IKLAN

 

Spot atau port utama sasaran surfcaster biasanya berdasarkan tangkapan mega. Selain itu pantai tersebut sebaiknya tidak berarus dan kawasan yang landai.

Berikut merupakan spot atau port pilihan ramai surfcaster termasuklah juga pantai yang biasanya diadakan pertandingan.

 

Pantai Nenasi, Pekan.

 

Nenasi merupakan sebuah bandar kecil di Pahang, Malaysia. Ia terletak di dalam daerah Pekan, separuh jalan antara Kuala Rompin dan Pekan.

Nenasi adalah satu kawasan yang bagus untuk aktiviti-aktiviti perkhemahan di pantai. Terdapat paya, sawah-sawah purba, sungai-sungai dan kampung kecil untuk diteroka.

Pantai lama, biasanya bernaung (kecuali dalam bandar Nenasi sendiri) dan hanya satu tempat besar untuk mengail, barbeku, kem, berenang dan tidak berbuat apa-apa.

Pantai Batu 16 contohnya merupakan lokasi terbaik untuk mendaratkan tangkapan mega.

 

Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu.

 

Pantai Teluk Ketapang merupakan salah satu pantai yang menjadi tarikan utama pelancong di Kuala Terengganu.

Pantai yang terletak kira-kira 4 km dari Kampung Wakaf Tembesu dan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud ini menjadi tarikan utama pelancong tempatan dan luar kerana keadaan pantainya yang cantik dan bersih.

Pengunjung yang datang ke sini boleh mengikuti aktiviti menunggang kuda, memancing dan bermain layang-layang.

 

Selain dari taman permainan, pondok rehat juga banyak disediakan untuk kemudahan pengunjung berehat & berkelah bersama keluarga.

Selain keindahan pantai ini, pengunjung boleh menikmati ’sotong celup tepung’ yang popular di kawasan ini.

Kemudahan rumah penginapan juga disediakan dengan kadar berpatutan untuk pengunjung yang ingin bermalam di kawasan pantai ini.

 

Pantai Teluk Lipat, Dungun.

 

 

Pantai Teluk Lipat yang terletak di daerah Dungun diberi nama kerana kawasannya berteluk dan selalu terhakis apabila datangnya musim monsun timur laut atau tengkujuh.

IKLAN

Kawasan berteluk ini telah dibenteng dengan konkrit bagi menghalang hakisan ombak. Ia bermula dari Rumah Pegawai Daerah hinggalah ke kawasan Taman Selera.

Walaubagaimana pun pelancong atau anak tempatan boleh bersantai di kawasan lain kerana pantainya terlalu panjang bermula dari muara Sungai Dungun hinggalah ke

Kampung Sura Hujung di mana terletaknya Kampus UiTM Dungun dan terletak pula Banjaran Bukit Bauk dan Pantai Rekreasi Teluk Gadung. Jalan raya di sepanjang pantai ini

dinamakan Jalan Pantai Sura iaitu yang bermula dari Muzium Daerah Dungun hinggalah ke Kampus Uitm Dungun.

 

 

Pantai Kelulut, Marang.

 

Pantai Kelulut terletak di antara Marang dan Rantau Abang (antara Kuala Terengganu dan Kuantan. Ia terletak di sebelah kiri jalan dan jarak antara Kuala Terengganu ke Pantai Kelulut adalah 17 km).

Pantai yang berpasir dan sesuai untuk pengunjung mandi. Pengunjung yang datang ke pantai ini mesti tertarik dengan keindahan dan ketenangan pantai ini.

Pantai ini juga mempunyai keindahan semulajadi seperti pemandangannya yang cantik, pokok kelapa dan dapat menghirup udara yang segar.

Di sini juga terdapat perkampungan yang diperbuat daripada kayu yang cantik.

 

 

Pantai Kuala Pahang, Pekan.

 

IKLAN

Kuala Pahang merupakan sebuah mukim dan bandar kecil di Sungai Pahang, daerah Pekan, Pahang, Malaysia. Terletak 13 kilometer dari bandar Pekan.

Makam diraja Pahang lama terletak di Kampung Marhum, berhampiran dengan kuala ini.

 

Pantai Kuala Rompin, Rompin.

 

Kuala Rompin atau Rompin adalah bandar terbesar dalam daerah Rompin, tenggara Pahang, Malaysia. Ia terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia dan menghadapi Laut China Selatan.

Ia terletak kira-kira 133 km (83 mi) dari selatan Kuantan, Ibu Pejabat Pahang. Dari Singapura, pelancong mesti mengembara sejauh 215 km (134 mi) oleh jalan pesisir melalui bandar Johor Bahru dan bandar Mersing.

Dari ibu kota Kuala Lumpur, Kuala Rompin terletak di timur dan kira-kira 3½ jam perjalanan dengan jalan.

Pantai Chedoq antaranya merupakan pantai pemburuan pari yang popular.

 

 

Pantai Tanjung Sedili, Johor.

Tanjung Sedili ialah sebuah kawasan di daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Terletak di muara Sungai Sedili di pinggir Laut China Selatan, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kota

Tinggi, kawasan ini dibahagikan kepada tiga kawasan utama, iaitu Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Sedili Kecil.

 

Pantai Puteri, Melaka

 

Pantai yang dahulunya dikenali dengan nama Pantai Kundor itu bukan lagi asing dalam kalangan pengunjung berbilang kaum daripada pelbagai peringkat usia.

Selain suasana pantai yang nyaman, kebersihan serta keindahan Pantai Puteri menjadi antara faktor tarikan utama pengunjung.

Ditambah dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk memancing, riadah, berkhemah dan berkelah, pantai yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar itu aktif dengan

pelbagai aktiviti kekeluargaan terutama setiap kali tibanya hujung minggu, cuti umum dan cuti persekolahan.

 

 

Pantai Remis, Kuala Selangor.

 

Pantai Remis Kuala Selangor terletak 20km arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sg Sembilang, Jeram yang mana ia merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan yang semakin di gemari oleh orang awam.

Di mana, para pengunjung berpeluang berjalan di persisiran pantai sambil menghirup udara segar serta menikmati keindahan alam dan menikmati keenakan makanan laut

selain menjalankan aktiviti seperti beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan, bermain layang-layang atau mengemudi perahu layar, mencari hidupan laut (sea shell) dan aktiviti memancing.

 

 

Pantai tanjung harapan, Klang.

 

Tanjung Harapan, Pulau Indah merupakan satu lokasi pemandangan tepian pantai berbatu sesuai untuk aktiviti beriadah serta bersiar-siar terutamanya pada waktu petang.

Pengunjung juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti seperti menangkap gambar, memancing dan berjoging.

Pada waktu malam pula, disarankan untuk berkunjung ke medan-medan ikan bakar yang terdapat di tepian-tepian pantai disamping menikmati pemandangan indah dan sapaan angin bayu.

Tanjung Harapan merupakan antara lokasi popular di daerah Klang yang kerap dilawati terutamanya pada hujung minggu.