Untuk memperdayakan seekor ikan bermulut kecil dan jenis suka mengutis sudah tentu mata halus adalah lawannya.

Cara terbaik adalah pengumpanan stail apollo readymade dan paling mudah yang banyak dijual di kedai pancing.

 

Pilih Apollo yang memiliki perambut 10Ib ke atas dengan mata kail saiz 8. Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk membuak-buakkan selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air?

 

Persoalan ini haruslah dirungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.

 

Ada juga pemancing menabur rasuah terlebih dahulu agar ia leka dan keluar dari kawasan persembunyiannya. Rasuah umpan biasanya isi ikan yang dihancurkan dan paling mudah ialah mengunakan dedak.

 

Dedak ditabur agar ikan galak dan selang seketika umpan bermata kail kecil dihulur di kawasan yang di kerumini ikan ini.

 

IKLAN

Rahsia memancing ikan dengkis!!

baca juga tip mancing pecah periuk

Sekejap sahaja jika kena tekniknya pasti kekili kecil anda akan berbunyi sreeeek! Ikan dengkis bukanlah ikan idaman oleh hampir kesemua pemancing malah kehadirannya tidak diendahkan oleh kaki pancing laut dalam.

 

Jika berhajat mengunakan set apollo buatan sendiri, tak perlu guna bulu hijau, terus ikat mata dengan perambut.

Setelah saiz mata dipilih, perambut 20lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah.

 

IKLAN

Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan. Perambut utama berkekuatan 30lb maksimum dapat mengurangkan kebarangkalian perambut anak berpintal antara satu sama lain.

Dengan ini masalah memancing dapat dikurangkan dan membuahkan keseronokan berterusan.

 

 

 

Sebelum ini tidak terlintas di hati untuk membawa balik ikan dengkis sebagai hidangan sehinggalah kejadian di jeti tempoh hari.

Ikan yang saya berjaya pancing untuk tatapan pelancong kemudiannya ditinggalkan begitu sahaja di lantai. 5 ekor tergolek dipungut kembali dan saya bawa pulang bersama hasil tangkapan yang lain.

IKLAN

 

Seorang teman mencadangkan agar ikan spesel ini dimasak cara stim. Dari perbandingan semasa kumpulan kami menikmati hasil di restoran tempatan, dengkis stim lebih diminati berbanding ikan gegerut masak asam pedas dan kerapu masak tomato.

Rasa daging ikan dengkis boleh tahan juga sedapnya!

 

Rahsia memancing ikan dengkis!!

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI