Tali mono atau braided apa-apa brand yang digunakan. Asalkan ia kuat dan tahan lasak. Saiz 10-20 lb paling sesuai. Tapi sebenarnya bergantung pada saiz ikan di dalam kolam. Lazimnya tali utama 8lb hingga 15lb. Lagipun kolam berbayar hanya melepas ikan berat purat 1kg ke 3kg sahaja. Jadi tidaklah perlu menggunakan tali yang lebih besar poundage.
Leader atau perambut
Ads
Pilih perambut jenis fluorocarbon. Atau sekurang-kurangnya mono campuran fluorocarbon. Perambut Perambut berkekuatan 20-40lb lebih ideal. Biasanya selepas menaikan ikan siakap, bahagian perambut yang telah luka perlu dipotong atau dibuang. Biasanya saya akan guna perambut pakai buang yang disambung pada leader kerana leader akan jadi pendek sekiranya banyak kali perlu dipotong.
Mata kail
Saiz mata kail bergantung kepada tempat atau kolam berbayar tersebut. Sesetengah tempat mempunyai ikan siakap melebihi 4kg hingga ke 8kg, tapi amat jarang kolam berbayar melepaskan ikan siakap sebesar tu. Kebanyak purata berat dalam 1kg hingga 3kg. Biasanya mata kail no 2 digunakan. Paling penting, mata kail mestilah tajam, tahan lasak dan kuat, kerana ikan siakap boleh mengerjakannya sampai lurus atau patah.
Ads
Batu ladung
Batu ladung atau pemberat digunakan kalau menggunakan udang kopek. Ia adalah mengelakkan umpan udang kopek tadi terapung di atas air semasa casting. Kalau menggunakan umpan udang hidup biasanya saya tak menggunakan pemberat, kecuali udang enggan menyelam. Ia juga memudahkan udang hidup bebas bergerak di dilam air. Untuk penggunaan gewang untuk mengumpan siakap pula anda tak perlu menggunakan pemberat.
Ads
Umpan
Pemilihan umpan bergantung kepada peraturan. Lazimnya udang hidup merupakan umpan yang paling lumrah digunakan. Selain itu anak ikan hidup seperti belanak atau lampam juga bagus dan mampu bertahan lebih lama. Selain itu udang kopek atau isi ikan juga boleh digunakan untuk casting.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kekili menegak model bulat (round bc) seperti Shimano Calcutta Conquest atau ramai yang suka memanggilnya CQ memang memiliki peminatnya tersendiri. Ia memang cukup istimewa, lebih-lebih lagi model 50S shallow spool ini kerana ia limited edition.
Oleh kerana itu amat penting untuk kita menyelenggaranya dengan baik. DIY kali kami cuba untuk menerangkan bagaimana untuk servis kekili ini, moga ia memberi manfaat untuk kaki pancing yang memilikinya keberanian untuk melakukan servis sendiri.
Keperluan:
Screwdriver set
Rachet spanar
Spool pin removal
Minyak Zippo
Kain bersih
Air blow
Grease oil
Bearing oil
Cotton bud
Berus lukisan
Bekas kosong
Bekas tertutup (untuk cuci bearing).
Cara Servis:
Tutorial 1
Buka skru dengan cermat pada pengayuh kekili menggunakan pemutar skru.
Tutorial 2
Keluarkan plate pada kekili selepas skru dibuka.
Tutorial 3
Selepas keluarkan plate, gunakan rachet spanar untuk membuka nat.
Tutorial 4
Selepas nat dibuka, buka pengayuh kekili. Kemudian anda boleh membuka nat yang berada pada bahagian dalamnya.
Tutorial 5
Setelah itu, buka skru yang berada pada badan kekili.
Tutorial 6
Kemudian buka bahagian penutup sisi kekili. Inilah keadaan mekanikal setelah dibuka. Kemudian anda perlu keluarkan pinion gear yang terdapat di dalamnya (warna hitam).
Tutorial 7
Pinion gear yang telah dikeluarkan. Susun dengan cermat dan teratur agar tidak hilang.
Salam min… boleh tak admin buat penjelasan sikit pasal panjang leader yang sesuai untuk setup casting? Ada yang cakap pendek pun boleh, panjang pun boleh.
JAWAPAN:
Untuk teknik casting sama ada menggunakan kekili menegak atau mendatar, saya amalkan satu kaedah berdasarkan jenis leader yang digunakan. Sekiranya menggunakan leader tangsi atau monofilament, saya akan lebihkan panjang leader sehingga ke dalam spool kekili.
Sebaliknya jika menggunakan leader fluorocarbon, saya akan pastikan leader panjang leader tersebut tidak sampai ke dalam spool. Memadai panjang leader sama panjang dengan joran atau dari tip hingga cincin pertama saja.
Alasannya cukup mudah. Sebagaimana yang kita tahu, leader fluorocarbon agak keras berbanding leader monofilament. Atas faktor tersebut, leader fluorocarbon tidak tergulung dengan kemas di dalam spool. Sebaliknya leader monofilament yang lebih lembut boleh disusun dengan sempurna di dalam spool.
Leader fluorocarbon yang berlebihan di dalam spool akan mengganggu proses kelancaran pengeluaran tali dari spool ketika proses balingan gewang. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan berlakunya masalah sarang burung atau birdness.
Pasa asasnya, peranan leader adalah untuk menyerap sentapan mengejut yang boleh menyebabkan mata kail menjadi lurus atau kerosakan pada terminal tackle yang lain.
Oleh yang demikian tidak perlu menggunakan leader yang terlalu panjang. Pada saya memadai sepanjang 1meter saja sudah sesuai sama ada leader monofilament mahupun fluorocarbon.
Tasik Chenderoh merupakan tasik yang paling bawah sekali dalam sistem empangan Sungai Perak. Selain berperanan sebagai penjanaan kuasa hidroelektrik, ia turut berperanan sebagai kawasan tadahan air, kegiatan pelancongan dan juga perikanan air tawar.
Paling penting, Tasik atau Empangan Chenderoh sebagai nadi terakhir mengawal kapasiti air sebelum dilepaskan ke Sungai Perak, terutama pada musim banjir. Jika tidak, Bandar Diraja Kuala Kangsar yang terletak di bawahnya akan tenggelam banjir.
Kunjungan kali pertama saya ke sini membuatkan hati saya terus jatuh cinta. Panorama indahnya tasik ini membuatkan pandangan mata seakan tidak mahu terlepas di segenap dimensi. Betapa hebatnya kuasa Allah yang mencipta.
Di sini, sebenarnya terdapat beberapa buah chalet sebagai lokasi penginapan, tetapi banyak juga yang sudah tidak beroperasi. Salah satu chalet yang masih aktif beroperasi dan terurus hari ini adalah Tanjung Harapan Chalet, milik Cikgu Mohamed Zaki, pesara seorang guru besar yang sebenarnya telah pun beroperasi sejak lebih 20 tahun yang lalu.
Peluang menginap di sini, cukup menyeronokkan. Terserlah warna-warna desa baik daripada segi pemandangan dan juga soal makanannya. Ujarnya mesra disapa dengan nama Cikgu Zaki, chaletnya sentiasa menjadi tumpuan ramai baik dari kaki pancing sendiri, team building para pelajar, penuntut IPT, kakitangan kerajaan, swasta dan sebagainya.
Bahkan chalet itu juga pernah menjadi lokasi penginapan kru produksi semasa penggambaran filem Hollywood, Anna and The King diadakan di kawasan sekitar Lenggong sedikit masa dahulu.
Bagi kaki pancing, sememangnya dengan adanya Tanjung Harapan Chalet ini, memudahkan mereka untuk turun ke lokasi memancing secepat yang mungkin dan pulang lewat yang mungkin kerana, tersedia penginapan yang sudah cukup selesa.
Bahkan, jika ingin membawa keluarga pun mahupun bersama rakan-rakan tiada masalah. Ini kerana, terdapat beberapa jenis bilik boleh diinap di sini. Antaranya, terdapat bilik jenis berhawa dingin, rumah pondok, rumah kampung dan juga bilik yang boleh memuatkan jumlah pengunjung yang agak ramai.
Ujarnya, setakat untuk menampung lebih dari 100 orang pengunjung dalam satu-satu masa tiada masalah.
Didirikan, di atas tanah milik keluarganya sendiri, anak jati Kampung Changkat Duku, Sauk ini berkata, jika menginap di sini, hal berkaitan makan dan minum juga boleh diuruskan, sama ada penginap mahu beliau sediakan ataupun masak sendiri.
Ini kerana dapur, perkakasan memasak dan juga peti ais untuk menyimpan barang mentah ada disediakan.
Menariknya, jika penginap mahu membakar ikan tangkapan memancing, bakar ayam atau kambing, tempat untuk BBQ juga disediakan. Penulis sendiri cukup teruja bila berpeluang menginap di rumah berbentuk rumah burung merpati yang menempatkan dua buah katil bujang.
Masa makan pula, memang terbaik! Ini kerana, malam pertama menginap di sini Cikgu Zaki telah menyediakan menu ikan kaloi bakar, cicah sambal kicap. Alahai sedap betul, sampaikan saya dua kali tambah nasi.
Bagi yang minat memancing, terdapat beberapa buah bot fiber yang disewakan. Sama ada bawa sendiri atau boleh menempah awal dengan menghubungi Cikgu Zaki jika berkehendakkan khidmat tekong.
Bagi yang inginkan pancingan santai, boleh mencuba memancing udang galah Tasik Chenderoh. Mana tahu, rezeki anda, boleh bawa pulang sepit biru dari tasik ini.
Bagi yang bukan kaki pancing, anda bolehlah meminta khidmat Cikgu Zaki membawa anda menyusuri melihat pemandangan Tasik Chenderoh yang cukup indah terutama sekali melihat rupa sebenar Stesen Janakuasa Elektrik Chenderoh dengan menaiki bot.
Sebenarnya, banyak lagi aktiviti yang boleh dijalankan di sini, terutama sukan air seperti water confident, kayak dan juga berenang.
Saya percaya, sekiranya anda berpeluang berkunjung ke chalet ini dan menikmati keindahan Tasik Chenderoh, pasti anda akan merasai cukup tenang dan damai. Oh ya, sebelum pulang, jangan lupa singgah membeli buah tangan, ikan pekasam yang menjadi industri kecil kebanyakan penduduk di sini.
Bagaimana ke sini ?
Dari Plaza Tol Kuala Kangsar ke Jalan Kuala Kangsar menghala ke Gerik sehingga anda terjumpa papan tanda Chalet Tanjung Harapan di sebelah kanan. Masuk simpang dan belok di kiri lorong pertama dan anda akan berjumpa kawasan parking kenderaan dan jeti Tanjung Harapan. Jaraknya hanyalah 16 km sahaja dari Plaza Tol Kuala Kangsar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...