“Pernah memancing di Putrajaya, kat sungai tu… saje jer nak try kat situ. Baru dapat sekor, terus kena kacau. Ingat pukul 12.30 tengah hari nak packing dan balik, tapi belum sempat. Tetiba suami cakap, kemas la, jom balik. Dan jangan pandang arah palong air.
Tak tunggu lagi, aku kemas barang dan cabuuuuttt…! Nasib baik kereta tak meragam dan senang hidup. Kalau tak huishhh… Otw balik tu, kete berat semacam je. Lepas pasang MP3 surah AlQuran, baru ringan.
Ini sungai yang dekat dengan kolam pancing di Presint 20. Sampai rumah, baru suami bagitau, dia nampak ada budak kat bawah palong tu.”
Kisah seram AlDee Garcia:
“Pernah, pancing di Kuala Binsulok, Kuala Penyu, Sabah. Kira-kira jam 9.00 malam. Tempat tu memang keras, tapi time tu ikan dia ganas gila, sekali pancing jatuh jak terus kena sambar.
Tiba-tiba di tengah-tengah muara ada timbul pasir… macam pulau la cuma tak ada pokok kelapa. Lepas tu macam ada bom atom jatuh kat tengah-tengah air bising sangat! Masa tu juak pulau tu hilang, tapi masih buat tak tau, (tapi dalam hati rasa nak cabut jak).
Tetiba kat tengah air ada mccam kepala orang… cuma ada 2 tanduk. Macam devil la… terus packing barang sambil mulut baca ayat-ayat yang masih ingat belajar dulu. Sekarang tak berani dah pancing malam kat tempat tu.”
Kisah seram Fik Fikri:
“Aku pernah memancing haruan kat ladang sawit dengan 2 member lain dan kami semua berpecah. Baru 10 minit mancing, tiba-tiba ada 1 keluarga… ayah, anak, ibu berjalan dekat dengan saya dengan berpakaian cantik tanpa menoleh sedikit pun kat saya.
Terus cabut lari, sebabnya lepas toleh semula diorang dah hilang. Pelik bila fikirkan saper diorang dan pakai cantik-cantik kat tengah ladang.”
Kisah seram Ameng Syh:
“Mancing kat Empangan Sembrong hanya berdua saja. Jam waktu tu 2.00 pagi dan terbau wangian yang sangat wangi berhampiran pokok buluh. Selang 2 minit kemudian terdengar suara mengilai dengan diikuti hujan renyai-renyai secara tiba-tiba.
Pakat dengan member apa lagi… angkat kaki la. Esoknya demam 2 hari. Kejadian ini berlaku tahun 1997. Lepas tu serik tak nak mancing malam lagi.”
Kisah seram Tilan Hunter:
“Ambik gambar, tapi tak nampak pun. Kes berlaku kat Johor, mancing waktu Maghrib. Member nampak ada perempuan rambut panjang kat belakang teman, tapi teman sendiri tak nampak… hihihihi.”
Kisah seram Pisau Parang:
Mancing tak dapat ikan… tapi mata kail sangkut pada mayat! Sampai pancing pun saya buang. Sampai sekarang saya tak pernah mancing dah… trauma!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Untuk memburu kelah atau tengas haruslah masuk jauh ke hulu hutan sungai pergunungan dan haruslah berbekal sedikit ilmu bagi berhadapan dengan sesuatu yang tidak diingini. Malah apa saja yang melibatkan pancingan di hutan sungai pergunungan korang bakal bertemu dengan binatang buas dan ini ada sedikit petua dan tip untuk diamalkan.
Petua bertemu harimau
Jika sedang memancing dalam keadaan hutan penuh dengan bunyi unggas serangga, tiba-tiba hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap seperti harimau belang, harimau akar dan beruang. Kalau disusuli dengan bau hamis… maka sahlah harimau. Buatlah sesuatu seperti meletupkan mercun untuk menghalaunya pergi (jangan lupa bawa mercun bola kalau masuk hutan).
Petua bertemu beruang matahari
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang matahari atau beruang madu. Kalau terserempak dengan haiwan ni, apa yang perlu kita buat ialah MENJERIT (JERKAH) dan buat seperti nak kejar. Automatik beruang tu akan lari (petua ini dipetik dari pengalaman Orang Asli).
Petua bertemu ular tedung
Kalau terserempak dengan ular tedung, jangan buat gerakan mengejut. Kakukan diri dan mengundur secara perlahan-lahan. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu (jika berani) cuba acah-acah bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur.
Petua berhadapan kera / lutong
Kera dan lutong adalah dari spesies yang sama macam kelah dan tengas. Spesies kera ni takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu. Untuk halau kera, patahkan dahan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang dan hayunkan kat kera tu. Rasionalnya ranting dan daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting.
Pantang larang binatang buas
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya. Contohnya bila ternampak harimau, gajah, badak, seladang dan lain-lain lagi. Jadi, kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising… tentu ada binatang besar tengah lalu. Maka pilihlah laluan lain atau tunggu sehingga keadaan reda sebelum meneruskan perjalanan.
Petua bertemu lumut tahi kera
Kalau kita berjalan pada waktu malam, terutama dalam hutan tebal berdekatan dengan air terjun atau sungai, kita akan nampak ada objek bercahaya warna hijau fluorescent. Objek yang bercahaya itu ialah lumut tahi kera. Pada waktu singa tak nampak apa-apa tapi bila waktu malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan. Lumut ni hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau manusia). Bagusnya, kalau sesat waktu malam… ikut je laluan ni, InsyaAllah tak langgar pokok.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pemancing dikenali sebagai seseorang yang penyabar. Walaupun ikan tak makan umpan, mereka tetap sabar menunggu.
Walaupun bakal berakhir dengan kumpau, mereka tetap juga menunggu. Namun, dalam waktu menunggu ini, lain pemancing lain cara yang dilakukan.
Contohnya macam diorang ni…
Hakim Hayabusa
“Selalu saya akan cakap sorang2 sambil mengharapkan umpan dimakan ikan. Adakalanya duduk termenung seorang dari tengok rod pancing kalau2 gerak skit ke… hihi.
Kalo dah kumpau tahap darah biasanya saya repeat esok lagi. Walaupon esoknya jugak kumpau, tak serik lagi turun lusa pulak… hehe. Pemancing tegar tak kenal erti serik. Hahaha…”
Qayyum Aizad
“Kalau mengail seorang diri, tak kira kumpau atau tidak saya lebih senang beristighfar. Kalau dengan anak, saya lebih suka berbual dan mendengar tentang segala perkara yang dibincangkan.
Kalau dengan konco-konco maka bersedialah untuk dibahan. Semua rezeki dari Allah. Kalau berhasil, Alhamdulilah. Kumpau? Senyum, tak perlu kata apa-apa.”
Mohd Hafiz Razali
“Ikan tak makan umpan? Tengok sekeliling dulu… tengok pemancing lain ada naikan hasil atau tidak… kalau pemancing lain dok gasak tapi kita dok kejung je, maka ada yg tak kena dgn umpan kita… apa lagi, kasi modified la umpan.
Takkan nak membangau je sampai ke sudah… hehehe.”
Dom Abu
“Kumpau berdarah tu dah biase…. saya kumpau bernanah pun pernah. Last2 layan game dalam handphone. Cukup jam angkat pancing balik. Tapi standby la nak jawab apa kat org rumah…. huhuuu.”
Zafri Angler
“Duduk sambil menikmati keindahan port memancing. Mana tahu lepas berehat dapat strike monstar… hehehe.”
Walter Walter De’logu
“Saya kalau mancing di tepi pantai… ikan takda mematuk (Bahasa kami dekt KK Sabah), berkenalan laa dengan kaki-kaki pancing.
Sambil bercerita pengalaman masing-masing. Tapi kalau memancing di laut dalam… ikan tidak aktif makan umpan, kita yg aktif makan di kapal sebab cepat lapar.”
Safari Jabar
“Kalau memancing sorang-sorang saya akanabersyair, bersajak, menyanyi sambil baling butiran batu kecil ke air… kalau ramai2, kita lebih bercerita tentang teknik, pengalaman segala info xtvt memancing sambil berdoa dalam hati agar rod kita bergetar.”
Mohd Azrai
“‘Kumpau itu manis!’ ‘Kumpau itu indah!’ Ayat biasa dengar untuk sedapkan hati… hehe. Tapi takpe… hari ni bukan rezeki. esok lusa sapa tahu… kalau nak ikan sokmo tak yah mancing… pergi pasar beli.
Niat sebenar kaki pancing bukan nak ikan sangat… tapi nak feel memancing tu. Takda ikan takpa… ada ikan itu kira BONUS.”
Maxwell Mirin
“Kalau dah kumpau tahap dewa… Kitorang akan akenang dan cerita hasil-hasil trip lepas. Dan kongsi ilmu-ilmu memancing. Memang takkan habis ceritanya… Hahahaha.”
Su-hill
“Kalau saya…? Bila saya dah hampir-hampir kumpau berdarah beku, saya mulakan dengan jampi serapah menyebut jenis-jenis ikan yang saya ingin pancing.
“Wahai ikan gelama, wahai ikan pari, wahai kakap putih, wahai sekelian ikan makanlah umpan aku ini!!!” Macam orang gila tapi yang sedihnya mak saya selalu tanya saya ikan yang ko pancing dah habis jual kat pasar?
Ke jual kat tepi jalan je? Hari-hari kalau mancing tak boleh ikan soalan tu yang selalu diajukan.”
Mohd Helmi
“Sementara menunggu lure ditegur ikan… dapat jugak makan-makan. Bayangkan anda sedang berkhemah… tak la berasa sangat kumpau berdarah.
Jadi bila ada komplot boleh la bawak bekal lebih sikit. Ikan tak makan ke nak makan biar kita kat darat makan isi perut. Jangan perut kumpau sudah la.”
Saifuad Parham
“Saya lebih suka rileks tenang sambil fokus melihat batang pancing. Dalam hati terus berbisik… bila ikan nak makan… bila ikan nak makan. Sambil kena rokok… last sekali tak makan juga, cari port lain.”
Akmal Hadi
“Letak set pancing dalam posisi tertentu, lepas tu amik gambar siap dengan bokeh lagi. Lepas tu upload kat IG & FB dengan hashtag #kumpauituindah”
Akhi Iqbal
“Kalau di Sandakan dipanggil kambu biasa time ikan tak sudi makan apa lagi kalau dengan geng tin kosong kalau sendiri apa layan game mancing atau COC… hahahaha!”
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Dalam seminggu sekurang-kurangnya sekali saya dan kawan-kawan lepak kat kedai kopi Pak Abu. Kami lepak di kedai Pak Abu berdekatan simpang kampung. Di sini kami akan berkongsi cerita. Dan menjadi kebiasaan, topik utama yang kami kongsi pastinya tentang ikan dan lubuk-lubuk ikan.
Rata-rata di antara kami semua adalah kaki pancing tegar. Di mana ada lubuk, di situlah kami akan terokai. Pada satu malam minggu, sedang kami asyik berborak tentang lubuk-lubuk yang telah kami teroka, datang seorang pak cik dalam lingkungan umur 50-an menyapa kami.
“Kamu semua ni dah teroka semua lubuk ikan kat Malaysia ni ke?,” Sapa pak cik tersebut sambil tersenyum.
Saya pun menyapa balik pak cik itu, “Takdelah pak cik, kita orang teroka lubuk yang pernah orang pergi sahaja, itu pun kalau ada orang yang cerita tentang lubuk tersebut.” Pakcik itu pun tersenyum sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah saya. Selepas itu, kami berborak panjang dengan pakcik itu. Di memperkenalkan namanya Pak Wahab.
Mulai saat itu, Pak Wahab mula menceritakan pengalaman-pengalaman tentang ikan dan lubuk-lubuk yang pernah diterokai. Kami semakin teruja untuk mendengarnya. Pada masa itulah, Pak Wahab menawarkan kepada kami satu lubuk yang jarang-jarang dikunjungi orang.
Cerita Pak Wahab lagi, di situ terdapat pelbagai jenis ikan dan berat ikan tidak kurang dari 1 kg. Dia pernah menaikkan seekor ikan sebarau seberat 3kg di situ dan pelbagai jenis lagi ikan yang puratanya 2-5 kg.
Dan lubuk itu dinamakan lubuk Batu Dalam. Asal usul nama lubuk itu tidak pula diceritakan kepada kami. Ia terletak di hulu Sungai Dungun. Lokasinya tidaklah jauh dari kampung kami. Kami semakin teruja dan berhasrat untuk mengunjungi lubuk tersebut.
Keesokan harinya, Fizul, Siran dan Firus datang ke rumah. Mereka mengajak saya untuk ke lubuk rusa itu. Selepas berbincang, kami sepakat untuk ke sana selepas Zuhur dengan menggunakan 2 buah motosikal.
Kami menuju ke lubuk rusa berpandukan arah yang diberitahu oleh Pak Wahab malam tadi. Walaupun salah seorang daripada kami tidak pernah sampai ke situ, jalan yang diberitahu oleh Pak Wahab tidaklah susah sangat. Jalannya pun tidak lah teruk dan bahaya kerana ia melalui jalan ladang kelapa sawit sahaja.
Selepas 2 jam perjalanan, akhirnya kami selamat tiba di lokasi yang dihajatkan. Masing-masing tersenyum lebar kerana lubuk yang kami dengar dari mulut Pak Wahab sudah berada di depan mata. Air sungai jernih menghijau.
Pokok-pokok rendang tunduk mencecah permukaan air. Di situ terlihat juga anak sungai kecil yang menuruni lereng bukit dan batu besar sebelum memasuki sungai di hadapan kami. Lubuk sebeginilah yang menjadi kegilaan kaki casting.
Belum sempat saya membetulkan joran dan memasang umpan, satu kelibat ikan sebarau menyambar anak ikan sudah kelihatan. Saiznya agak kasar, mungkin 2kg ke atas. Apa lagi, masing-masing menguji kepakaran masing-masing.
Beberapa minit selepas itu, kami mengambil keputusan untuk berpecah. Saya dan Fizul ke kawasan berbatu. Manakala Firus dan Siran menuju ke kawasan berpasir.
Jam menunjukkan pukul 6 petang. Walaupun nampak kelibat ikan sebarau mengejar anak ikan, tetapi seekor ikan pun belum kami perolehi. Tiba-tiba langit yang cerah bertukar menjadi hitam. Angin bertiup kencang sehingga ada pokok tumbang berhampiran kami.
Saya berasa risau dan mengajak Fizul, Siran dan Firus segera pulang. Kami bergegas menuju ke arah motosikal. Belum sempat kami menghidupkan motosikal, tiba-tiba Siran menyebut kalimah Allah dengan kuat sambil menuding jari ke atas.
Alangkah terkejutnya saya, apabila mendongak ke langit. Kelihatan satu lembaga hitam yang sangat besar berada di hadapan kami. Matanya yang besar, kelihatan merah menyala.
Rambutnya pula panjang menegak hingga mencecah pucuk pokok yang tinggi. Tiada tangan dan kaki, hanya bertubuh besar, tinggi dan berwarna hitam. Makhluk tersebut tidak berkelip sambil menganga menampakkan taring.
Kami terdiam sambil memandang sesama sendiri. Tubuh saya waktu itu menggigil dan terasa sejuk seperti berada di dalam peti ais. Mujurlah rakan saya, Firus adalah anak kepada seorang ustaz.
Dia melaungkan azan sambil membawa ayat Kursi dengan kuat. Serta-merta lembaga hitam berkenaan hilang dan cuaca berubah cerah. Firus menyeru kami beristighfar dan beredar dari kawasan itu dengan segera.
Mujurlah kami tidak diapa-apakan oleh lembaga hitam berkenaan. Kami selamat sampai ke kampung lewat maghrib. Sepanjang perjalanan, kami tidak bergurau seperti biasa kerana masih terkejut dengan kejadian tadi.
Malam keesokan harinya, kami duduk bersembang di kedai Pak Abu. Cuma Siran tidak dapat join kerana demam dan masih terkejut. Waktu itu Pak Wahab datang menghampiri kami. Dia bertanyakan tentang lubuk yang kami pergi dan kami menceritakan apa yang telah kaki lalui kepadanya.
Kami hanya memandang sesama sendiri dan saya berkata kepadanya “kenapa tempat tu keras sangat Pak Wahab?” Pak Wahab tersenyum dan memberitahu lubuk rusa itu memang keras dan berpenunggu. Dia terlupa memberitahu kepada kami perkara sebenar dan pantang larang tempat tersebut.
Di situ sebenarnya ada pantang larang. Tidak tahulah ia perkara benar atau tidak. Sesungguhnya peristiwa berkenaan akan saya ingat sampai bila-bila.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...