Kami sering menerima soalan dari pencinta ikan kelah tentang bagaimana untuk mengenali jantina ikan kelah. Jadi di sini berdasarkan beberapa kajian dari pakar dan
pengkaji kelah, berikut kami sertakan sekali gambar bagaimana untuk mengenal pasti jantina kelah:
Sirip anal
Ikan kelah jantan biasanya mempunyai sirip anal (dubur) yang agak tajam dan memanjang.
Manakala ikan kelah betina pula mempunyai sirip belakang yang agak membulat dan pendek.
Operkulum (pipi penutup insang)
Pipi kelah jantan jika kita sapu dengan tangan, ianya agak kasar berbanding kelah betina. Ia hanya ketara untuk ikan kelah yang telah mencecah 5kg ke atas.
Cecair pembiakan
Cecair likat putih akan keluar melalui papilla bahagian bawah perut ikan jantan (berdekatan sirip anal tadi).
Biasanya tempoh matang kelah jantan untuk mula mengawan ialah 2 tahun. Bagi kelah betina pula bahagian papilla agak kemerahan.
Status taburan
Kelah betina ini agak susah diperolehi berbanding kelah jantan. Tempoh matangnya untuk mula mengeluarkan telur biasanya setelah berusia 3 tahun.
Berdasarkan kajian yang dibuat, untuk kelah seberat 2 kg hanya mampu menghasilkan anak benih kelah 6,000 – 8,000 ekor sahaja.
(sumber: ikankelah.com)
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Dahan pokok yang berjuntai ke sungai menjadikan kawasan di bawahnya teduh dan ia merupakan kawasan yang sesuai untuk ikan-ikan kecil berlindung dari serangan ikan predator dan pemangsa lain. Sekaligus merupakan spot yang bagus untuk memancing.
Kawasan pusaran air
Ketika arus air memasuki selekoh pinggir sungai air atau melanggar hadangan (pulau atau batuan besar), maka akan membentuk arus balik yang lebih perlahan serta membentuk pusaran air. Ikan-ikan akan menunggu dan bermain di sekitar kawasan tersebut.
Ombak kecil
Bentuk sungai yang lurus akan menghasilkan arus yang tenang dan teluk kecil di pinggir sungai akan menghasilkan ombak-ombak kecil tempat ikan bermain. Cubalah lontar umpan di kawasan tersebut.
Selekoh sungai
Bentuk sungai yang berbelok, maka arus paling deras yang membawa makanan bergerak di sisi paling luar dan ikan biasanya menunggu makanan di kawasan belokan tersebut.
Lubang pinggir sungai
Biasanya spot ini boleh ditemui di bawah pokok besar di tepi sungai atau lapisan batuan besar yang terhakis. Ia merupakan spot yang sangat sesuai untuk ikan berlindung.
Lopak lubang dasar
Kawasan lopak yang dalam di dasar sungai merupakan tempat kegemaran bagi ikan-ikan besar, jika mengetahui kewujudan spot ini jangan sesekali diabaikan untuk meletakkan umpan.
Belakang batu
Ketika arus melanggar batuan besar, maka arus akan terpecah dan menghasilkan arus yang tenang di sebalik batuan. Tempat ini merupakan kawasan strategik ikan menyerang hendap dan berehat.
Air tejun
Air yang jatuh dari ketinggian yang berbeza akan menghasilkan lekukan atau lopak di dasar sungai yang lebih dalam dari bahagian dasar lain. Ia juga merupakan tempat yang sangat sesuai untuk ikan mencari makan.
Sirip merupakan organ yang menonjol dari tubuh yang ditutupi dan dihubungkan oleh selaput kulit. Fungsinya secara umum adalah untuk membantu ikan berenang, walaupun ada ikan yang menggunakannya untuk meluncur atau merangkak. Sirip pada ikan terletak pada pelbagai tempat untuk pelbagai fungsi.
SIRIP DORSAL
Sirip dorsal (dorsal fin) terletak di posterior operculum atau disebut juga bahagian atas ikan. Sesetengah ikan memiliki lebih dari satu sirip dorsal. Sirip dorsal berperanan melindungi ikan dari pemangsa dan membantu pergerakan maju, membelok serta pegun atau berhenti. Sesetengah ikan menggunakan sirip dorsal dengan cara berbeza. Anglerfish contohnya, menggunakan sirip dorsalnya yang bercahaya untuk ‘memancing’ ikan lain. Ada juga sesetengah ikan menggunakan sirip dorsalnya yang mampu mengeluarkan racun sebagai senjata pertahanan.
SIRIP ADIPOS
Sirip adipos (adipose fin) merupakan sirip yang lembut dan berdaging terletak di antara sirip dorsal dan sirip kaudal. Namun tidak semua ikan memiliki sirip ini. Hanya sesetengah ikan seperti spesies salmonidae, charasins dan catfishes yang memilikinya. Fungsi sebenar sirip adipos ini masih menjadi tanda tanya para pengkaji. Pengkaji di Kanada berpendapat ia berfungsi seperti sensor namun masih tiada bukti sahih mengenainya.
SIRIP KAUDAL
Sirip kaudal (caudal fin) merupakan bahagian ekor ikan. Ia penting untuk henjutan ketika berenang. Sirip kaudal juga mempunyai pelbagai bentuk mengikut spesies ikan tertentu. Ia juga boleh dikelaskan untuk mengklasifikasikan spesies ikan.
SIRIP ANAL
Sirip anal (anal fin) terletak di permukaan bahagian bawah ventral atau perut ikan dan di belakang anus. Sirip anal berfungsi untuk kestabilan ketika ikan berenang.
SIRIP PELVIK
Sirip pelvik (pelvic fin) terletak pada bahagian bawah abdomen dan berpasang. Sirip pelvik ini membantu ikan untuk berenang ke atas dan ke bawah, membelok dengan tepat dan berhenti dengan cepat. Dalam famili gobiidae, sirip pelvik biasanya bercantuk menjadi satu sirip menyedut yang berfungsi untuk berpegang pada sesuatu seperti batu dan sebagainya.
SIRIP PEKTORAL
Sirip pektoral (pectoral fin) terletak pada setiap sisi ikan operkulum (bahagian keras yang melindungi insang). Ia berfungsi untuk membantu ikan mengekalkan kedudukan pada satu-satu kedalaman. Ikan daripada famili clariidae seperti keli menggunakan sirip pektoral untuk berjalan di atas darat.
Nama globalnya mangrove jack atau mangrove red snapper. Di Malaysia ia lebih dikenali sebagai siakap merah atau kakap merah.
Namun di kalangan kaki mengilat, mereka lebih gemar membahasakannya sebagai MJ (mangrove jack), manakala di kalangan pemancing kolam air masin pula ia mendapat nama jolokan ikan kaci.
Hakikatnya MJ atau siakap merah dan kaci adalah jauh bezanya dari segi corak warna badan dan habitat.
Kaci adalah dari keluarga Haemulidae iaitu satu keluarga dengan spesies gerut-gerut manakala, siakap merah adalah dari keluarga snapper (Lutjanid).
Kaci lebih gemar mendiami kawasan pantai berkarang hingga ke tengah laut lepas. Ia jarang mendiami kawasan sungai atau muara.
Tidak seperti MJ yang menghuni di kebanyakan tempat di Semenanjung sama ada di sungai, muara, pantai, pulau malah di tengah laut.
Ada juga yang menyatakan MJ di kawasan Pulau Ketam kebanyakannya berasal dari Taiwan.
Siakap Merah dikatakan mula membanjiri kawasan Pulau Ketam apabila ikan tersebut terlepas dari ternakan sangkar yang sememangnya berselerak di Pulau Ketam.
Sehingga ada juga pemancing memanggil spesies ini sebagai Merah Taiwan. Tetapi pendapat yang menyatakan ikan ini berasal dari Taiwan sukar untuk diterima.
Ini kerana di sebelah Pantai Timur juga banyak spesis ini. Malah kebanyakan pulau di Semenanjung juga dipenuhi oleh ikan jenis pemburu ganas ini dan taburan ikan ini amat ketara di Asia Tenggara, Barat Australia, Mediterranaen hingga Terusan Suez.
MJ boleh membesar sehingga 20kg dan saiz sebegini biasanya berada di kawasan batu karang di lautan luas yang mana amat berbeza habitat pokok bakau tumbang, tepi tiang-tiang jeti, kawasan berbatu atau berkarang.
Tebing yang berteluk serta kawasan terbuka untuk memburu makanan. Ia begitu aktif memburu makanan termasuk umpan pemancing ketika awal pagi dan lewat petang.
Bagaimana pun ikan bertaring dua yang tajam ini makan mengikut pertukaran arus serta cuaca setempat.
Ini juga boleh diandaikan bahawa ia meragut umpan sepanjang waktu jika kena tempat serta terbuka seleranya.
Kawasan cetek dan terbuka dihadiri oleh pemburu ini ketika air bergerak pasang terutama pada malam hari.
Ia merapati ke darat untuk memburu mangsa yang kebetulan adalah umpan pemancing.
Ikan berkulit merah dan boleh bertukar menjadi cerah dan hitam ini bersifat rakus jika menyambar umpan.
Daya juang yang dimiliki pada peringkat permulaan mampu menghela tali pancing ke celah reba atau apa saja yang boleh dijadikan perlindungan.
Ia jarang bermain dengan umpan sebagaimana jenahak, dan tidak begitu memilih umpan (cuma sotong ia kurang sedikit).
Profil Serigala Muara
Nama Saintifik : Luthjanus Argentimaculatus
Keluarga : Lutjanidae (Snappers)
Nama Lain : Kakap merah,merah bakau
Ciri Fizikal : Bergigi taring tajam, warna badan lebih gelap pada bahagian atas dan bersisik merah (kadangkala merah gelap) menjadi lebih cerah hala ke bawah. Sirip dorsal pertama dan kedua bersambung.
Diet : Hampir semua anak ikan, udang, ketam
Habitat : Kawasan reba (bakau), batu karang, muara sungai terutama jeti pendaratan ikan laut.
Taburan : Kebanyakan Asean, Indo-Pasifik, Australia Barat, Mediterranean dan Terusan Suez. Di Malaysia banyak menghuni kawasan bakau, muara, kawasan sekitar ternakan ikan sangkar dan jeti-jeti pendaratan ikan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...