Perlulah diingatkan agar mata tiga asal gewang ditukarkan kepada jenis yang lebih kukuh kerana kudrat biasa MJ mampu meluruskan mata tiga. Saya suka gunakan keluaran VMC yang setakat ini masih terbukti keutuhannya pada mulut ikan.
Jika khuatir mata tiga terkangkang, gunalah mata tunggal atau single hook, tambahan pula ia kalis sangkut ketika tarikan gewang beroperasi.
Penggunaan mata tunggal ini telah saya uji dan terbukti keberkesannya dalam memastikan MJ tidak terlucut, sedangkan kes rabut selalu terjadi jika menggunakan mata tiga.
Bagi mendapatkan MJ, apa yang paling mudah ialah mengenal pasti terlebih dahulu kawasan berstruktur yang ditenggelami air. Itulah sebabnya saya lebih suka mengilat ketika air surut. Reba mudah dilihat dan memudahkan kita melontar gewang dengan lebih baik. Dan yang paling penting, di kawasan inilah MJ bersembunyi, lebih-lebih lagi pada waktu matahari terik.
Ads
Ketika air pasang penuh pula, spot yang paling popular ialah tepian tebing sungai saja. Arus yang laju membawa MJ ke tepian sungai. Lebih-lebih lagi kebanyakan anak-anak ikan akan berada di tepi tebing pada waktu air pasang.
Ketika mengilat, rajin-rajinlah melihat kawasan sungai. Kenal pastilah kawasan-kawasan yang terdapatnya sambaran ke atas anak-anak ikan.
Spot ini adalah spot ketiga yang pasti untuk kita memerangkap MJ. Kebiasaannya selepas menyambar anak-anak ikan, MJ masih lagi berada di kawasan tersebut. Lontaran pertama gewang yang tepat kebiasaannya akan membawa naik seekor MJ bersaiz sederhana.
Ads
Spot di bawah jambatan pun jangan diketepikan, kawasan bertiang ini biasanya sangat berpotensi.
Waktu paling elok yang saya cadangkan untuk menjerat MJ ialah pada waktu air surut habis.
Ads
Logik saya berpegang pada waktu ini ialah kerana kebanyakan MJ dan juga kerapu yang saya peroleh tumpas pada waktu ini.
Kebanyakan MJ tidak akan pergi jauh pada waktu air surut. Jadi, bila ia tak ke mana-mana, mudahlah kita mendapatkannya.
Berlainan pula ketika air pasang penuh yang menyukarkan kita mengesan MJ. Kebanyakan MJ kurang diperoleh pada waktu air pasang penuh.
Satu sebab yang penting adalah kerana arus yang deras menyebabkan MJ akan berlindung di kawasan tepian sungai atau tebing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Alkisahnya, beberapa tahun lalu, saya dijemput oleh bersama geng Lubuk Trekker ke Royal Belum. Tujuan utama ke sana memang untuk memancing sebarau.
Sayangnya kunjungan kami ke sana walaupun musim hujan, keadaan air di Tasik Temenggor amat mendukacitakan. Air surut begitu mendadak sekali, sehingga ke paras 2-3meter turunnya dari kebiasaan.
Menurut boatman kami, pihak pengurusan Empangan Cenderoh telah membuka kunci pintu air bagi mengelakkan kawasan Royal Belum banjir.
Akibatnya kami boathouse kami mengalami kesukaran untuk sampai ke Sungai Kejar dan perjalanan bot kerap terganggu kerana boathouse terpaksa mencari alur sungai, tetapi kata putus dibuat, bot terpaksa lepak jauh dari Sungai Kejar.
Kami menggunakan speedboat ke sana. Di sana kami hanya berpeluang casting sebarau di kawasan jeram. Jelas terpancar sedikit kekecewaan di kalangan ahli komplot.
Kerana sebarau yang diperolehi hanyalah bersaiz juvenil. Apa boleh buat, kita hanya mampu merancang, tetapi segala-galanya Allah yang Maha Esa menjadi penentu.
Ada juga yang memasang umpan sawit. Tetapi melihatkan bot tentera yang lalu lalang dan jaring orang asli suku kaum Jahai yang berlapis-lapis terus melemahkan harapan kami untuk melihat umpan sawit peram yang dibawa dimakan kelah.
Malam tersebut, aktiviti memancing baung bermula. Dengan menaiki speed boat, kami bergerak mencari arah aliran sungai kecil masuk ke dalam tasik.
Tetapi hujan yang lebat menyebabkan kami terpaksa pulang ke boathouse. Baik layan minum kopi O kaw dengan biskut lagi baik kata mereka.
Keesokkan harinya, plan ditukar menjadi trip memancing apa sahaja. Ada yang berpecah mencari toman, ada juga yang repeat mencari sebarau juvenil di kawasan jeram di pintu kuala Sungai Kejar.
Saya bersama Nizam dan salah seorang guide mengambil keputusan untuk cuba memancing di sebuah tasik yang surut airnya. Selepas meminta kebenaran, kami mula memancing di situ.
Memang best. Rupa-rupanya tasik yang akan kembali tenggelam jika air kembali penuh itu, adalah ‘rumah’ haruan. Kami tiga orang saling berpesta menaikkan seekor demi seekor haruan.
Menariknya di sebabkan banyaknya haruan di situ, saya cuba melakukan eksperimen semua gewang dan janggut yang ada dalam kotak pancing saya.
Hasilnya, memang marbeles. Haruan di situ agaknya tak pernah kenal dan jumpa gewang dan janggut. Semuanya di bedal. Pendek kata baling sahaja gewang ke sini, mesti akan disambar haruan, baik kecil atau besar.
Kami hanya mengambil beberapa ekor sahaja dan melepaskan kembali mana-mana saiz yang kecil. Rasanya memang saya bergiat memancing haruan, inilah port haruan yang heaven bagi saya.
Pacific blue marlin (mersuji biru Pasifik) terbesar yang berjaya didaratkan datangnya dari perairan Kaaiwi Point pada tahun 1982 oleh Jay de Beaubien. Marlin ditewaskan dengan teknik trolling dengan umpan Kita Bait adalah seberat 1,375lb.
Pada 29 Februari 1992, Paolo Amorin berjaya menewaskan seekor blue marlin (mersuji biru) di perairan Vitoria, Brazil. Dengan menggunakan gewang white Softhead, pertarungan itu memakan masa 1 jam 20 minit.
Juga di Cabo Blanco, Peru, Alfred C. Glassell jr. Berjaya mendaratkan black marlin (mersuji hitam) seberat 1,560.5lb dan sepanjang 174 inci. Kejadian ini berlaku pada 4 Ogos 1953.
Pada 25 Oktober 1997, Fouad Sahiaoui yang kerap mendaratkan ikan monster sekali lagi berjaya mendaratkan white marlin (mersuji putih) di perairan Mohammedia, Morocco.
Atlantic blue marlin seberat 208lb berjaya ditangkap pada 20 May 1994 di perairan La Guaira Bank, Venezuela oleh Charlie Tombras.
White marlin (mersuji putih) seberat 181lb 4oz dari perairan Vitoria, Brazil berjaya dikalahkan oleh Evandro Coserin pada 8 December 1979.
Pada 23 August 2008, hanya bertarung selama dua minit…. diulang, 2 minit! Gary Carter berjaya menewaskan mersuji yang lebih besar iaitu seberat 252 pound 9 ounce. Pacific blue marlin ditewaskan dengan kepantasan luar biasa di perairan Pinas Bay, Panama.
Seorang pemancing handalan Enrico Capozzi pula menewaskan mersuji seberat 161 pound 7 ounce. Beliau menundukkan Pacific blue marlin di perairan Playa Carillo, Costa Rica pada tanggal 15 December 2007.
Pada 3 December 2001, Mike Levitt memancing di perairan Cairns, Australia dan berjaya menewaskan black marlin seberat 631 pound. Beliau mengambil masa selama 1 jam 45 minit untuk menewaskan mersuji gergasi itu.
Fouad Sahiaoui berjaya mengalahkan Atlantic blue marlin seberat 256 pound di perairan Mindelo, Cape Verde pada 5 May 2012.
Pada 25 February 2002, Thomas M. Evans Jr. berjaya menumbangkan 230 pound striped marlin di New South Wales, Australia.
Pada 6 Julai 1982, Annette Lopez berjaya menewaskan 1,073 pound Atlantic blue marlin di perairan St. Thomas, USVI.
Ikan pertama yang ditanda (tagging) secara rasmi dalam sukan memancing berupa seekor blue marlin seberat 1,003 pound yang berjaya ditangkap oleh George Parker perairan Kona, Hawaii pada 13 November 1954.
Pada 22 November 1982, selepas 4 jam bertarung, Eugene Nazarek berjaya mengarau 768 pound 10 ounce Pacific blue marlin di perairan Buena Vista, Mexico.
Pada tahun 1926, Captain Laurie Mitchell berjaya menewaskan 976 pound black marlin di perairan Bay of Islands, New Zealand.
Di perairan Grand Bereb, Ivory, Stewart Campbell berjaya menewaskan Atlantic blue marlin seberat 714.5 pound selepas bertarung selama 2.5 jam.
Selepas bertarung selama 1 jam, Bill Boniface berjaya menewaskan monster seberat 494 pound berupa striped marlin di perairan Tutukaka, New Zealand pada 16 January 1986.
Pada 11 June 1949, Louis Schmidt berjaya menewaskan 1,006 pound black marlin di perairan Perlas Islands, Panama.
Thomas M. Evans, Jr. berjaya menewaskan Pacific blue marlin seberat 288 pound 12 ounce di perairan Port Stephens, Australia pada tanggal 2 March 2002.
Pada 12 January 2001 di perairan Morehead City, North Carolina, Bradly Kistler pula menewaskan spesies yang sama seberat 196.9 pound.
Pada 4 June 2002, Stewart Campbell menewaskan monster seberat 562 pound berupa Atlantic blue marlin di perairan La Gomera, Spain.
Pada tanggal 16 November 1981, Mike Levitt berjaya mengalahkan black marlin seberat 737 pound 7 ounce di perairan Cairns, Queensland, Australia.
Pada tanggal 26 June 1974, Jack Herrington berjaya menewaskan monster seberat 1,142 pound berupa Atlantic blue marlin di perairan Oregon Inlet, North Carolina.
Pada 9 April 1992, Stewart Campbell berjaya menangkap blue marlin seberat 820 pound di perairan Grand Bereby, Ivory Coast, Africa.
Selama lebih 3 dekad, Jay de Beaubien berjaya mempertahankan rekod tangkapannya berupa Pacific blue marlin seberat 1,376 pound di perairan Kona, Hawaii. Rekod itu dilakukannya pada 31 May 1982.
Pada 7 October 1976, Peter Mahood berjaya mendaratkan 1,051 pound black marlin di perairan Cairns, Queensland, Australia.
Pada 8 March 2009, Guy Jacobsen berjaya menundukkan stripped marlin seberat 231 pound, 7 ounce di perairan Middlesex Bank, New Zealand.
Setelah bertarung hanya selama 18 minit, Leo Cloostermans berjaya menundukkan Atlantic blue marlin seberat 573 di perairan Azores, Portugal.
Eric Capozzi berjaya mengalahkan seekor lagi mersuji terhebat seberat 735 pound 3 ounce. Black marlin itu ditewaskan pada 7 February 2000 di perairan Port Stephens, New South Wales, Australia.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Aku lihat Mamat dan Zarin memegang erat pada bahagian tepi bot. Naza pula berlagak selamba. Rizam dan aku asyik memandang suasana sekeliling. Angin laut bertiup agak kencang namun begitu nyaman.
Selepas mendapatkan spot yang sesuai, Pak Teh memberhentikan bot berhampiran dengan tempat yang dipanggil Boya 28. Masing-masing melabuhkan umpan di situ. Umpannya isi ikan kembung dan selar yang dibawa oleh Rizam. Petang itu rezeki kami agak murah. Gelama, siakap merah, daun baru dan ikan tanda menjadi habuan kami.
Asyik benar kami hingga tak sedar suasana sudah diserkup kegelapan malam. Angin yang tadinya bertiup nyaman sudah bertukar kencang. Bot kecil yang kami naiki terumbang-ambing dipukul alun yang membuai kasa. Lantas, Rizam memerintahkan Pak Teh menghidupkan enjin yang ketika itu turut sama memerhatikan sekeliling.
Tapi entah mengapa enjin tak dapat dihidupkan. Puas Pak Teh mencuba tetapi tetap gagal. Di dada langit, kelihatan burung berterbangan pulang. Aku memerhatikan kumpulan burung itu. Bergetar hatiku tatkala melihat di tengah-tengah kumpulan burung itu, terbang satu objek menyerupai manusia. Bezanya, keadaannya serba putih seolah-olah mayat berkafan!!!
Aku cuba memberitahu Rizam dengan kerlingan mata.
“Jangan tegur apa-apa yang kau semua nampak aneh di kawasan muara yang agak keras. Lagipun dah masuk waktu Maghrib ni”. Hanya itu pesan Rizam. Agak keras dan sinikal. Zarin dan Mamat pula aku lihat sudah pucat. Naza pula mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Qursi.
“Cuba kau azan”, kata Rizam apabila melihat Pak Teh seperti sudah putus asa untuk menghidupkan enjin.
Aku melaungkan azan dengan suara perlahan dan serak-serak basah. Tiga kali melaungkan azan barulah Pak Teh berjaya menghidupkan enjin bot. Kami semua menarik nafas lega. Ketika bot meluncur laju ke jeti, aku sempat mengerling jam tangan. Sudah pukul 7.30 malam. Sudah masuk waktu maghrib.
Sewaktu bot mahu memasuki anak sungai menuju ke jeti, perhatian kami tertumpu pada tebing sungai. Kelihatan rumah-rumah kampung beratap rumbia. Di setiap rumah terpacak jamung. Suasana di kawasan kampung itu meriah seolah-olah ada pesta yang berlangsung.
Peliknya, getus hati saya bila memikirkan keadaan yang seolah-olah kami memasuki pada zaman silam, walhal semasa pergi petang tadi kawasan berkenaan di kelilingi hutan bakau.
“Kenduri apa pulak ni,” tegur Zarin sebelum sempat aku memberi isyarat supaya jangan menegur apa-apa. Ketika itulah, penghuni kawasan kampung itu seolah-olah serentak memandang ke arah kami.
Mahu menjerit dibuatnya apabila melihat makhluk itu badan seperti manusia tetapi mempunyai tanduk di antara dua biji mata. Mata mereka bersinar seperti mentol lampu yang terang. Zarin menjerit seperti histeria hingga bot yang kami naiki bergoyang ke kiri dan kanan.
Nasib baiklah Pak Teh berjaya mengemudinya dengan baik. Sebaik sahaja sampai di jeti, kami memapah Zarin ke dalam chalet Rizam. Di sini Zarin diubati seorang ustaz yang dibawa oleh suami Rizam yang sudah dimaklumkan melalui telefon.
Jelas ustaz berkenaan, kawasan tersebut memang didiami makhluk halus dan kebetulan waktu berkenaan adalah waktu puncak mereka bertebaran.
Syukurlah tiada apa kejadian buruk yang menimpa kami. Peristiwa ini sudah dua tahun berlalu. Zarin hingga ke hari ini tidak berani lagi turun ke laut. Hanya aku dan Naza yang rajin mengikut Rizam turun memancing. Mamat pula sejak berkahwin sudah melupakan terus hobi memancing ini.
Aku sendiri hanya keluar memancing pada waktu siang sahaja. Kejadian ini benar-benar menginsafkan aku bahawa selain manusia, ada makhluk lain yang mendiami dunia Allah SWT ini. Wallahualam..
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...