Adalah penting apabila pergi memancing ke sesuatu lokasi, kita perlu mengambil tahu spesies sasaran dan situasi padang pancing bagi membolehkan penyediaan setup peralatan pancing yang tepat. Begitu juga dengan padang pancing seperti Kuala Trong ini.

 

Bagi membolehkan kita berjaya memperolehi spesies sasaran utama iaitu MJ atau siakap merah, kita kena tahu setup peralatan yang sesuai atau sepadan untuk digunakan.

 

Setup Peralatan Terbaik Menewaskan Siakap Merah

 

Reel

Gunakan reel spinning saiz 3000 ke bawah atau LPBC (low profile bait casting) untuk aksi ringan.

 

Rod

IKLAN

Rod bersaiz 8 – 17lb memadai untuk menerima tentangan siakap merah.

 

Setup Peralatan Terbaik Menewaskan Siakap Merah

 

Mainline

Tali utama braided berkekuatan 20lb dan tali leader berkekuatan 30lb sesuai digunakan di sini.

 

IKLAN

Aksesori

 

Gunakan split ring dan mata kail yang berkualiti dan heavy duty kerana peluang mendaratkan mangsa lebih tinggi dan kes rabut atau mata kail terkangkang dapat dielakkan.

 

Boleh guna mata kail tunggal, untuk mengelakkan kes tersangkut kerana persekitaran mempunyai banyak akar bakau atau reba. Tetapi pilih mata tunggal jenis kuat.

 

Setup Peralatan Terbaik Menewaskan Siakap Merah

IKLAN

 

Casting menggunakan ikan julung yang dikat dengan dawai adalah umpan terbaik untuk menjerat mangsa disini namun gewang selaman dalam juga boleh di gunakan seperti gewang Rapala TD-7 GFR, SR-7 Pearl White, MR-7 Silver Flourescent Chartreuse SFC, SSR-7 Shad, SR-7 Shad, Max Rap-9 Silver Blue dan MR-7, Rapalla Tail Dancer 9 cm, Hot Tiger, Storm Thunder Crank 7 cm Clown.

 

Gunakan gewang berwarna terang ketika air agak keruh dan gunakan gewang berwarna silver atau putih menyerupai ikan julung ketika air jernih.

 

Setup Peralatan Terbaik Menewaskan Siakap Merah

 

Pelbagaikan teknik karauan sama ada laju, perlahan atau mengenjut gewang ketika karauan dibuat.

 

Kenal pasti lubuk dengan melihat ikan membuat sambaran anak ikan kecil di permukaan air atau mengenalpasti reba yang berada di dasar atau tepi alur sungai ketika air surut.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI