Dalam sesi memancing jenggo, umpan dan faktor air sungai sangat memainkan peranan yang penting. Umpan yang biasa kami gunakan di sini seperti cacing, bangkutut (anak
udang), punpun nipah dan jantung ayam. Saya rasa umpan ini juga biasa digunakan di Malaysia.
Ads
Sebagai pemancing apatah lagi sebagai seorang tekong, mestilah pandai meliat keadaan air dan menjangka suhu air dan mencari lubuk-lubuk yang berpotensi. Suhu air yang agak sejuk ataupun perjalanan air yang agak laju sukar untuk mencari sepit biru atau jenggo.
Lubuk yang agak dalam dan mempunyai putaran air agak berpotensi disini. Ia sering menjadi lubuk yang sering dikunjungi oleh kami para pemburu jenggo. Harus difahami juga bahawa udang bergerak dalam kumpulan dan jangan berpindah agak telalu jauh.
Ads
Keadaan air yang bergerak surut agak mudah untuk mendapatkn sepit biru atau jenggo dan air bergerak naik pasang sukar untuk mencari kerana ia lebih suka bersembunyi dan pemancing perlulah memburu di bawah kayu atau akar-akar nipah.
Ads
Saiz Mata kail yang biasa kami gunakan adalah no. 4, 5, 6 dan halus agar tidak selalu lucut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Lazimnya siakap merah (mangrove jack – MJ) juvenil mendiami estuari sebelum bermigrasi ke laut lepas setelah mencapai usia matang. Namun peluang untuk memperoleh siakap merah dewasa juga ada apabila ia kembali ke muara untuk bertelur.
Walaupun juvenil, tentangan yang diberikan oleh siakap merah jauh lebih mendebarkan berbanding spesies penghuni muara lain. Justeru ia menjadi buruan utama di muara khususnya bagi penggemar teknik mengilat gewang atau lure casting.
Siakap merah muara boleh dipancing dengan tiga kaedah memancing iaitu teknik pancingan dasar menggunakan umpan, mengilat gewang, menunda gewang (trolling) dan juga mengunjun jig (jigging).
Melalui kaedah pancingan dasar, siakap merah boleh dipancing dengan menggunakan umpan hidup ataupun mati. Umpan hidup yang paling sesuai adalah udang hidup atau ikan-ikan yang menjadi diet siakap merah di habitatnya. Sementara umpan mati bolehlah juga menggunakan udang segar ataupun potongan ikan segar seperti belanak, tamban atau hirisan selayang.
Bagi pancingan dasar ini, kecepatan membalas sentapan kasar siakap merah adalah penting. Sekiranya lewat membalas sentapan, ia akan memberi ruang kepada siakap merah untuk menyelinap ke kawasan reba atau berstruktur sekali gus meloloskan diri. Justeru, penggunaan peralatan memancing yang sepadan adalah penting dan sentiasa bersedia untuk bertindak balas terhadap sentapan ikan.
Teknik mengilat menggunakan gewang atau umpan tiruan (casting) merupakan kaedah pancingan paling popular dan digemari pemancing. Secara kasarnya kebanyakan gewang yang dipersembahkan kepada siakap merah dengan betul pasti akan dibahamnya. Pilih gewang yang bersaiz lebih kecil daripada sasaran atau pun saiz diet ikan itu. Selain gewang, soft plastic boleh digunakan sebagai alternatif untuk gewang. Penggunaan umpan tiruan lebih berkesan jika dimainkan di kawasan berstruktur yang berpotensi.
Selain mengilat, gewang tiruan juga boleh digunakan menerusi teknik menunda atau trolling. Kaedah trolling dapat merentasi kawasan yang lebih luas berbanding mengilat dan gewang yang melalui betul-betul di atas struktur badan air ketika trolling paling berpotensi untuk menaikkan siakap merah.
Sementara teknik mengunjun jig atau jigging pula merupakan kaedah terbaharu dalam disiplin pancingan siakap merah. Teknik micro jigging (menggunakan jig mikro 5 gm hingga 20 gm) ini dikatakan paling berkesan untuk memperdaya siakap merah. Berbanding teknik mengilat, gaya persembahannya sedikit berbeza begitu juga dengan spot untuk menggayakannya. Teknik micro jigging ini dilakukan secara unjunan menegak dan perlu dilakukan berhampiran spot berpotensi atau di alur aliran sungai.
Bila tengok hasil memancing tahap pecah, tentu ramai yang nak join trip tersebut. Malah, ada juga yang memasang hajat untuk menjadi tekong.
Untuk menjadi seorang tekong bukanlah mudah sebenarnya. Berikut merupakan kriteria paling mustahak yang perlu ada untuk menjadi tekong sebagaimana yang telah digariskan oleh tekong KKN Sea Hunt.
Kriteria 1
Anda WAJIB seorang amat meminati aktiviti dunia hanyir memancing. Memang tak ke mana kerjaya seorang tekong kalau hanya sekadar membawa pemancing keluar memancing.
Kriteria 2
Disiplin diri yang baik agar boleh dicontohi oleh pemancing. Tekong yang berdisplin akan diteladani oleh pelanggan atau pemancing.
Ibarat macam guru juga. Kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Kriteria 3
Selalu memancing di dalam lokasi, faham selok-belok teknik dan cara untuk menjinakan ikan bagi memudahkan pelanggan.
Kriteria 4
Mampu berkongsi pengalaman dengan pemancing lain dari segi teknikal bermula dari pemilihan rod, kekili, tali, ikatan perambut, gewang, umpan dan lain-lain agar dapat membantu pemancing terutamanya yang baru mengikuti trip anda.
