Nama: Zulkifflee bin Hussin.

Berusia: 55tahun.

Nama Produk: RAKIT MUARA

Lokasi: Kuala Sungai Redan, Ulu Tiram.

 

UMPAN: Sejak bila anda mengusahakan rumah rakit ini?

ZULKIFFLEE: Secara rasminya Rakit Muara pertama saya mula beroperasi seawal tahun 2014.

 

UMPAN: Kenapa dan bagaimana anda memilih untuk membuka perniagaan ini?

ZULKIFFLEE: Pada asalnya saya membina dibina bagi ternakan ikan sangkar. Namun disebabkan oleh gangguan musuh semulajadi terutamanya memerang, ia mengagalkan perniagaan ikan sangkar yang diusahakan.

Maka minta ditukar lesen ke ternakan siput sudu (kupang).

 

Fishing Entreprenuer – Pengusaha Rakit Muara

 

UMPAN: Apakah cabaran & harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

ZULKIFFLEE: Tak sangka pula ternakan kupang ini lebih mencabar. Memandangkan hasil ternakan kupang memakan masa sehingga 4 hingga 6 bulan untuk dituai, ditambah pula

masalah cuaca dan faktor semulajadi yang boleh membantutkan pembesaran kupang, maka saya mengubah strategi lagi.

Saya mohon timbang rasa dari pihak perikanan untuk menyewakannya kepada kaki pancing bagi memperolehi hasil bagi menampung operasi rumah rakit.

IKLAN

 

Fishing Entreprenuer – Pengusaha Rakit Muara

 

UMPAN: Ceritakan apa kelebihan rumah rakit anda?

ZULKIFFLEE: Kelebihan Rakit Muara adalah ia bekas ‘kelong lama’. Rakit Muara mempunyai banyak tiang konkrit, tukun, reba yang diadakan oleh pihak Rakit Muara sendiri, ia menjadi sarang ikan-ikan besar seperti kertang, siakap, tebal pipi, pari, jenahak, malong dan lain.

Sementara spesies ikan kecil mendominasi kawasan berpasir seperti gelama, duri, bebolos, mengkerong dan lain-lain. Tak ketinggalan buntal dan sirat sebagai musuh bagi kaki pancing.

 

Fishing Entreprenuer – Pengusaha Rakit Muara

 

UMPAN: Bagaimana caranya untuk saya pergi ke kolam pancing/kelong/rumah rakit anda ini?

ZULKIFFLEE: Bagi kaki pancing yang berminat ke RAKIT MUARA… jika melalui jalan Kota Tinggi, pemancing boleh masuk ke Pekan Tiram Lama, panduan yang mudah di mana terus

memandu tanpa memasuki mana-mana simpang, sehingga penghujung jalan panduan signbord KAMPUNG PASIR SALAM diikuti dan setiap simpang signboard ‘Rakit Muara’ sebagai pandu arah ke Kg. Asli Pasir Salam.

Jika melalui jalan pasir gudang pemancing boleh melalui Kampung Cahaya Baru Masai memasuki Empangan iskandar dan signbord ‘Rakit Muara’ setiap simpang sebagai pandu arah jalan.

IKLAN

 

Fishing Entreprenuer – Pengusaha Rakit Muara

 

UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil memancing di rumah rakit anda?

ZULKIFFLEE: Bagi mereka yang ingin cuba memancing di RAKIT MUARA, kesabaran menjadi keutamaan. Pengunaan mata kail kecil bersaiz no 8 menjadikan hasil tangkapan berbaloi. Pasang surut air menjaminkan hasil yang lumayan.

Seperti jika air kecil atau air bani menggunakan umpan hidup seperti udang untuk pulangan yang baik seperti siakap, kerapu, jenahak, malong, atau kurau.

Sementara air besar arus kuat, pemancing boleh gunakan perambut panjang bagi memperoleh ikan kasar seperti pari, duri, bagok, kurau, daun baru, atau kerapu.

 

Fishing Entreprenuer – Pengusaha Rakit Muara

 

Rakit Muara merupakan lubuk spesies tamok, sama ada air mati, air besar, siang atau malam, tamok mega masih boleh diperoleh.

Tetapi memancing tamok memerlukan skil yang tinggi terutama kesabaran dan teknik. Jika ada pemancing yang berminat mempelajari cara memancing tamok, bantuan pihak kami

IKLAN

samada anak saya (Hayat) yang menjaga rakit atau hubungi saya untuk belajar teknik memancing tamok.

 

Fishing Entreprenuer – Pengusaha Rakit Muara

 

UMPAN: Nyatakan pakej memancing di Rakit Muara?

ZULKIFFLEE: Rakit Muara ada menyediakan pakej seperti:

Harga seorang RM20 untuk 12.00 tengah hari sehingga 12.00 tengah hari esoknya (termasuk kos bot). Sementara kanak-kanak di bawah 12 tahun RM10 seorang bagi menampung kos minyak bot.

Sewa 1 rakit besar (muat 20 pemancing) berharga RM380 percuma 1 bilik.

Sewa 1 rakit Privasi (muat 6 pemancing) berharga RM150.

Sewa bilik 10’x10′ – RM30.

Kami ada jual mee segera, air mineral, losen nyamuk.

Umpan (akan jual semula selepas bulan Julai).

Kami menyediakan tandas, surau, dapur gas.

Rakit Muara mengalu-alukan jika ada pihak yang ingin membuat pertandingan memancing dengan harga yang berpatutan.

 

Fishing Entreprenuer – Pengusaha Rakit Muara

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI