Perairan Sabah merupakan lokasi kegemaran bagi pemancing memburu ikan-ikan yang jarang-jarang bertemu di perairan Semenanjung.

Misi tetap diteruskan meskipun kegagalan 4 orang ahli asal yang tidak dapat turut serta atas alasan cuti dan terikat dengan pekerjaan yang tidak dapat pelepasan daripada majikan.

Tanpa gantian kami terpaksa menampung sedikit perbelanjaan dan kos tambahan disebabkan kekurangan ahli.

 

Trip selama 4 hari 3 malam ini menggabungkan separuh ahli yang pernah bertandang dan separuh lagi ingin merasai sendiri pengalaman memancing di Sabah.

Di lapangan terbang Kota Kinabalu, kami dijemput oleh pemilik bot dan terus dibawa ke jeti di mana bot sedang menunggu.

 

Seperti biasa aksesori tambahan dan mana-mana yang tertinggal dalam senarai dibeli di kedai pancing yang terletak bersebelahan dengan pasar ikan. Bekalan umpan tambahan turut ditambah untuk mengimbangi jika berlaku kekurangan umpan.

 

Perjalanan panjang

 

Rasa mengantuk menguasai benak kepala gara-gara jam 3 pagi sudah bersiap mengemas barang dan bergerak ke lapangan terbang. Untungnya tempoh perjalanan ke lubuk pertama memakan masa hampir 7 jam, sudah cukup untuk semua ahli meletakkan kepala di 12 tempat peraduan dalam kabin bot.

Tiada perebutan, cukup, malah berlebihan pula tempat buaian di laut ini. Kali ini bot Seastar III dengan tekong Abdol digunakan. Lewat petang bot memperlahankan kelajuan, berlegar seketika sebelum sauh diturunkan ke dasar.

 

Kunjungan pada lewat hari pertama kami disambut dengan angin yang sedikit kurang mesra terhadap pemancing dari Semenanjung.

Apa pun ia tidak mematahkan semangat ramai yang seperti lazim tidak sabar menurunkan set pancing masing-masing setelah sekian lama menunggu untuk merasai ikan laut Sabah.

 

Basung atau selayang bersama ikan kayu atau tongkol menjadi sandaran umpan pada sesi pembukaan. Bahagian belakang bot dikosongkan untuk ahli yang ingin jigging.

Ketika memasang kekili pada joran, Muslim antara yang mula-mula menurunkan set pancing beliau mengena ikan pertama trip ini.

 

Penangan GST Trip Tahunan Perairan Sabah

 

Seekor ibu kerisi menyuntik semangat buat semua. Bacaan kedalaman pada set kekili elektrik yang digunakan ialah 90 meter, masih cetek lagi jika dibandingkan di sesetengah kawasan laut Sabah.

Ads

Angin nampaknya lebih kuat daripada arus sehingga semua tali hanyut menuju ke tali sauh.

 

Depan sudah jadi posisi belakang, satu situasi sukar untuk memancing. Menjelang senja seekor merah coreng membuatkan Hj Din menjadi orang kedua mendapat hasil.

Jarak masa sejam sudah menampakkan ikan kurang di lokasi pertama, memaksa tekong berpindah lubuk.

 

Umpan sotong

 

Di lubuk kedua, tekong dan awak-awak menumpukan usaha mencandat sotong yang kebetulan cukup banyak timbul di permukaan.

Lubuk berkenaan juga adalah tempat ikan jenahak dan siakap merah. Walaupun deruan angin semakin bertambah kelajuan, sotong begitu galak mengejar candat twist saiz kecil. Umpan cantik tapi ikan dasar pula enggan membuka selera.

 

Kutisan dan getuan ikan dengan sotong cumit hidup cukup lama. Namun satu getuan saiz ikan yang menelan sotong boleh dibanggakan. Sehingga awal pagi ikan terus menyepi apabila seekor jenahak skala 7 kg terlucut ketika di permukaan air.

Awal malam kedua kami menumpukan usaha mengumpul sotong hidup sebagai bekalan. Basung dan ikan kayu dibiarkan sepi dalam bekas ais. Perambut kekuatan 100 lb dua depa dengan dua mata 5/0 kerana sasaran kali ini bukan yang kecil.

 

Sotong yang baru dapat terus dicangkuk pada perambut yang sedia menanti. Selang beberapa detik kedengaran pemancing hadapan bergaya dengan sekor siakap merah.

Kekili elektrik terpakai Digitana SLS Shimano yang baru diuji sebelum ini beberapa kali kecundang akhirnya tidak menghampakan pemiliknya apabila tewasnya seekor kerapu 8.5kg.

 

Ads

Penangan GST Trip Tahunan Perairan Sabah

 

Selepas kerapu suasana sepi kecuali aktiviti mencandat semakin rancak. Dari jigging, ramai yang memilih untuk turut serta mencandat sotong, menghilangkan rasa jemu menunggu dan letih jigging, baik layan sotong termasuk tekong sekali.

 

Penangan GST Trip Tahunan Perairan Sabah

 

Siakap merah kedua malam tersebut muncul setelah begitu lama menunggu menjadikan ia siakap merah terbesar dalam trip ini.

Iffa yang setia menunggu sotong hidupnya disentap ikan boleh tersenyum apabila jenahak kedua muncul lagi dalam selang tempoh sejam lebih. Proses penantian yang cukup menyeksakan dan berkat kesabaran tinggi.

 

Penangan GST Trip Tahunan Perairan Sabah

 

Fenomena air merah

 

Hari-hari terakhir, kawasan laut dipenuhi dengan fenomena air merah menjadikan ia kurang sesuai untuk memancing.

Mencari kawasan yang bebas dari air merah menjadi tugas jurumudi kerana harapan meninggi pada hari terakhir. Beberapa ekor kerapu bara berjaya dipancing sebelum kehadiran laut merah melanda.

 

Ads

Penangan GST Trip Tahunan Perairan Sabah

 

Banyak juga kami dikejutkan dengan strike kasar namun kehilangan hasil kerana perambut sering putus apabila bergesel dengan karang.

Nasib sotong yang banyak diperolehi pada malam sebelumnya menjadi umpan pertaruhan apabila malam terakhir tiada sotong di lokasi.

 

Penangan GST Trip Tahunan Perairan Sabah

 

Harapan seperti malam sebelumnya kalau dapat sotong hidup suspens sikit menunggu strike. Ibu kerisi dan anak kerapu memberi semangat buat yang masih berjaga malam berumpan sotong.

Paling seronok ialah menikmati sup kerapu bara oleh ahli trip di malam terakhir tanpa mempedulikan joran di sekeliling.

 

Penangan GST Trip Tahunan Perairan Sabah

 

Kabin sekali lagi dipenuhi pemancing setelah penat seharian memancing. Terkilan sedikit kerana tekong banyak alasan apabila meminta supaya bertandang ke lubuk 200 meter untuk mengintai si ruby.

Apa yang dipastikan tekong dan awak-awak lebih gemar mencari kawasan air kedalaman purata 80 meter sesuai dengan set koyan yang digunakan mereka.

 

Penangan GST Trip Tahunan Perairan Sabah

 

Di Sabah dan Sarawak kebanyakan konsep memancing ikan kepunyaan mereka berbanding Pantai Timur di mana tekong membantu pemancing menaikkan ikan. Ikan pula adalah kepunyaan penyewa sepenuhnya.

 

Di sini mereka memancing sebagai pendapatan tambahan dan hasil kadangkala dijual pula kepada pemancing yang berminat di atas bot. Ada kelemahan dan kebaikan sistem ini, tepuk dada tanya selera.

Oleh sebab julat getuan ikan ini amat jarang-jarang, penulis menulis artikel ini dari kabin bot sambil memerhatikan joran yang melenggok dibuai alun tanpa ada sentuhan dari pemangsa dasar.

 

Penangan GST Trip Tahunan Perairan Sabah

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI