Setiap jenis ikan mempunyai cara makan yang tersendiri. Ada jenis ikan yang makan umpan secara, ada juga yang mengutis atau mencuit, meragut, menyedut dan lain-lain lagi.

Mengetahui cara ikan makan umpan adalah amat penting kerana melalui cara ini membolehkan kita memilih mata kail yang sesuai untuk memacingnya.

 

MATA KAIL UNTUK IKAN YANG MENYAMBAR 

 

Ikan yang mengambil umpan secara menyambar ini pada kebiasaannya dari jenis ikan pemangsa atau predator yang bergigi tajam.

Maksud menyambar di sini ialah ia akan memakan umpan semasa bergerak mahupun ketika mangsa itu sendiri yang bergerak.

Selain memancing dengan umpan ikan hidup, teknik casting dan trolling menggunakan umpan tiruan merupakan kaedah untuk memancing ikan yang menyambar.

Antara ikan yang memakan umpan secara menyambar termasuklah tenggiri, barracuda, talang, gerepoh dan haruan tasik.

 

Kebanyakan mata kail boleh digunakan untuk memancing ikan jenis ini tetapi adalah disarankan mata kail dari jenis live bait atau big game hook yang mana matanya menegak lurus ke pangkal.

Ini kerana ia membolehkan mata kail tertancap terus pada mulut ikan ketika menyambar umpan.

Lazimnya mata kail dari jenis ini juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak mudah melurus ketika sentapan atau hentakan.

 

Seperkara yang perlu diingat ialah kekuatan hentakan ketika proses sambaran hampir sepuluh kali ganda berbanding berat ikan tersebut. Justeru itu kekuatan mata kail amat penting bagi mencangkuk ikan jenis ini.

 

IKLAN

MATA KAIL UNTUK IKAN YANG MERAGUT

 

Maksud meragut di sini ialah jenis ikan pemangsa yang memakan umpan yang bersifat pegun atau tidak bergerak.

Sejurus mengambil umpan dengan tindakan pantas dan dengan pantas juga ia melarikan diri.

Teknik pancingan dasar dan menotok (pancingan dasar berhanyut) kebanyakannya menggunakan umpan mati begini.

 

Manakala ikan yang bersifat meragut antara jenahak, merah, pari dan lain-lain lagi. Tiada mata kail yang lebih baik bagi memanfaatkan ikan yang meragut umpan seperti ini selain

dari jenis mata kail yang melingkar sedikit hujung matanya iaitu mata kail lingkar atau circle hook.

 

Mata kail lingkar direka bentuk agar ikan tercangkuk dengan sendiri pada hujung mulutnya.

IKLAN

Ketika umpan diragut dan dilarikan, mata kail lingkar tidak akan terus tercangkuk sebaliknya akan melurut keluar dan hanya akan tercangkuk pada hujung bibir mulut ikan.

Oleh yang demikian, apabila umpan dilarikan pemangsa, sebarang tindak balas sentapan akan menyebabkan mata lingkar ini akan rabut atau lucut begitu saja.

Dan apabila tercangkuk dengan kemas, ia hampir mustahil untuk terlucut.

 

MATA KAIL UNTUK IKAN YANG MENGGETU

 

Ikan yang memakan umpan secara menggetu atau mengutis memberi makna ikan yang memakan umpan dan kekal berada di tempat umpan dimakan.

Ikan jenis tidak bergerak ketika memakan umpan dan umpan itu sendiri juga tidak bergerak dengan ketara.

Oleh yang demikian amatlah susah untuk pemancing mengetahui proses tersebut secara nyata.

 

IKLAN

Untuk membolehkan isyaratbahawa umpan sedang dimakan ikan, peralatan memancing yang sensitif pada getuan perlu digunakan.

Begitu juga kesukaran mata kail untuk tercangkuk dengan sendiri juga sukar. Bagi menghadapi ikan yang memiliki tabiat makan seperti ini, adalah disarankan mata kail yang jenis lurus atau mempunyai hujung mata yang mendongak ke tepi.

 

Mata kail yang digunakan juga sebaiknya tidak terlalu besar, halus dan tajam. Dan apabila merasai getuan, pemancing perlulah peka dan segera melakukan sentapan balas.

Antara ikan yang memakan umpan secara mengutis ini antaranya ialah lampam, tilapia, rohu, gelama, duri, anak-anak ikan atau ikan yang bersaiz kecil.

 

MATA KAIL UNTUK IKAN MENYEDUT UMPAN

 

Ikan yang memakan umpan dengan cara menyedut atau menghisap umpan pastinya tidak perlu dihurai dengan lebih meluas kerana tidak menyembunyikan maksud yang lain.

Ikan yang menyedut umpan ini terdiri dari ikan yang bergigi tajam mahupun tidak bergigi. Lazimnya ia memiliki mulut yang luas atau bibir yang boleh dilaraskan.

Kebanyakan ikan jenis kap termasuklah kelah memiliki tabiat makan sebegini. Ikan kerapu dan gerong belang merupakan antara spesies ikan air masin yang tersohor dengan tabiat makan secara menyedut atau menghisap umpan.

 

Cara menyerang mangsa pula sama ada mengejar atau menunggu mangsa melintas di hadapannya di kawasan persembunyian.

Banyak jenis mata kail boleh digunakan namun disyorkan mata kail yang berteras panjang dan sedikit bengkok pada hujungnya.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI