Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Untuk Dapat Strike

Share

 

Memancing, walaupun hanya sekadar hobi, ia perlu juga dilakukan dengan penuh tertib dan berhemah. Tanpa etika dan rukun, besar kemungkinan hobi yang dilakukan ini menjadi sia-sia akibat dari kumpau.

 

Pastikan mata kail yang digunakan sentiasa tajam. Soal ketahanan, baru atau lama itu perkara nombor dua.

 

 

Pastikan tali pancing yang digunakan sentiasa dalam keadaan baik. Tiada luka, rekahan, lipatan, apatah lagi sudah mereput.

 

Pastikan swivel atau snap yang digunakan berfungsi dan berpusing dengan baik.

 

 

Pastikan setiap simpulan dibasahi dengan air sebelum anda menarik untuk mengetatkannya.

 

Pastikan joran dan kekili anda sentiasa di dalam keadaan baik, basuh dengan air bersih setiap kali habis memancing. Servis dan bubuh gris setiap 3 bulan sekali.

 

 

Buat catatan masa, tarikh, tempat dan umpan yang digunakan sekiranya anda mendapat ikan yang besar. Maklumat ini amat penting untuk memancing pada masa hadapan.

 

Pastikan umpan yang akan digunakan sama ada umpan hidup atau mati sesuai dengan spesies yang hendak diburu.

 

 

Fahamilah analogi peredaran bulan, matahari, pasang surut air dan perubahan air besar ke air mati. Fahamilah hubung kait habitat umpan dan ikan pemangsa.

 

Pastikan tackle box anda mengandungi alatan wajib seperti mata kail, snap & swivel, ladung, tali perambut, pisau serbaguna, playar, batu pengasah kecil, gunting kecil dan pemetik api walaupun anda bukan seorang perokok.

 

 

Fahamilah dan jagalah peralatan memancing anda dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah talian hayat di antara anda dan si ikan.

 

Buat tinjauan dan dapatkan informasi sebaik mungkin dari penduduk tempatan sebelum memancing di tempat yang belum diterokai.

 

Amalkan sikap tangkap & lepas (catch & release) sekiranya anda tidak memerlukan ikan tersebut… terutamanya ikan kecil. Jangan jadikan mereka spesies yang terancam.

 

 

Pastikan perairan dan kawasan memancing bersih. Kekalkan kehijauan alam semulajadi.

IKLAN