `tok harimau… tok harimau.. pukul berapa tok harimau…?
Jangan kita melolong macam tarzan… takut gajah pulak datang. Itu sudah dua kali bahaya!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Dalam industri perikanan, spesies lampam boleh dikatakan agak penting dalam beberapa cabang perikanan.
Secara tradisional, spesies lampam mempunyai kepentingan yang agak tinggi bagi komuniti pinggir bandar.
Komuniti yang menjadikan spesies lampam sebagai salah satu ikan target ialah komuniti pemancing sara diri atau subsistence anglers.
Berbeza dengan pemancing rekreasi, pemancing sara diri bermaksud komuniti ini menangkap sesuatu spesies ikan untuk keperluan harian, terutamanya sebagai sumber makanan.
Selain itu, spesies ini juga mempunyai kepentingan dalam perikanan komersial dan akuakultur.
Jasanya spesies lampam diternak dalam skala yang besar untuk tujuan sumber makanan kepada komuniti setempat.
Dalam sektor perikanan ikan hiasan juga, spesies ini merupakan antara spesies ikan popular dan mudah didapati di kalangan kedai ikan hiasan.
Disebabkan spesies ini gemar berenang berkumpulan, biasanya lampam akan ditempatkan dengan sekumpulan lampam yang lain di dalam akuarium.
Malah spesies ini antara spesies ikan yang tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi jika dibela.
Dalam pancingan sukan sekali pun, selain dipancing untuk dimakan, spesies lampam yang bersaiz kecil juga boleh dibuat umpan untuk menjerat pemangsa yang lebih besar.
Anak lampam adalah umpan hidup terbaik untuk menjerat baung besar, toman, mahupun sebarau.
Kebanyakan orang, lampam nungkin sekadar spesies biasa-biasa sahaja, namun pancingan lampam yang ringkas dan santai mampu mendatangkan riuh rendah jika dilakukan secara berkumpulan.
Bahkan, di sesetengah tempat, lampam sungai terutamanya bersekolah cukup tinggi. Ibarat jinak di depan mata, pandai mencuri umpan, tetapi sukar untuk menangkapnya.
Jika kunjungan trip pancing ke tasik-tasik utama di Malaysia seperti Tasik Kenyir di Terengganu atau Royal Belum di Perak, kaki pancing semestinya meletakkan keazaman yang tinggi untuk menjerat spesies toman dan sebarau.
Bagi kaki trekking pula, spesies pujaan semestinya si raja sungai iaitu kelah dan juga peragut malam iaitu baung.
Iyalah, trip-trip sebegini apatah lagi ke tasik utama yang terkenal di kalangan kaki pancing wajib untuk menyenaraikan ikan target yang bernilai tinggi baik dari segi kekuatan pertarungan mahupun nilai ikan target yang rare untuk dipancing serta sedap dimakan.
Begitu pun, dalam kesibukan memburu ikan gred A, kunjungan ke tasik utama tidak sah jika tidak melayan keseronokan spesies lampam.
Pancingan lampam di tasik utama lebih santai malah teknik pancingan juga lebih santai, ringkas dan minimalis. Pancingan yang santai sebegini memang menghiburkan apatah lagi jika aktiviti tersebut dilakukan beramai-ramai. Riuh boathouse dibuatnya.
Sebelum PKP dulu, kami merancang untuk mencuba lubuk baru yang lebih mengancam dan mendebarkan. Kali ini kami memilih sebuah lubuk yang mula menjadi sebutan di kalangan kaki pancing. Lubuk ini terletak dalam hutan simpan yang masih dara dan belum sangat diteroka. Lokasinya di sebuah kawasan pedalaman di negeri Pahang. Selain saya dan Tapa, Baha dan Nawi juga menawarkan diri untuk pergi. Kami bercadang untuk bermalam di kawasan ini.
Perjalanan dengan kereta pacuan 4 roda mengambil masa hampir dua jam ke hutan simpan ini. Setelah meletakkan kereta di kawasan yang disediakan, kami terpaksa berjalan kaki meredah belukar setinggi pinggang hingga sampai di satu kawasan perkampungan orang asli.
Dari situ perjalanan diteruskan dengan melalui celah bongkah batu yang besar. Aliran air yang mengalir di celah-celah batu sangat jernih dan segar hingga kami minum begitu sahaja. Inilah air mineral yang paling sejuk dan jernih yang pernah saya jumpa. Setelah berjalan hampir dua jam, akhirnya kami tiba di satu kawasan lapang yang boleh memuatkan tiga buah khemah. Inilah tempatnya. Di hadapan kami terbentuk sebuah lubuk dalam yang airnya berwarna kehijauan.
Suasananya sejuk dan nyaman. Pokok hutan sebesar dua pemeluk seolah-olah memayungi kawasan ini agar redup. Sesekali saya dapat melihat kocakan ikan di dalam lubuk seolah-olah menyambut mesra kedatangan kami ke situ. Tanpa membuang masa, saya dan Tapa terus mendirikan khemah ringkas berbentuk A. Baha dan Nawi pula sudah bersiap dengan joran dan umpan masing-masing. Misi kami untuk mencari lauk yang bakal dijadikan hidangan makan tengah hari.
Maklumlah perut sudah berkeroncong untuk diisi. Dengan berbekalkan umpan yang dibuat daripada isi kelapa sawit dan beberapa ramuan rahsia, Baha terus melabuhkan jorannya di tengah lubuk yang airnya sangat tenang dengan riak kecil di atas permukaannya. Tidak sampai dua minit, seekor ikan baung sebesar lengan budak dua tahun melontar lemah di hujung kail.
Nawi pula berjaya memperolehi ikan tengas seberat hampir setengah kilogram dan dua ekor ikan baung. Saya terus membakar ikan-ikan itu setelah dibersihkan isi perutnya manakala Tapa pula membuat bahan cicah yang berupa kicap yang dicampur dengan hirisan bawang besar dan cili api.
Setelah menikmati makan tengah hari, kami berempat berlumba-lumba melabuhkan joran. Menjelang jam 6 petang, ikan seperti beransur kurang dan saya mendapat ikan sebarau seberat setengah kilogram sebagai mangsa terakhir. Sedang asyik menaikkan ikan, Tapa memberi isyarat dengan tangannya menunjuk ke satu arah.
Jelas pada pandangan saya seperti satu barisan panjang pelbagai jenis bunga-bungaan seperti mawar merah, kenanga, cempaka, melur dan beberapa jenis lagi hanyut dengan tenang di hadapan kami. Terdapat juga limau purut yang dipotong dua.
Haruman limau segar jelas menusuk hidung. Sebaik sahaja kami terlihat bunga-bungaan ini (seperti ada orang yang mandi bunga di hulu sungai) saya dan kawan-kawan melompat naik ke darat. Malam itu, perasaan kami sedikit berdebar.
Kami berempat seperti terkelu. Berlaku lagi satu peristiwa yang agak menyeramkan pada malam itu. Pada jam 11 malam, saya terdengar sekumpulan anak kecil sedang riuh bermain di tepi khemah yang saya diami bersama Tapa. Saya menyuluh keluar, namun tiada satu apa pun yang kelihatan.
Entah mengapa tergerak hati saya untuk menyuluh ke atas pokok dan ketika itu terasa jantung mahu gugur apabila melihat beberapa kepala tergantung tanpa badan dan kaki, mata merah merenung saya dalam keadaan marah. Walaupun merasa gementar dan takut, saya tidak pula memberitahu kawan-kawan tentang perkara itu saya hanya mendiamkan diri dan tidur sehingga pagi.
Keesokan harinya, saya mengajak kawan-kawan pulang kerana tidak sedap hati dengan situasi yang dialami. Nasya meminta rancangan pulang ditangguhkan ke tengah hari supaya kami dapat memancing lagi. Namun, sebaik sahaja kami melihat seekor biawak sebesar anak buaya keluar daripada belukar berhampiran merangkak perlahan, menuju ke gigi air hasrat Nasya itu kami tolak mentah-mentah.
Kami mengemas segala peralatan khemah dan joran lalu bergerak keluar meninggalkan kawasan itu pada jam 8.30 pagi. Di pertengahan jalan, kami berjumpa dengan Tok Batin orang asli yang dikenali dengan nama Tok Rawi. Kami terus menceritakan kejadian aneh yang kami alami kepada Tok Rawi.
Orang tua itu hanya tersenyum dan berkata kami bernasib baik kerana tidak diganggu oleh puaka hutan yang memang biasa mengganggu pemancing yang baru berkunjung ke situ. Tok Rawi juga telah menunjukkan kami satu lokasi terbaik untuk memancing ikan. Di sini kami telah berjaya memperolehi lapan ekor sebarau yang sederhana saiznya, baung, lampam, tengas dan juga temperas.
Walaupun telah menempuh pengalaman aneh dan misteri namun saya dan kawan-kawan tidak merasa serik untuk berkunjung ke sini lagi. Saya percaya walau di bumi mana kita berada kita tetap berkongsi dunia dengan makhluk Allah yang lain.
UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong atau jurupandu pancing?
AMIR: Minat memancing tu bermula sejak remaja lagi dan mula menjadi tekong dan jurupandu pancing secara rasminya sejak tahun 2015.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
AMIR: Saya memilih kerjaya ini kerana ia merupakan minat yang mendalam dalam aktiviti memancing. Selain itu ia juga boleh menjana pendapatan dan sumber kerjaya untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.
Tanpa minat yang mendalam adalah mustahil untuk berkhidmat dengan baik sebagai tekong dan jurupandu pancing.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong atau jurupandu pancing?
AMIR: Pada pandangan saya seseorang tekong atau guide itu hendaklah berdisiplin. Disiplin merupakan teras utama yang tidak boleh dipertikaikan. Selain itu anda perlulah menepati masa.
Biarlah kita menunggu pelanggan, jangan pelanggan yang menunggu kita. Tekong juga perlu memberi tunjuk ajar yang betul serta ikhlas semasa memancing.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
AMIR: Rintangan yang pernah saya hadapi seperti hujan serta ribut, enjin rosak semasa memancing, tidak bernasib baik mendapat tangkapan yang menghampakan para pelanggan.
Harapan saya untuk diri saya atau sesiapa yang ingin menceburi kerjaya ini jangan mudah putus asa. Dan berbanggalah kerana ianya merupakan pengalaman yang sangat mencabar.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis dan pahit?
AMIR: Kenangan manis, melalui servis yang saya sediakan ini ia memberi peluang untuk bersilatulrahim dengan kenalan baru tanpa Kira bangsa dan agama.
Kenangan pahit ketika trip tiada hasil tangkapan. Saya percaya semua tekong tidak sanggup melihat para pelanggan mereka pulang dengan tangan kosong atau kumpau. Saya juga seorang pemancing jadi saya tau kumpau itu bukannya indah tetapi perit.
UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?
AMIR: Tip saya mudah sahaja… jangan sesekali putus asa. Sentiasa berusaha hingga berjaya. Banyakkan bersabar… nak jadi pemancing ni kenalah bersabar sentiasa dan guna joran serta umpan yang sesuai semasa memancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...