Resepi ini khusus untuk ikan siakap merah yang dipancing di laut dalam. Kalau siakap merah yang dapat kat muara tu kurang kick sikit. Kurang dari sekilo tak padu sangat. Siakap merah laut ni padu gila. Nak-nak lagi bahagian kepalanya dijadikan kari dimasak terus ketika di atas bot memancing.
Bahan-Bahan:
500 gram bahagian kepala (lagi besar kepala lagi sedap. Tapi kalau atas bot tu masak sekor la. Bukan korang sorang je nak makan)
Bahan untuk ditumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/4 biji bawang besar
Bahan untuk menumis:
Ads
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil halba campur
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit daun kari
Bahan-bahan lain:
2 cawan santan cair
Ads
1 cawan santan pekat
1 paket rempah kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 biji tomato dipotong 4
5 batang bendi
garam dan gula secukup rasa
Ads
Cara Penyediaan:
Bancuh serbuk kari dan serbuk cili menjadi pes yang pekat.
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan yang ditumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.
Masukkan pes serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ketika candat sedang dihenjut, kita akan terasa seolah-olah tarikan kita lebih berat dari sebelumya.
Itu menandakan ada sotong yang telah sudi memegang candat kita dengan jari lembutnya.
Mungkin jenis candat yang kita gunakan telah menarik minat sotong atau cara henjutan kita yang membuatkan sotong tergoda untuk menariknya.
Sotong tidak seperti ikan, tarikannya sangat jujur. Sotong akan menarik pancing kita dalam tarikan lurus mengundur ke belakang berbanding ikan yang membuat tarikan rawak dan lebih menggila.
Jika pancing kita telah mengenai sotong, risiko untuk tersangkut dengan struktur tidak diingini adalah cukup minima berbanding ikan.
Pencandat yang mahir bukan sahaja dapat membezakan antara tarikan ikan dan sotong, mereka juga mampu membezakan tarikan ular laut yang terkena pancing.
Jika sotong yang memegang candat anda bersaiz besar, ia akan membuat beberapa kali benaman ke bawah hinggakan tali pancing tertarik ke luar.
Jika anda menggunakan koyan, anda akan dapat merasa tarikan sotong yang original.
Walaupun anda menahan tali di tepi bot, sotong besar masih mampu menarik tali koyan koyan keluar.
Perlu diingat, jangan sekali-kali mengunci kekili pancing anda. Jika menggunakan koyan pastikan tali anda boleh dihulurkan keluar jika tarikan sotong terlalu kuat.
Pastikan juga tali pancing anda sentiasa dalam keadaan tegang.
Menarik sotong tidak sama seperti menarik ikan. Jangan melayan tarikan sotong seperti anda membuat sentakan ikan.
Jika anda menarik sotong seperti ikan, peluang untuk mendapatkan sotong agak tipis. Mungkin anda hanya mendapat jejari sotong sahaja.
Apabila semakin lama anda mencandat, akan akan faham sendiri seni pancingan sotong ini.
Semasa sotong tiba dipermukaan, sotong akan memancutkan dakwatnya ke atas. Oleh itu elakkan dari melihat sotong dalam posisi berhadapan.
Pastikan sotong berada agak jauh dari muka anda dengan cara meluruskan tangan semasa mengangkat sotong. Sotong mampu memancutkan dakwat dan air melebihi ketinggian bumbung bot.
Selalunya sotong torak hanya membuat sekali pancutan yang kuat. Pancutan air juga menunjukkan kedudukan sotong yang sudah berada berdekatan dengan permukaan.
Jika kita menghampiri bot-bot mencandat sotong, kita boleh melihat pancutan-pancutan air yang tinggi.
Pancutan yang kerap memberi gambaran bilangan sotong yang berjaya didaratkan. Jika semakin banyak dan kerap pancutan, maka semakin banyak sotong yang telah dicandat.
Selalunya fenomena sebegini tidak lama, oleh itu pemancing perlu peka kepada perubahan pola ini.
Bagi nelayan tradisional dan pencandat-pencandat hardcore, mereka akan menarik sotong dengan tarikan yang sesuai, memegang badan sotong dalam posisi rendah, mencampak ke dalam bekas sotong dan melepaskan semula candat ke laut dengan muka yang cukup bersahaja.
Semuanya berlaku cukup pantas. Agak sukar untuk melihat sotong yang telah mereka tangkap dari jarak yang jauh.
Walaubagaimanapun, pancutan yang dilakukan oleh sotong dapat memberikan gambaran yang cukup bermakna bagi bot-bot yang baru tiba ke lokasi berkenaan.
Jangan sangka ikan bulan tidak enak hanya kerana ia melihat persekitaran habitatnya. Sedangkan ikan keli yang boleh hidup di habitat yang tercemar sekalipun masih enak dimakan. Sebenarnya ikan bulan kurang dijadikan juadah kerana ia ikan bertulang banyak. Namun, disebalik banyak tulang, isi ikan bulan manis rasanya. Digoreng rangup pun sedap, dibuat asam rebus pun sedap!
Bahan-bahan:
2-3 ekor ikan (saiz sederhana)
Seikat daun kesum
2-3 keping asam gelugur
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa
Bahan-bahan kisar:
10 tangkai lada kering
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
Cara Penyediaan:
Ikan bulan dicuci bersih dan dikelar-kelar sedikit badannya.
Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk, masukkan air secukupnya dan didihkan.
Kemudian masukkan Masukkan asam keping dan juga ikan.
Apabila ikan dah masak, masukkan garam, gula dan bahan perisa secukup rasa. Akhir sekali, masukkan daun kesum.
Hidangkan panas-panas dan berhati-hatilah dengan tulang-tulang halus ikan.Sedia untuk dihidangkan.
“Pernah memancing di Putrajaya, kat sungai tu… saje jer nak try kat situ. Baru dapat sekor, terus kena kacau. Ingat pukul 12.30 tengah hari nak packing dan balik, tapi belum sempat. Tetiba suami cakap, kemas la, jom balik. Dan jangan pandang arah palong air.
Tak tunggu lagi, aku kemas barang dan cabuuuuttt…! Nasib baik kereta tak meragam dan senang hidup. Kalau tak huishhh… Otw balik tu, kete berat semacam je. Lepas pasang MP3 surah AlQuran, baru ringan.
Ini sungai yang dekat dengan kolam pancing di Presint 20. Sampai rumah, baru suami bagitau, dia nampak ada budak kat bawah palong tu.”
Kisah seram AlDee Garcia:
“Pernah, pancing di Kuala Binsulok, Kuala Penyu, Sabah. Kira-kira jam 9.00 malam. Tempat tu memang keras, tapi time tu ikan dia ganas gila, sekali pancing jatuh jak terus kena sambar.
Tiba-tiba di tengah-tengah muara ada timbul pasir… macam pulau la cuma tak ada pokok kelapa. Lepas tu macam ada bom atom jatuh kat tengah-tengah air bising sangat! Masa tu juak pulau tu hilang, tapi masih buat tak tau, (tapi dalam hati rasa nak cabut jak).
Tetiba kat tengah air ada mccam kepala orang… cuma ada 2 tanduk. Macam devil la… terus packing barang sambil mulut baca ayat-ayat yang masih ingat belajar dulu. Sekarang tak berani dah pancing malam kat tempat tu.”
Kisah seram Fik Fikri:
“Aku pernah memancing haruan kat ladang sawit dengan 2 member lain dan kami semua berpecah. Baru 10 minit mancing, tiba-tiba ada 1 keluarga… ayah, anak, ibu berjalan dekat dengan saya dengan berpakaian cantik tanpa menoleh sedikit pun kat saya.
Terus cabut lari, sebabnya lepas toleh semula diorang dah hilang. Pelik bila fikirkan saper diorang dan pakai cantik-cantik kat tengah ladang.”
Kisah seram Ameng Syh:
“Mancing kat Empangan Sembrong hanya berdua saja. Jam waktu tu 2.00 pagi dan terbau wangian yang sangat wangi berhampiran pokok buluh. Selang 2 minit kemudian terdengar suara mengilai dengan diikuti hujan renyai-renyai secara tiba-tiba.
Pakat dengan member apa lagi… angkat kaki la. Esoknya demam 2 hari. Kejadian ini berlaku tahun 1997. Lepas tu serik tak nak mancing malam lagi.”
Kisah seram Tilan Hunter:
“Ambik gambar, tapi tak nampak pun. Kes berlaku kat Johor, mancing waktu Maghrib. Member nampak ada perempuan rambut panjang kat belakang teman, tapi teman sendiri tak nampak… hihihihi.”
Kisah seram Pisau Parang:
Mancing tak dapat ikan… tapi mata kail sangkut pada mayat! Sampai pancing pun saya buang. Sampai sekarang saya tak pernah mancing dah… trauma!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...