Aktiviti panciangan di rumah rakit merupakan salah satu alternatif bagi kaki pancing di rumah rakit hampir sama dengan pancingan kelong. Namun kelebihan di rumah rakit ialah jarak pemancing dengan permukaan air tetap sama walaupun dalam keadaan air pasang atau surut.

 

Bagi pemancing sekitar Bagan Lalang atau Sepang pasti kenal benar dengan kawasan sekitar Wak Sempuh, lebih-leboh lagi bagi yang selalu meluangkan masa memancing di Jeti Memancing Wak Sempuh. Di sini terdapat satu rumah rakit yang beroperasi sejak 2014 lalu.

 

Rakit Retro – Rumah Rakit Abang Nasir

Jom join port baru di www.facebook.com/umpania101

 

Abang Nasir yang merupakan pemilik rumah rakit ini memulakan operasi rumah rakit di sini setelah melihat potensi kawasan ini sebagai salah satu lokasi yang mampu menarik kunjungan kaki pancing. Rumah rakit ini mengambil masa kira-kira 10 minit dari Jeti Wak Sempuh dan terletak dalam sistem aliran Sungai Sepang.

 

IKLAN

Rumah rakit ini sangat selesa, bersih dan sesuai untuk kunjung santai bersama keluarga atau komplot santai bersama rakan-rakan. Kemudahan asas seperti dapur untuk memasak dan tandas juga tersedia dalam keadaan baik.

 

Walaupun secara kasarnya rumah rakit ini tidaklah terlalu besar, namun masih mampu menampung kehadiran 20-25 orang pemancing dalam satu masa. Terdapat dua bilik tersedia di rumah rakit ini dengan katil dan kipas angin untuk keselesaan pengunjung.

 

Rakit Retro – Rumah Rakit Abang Nasir

 

Kos bagi seorang pemancing ke sini juga sangat berpatutan dengan kadar RM30 sehari. Rumah rakit ini juga menawarkan pakej privasi iaitu hampir separuh rumah rakit ini berserta 1 bilik tidur dengan 4 katil boleh disewa dengan kadar RM300 untuk 5 orang. Bagi sewaan keseluruhan rumah rakit atau tapau habis kadar bayarannya pula sebanyak RM500.

IKLAN

 

Penulis sempat berkunjung ke rumah rakit ini bagi menduga spesies yang ada di sini. Berdasarkan pada kunjungan penulis, lokasi rumah rakit ini hampir ke muka kuala dan kebanyakan spesies yang boleh dipancing ialah spesies muara dan laut lepas.

 

Rakit Retro – Rumah Rakit Abang Nasir

Jom join port baru di www.facebook.com/umpania101

 

IKLAN

Oleh kerana air pasang besar ketika kunjungan kami, arus sangat laju. Ikan agak kurang agresif menjamah umpan kecuali ketika pertukaran air pasang dan surut. Walaupun tidak banyak kerana keadaan air yang laju, kami masih mampu menaikkan spesies seperti ketuka, senangin, daun baru, gelama, tetanda dan malong.

 

Umpan yang biasa digunakan di sini ialah udang dan perumpun. Perumpun boleh dibeli semasa di jeti jika anda berhajat mahu ke sini. Selain itu, jika anda berhajat ke sini, penulis menasihati agar datang pada air pasang sederhana kerana keadaan rumah rakit yang terletak di selekoh sungai mengakibatkan arus air sangat deras ketika pasang besar.

 

Rakit Retro – Rumah Rakit Abang Nasir

 

Menurut Abang Nasir dan pengunjung yang pernah ke sini, spesies seperti siakap, kerapu dan kurau juga pernah dinaikkan di sini. Malah saiz sehingga 5kg pernah dinaikkan. Secara keseluruhannya, rumah rakit ini sangat sesuai dan selesa untuk kunjungan santai sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.

 

Rakit Retro – Rumah Rakit Abang Nasir

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI