(Oleh: Pok Mud’s)

Selain umpan tiruan atau gewang, terdapat dua jenis umpan yang digunakan oleh ramai pemancing untuk memancing tenggiri, iaitu umpan hidup dan umpan mati.

 

Umpan Hidup

 

Umpan hidup yang paling biasa digunakan adalah terdiri dari jenis-jenis ikan pelagik. Ikan pelagik seperti kembung, pelaling, selayang, selar, selar pucat, tamban beluru, tamban sisik dan lolong mudah ditemui di kawasan unjam dan perairan tempatan.

Selain itu sotong, anak kerisi, kacang-kacang atau alu-alu kecil, anak seer, tongkol kecil boleh digunakan sebagai pilihan.

 

 

baca juga Trip Retro – Menjulang Tenggiri Kuala Dulang

 

Sotong hidup yang mudah ditangkap pada malam hari amat efektif digunakan pada sebelah malam selain jenis ikan yang mempunyai sisik yang berkilau.

Masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan pemancing ialah ketiadaan bekas umpan hidup yang sesuai dari segi kapasiti umpan dan ketahanan ikan untuk hidup dalam tempoh memancing.

 

Umpan Mati

 

Tidak semua nelayan pancing memilih umpan hidup seperti yang diterangkan di atas. Faktor sifat ikan tenggiri itu sendiri selain jenis teknik memancing yang digunakan menjadikan umpan ikan mati digunakan sebagai pilihan alternatif.

IKLAN

Jenis-jenis umpan mati terdiri dari ikan pelagik segar. Selain itu ikan bilis air, bulu ayam dan bersia mati boleh digunakan dengan teknik yang betul.

 

Umpan mati tersebut mestilah dalam keadaan segar dan seboleh-bolehnya jangan kena panas yang boleh menyebabkan kulit ikan kering dan disimpan dalam ais dalam tempoh lama.

 

Menjaga kesegaran umpan mati adalah perlu jika anda ingin melihat hasil lumayan. Umpan mati yang digunakan mestilah mampu bertahan di dalam air kerana tenggiri sifatnya tidak suka mangsa yang berbau atau hancur dikerumuni ikan kecil.

Nafsu tenggiri lain macam mengikut musim. Ada masa ia tidak endahkan umpan mati, ada ketika ia rakus apa saja ikan yang dihulurkan.

 

Teknik Persembahan Umpan

 

Amat berbeza memasang mata kail pada ikan hidup dan mati. Untuk umpan hidup mata kail tidak dapat disembunyikan sebagaimana umpan mati.

Persembahan umpan hidup memerlukan teknik betul supaya ikan umpan ini dapat bertahan lama dan boleh bergerak aktif.

 

IKLAN

Di antara cara mencangkok mata kail yang paling banyak diamalkan untuk ikan hidup ialah; di atas garis lateral ikan berdekatan sirip dorsal kedua (1/3 dari pangkal ekor),

sebelum sirip dorsal pertama berdekatan bahagian kepala, masuk melalui mulut/insang dan mata kail dicangkok atas belakang ikan, bawah perut ikan terutama ikan tamban, dan bahagian mulut dan lubang hidung berdekatan mata ikan.

 

 

baca juga Mengenal Tabiat & Habitat Tenggiri

 

Teknik mencangkok mata kail pada umpan mati pula banyak bergantung kepada saiz mata kail dan saiz umpan yang digunakan.

Paling penting ialah umpan berada dalam keadaan aerodinamik di dalam air, tidak berputar serta mata kail tidak kelihatan sama sekali.

 

Jika berputar ia akan memintal perambut bersama dan menjadi kerinting malah perambut akan perpintal dengan tali utama.

Kedudukan umpan mati paling baik ialah ia seolah-olah hidup dan berenang lembut di dalam air.

IKLAN

Di antara cara mencangkok mata kail yang paling banyak diamalkan untuk ikan mati ialah; atas kepala, bahagian ekor, 2 mata kail (di kepala dan di ekor), masuk melalui bahagian anal terus ke mulut, dan melalui mulut dan mata dicangkok pada bahagian perut.

 

Mengunakan umpan hidup kita boleh mengagak bila ikan tenggiri akan menyerang mangsa.

Bagi pemancing mengunakan koyan, getaran pada tangsi waktu ikan umpan cuba melarikan diri menandakan ia takutkan sesuatu.

Ikan umpan akan menegangkan tali pancing sebelum ikan pemangsa datang menyerangnya. Kelebihan mengunakan koyan terletak kepada sensitiviti dan deria rasa tangan pemancing.

 

Kalau joran sukar sedikit dan deria semulajadi ini tidak dapat berfungsi dengan baik terutama ketika ikan umpan hendak dirembat oleh tenggiri.

Bila penggera berbunyi barulah joran dicapai dan dalam keadaan tergopoh-gapah hasil akan rabut dan senyap begitu sahaja.

Kekili perlu dikarau secepat mungkin agar tali pancing tidak kendur ketika ikan menghela ke arah pemancing.

 

baca juga Kenali Ikan Tenggiri Batang

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI