Jom kongsikan dengan kami rekod peribadi ikan paling besar atau yang paling susah untuk dipancing.
Ikan pertama lombong Puchong paling besar patin 7kg. Start mancing awal pagi, dapat ikan pukul 1.30 tengah hari. Bukan patin tu yang teruk pancing tapi saya sendiri tarik selepas tengah tali pancing kendur dan tegang. Perlawanan yang mencabar… rupanya patin tu dah telan habis sampai ke perut umpan dedak strawberi.
MOHD RIDHWAN TAIB
Kategori laut… ikan duri 4.5kg. Pertama kali memancing semula selepas 10 tahun gantung joran. Kategori air tawar… haruan 2.5kg (catch n release). Sekarang nak cari lesen toman.
AINUDDIN KAHAR
Pulau Bunting sepanjang pembabitan dalam dunia memancing geng tegar pulau bunting…. rekod terbesar adalah pari 9 kilo. Pari faham-faham la kalau dia makan top speed laa. Nak jadikan cerita tali benang di mesikin sikit… pari terus tarik. Apa lagi kita bangkang la kalau biar habis tali pam sampai dia alah… mujur pakai 2 kail satu kail dah kangkang betul.
GENG TEGAR
Ads
Rekod laut pernah naikan jenahak 5.6kg kat jeti Pulau Ketam. Kalau sungai pulak pernah naikkan kaloi 10kg. Kolam pulak tak yah nak cakap la berkilo-kilo dah naik yang paling besar tongsan sisik halus 22kg. Patin paling besar pun baru 16 kg. Kenangan tahun lepas punya cerita.
ISKANDAR YUS
Ketutu 3kg… rasa macam tarik batang kayu tak melawan langsung. Jual kat kedai ikan untung, masyuuuk!
SHAIFUL BALIEY
Ads
Kenerak 11 kg lokasi Sg Jelai, Kuala lipis… pegrhh 20 minit main baru naik… syookkk wooo.
AHMAD NIZA
Biasanya saya jarang ingatkan yang dapat… Yang terlucut dari mata kail selalu membuatkan jiwa kacau… Hahaha.. sampai termimpi-mimpi.
SAUFI OTHMAN
Ads
Pernah sekali nak casting mama toman tapi tiba-tiba mama pacu xxl hentam guna gewang minnow pulak tu… bukan senang nak dapat pacu besar guna gewang. Antara catatan peribadi terbaik.
First time turun laut January taun lepas. First time jugak la rasa tenggiri pecut sambar ikan kembung casting dekat tuas Yan, Kedah. Hasil dalam 6 kg… hilang terus loya-loya nak mabuk… xdak la rare species sangat cuma agak excited untuk seseorang yang berumur 20 baru turun laut… hahaha.
TORKKEY FAKHRI
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tidak lama selepas zohor, hanya mereka bertiga di atas sampan di tasik tersebut. Dia pun mengajak kawannya naik. Ikan memang sombong dan jual mahal hari itu, sudah setengah hari baru dapat tiga ekor keli biasa, tidak berbaloi untuk sewa sampan.
Tetapi kawan-kawan minta tunggu hingga asar. Manalah tahu kot-kot ikan kebulur selepas zohor, dan menyambar umpan. Kalau tidak dapat untung, dapat bayar sewa sampan pun kira okey. Buat malu anak bini kalau pulang memancing hanya bawa umpan dan joran.
Rupanya betul, ikan lapar selepas zohor. Tidak habis-habis umpan disambar. Tali kail bergetar dan joran berhenjut-henjut melayan rentapan. Bagi pemancing tidak kira apa ikannya juga tidak kira berapa besarnya, apa yang paling seronok ialah umpan dihulur ke bawah dan bersambut.
Dalam masa tidak sampai sejam selepas tengah hari, banyak ikan naik ke perut sampan. Ada haruan, toman, malah seekor ketutu seberat lebih 1 kg. Pada harga pasaran semasa, ketutu yang seekor itu pun sudah cukup untuk membayar sewa sampan.
Sebenarnya, kalau dibahagi cara kasar, tiap seorang sudah boleh dapat dua kilo. Sudah boleh membuat isteri dan anak-anak di rumah tersenyum dan berlapang dada. Itu adalah bukti para suami betul-betul memancing ikan, bukan memancing orang.
Tetapi adat orang memancing, kalau ikan sedang galak menyambar umpan, susah sekali hendak meletakkan joran. Rezeki tengah ada, kenapa pula hendak pulang. Selalu ada rasa tamak. Kalau boleh biarlah naik bapak haruan sebesar betis, panggang atas api kayu, cicah pula sambal asam tempoyak, fuhh!
Lagi pun siapa tahu akan naik pula beberapa ekor lagi ketutu? Kalau nasib baik bapak ketutu sebesar betis orang dewasa akan merentap kail, boleh buat untung besar kalau jual di pasar. Pendek kata bukan setakat sewa sampan, kalau hendak beli sampan sendiri pun boleh.
Dan, siapa tahu banyak lagi ikan-ikan tasik akan dinaikkan ke dalam sampan. Lagi pun orang sudah tidak ada, jadi semua ikan lapar itu hanya akan menyambar umpan kita. Inilah masanya untuk berpesta dalam tasik. Rezeki semakin murah.
Selepas Asar ikan semakin galak, maka niat untuk pulang dengan sendirinya dibatalkan. Macam-macam ikan sudah tersadai dalam sampan, sesetengahnya masih terkapar-kapar sebab baru dilepaskan dari cengkaman mata kail.
Gerimis merenjis permukaan tasik. Ada tanda-tanda hujan akan turun, sebab langit semakin pekat, matahari entah di mana. Tetapi ikan semakin galak. Pantang umpan mencecah air pasti ada yang menyambar.
Tangan lenguh sebab joran tidak berhenti bergetar. Rasanya sudah lebih dari cukup, sebab kalau dibahagi sudah boleh dapat paling kurang lima kilo seorang. Tetapi masing-masing enggan pulang, walaupun asar sudah di penghujung. Lagi pun semakin kasar gerimis, semakin ligat pula putaran tali kail.
Timbul idea tamak dan ada yang mencadangkan supaya kenduri bakal haji di KL itu dilupakan. Doa selamat boleh dibuat bila-bila masa, tetapi rentak dan tarian bapak haruan dan emak ketutu bukan selalu ada. Maka semua bersetuju!
“Kita tunggu sampai maghrib!”
Sedang galak melayan rentapan ikan, tiba-tiba pancing salah seorang dari mereka direntap ikan besar. Dua tiga kali ikan itu kelihatan seperti ketutu menggelepar di permukaan air. Semakin dekat dengan sampan, semakin jelas kelihatan.
Memang ketutu yang tersangkut pada mata kail. Tetapi hanya tinggal beberapa depa hendak masuk ke sampan, tiba-tiba tali kail putus. Adat orang memancing, bila terlepas ikan tentu disangka paling besar. Adat orang memancing juga, apabila tali putus itu pertanda tidak baik.
Ikan sudah banyak, hari makin gelap, maghrib pun makin hampir. Gerimis sudah bertukar menjadi hujan. Salah seorang mencadangkan supaya naik ke darat.
“Tak sedap pulak hati aku sebab tali kail putus, lagi pun hujan makin kasar, baik kita naik dulu.”
Tetapi, perasaan tamak menguasai diri. Dua lagi berkeras tidak mahu naik. Lagi pun semakin hampir maghrib, ikan semakin rancak menyambar umpan.
Dalam hujan makin lebat dan petir sabung-menyabung, tiba-tiba terasa umpan direntap dengan kuat. Hebat sekali ikan yang menyambar umpan. Joran melintuk hingga mencecah air, menggeletar tangan dibuatnya.
Oleh sebab tidak terdaya melayan ikan di hujung tali, dua orang lagi turut membantu memegang joran, sambil hati berdebar-debar ikan apakah yang amat luar biasa menarik sampan ke tengah tasik. Tidak pula dia muncul di permukaan air menunjukkan diri.
Petir membelah langit, sinarnya bagaikan mencecah permukaan tasik. Hujan semakin lebat, airnya melimpah dalam sampan. Sementara ikan di hujung tali semakin hebat merentap, joran yang dipegang oleh tiga orang bagaikan hendak terlepas.
Dengan tenaga tiga orang, akhirnya yang ditarik semakin hampir ke sampan. Tetapi alangkah mengejut dan menyeramkan, yang muncul di sebelah sampan bukan ikan, tetapi satu lembaga aneh berbentuk manusia.
Dalam cahaya kilat yang memancar kelihatan dengan jelas lembaga berwarna serba putih dengan rambut berjurai di air, mata merah bersinar, dan mulut ternganga luas, sambil mendengus seperti orang marah.
Untuk beberapa saat makhluk aneh itu muncul sambil merenung tepat kepada tiga sahabat. Semua tidak terkata, dan joran terlepas dari tangan.
Makhluk aneh itu perlahan-lahan hilang dari permukaan, tetapi rambutnya yang panjang itu berkilat-kilat dalam pancaran petir.
Tiba di darat tiga pemancing itu bagaikan hilang semangat. Seluruh tubuh menggigil kesejukan dan ketakutan. Untuk beberapa hari berikutnya semua demam teruk. Makhluk berambut panjang dengan mata merah itu sentiasa menjelma dalam tidur….!
Umpama masuk ke rumah orang kenalah dijaga tingkah laku. Kalau di rumah, jika buruk tingkah laku atau biadap tutur katanya, mungkin dihalau oleh tuan rumah.
Bezanya di hutan, mungkin situasi tersesat, disorok jin akan berlaku. Apabila di hutan, kurangkan bercakap kerana takut kita berkata atau melakukan sesuatu yang tidak betul tanpa kita sedar.
Kita harus sedar setiap langkah gerak geri kita diperhatikan, cuma kita tidak nampak.
Selalunya apabila berkhemah di dalam hutan, dua benda ini jarang dibawa kerana pada dasarnya ia adalah makanan jin.
Pernah terjadi sekumpulan pendaki yang mendaki membawa sepapan telur untuk digoreng apabila tiba di puncak.
Apabila malam untuk sesi makan malam, mereka terkejut kerana semua telur yang masih elok, apabila dipecahkan didapati isinya kosong.
Daging pula merupakan penarik untuk haiwan-haiwan datang kerana baunya yang kuat, lagi-lagi apabila dipanggang.
KAWASAN LAPANG & RUMPUT MATI
Apabila melalui sesuatu kawasan, haruslah kita peka dengan keadaan sekeliling.
Jika kita melalui sesuatu kawasan yang menghijau rumputnya tetapi terdapat sekelompok kawasan yang rumputnya sudah mati, elakkan melalui kawasan tersebut.
Kebiasaannya, kawasan tersebut merupakan tempat untuk orang asli membuang bisa. Bisa hutan ini bermacam, tidak kira yang nampak atau tidak nampak.
Jika kita melalui kawasan lapang pula yang seakan dibersihkan, jangan melalui kawasan tersebut ataupun mengotorkan tempat itu.
Kebiasaannya ia adalah tempat orang asli untuk bercucuk tanam. Cara yang terbaik adalah cuba cari jalan lain ataupun lalu di tepi tempat tersebut.
SUSUR AKAR BERJUNTAI
Orang tua selalu berpesan, “Jangan digayut akar berjuntai, nanti ada teman mengintai”.
Nampak menarik bila kita ternampak akar pokok yang berjuntai seperti dalam filem Tarzan tu.
Tetapi harus diingat, kebiasaannya ia adalah tempat jin bermain. Salah satu tempat bermain dan bergayut bagi makhluk jin adalah akar yang berjuntai.
Apa jadi apabila tempat permainan kita diganggu orang luar? Pasti akan timbul rasa tidak puas hati.
Ingatlah, hutan bukanlah tempat untuk kita membeli belah atau bergaya. Hutan adalah tempat di mana penghuninya mempunyai seribu ragam.
Ada haiwan yang alah pada wangian, ada juga yang tertarik pada wangian. Deria bau yang ada pada haiwan sangatlah hebat.
Bukan seperti manusia, hanya mampu mengesan bau beberapa meter sahaja. Kebanyakan haiwan mampu mengesan bau berkilometer jauhnya.
Andai wangian tersebut menarik haiwan yang tidak berbahaya, anda bernasib baik.
TAPAK KAKI RUSA
Harus diingat, pemangsa utama rusa adalah harimau. Selalunya apabila ada rusa, dibelakangnya harimau mengikut.
Apabila ternampak kaki rusa atau kelibatnya, jangan berasa seronok dapat melihat rusa sebesar kereta kancil.
Kemungkinan besar sang belang menanti di belakang. Silap-silap rusa ditinggalkan, anda yang dia tunggu.
PANGGILAN NAMA
Sepanjang berada di dalam hutan, kurangkan menyebut nama haiwan secara terus. Contohnya harimau, boleh dipanggil Maybank.
Seperti ketika zaman sekolah, ada panggilan tertentu kepada rakan-rakan yang hendak dikutuk tanpa dia tahu. Sama juga apabila berada di dalam hutan.
Jika berjalan secara berkumpulan, jangan suka menjerit ataupun memanggil nama kawan.
Takut-takut ada benda lain yang menyahut. Benda ini banyak kali terjadi pada pendaki ataupun kaki pancing.
SISA MAKANAN
Apabila memasak, pastikan kuantitinya sesuai dengan kehendak perut anda. Jangan ada sisa makanan yang ditinggalkan ataupun lebihan makanan yang tidak dimakan.
Kebanyakan haiwan amat peka pada bau makanan. Sama juga bagi haiwan seperti beruang, harimau dan lain-lain. Jangan terkejut ketika tidur, khemah anda diselongkar beruang ataupun gajah.
UNGGUN API
Kebanyakan orang melihat unggun api digunakan untuk memasak, memanaskan air dan sebagai pencahayaan.
Seeloknya, sediakan kayu api yang mencukupi untuk sepanjang malam dan jangan biarkan unggun api terpadam sehingga terbitnya fajar.
Andai terdapat ahli kumpulan seramai 4 orang, pastikan terdapat 4 batang kayu yang berbara.
Ia boleh dijadikan sebagai senjata andai harimau, beruang atau gajah datang melawat.
Kadangkala ada rakan mengeluh kerana bunyi cengkerik dan berbagai lagi yang didengari ketika mereka tidur di khemah. Itu adalah normal.
Yang tidak normalnya apabila keadaan sekeliling menjadi sunyi sehingga dengkuran tidur rakan anda yang menyakitkan telinga.
Apabila keadaan menjadi sunyi secara tiba-tiba, itu menandakan terdapat haiwan yang besar sedang memerhatikan kita.
Andai ada bahan letupan seperti mercun, bakarlah mercun tersebut. Sekurang-kurangnya ia dapat menghalang haiwan liar daripada mendekati kita.
SULUH TIDAK TENTU ARAH
Apabila malam, jangan suka menyuluh di kawasan yang tidak perlu. Takut tersuluh cik pon bermata merah pula nanti. Petua juga mengatakan kurangkan menyuluh muka rakan-rakan terutama ketika tidur.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Den yakin semuo sahabat-sahabat den rajin membaco… tolong baco sampai habih yo maipren. Disobabkan ramai yang bertanyo… mako den cubolah jawab kek sini. Antaro soklan kontroversi yg ditanyokan:
BOLEHKAH MEMINUM AIR HANGAT MEMBUNUH COVID-19 INI?
Dek Coronavirus yg menyobabkan COVID-19 ni masih lagi “baru”… mako memang terdapat banyak percanggahan pendapat di kalangan ahli professional tentang virus ini, termasuklah pasal air hangat ini… ditambah pulak dengan pandangan2 ahli2 politik.
Tak polah… bondo baru… camtu laahhh… perselisihan pendapat selalunya memberi rahmat. Yang termakan dek aqal… kito terimo… yang polik… kito ketopikanlah.
Kesemua ahli professional ini berpendapat bahawa…. air hangat yang bersuhu 70°-80°C, berkesan membunuh kebanyakan virus yang berada di luar tubuh… tetapi masih belum terbukti membunuh virus-virus di dalam tubuh.
Sememangnya… apabila Coronavirus ini telah memasuki tubuh… hanya “daya tahan badan” sahaja yang boleh “melawan” virus ini.
Walau bagaimanapun, sebahagian dari “mereka” berpendapat… bagi Coronavirus yang BELUM sepenuhnya memasuki tubuh… yg baru terjangkit… yang masih berada di sepanjang salur pernafasan bahagian atas atau “Upper Respiratory Tract” (URT), iaitu…
Mulut Tekak Kerongkong
… tetapi tidak di hidung… boleh dibunuh dengan air hangat pada suhu ini.
Air hangat ini… jika sekalipun tidak membunuh virus ini… tetapi air hangat ini boleh menolak dan “membilas” (flush) virus-virus yang ada di mulut, tekak & kerongkong… masuk ke dalam perut.
Kemudiannya virus-virus ini akan dibunuh oleh Asid Hidoklorik perut yang pH nya sangat berasid iaitu antara pH1-3.
Begitu jualah fungsi meminum air suam atau air kosong… kalau boleh minumlah sekerap yang boleh… walaupun kesannya tidak seefektif air hangat.
Semua jenis virus perlukan sel-sel hidup sebagai “perumah” @ “vehicle” @ “medium” untuk ia HIDUP, membiak dan menular. Tidak seperti bakteria… yang boleh hidup dengan sendirinya.
Apobilo si pengidap COVID-19 ni BATUK atau BERSIN… air liur yang mengandungi sel-sel hidup di dalam mulut si pengidap, akan terpercik keluar bersamo virus2 yg menumpang padanya.
Virus2 ini boleh hidup pada air liur yang mengandungi sel2 hidup ini… selagi ianya tidak kering. Kebiasaannya dalam 10-15 minit. Selepas “perumah” @ “vehicle” @ “medium”nya kering… virus2 ini akan mati. Untuk mencegah… jarakkanlah diri lebih dari 1-2 meter jika bertemu dengan sesiapa pun.
Badan kita adalah sel2 hidup, yg boleh menjadi “perumah” @ “vehicle” @ “medium” untuk virus ini terus hidup dan membiak. Benteng pertahanan pertama tubuh adalah KULIT kita. Walau bagaimanapun… tangan boleh membawa virus-virus ini ke mulut, hidung dan mata… yang menjadi PINTU kemasukan virus-virus ini.
Oleh sebab itu… selalulah cuci tangan dengan HAND SANITIZER atau sabun.
Sobab itu juga… disarankan jugo berjomur sekojap… supayo titisan2 air liur dari batuk atau bersin dari sipengidap yg terkena pada badan kita… copek koring.
Penggunaan FACEMASK sangat membantu dalam menghalang penularan COVID-19, terutamo melalui mulut dan hidung.
Oleh sobab itu…
Jiko tidak di”flush” virus2 ini dengan meminum air hangat atau air suam atau air kosong… virus2 yg melokek pado mulut, tekak & kerongkong ini akan menular pula ke PARU-PARU.
Bilo PARU-PARU dah disorang… susahlah sikit boss. Virus ini boleh menyebabkan organ ini menjadi rosak sepenuhnya, jika tidak mendapatkan bantuan dengan segera.
Antara simptom PARU-PARU sudah diinfeksi dengan virus ini:
Batuk yang kerap. Sakit dada. Kesukaran bernafas @ “Shortness of Breath” (SOB).
Cara yg mudah untuk pastikan PARU-PARU kito masih lagi ok…
Cubo tarik nafas dalam-dalam… dan tahan nafas selamo 10 saat… kalau tak batuk… kiro ok lah tu!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...