Jom kongsikan dengan kami rekod peribadi ikan paling besar atau yang paling susah untuk dipancing.
Ikan pertama lombong Puchong paling besar patin 7kg. Start mancing awal pagi, dapat ikan pukul 1.30 tengah hari. Bukan patin tu yang teruk pancing tapi saya sendiri tarik selepas tengah tali pancing kendur dan tegang. Perlawanan yang mencabar… rupanya patin tu dah telan habis sampai ke perut umpan dedak strawberi.
MOHD RIDHWAN TAIB
Kategori laut… ikan duri 4.5kg. Pertama kali memancing semula selepas 10 tahun gantung joran. Kategori air tawar… haruan 2.5kg (catch n release). Sekarang nak cari lesen toman.
AINUDDIN KAHAR
Pulau Bunting sepanjang pembabitan dalam dunia memancing geng tegar pulau bunting…. rekod terbesar adalah pari 9 kilo. Pari faham-faham la kalau dia makan top speed laa. Nak jadikan cerita tali benang di mesikin sikit… pari terus tarik. Apa lagi kita bangkang la kalau biar habis tali pam sampai dia alah… mujur pakai 2 kail satu kail dah kangkang betul.
GENG TEGAR
Ads
Rekod laut pernah naikan jenahak 5.6kg kat jeti Pulau Ketam. Kalau sungai pulak pernah naikkan kaloi 10kg. Kolam pulak tak yah nak cakap la berkilo-kilo dah naik yang paling besar tongsan sisik halus 22kg. Patin paling besar pun baru 16 kg. Kenangan tahun lepas punya cerita.
ISKANDAR YUS
Ketutu 3kg… rasa macam tarik batang kayu tak melawan langsung. Jual kat kedai ikan untung, masyuuuk!
SHAIFUL BALIEY
Ads
Kenerak 11 kg lokasi Sg Jelai, Kuala lipis… pegrhh 20 minit main baru naik… syookkk wooo.
AHMAD NIZA
Biasanya saya jarang ingatkan yang dapat… Yang terlucut dari mata kail selalu membuatkan jiwa kacau… Hahaha.. sampai termimpi-mimpi.
SAUFI OTHMAN
Ads
Pernah sekali nak casting mama toman tapi tiba-tiba mama pacu xxl hentam guna gewang minnow pulak tu… bukan senang nak dapat pacu besar guna gewang. Antara catatan peribadi terbaik.
First time turun laut January taun lepas. First time jugak la rasa tenggiri pecut sambar ikan kembung casting dekat tuas Yan, Kedah. Hasil dalam 6 kg… hilang terus loya-loya nak mabuk… xdak la rare species sangat cuma agak excited untuk seseorang yang berumur 20 baru turun laut… hahaha.
TORKKEY FAKHRI
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Umpama masuk ke rumah orang kenalah dijaga tingkah laku. Kalau di rumah, jika buruk tingkah laku atau biadap tutur katanya, mungkin dihalau oleh tuan rumah.
Bezanya di hutan, mungkin situasi tersesat, disorok jin akan berlaku. Apabila di hutan, kurangkan bercakap kerana takut kita berkata atau melakukan sesuatu yang tidak betul tanpa kita sedar.
Kita harus sedar setiap langkah gerak geri kita diperhatikan, cuma kita tidak nampak.
Selalunya apabila berkhemah di dalam hutan, dua benda ini jarang dibawa kerana pada dasarnya ia adalah makanan jin.
Pernah terjadi sekumpulan pendaki yang mendaki membawa sepapan telur untuk digoreng apabila tiba di puncak.
Apabila malam untuk sesi makan malam, mereka terkejut kerana semua telur yang masih elok, apabila dipecahkan didapati isinya kosong.
Daging pula merupakan penarik untuk haiwan-haiwan datang kerana baunya yang kuat, lagi-lagi apabila dipanggang.
KAWASAN LAPANG & RUMPUT MATI
Apabila melalui sesuatu kawasan, haruslah kita peka dengan keadaan sekeliling.
Jika kita melalui sesuatu kawasan yang menghijau rumputnya tetapi terdapat sekelompok kawasan yang rumputnya sudah mati, elakkan melalui kawasan tersebut.
Kebiasaannya, kawasan tersebut merupakan tempat untuk orang asli membuang bisa. Bisa hutan ini bermacam, tidak kira yang nampak atau tidak nampak.
Jika kita melalui kawasan lapang pula yang seakan dibersihkan, jangan melalui kawasan tersebut ataupun mengotorkan tempat itu.
Kebiasaannya ia adalah tempat orang asli untuk bercucuk tanam. Cara yang terbaik adalah cuba cari jalan lain ataupun lalu di tepi tempat tersebut.
SUSUR AKAR BERJUNTAI
Orang tua selalu berpesan, “Jangan digayut akar berjuntai, nanti ada teman mengintai”.
Nampak menarik bila kita ternampak akar pokok yang berjuntai seperti dalam filem Tarzan tu.
Tetapi harus diingat, kebiasaannya ia adalah tempat jin bermain. Salah satu tempat bermain dan bergayut bagi makhluk jin adalah akar yang berjuntai.
Apa jadi apabila tempat permainan kita diganggu orang luar? Pasti akan timbul rasa tidak puas hati.
Ingatlah, hutan bukanlah tempat untuk kita membeli belah atau bergaya. Hutan adalah tempat di mana penghuninya mempunyai seribu ragam.
Ada haiwan yang alah pada wangian, ada juga yang tertarik pada wangian. Deria bau yang ada pada haiwan sangatlah hebat.
Bukan seperti manusia, hanya mampu mengesan bau beberapa meter sahaja. Kebanyakan haiwan mampu mengesan bau berkilometer jauhnya.
Andai wangian tersebut menarik haiwan yang tidak berbahaya, anda bernasib baik.
TAPAK KAKI RUSA
Harus diingat, pemangsa utama rusa adalah harimau. Selalunya apabila ada rusa, dibelakangnya harimau mengikut.
Apabila ternampak kaki rusa atau kelibatnya, jangan berasa seronok dapat melihat rusa sebesar kereta kancil.
Kemungkinan besar sang belang menanti di belakang. Silap-silap rusa ditinggalkan, anda yang dia tunggu.
PANGGILAN NAMA
Sepanjang berada di dalam hutan, kurangkan menyebut nama haiwan secara terus. Contohnya harimau, boleh dipanggil Maybank.
Seperti ketika zaman sekolah, ada panggilan tertentu kepada rakan-rakan yang hendak dikutuk tanpa dia tahu. Sama juga apabila berada di dalam hutan.
Jika berjalan secara berkumpulan, jangan suka menjerit ataupun memanggil nama kawan.
Takut-takut ada benda lain yang menyahut. Benda ini banyak kali terjadi pada pendaki ataupun kaki pancing.
SISA MAKANAN
Apabila memasak, pastikan kuantitinya sesuai dengan kehendak perut anda. Jangan ada sisa makanan yang ditinggalkan ataupun lebihan makanan yang tidak dimakan.
Kebanyakan haiwan amat peka pada bau makanan. Sama juga bagi haiwan seperti beruang, harimau dan lain-lain. Jangan terkejut ketika tidur, khemah anda diselongkar beruang ataupun gajah.
UNGGUN API
Kebanyakan orang melihat unggun api digunakan untuk memasak, memanaskan air dan sebagai pencahayaan.
Seeloknya, sediakan kayu api yang mencukupi untuk sepanjang malam dan jangan biarkan unggun api terpadam sehingga terbitnya fajar.
Andai terdapat ahli kumpulan seramai 4 orang, pastikan terdapat 4 batang kayu yang berbara.
Ia boleh dijadikan sebagai senjata andai harimau, beruang atau gajah datang melawat.
Kadangkala ada rakan mengeluh kerana bunyi cengkerik dan berbagai lagi yang didengari ketika mereka tidur di khemah. Itu adalah normal.
Yang tidak normalnya apabila keadaan sekeliling menjadi sunyi sehingga dengkuran tidur rakan anda yang menyakitkan telinga.
Apabila keadaan menjadi sunyi secara tiba-tiba, itu menandakan terdapat haiwan yang besar sedang memerhatikan kita.
Andai ada bahan letupan seperti mercun, bakarlah mercun tersebut. Sekurang-kurangnya ia dapat menghalang haiwan liar daripada mendekati kita.
SULUH TIDAK TENTU ARAH
Apabila malam, jangan suka menyuluh di kawasan yang tidak perlu. Takut tersuluh cik pon bermata merah pula nanti. Petua juga mengatakan kurangkan menyuluh muka rakan-rakan terutama ketika tidur.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
UMAI adalah makanan yang dianggap penting dan popular bagi pelbagai etnik di Sarawak. Satu hidangan yang ringkas dengan variasi yang cukup mudah untuk disediakan.
Apakah itu umai? Ia adalah hirisan ikan mentah segar yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan cili, garam dan sedikit penambah perisa.
Makanan ini disediakan dengan langkah tersusun. Ia bermula dengan pemilihan ikan yang segar dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dihiris secara halus dan digaul serta diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan seolah-olah sudah masak.
Hirisan ikan mentah digaul atau diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan sudah masak. Setelah itu barulah dicampurkan dengan bahan-bahan seperti yang disebutkan di atas tadi. terpulang kepada cita rasa individu sama ada mahu menambah cili untuk rasa lebih pedas atau tidak.
Tidak semua ikan boleh dibuat umai. Selain ikan terubuk, hanya beberapa jenis ikan lagi boleh dan sangat sedap dibuat umai iaitu tenggiri, bawal putih, ikan yu ataupun udang. Ingat hanya ikan segar yang baru ditangkap sahaja, baru sesuai dibuat umai.
Walau di mana jua lokasi dan aktiviti yang dilakukan, kita perlu meletakkan faktor keselamatan di tempat pertama, kemudian barulah memancing. Di antara keperluan wajib untuk memancing di atas bot bagi trip laut dalam melebihi tempoh 24 jam.
Pastikan jaket keselamatan berfungsi baik dan bukan ala kadar. Walau cekap berenang sekali pun ia hanyalah bonus untuk waktu yang singkat saja.
Pakaian sesuai yang dapat melindung kepanasan pada siang hari serta kedinginan pada waktu malam. Topi dan baju hujan juga satu kemestian. Begitu juga pakaian bersih untuk menunaikan ibadat solat lima waktu. Sebaiknya boleh barang keperluan dan dokumen penting disimpan dalam bekas atau beg yang kalis air.
Peralatan memancing maksimum tiga set. Satu set kekili elektrik, satu set jigging aksi sederhana dan satu set aksi ringan khusus untuk mencari umpan seperti ikan-ikan pelagik dan sotong. Tidak perlu bawa set pancing sebagai standby mode. Namun tali pancing simpanan sebaiknya dibawa bersama.
Segala peralatan terminal dan aksesori memancing sebaiknya dimuatkan ke dalam satu kotak pancing sahaja. Elakkan dari membawa kotak pancing berlebihan terutamanya bersaiz besar kerana ia akan memakan ruang yang sememangnya terhad di atas bot.
Mata kail pelbagai saiz bermula dari 2/0 hingga 5/0 untuk ikan besar, manakala mata 4 hingga 1/0 untuk skala ikan kecil. Adalah disarankan susun atur mata kail mengikut saiz supaya lebih mudah untuk digunakan nanti. Jangan campur mata kail baru dengan yang sudah digunakan.
Perambut sesuai berkekuatan daripada 30 lb hingga 100 lb berwarna cerah atau jernih. Kabel atau perambut dawai 40 hingga 60 paun perlu untuk memancing ikan bergigi tajam.
Selain umpan yang disediakan oleh pihak bot, boleh juga untuk dibawa umpan sendiri. Terutamanya umpan tiruan seperti jig dan candat sotong.
Lazimnya pengusaha bot memancing akan menyediakan makan dan minum. Bagaimanapun seeloknya kita turut membawa minuman dan makanan tambahan beserta bekalan ubat yang dirasakan sesuai. Terutamanya ubat mabuk dan ubat tahan sakit.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...