Perjalanan sesebuah trip memancing tidak semua mendatangkan kegembiraan. Kadangkala berlaku perkara malang tidak berbau seperti kemalangan atau ditimpa musibah lain.

Justeru itu, pemancing perlulah sentiasa berwaspada, berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Tidak kira semasa memandu di jalan raya ataupun ketika dalam perjalanan ke lokasi  memancing.

 

Cuba bayangkan sejenak. Ketika ini hari pertama anda trekking di dalam hutan sambil membawa beban beg galas sambil di tangan kiri anda memegang dua batang joran.

IKLAN

Tiba di satu jalan denai, tiba-tiba rakan anda berteriak sambil mengaduh kesakitan. Rupa-rupanya rakan anda yang berada di hadapan diserang sekawanan lebah.

Ketika itu anda berada dia atas puncak bukit berketinggian 600 meter dari paras laut, jam 3 petang dan nafas anda turun naik kerana keletihan baru sahaja mendaki bukit.

 

Ketika itu apakah yang anda akan lakukan? Ketawa, bertanya khabar kepada rakan tadi, berdiam diri atau terus sahaja lari meninggalkan semua barang yang anda bawa.

IKLAN

Tentunya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku ketika itu. Dalam kepala masing-masing tentunya akan cuba mencari sungai dan terjun untuk menyelamatkan diri dan selebihnya berserah sahaja kepada Tuhan.

Panduan & Tip Mengelak Serangan Lebah Ketika Memancing ©

ELAK SERANGAN LEBAH

 

IKLAN
  • Elakkan dari memakai wangi-wangian, seperti bedak talkum, minyak wangi, sabun mandi, shampu rambut dan minyak rambut wangi, ini kerana bau-bauan ini akan menarik minat lebah kerana ia akan menganggap bauan yang anda pakai adalah bauan bunga.
  • Elakkan daripada menjalani aktiviti perkhemahan anda sekitar bulan Mei hingga Julai, ini kerana pada bulan itu berlaku musim bunga di beberapa kawasan hutan di Malaysia. Lebah amat aktif pada musim bunga, dan mereka boleh bertindak dengan agresif.
  • Jangan berkhemah dekat dengan sarang lebah. Ini kerana semasa berkhemah, sudah pasti kita akan membuat unggun api dan bimbang lebah akan menganggap kita sebagai ancaman sekiranya kita kerap kali melalui bahagian sarangnya atau mungkin juga kita dianggap beruang madu yang merupakan musuh utama lebah.
  • Elak membunuh lebah-lebah yang hinggap di kawasan perkhemahan anda, kerana lebah yang dibunuh akan mengeluarkan sejenis sebatian berbau yang akan dijadikan penjejak kepada kawanan lebah. Jika ini berlaku, anda mungkin akan diserang.

Panduan & Tip Mengelak Serangan Lebah Ketika Memancing ©

CARA MENGETAHUI KAWASAN KEDIAMAN LEBAH

 

  • Terdapat banyak tumbuhan berbunga.
  • Bunyi-bunyi dengungan lebah terbang.
  • Berbau wangi, bau madu.
  • Pokok-pokok tinggi yang mempunyai dahan yang besar dan keras. Contoh pokok tualang.
  • Terdapat kawanan kecil lebah berterbangan.
  • Kehadiran sarang yang aktif.
  • Lereng-lereng bukit yang curam dan tinggi.
  • Puncak bukit.

 

CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN LEBAH

  • Terjun ke dalam air dan cuba selam seberapa lama yang boleh.
  • Jangan pukul lebah yang menyengat anda, kerana ia akan menjadikan keadaan bertambah lebih teruk.
  • Jangan membatukan diri, ini adalah cara yang salah, kerana lebah akan terus menyerang jika anda membatukan diri
  • Lari seberapa laju yang mungkin dan seberapa jauh yang boleh, kerana lebah hanya akan menyerang jika merasakan diri mereka diancam, dan pastikan anda berlari berlawanan arah dari arah anda diserang.
  • Jika anda berkhemah di lereng bukit, jangan lari menuruni lereng bukit,kerana ia amat merbahaya, pastikan anda lari mengikut permatang bukit ataupun jalan bukit.
  • Seandainya anda tidak mampu lari, cuba capai selimut, kain khemah, sleeping bag, fly-sheet, ataupun apa sahaja yang boleh dibuat selimut, selimutkan diri anda dan batukan diri, tapi cara ini amatlah tipis keberkesanannya.
  • Rebahkan diri ke atas tanah, cuba ambil daun-daun kering, dan litupi badan anda dengan daun-daun kering serta cuba ambil tanah dan timbuskan tubuh anda.
  • Tutup telinga dan hidung anda seboleh-bolehnya ketika berlari, kerana lebah lebih cenderung untuk menyengat bahagian-bahagian di kepala.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI