Tiga hari sebelum ke laut kena setting mental dan fizikal kita dulu. Salah satu caranya ialah dengan buangkan angin dalam badan kita. Angin dalam badan menyebabkan kita pening-pening dan muntah. Bagi membuang angin ini disarankan minum Eno halia atau apabila produk minuman halia 2 hingga 3 pek bagi satu hari.
Makan kena jaga… jangan belasah je ikut sedap tekak. Sebaiknya elak dari makan makanan yang agak pedas atau berempah.
Rehat kena cukup… sebab kat laut nanti kita banyak menggunakan tenaga, mental dan fizikal.
Ads
Makan ubat mabuk yg diambil di klinik. Cakap je kat doktor kata nak memancing kat laut dalam. Dia akan bagi punya, tapi yang terbaik saya makan ubat mabuk ialah ubat mabuk untuk ibu mengandung.
Ads
Ketika memancing, jangan sekali-kali pikir adakah aku mabuk? Banyakkan bersembang dengan kawan masa atas bot.
Satu petua lagi agak ekstrem sikit… mungkin korang ada perasan ikan yang ditangkap atau dibeli kadangkala ada anak ikan yang masih terlekat di dalam mulut ikan tersebut.
Ads
Selalunya kita buang tetapi kali ini sesiapa yang mempunyai masalah mabuk ini, ambil ikan tersebut dan celur. Kemudian makan atau telan. Tapi kalau nak mujarab lagi makan mentah-mentah dan jangan yang lupa selawat ke atas Nabi.
Kalau ditanya saya apa releven tentang anak ikan ini dengan mabuk? Saya sendiri tiada jawapannya tetapi petua ini telah diturunkan turun temurun oleh datuk nenek saya yang hampir semuanya nelayan pantai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Berbeza dengan negara luar, terdapat larangan-larangan penggunaan sesebuah enjin mengikut kapasiti kuasa kuda. Maka, setiap pemilik bot bebas menggunakan kuasa kuda untuk menyusuri sungai ataupun laut. Bezanya adalah harga dan kemampuan untuk memiliki enjin sangkut ini.
Bila berkata tentang kemampuan, memancing ini merupakan satu hobi dan bukan keperluan yang perlu dituruti sepenuhnya. Berbeza dengan nelayan yang memerlukan enjin sangkut untuk mencari nafkah di laut atau sungai.
Tetapi, memiliki enjin sangkut adalah satu kelebihan bagi kaki pancing untuk bergerak ke segenap lokasi lubuk yang boleh dilalui dengan jalan air. Penjualan enjin sangkut sememangnya boleh dibeli di pengedar atau kedai yang menjual alat-alat marin.
Sebenarnya Malaysia masih kurang kedai yang menjual enjin sangkut ini. Industri memancing yang pesat memacu ke hadapan sepatutnya memerlukan banyak pusat servis atau menjual enjin sangkut yang terpakai.
Bagi yang memilih untuk membeli enjin sangkut terpakai, beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum membelinya sama ada daripada individu ataupun kedai yang menjual enjin sangkut.
Perkara pertama yang perlu diteliti adalah kualiti semasa enjin sangkut tersebut. Bahagian dalaman enjin seperti gasket blok tiada kebocoran, mudah dihidupkan, pusingan sistem penyejuk enjin dalam keadaan baik dan tiada gegaran yang kuat pada enjin ketika dihidupkan. Pembeli ada kuasa untuk meneliti enjin tersebut sebelum membelinya.
Harga juga memainkan peranan dalam pemilihan sesebuah enjin sangkut. Secara amnya, enjin sangkut bukan dinilai dari tahun dikeluarkan seperti kenderaan motosikal atau kereta tetapi ia boleh dinilai dari kualiti keadaan semasa enjin tersebut dari segi luaran dan dalamnya.
Bagaimana ianya boleh dinilai?. Dapatkan harga model yang sama di kedai dan penilaian boleh dibuat berdasarkan harga susut nilai sebanyak 40 hingga 60 peratus. Sebagai contoh enjin 5 hp (kuasa kuda) yang baru bernilai RM3200 Tetapi setelah dikira harga susut nilai semasa pengurangan mungkin boleh mencapai sehingga RM1500 mengikut keadaan semasa enjin tersebut.
Apa yang penting, enjin sangkut tidak mempunyai geran seperti kenderaan darat. Tetapi bukti pembelian resit asal daripada pemilik atau kedai amat penting disimpan kerana enjin sangkut adalah salah satu barang yang sering dicuri.
Di perairan pantai barat Malaysia, kecurian enjin sangkut kerap dilaporkan dan pembeli perlu berhati hati agar dapat menghindarkan dari membeli barang curi. Setiap enjin sangkut mempunyai nombor siri casis yang berlainan dan ia direkodkan di dalam setiap surat pembelian enjin baru.
Apa yang penting, fahami segala aspek enjin sangkut ini kerana setiap kuasa kuda berlainan spesifikasinya termasuklah beban berat, badan luaran alat ganti.
Sekiranya pembeli ingin membeli daripada penjualan Internet, sebaik-baiknya lihatlah sendiri keadaan fizikalnya sebelum membuat keputusan. Buat pertemuan dengan si penjual. Lihat peralatan sampingan seperti tangki minyak serta saluran paip minyaknya dalam keadaan baik. Jika tidak mahir, bawalah rakan yang mahir bertemu dengan penjual berkenaan. Mana tahu anda tertipu atau terbeli enjin curi.
Boleh tak admin jelaskan lebih lanjut apa itu CANDAT UMPAN dan tunjukkan bagaimana cara penggunaannya?
JAWAPAN:
Sebagaimana foto yang di atas, inilah perkakasan terminal yang dinamakan sebagai candat umpan.
Candat umpan terdiri daripada dua bahagian utama sahaja iaitu batang dan pencangkuk yang kedua-duanya diperbuat daripada logam tahan karat.
Sebagaimana ia dinamakan candat umpan, maka candat umpan ini tidak boleh dimainkan tanpa menggunakan umpan.
Candat umpan dipasang dengan cara mencucuk ikan dari ekor hingga ke mulut. Bahagian hujung batang candat seumpama lidi basikal ini dicucuk pada mulut ikan atau boleh juga
dari bahagian ekor ikan sehingga ke hujung batang candat yang yang disambungkan dengan pencangkuk melengkung sebagai rupa mata kail tiga (treble hook).
Sementara umpan yang dicucuk pada candat umpat ini biasanya ikan-ikan yang boleh dibeli di pasar seperti ikan sardin, tamban atau pelata.
Udang laut bersaiz kasar juga boleh digunakan sebagai umpan. Malah ia lebih berkesan namun disebabkan harga dan mudah hancur dikerjakan sotong maka guna sajalah ikan-ikan pasar.
Candat umpan boleh dimainkan terus setelah dicangkukkan umpan. Namun jika arus agak laju, aplikasi tanduk dan batu ladung diperlukan.
Sekiranya tidak ingin menggunakan teknik tanduk, boleh juga diletakkan batu ladung secara terus pada candat.
Lazimnya pada bahagian di bawah cangkuk candat ada gelung cincin atau solid ring sebagai terminal penyambung.
Candat umpan tidak perlu dihenjut. Lepaskan sahaja candat berkenaan ke dasar laut dan cuba periksa sekali-sekala. Tarikan yang berat menunjukkan sotong telah terkena candat.
Jika terasa ringan, rendam semula candat di dasar laut. Jika masih tiada tarikan sotong, tarik candat ke atas dan periksa tanda-tanda gigitan sotong pada badan ikan.
Berbanding pancingan sungai atau laut, pancingan di kolam berbayar sebenarnya paling mencabar. Malah memancing ikan air tawar terutamanya ikan patin dan spesies lain seperti tongsan atau rohu sememangnya sangat teknikal dan berseni.
Perkara asas nombor satu yang perlu dilakukan jika ingin memancing di kolam berbayar ialah bertanya. Jangan segan atau malu untuk bertanya sama ada kepada pemancing lain atau pemilik kolam sendiri. Tanyalah umpan apa yang harus digunakan.
Harus diingat, dedak atau roti hanyalah bersifat makanan ikan. Ia umpama nasi. Tentu saja kita tidak mahu makan nasi kosong saja. Tanpa lauk, nasi tidak bermakna apa-apa walaupun ia tetap akan mengenyangkan perut. Begitu juga dengan ikan, perlu ada bahan perisa ditambahkan pada umpan roti atau dedak bagi menarik deria bau ikan tersebut.
Lazimnya pemancing lain tidak akan mendedahkan seratus umpan (perisa) yang mereka gunakan. Ia bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk memperoleh rahsianya. Namun pada kebiasaannya perisa pandan dan strawberi merupakan bahan asas yang banyak digunakan oleh pemancing bagi menyediakan umpan.
Selain umpan, teknik yang digunakan juga perlu diperhatikan. Lazimnya mana-mana pemancing kolam tidak akan berahsia soal teknik. Apatah lagi korang boleh lihat sendiri teknik yang digunakan. Jika pemancing lain mengamalkan teknik apung, maka kita gunalah teknik apung. Kalau teknik dasar lebih berkesan, maka kita gunalah teknik dasar. Selebihnya, bergantung kepada nasib dan rezeki.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...