Bagi pemancing, nilai udang lipan terletak pada nyawanya. Ia tidak seperti sotong kurita yang berkesan sama ada digunakan ketika hidup mahupun sudah mati. Justeru udang lipan perlu disimpan hidup dengan sempurna. Kesilapan kaedah penyimpanan bakal mengakibat pemancing berputih.
Udang hidup haruslah disimpan di dalam bekas yang terdapat air masin (laut) dan oksigen mengalir masuk ke dalamnya. Manakala bekas simpanan udang lipan pula sebaiknya tertutup atau tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.
Kunci utama bagi menjamin jangka hayat udang lipan adalah kualiti air masin yang diletakkan di dalam bekas simpanan. Air laut atau air masin yang digunakan harus terkawal tahap kemasinan. Air masin yang sudah tercemar atau bercampur dengan air tawar bakal mengganggu ketahanan udang tersebut.
Ads
Begitu juga dengan pam udara yang digunakan haruslah berfungsi dengan baik. Lagi banyak pam yang digunakan maka lebih banyak oksigen yang dapat disaliri.
Manakala bekas simpan seperti tong menyimpan ikan yang biasa digunakan haruslah dalam keadaan bersih dan bebas dari bau-bauan yang boleh menjejaskan kualiti air masin yang digunakan.
Ads
Sebelum menjadikan udang lipan sebagai umpan, terlebih dahulu perlu diketahui cara-cara pengendalian udang tersebut bagi mengelak sebarang kecederaan berikutan keupayaan kuasa jentikan kaki depannya.
Udang lipan perlu dipegang dari arah belakang dengan menekan kepala dan ekornya sehingga berlipat. Jangan pula melipat udang terlalu kuat hingga boleh merosakan badannya.
Ads
Kemudian barulah guna mata kail dicangkukkan pada sisi ekornya. Jika ingin menggunakan dua mata kail, satu lagi dicangkuk pada sisi abdomen badannya. Kulit udang lipan agak keras, jadi pastikan guna mata kail yang kuat dan betul-betul tajam.
Sekiranya anda mengendalikan secara bijak dan berhemat, anda tidak risau kemungkinan akan dicederakan oleh kaki berpedangnya. Dan peganglah ia dengan penuh yakin… jangan macam acah-acah saja.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong/guide?
HAZZIM: Mula memancing pada usia 7 tahun dan mula belajar menjadi tekong seawal usia 14 tahun.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
HAZZIM: Boleh mengisi masa lapang, minat dan hobi terhadap dunia pancing serta memberi kepuasan apabila memperoleh hasil yang lumayan.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?
HAZZIM: Mengetahui arah angin, mengetahui pasang surut air, tahu bagaimana kawal sampan apabila membelah lautan yang bergelora, tahu mengendali enjin sangkut, pandai membaca kompas, GPS & sonar.
Jiwa harus kental apabila mengharungi cuaca buruk, mengetahui jenis kerosakan & cara membaiki enjin, fizikal perlu sihat, tahan akan cacian daripada customer & tahu cara berenang.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
HAZZIM: Rintangan yang dihadapi adalah ragam customer yang pelbagai jenis, cuaca yang tidak menentu & hasil pancing yang tidak memberansangkan.
Harapan saya agar dapat memiliki bot sendiri , mengenali ramai kawan-kawan dalam dunia pancing & dapat memuaskan semua hati pelanggan.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?
HAZZIM: Pengalaman manis adalah memperoleh hasil yang amat memuaskan serta mendapat ikan kerapu kertang 48kg.
Manakala pengalaman pahit pula adalah enjin rosak di tengah lautan yang bergelora, tercucuk duri sembilang, tidak memperoleh sebarang hasil tangkapan & hampir karam di kawasan Pulau Pangkor.
UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?
Mendengar tunjuk ajar tekong, umpan perlu segar, kelengkapan memancing perlu lengkap & bersesuaian.
Pakej:
Nama bot: SEAHAWK
Saiz: 30’x8′
Enjin: 115hp
Harga sewa: RM750
Jumlah pemancing: 5 ORANG
Waktu memancing: 7 PAGI – 7 PETANG @ 6 PETANG – 9 PAGI
Tasik Chenderoh merupakan tasik yang paling bawah sekali dalam sistem empangan Sungai Perak. Selain berperanan sebagai penjanaan kuasa hidroelektrik, ia turut berperanan sebagai kawasan tadahan air, kegiatan pelancongan dan juga perikanan air tawar.
Paling penting, Tasik atau Empangan Chenderoh sebagai nadi terakhir mengawal kapasiti air sebelum dilepaskan ke Sungai Perak, terutama pada musim banjir. Jika tidak, Bandar Diraja Kuala Kangsar yang terletak di bawahnya akan tenggelam banjir.
Kunjungan kali pertama saya ke sini membuatkan hati saya terus jatuh cinta. Panorama indahnya tasik ini membuatkan pandangan mata seakan tidak mahu terlepas di segenap dimensi. Betapa hebatnya kuasa Allah yang mencipta.
Di sini, sebenarnya terdapat beberapa buah chalet sebagai lokasi penginapan, tetapi banyak juga yang sudah tidak beroperasi. Salah satu chalet yang masih aktif beroperasi dan terurus hari ini adalah Tanjung Harapan Chalet, milik Cikgu Mohamed Zaki, pesara seorang guru besar yang sebenarnya telah pun beroperasi sejak lebih 20 tahun yang lalu.
Peluang menginap di sini, cukup menyeronokkan. Terserlah warna-warna desa baik daripada segi pemandangan dan juga soal makanannya. Ujarnya mesra disapa dengan nama Cikgu Zaki, chaletnya sentiasa menjadi tumpuan ramai baik dari kaki pancing sendiri, team building para pelajar, penuntut IPT, kakitangan kerajaan, swasta dan sebagainya.
Bahkan chalet itu juga pernah menjadi lokasi penginapan kru produksi semasa penggambaran filem Hollywood, Anna and The King diadakan di kawasan sekitar Lenggong sedikit masa dahulu.
Bagi kaki pancing, sememangnya dengan adanya Tanjung Harapan Chalet ini, memudahkan mereka untuk turun ke lokasi memancing secepat yang mungkin dan pulang lewat yang mungkin kerana, tersedia penginapan yang sudah cukup selesa.
Bahkan, jika ingin membawa keluarga pun mahupun bersama rakan-rakan tiada masalah. Ini kerana, terdapat beberapa jenis bilik boleh diinap di sini. Antaranya, terdapat bilik jenis berhawa dingin, rumah pondok, rumah kampung dan juga bilik yang boleh memuatkan jumlah pengunjung yang agak ramai.
Ujarnya, setakat untuk menampung lebih dari 100 orang pengunjung dalam satu-satu masa tiada masalah.
Didirikan, di atas tanah milik keluarganya sendiri, anak jati Kampung Changkat Duku, Sauk ini berkata, jika menginap di sini, hal berkaitan makan dan minum juga boleh diuruskan, sama ada penginap mahu beliau sediakan ataupun masak sendiri.
Ini kerana dapur, perkakasan memasak dan juga peti ais untuk menyimpan barang mentah ada disediakan.
Menariknya, jika penginap mahu membakar ikan tangkapan memancing, bakar ayam atau kambing, tempat untuk BBQ juga disediakan. Penulis sendiri cukup teruja bila berpeluang menginap di rumah berbentuk rumah burung merpati yang menempatkan dua buah katil bujang.
Masa makan pula, memang terbaik! Ini kerana, malam pertama menginap di sini Cikgu Zaki telah menyediakan menu ikan kaloi bakar, cicah sambal kicap. Alahai sedap betul, sampaikan saya dua kali tambah nasi.
Bagi yang minat memancing, terdapat beberapa buah bot fiber yang disewakan. Sama ada bawa sendiri atau boleh menempah awal dengan menghubungi Cikgu Zaki jika berkehendakkan khidmat tekong.
Bagi yang inginkan pancingan santai, boleh mencuba memancing udang galah Tasik Chenderoh. Mana tahu, rezeki anda, boleh bawa pulang sepit biru dari tasik ini.
Bagi yang bukan kaki pancing, anda bolehlah meminta khidmat Cikgu Zaki membawa anda menyusuri melihat pemandangan Tasik Chenderoh yang cukup indah terutama sekali melihat rupa sebenar Stesen Janakuasa Elektrik Chenderoh dengan menaiki bot.
Sebenarnya, banyak lagi aktiviti yang boleh dijalankan di sini, terutama sukan air seperti water confident, kayak dan juga berenang.
Saya percaya, sekiranya anda berpeluang berkunjung ke chalet ini dan menikmati keindahan Tasik Chenderoh, pasti anda akan merasai cukup tenang dan damai. Oh ya, sebelum pulang, jangan lupa singgah membeli buah tangan, ikan pekasam yang menjadi industri kecil kebanyakan penduduk di sini.
Bagaimana ke sini ?
Dari Plaza Tol Kuala Kangsar ke Jalan Kuala Kangsar menghala ke Gerik sehingga anda terjumpa papan tanda Chalet Tanjung Harapan di sebelah kanan. Masuk simpang dan belok di kiri lorong pertama dan anda akan berjumpa kawasan parking kenderaan dan jeti Tanjung Harapan. Jaraknya hanyalah 16 km sahaja dari Plaza Tol Kuala Kangsar.
Sebaiknya carilah kekili yang mana plat tapaknya bersambung secara terus dengan bingkai kekili. Boleh dikatakan hampir semua kekili masa kini ia berkeadaan sedemikian tetapi masih ada disambungkan dengan ribet atau lain-lain kaedah.
Ini kerana titik penyambungan merupakan titik terlemah. Oleh yang demikian, semakin kurang komponen berasingan maka semakin kukuh kekili tersebut. Oleh kerana tekanan yang dikenakan terhadap sebarang kekili menegak adalah bergerak ke hadapan sehingga ke hujung joran, maka kekuatan tapak kekili cukup kritikal. Inilah sebab kenapa kekili menegak saiz besar atau multiplier sering didatangi dengan sokongan alat pendakap.
Tolenrasi antara spool dan badan kekili seharusnya minimum. Ujian terbaik ialah dengan mengisi tali tangsi atau tali sulam ke dalam spool dan cuba selitkan tali di celahan antara spool dan plat dalaman kekili. Tambah pula sekarang ini diameter tali semakin halus. Jadi janganlah sampai tali terselit di celahan tersebut kerana ialah bukan saja boleh menyebabkan kejadian bihun atau backlash atau lebih buruk lagi putus tali.
Pegang pengayuh atau handle dan cuba gerakannya ke dalam atau keluar. Kekili yang berkualiti, tiada sebarang gerakan ke dalam, keluar atau ke belakang dan ke depan apabila sistem tegangan diketatkan.
Kekili yang murah dan kurang kualiti kerap gagal dalam ujian ini. Ia berpunca dari tolenrasi yang lemah dan toleransi yang lemah pada pengunci pengayuh atau material logam yang lemah pada shaf pengayuh.
Alat penyusun tali atau level wind kadangkala menimbulkan masalah dan paling cepat rosak. Pastikan anda boleh mendapat alat gantinya untuk komponen seperti palam dan shaf penyusun tali itu. Komponen ini selalu cepat haus, apatah kalau dimasuki pasir dan pembentukan garam. Jadi, ia perlu dibersihkan setiap kali selepas penggunaannya.
Sistem kawalan lontaran pada kekili jenis ini biasanya berbeza-beza. Paling asas ialah tekanan dikenakan pada shaf gelendung melalui tombol plat sisi kepada magnetik atau emparan. Tiada siapa terutama orang baru boleh jamin lontarannya pertamanya cukup sempurna, tetapi dengan latihan demi latihan, semuanya mampu menguasainya. Gelendung seharusnya mampu dilaras sampai ke satu tahap yang mana ia dapat berpusing bebas dengan hanya sedikit pulasan jari anda.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...