Kriteria 5
Tekong perlulah menawarkan khidmat atau bantuan dengan penuh bersemangat. Keterujaan akan lebih terasa kepada pelanggan apabila kehadiran tekong banyak membantu pemancing dan memberi impak yang positif.
Kriteria 6
Tekong atau guide juga harus memancing bersama-sama dengan pemancing bila ada ruang untuk memberi semangat kepada mereka. Jangan pula terlebih memancing dari pemancing pulak.
Kriteria 7
Tekong atau guide jangan mengambil hasil yang dipancing, semua hasil yang diperolehi dari tangannya atau awak-awak harus diberikan kepada pelanggan kerana mereka telah membayar sewa dan pakej perkhidmatan kita.
Kriteria 8
Wajib melengkapkan diri dengan lesen kompentesi pemanduan bot, mendaftar bot dan memiliki insuran bagi melindungi semua pemancing.
Kriteria 9
Memahami teknik pertolongan cemas dan tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku pada saat kecemasan.
Kriteria 10
Memastikan bot bersedia dan semua pemeriksaan dibuat untuk faktor keselamatan sebelum belepas dan selepas pulang dari memancing.
“Dulu saya merawai ikan sembilang, biasa kena sengat tu je petuanya. Tapi saya juga ada guna buah pinang muda.
Caranya keluarkan bijik pinang yang bulat tu, lepas tu belah dua dan lekatkan tempat yang kena sengat tu sehinga melekat. Buah pinang tu akan menarik bisa ikan dalam lima minit akan hilang.”
MAD TOCANG
“Saya pernah kena sengat ikan sembilang… ya ampun punya la bisa setengah mati! Tak ada penawar yang nak guna.. yang ada cuma Panadol. Telan sekali 4 biji baru reda sikit bisa dia.”
KAMAL JUNA
“Belah kepala ikan sembilng tu… ambil otak atau lendirnya kemudian sapu pada bahagian yang kena sengat.”
AR RKK
“Dah try petua yang dikatakan Kamal Juna… tapi tak jadi! Rendam air panas jugak yang menjadi… Bila air dah sejuk, salin air panas yang baru.”
SAKURAGI THORMARTEOEW
“Pakai air bateri… tuang dekat tempat kena sengat. Betul ni… tapi jangan minum. Kalau di minum kubur tempatnya. hehehe… titis di tempat terkena sengat pari atau ikan sembilang.”
AMIR AZIZ
“Petua yang saya dapat dari ayah… ikan sembilang, keli, duri dan keluarganya… asah kuku guna pisau, ambik habuk kuku dan tampal di tempat kena sengat. Insyallah rasa berdenyut sakit hilang.”
LAN JB
“Saya pernah kena dekat rumah rakit. Kena dekat jari manis… sungguh manis penangannya.
Cara saya buat, ikat lengan… tumbuk asam jawa, bubuh dalam kain, lepas tu ikat kat tempat kena sengat tu… minum susu. Alhamdulillah, saya boleh sambung mancing lagi.”
MUHD SAFREE
“Tak ada ubat! Tunggu la 3 kali pasang surut air. Banyak kali dah kena. Banyak dah petua ikut termasuk makan ekor… pahit yang amat!
Tapi denyut tetap sama dia punya sakit boleh rendam tangan dengan air panas.”
SEKUT COTEK
“Paling mujarab ambik satu misai kucing kemudian cucuk dekat tempat yang kena sengat tu… nanti akan terasa hisapannya. Saya dah cuba Alhamdulillah lena tidur dengan izin Allah.”
CIKWAN REDZUAN JELANI
“Pengalaman Wak kena…. baca selawat, tekapkan tempat kena sengat tu kat badan ikan tu balik (mean kat lendir badan ikan tu.…) petua dari orang lama jugak ni. Alhamdulillah… boleh sambung mancing balik.”
MAZLAN MAJID
“Kalau kena atas bot… rendam jari atau tangan yang kena sengat dalam minyak petrol dan pecahkan biji asam jawa, lekap kat tempat yang kena.”
ZULKEFLE SIPUN
“Pernah kena.… lepas tu tekong suruh ggit dan telan ekor ikan sembilang tu. Alhamdulillah kurang sakit… boleh teruskan mancing sampai ke petang.
Masa tu naik sampan kena dalam pukul 10 pagi. Tapi lepas naik darat… balik rumah mandi terus tangan start bengkak. Terus pergi klinik kena inject!”
NORA ZEMAN
“Bisanya rasa macam kena api rokok.. setiap saat berdenyut. Kalau kena air pasang lagi kuat denyutnya. 8 jam tahan bisa.
Bibir pun dah biru. 4 jam sekali inject, sampai sekarang kaki lemah sebelah.”
FAKHRUL TAHIR
“Biasa saya kalau kena sengat semilang ni atau ikan duri saya akan kencingkan kat jari yang kena sengat tu dan biar beberapa minit sampai reda.
Lepas reda baru basuh balik tangan dengan air bersih.”
YAMIN HAMZAH
“Masa memancing dulu-dulu dengan orang-orang lama… dia ambik tahi cacing tanah yang masih baru dan sapu pada tempat terkena sengat.”
MAT NASH
“Selalu dah kena… cara saya, gigit sikit tempat kena sengat, sedut sikit bagi keluar darah, buang lepas tu sapu minyak angin cap kapak… tak sampai sejam lega.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...