DIY kali kami cuba untuk menerangkan bagaimana untuk servis kekili ini, moga ia memberi manfaat untuk kaki pancing yang memilikinya keberanian untuk melakukan servis sendiri.
Tutorial 8
Buka skru bearing untuk keluarkan bearing yang terdapat di dalamnya.
Tutorial 9
Keluarkan bearing pertama dan kendalikan dengan cermat.
Tutorial 10
Buka skru pada main shaft untuk keluarkan bearing seterusnya.
Ads
Tutorial 11
Pada main shaft, anda perlu membuka C-klip yang terdapat pada main shaft untuk keluarkan bearing main shaft.
Tutorial 12
Kemudian, beralih pada bahagian tension knob kekili. Buka tension knob pada kekili.
Tutorial 13
Ads
Tolak klip untuk keluarkan bearing tension knob.
Tutorial 14
Terdapat satu bearing pada side plate dan buka tolak klip pada bahagian tersebut untuk keluarkan bearing yang ada.
Tutorial 15
Ads
Pada bahagian spool pula, gunakan spool pin remover untuk mengeluarkan bearing pada spool.
Tutorial 16
Kumpul bearing yang dikeluarkan dan rendam dalam minyak Zippo untuk cuci kotoran lama pada bearing yang boleh mengurangkan prestasi kekili.
Tutorial 17
Bahagian dalam badan kekili juga dicuci dan dibersihkan menggunakan berus yang lembut. Setelah semua selesai, pasang kembali semua mengikut turutan yang betul. Sila pastikan anda menyusun dengan cermat supaya mudah untuk memasang kembali.
Tutorial 18
Contoh susunan yang teratur dan cermat. Ingat! Pengendalian tersusun begini perlu untuk memudahkan anda ketika memasang semula dan ingat part yang dibuka selain kurangkan risiko kehilangan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
SOALAN: Apabila membeli sesetengah gewang, kebanyakkannya sudah tersedia mata tiga. Soalan saya, bolehkah saya menukar mata tiga tersebut dengan mata tunggal.
JAWAPAN: Secara mudah, untuk mengelakkan dari pelbagai kemusykilan, hampir keseluruhan gewang atau umpan tiruan yang terjual di pasaran sudah siap 100% untuk digunakan. Ia umpama membeli kereta juga. Kereta tersebut sudah boleh dipandu. Namun jika kita ingin menukar tayar atau sport rim, ia terpulang kepada kita tanpa sebarang persoalan.
Begitu juga kalau kita ingin menukar mata tiga pada gewang dengan mata tunggal. Ia tentu saja boleh dilakukan kerana ia bukanlah satu kesalahan. Persoalannya cuma, perlu ke tukar mata tiga tersebut dengan mata tunggal?
Secara logiknya, ramai mengatakan penggunaan mata tiga meningkatkan peratusan untuk hook-up. Saya tidak menafikannya, namun secara peribadi saya lebih memilih untuk menggunakan mata tunggal.
Antara sebabnya ialah, jika penggunaan mata tiga mempunyai peratus hook-up sebanyak 3 kali, maka peratus untuk tersangkut juga meningkat 3 kali terutama gewang selaman dalam. Selain itu, mata tiga juga sering kali terjadi foul-hook di mana keadaan ini akan mencederakan ikan. Seterusnya ketika membuka mata tiga daripada ikan, kemungkinan untuk anda cedera juga agak tinggi berbanding mata tunggal.
Jadi, anda boleh menukar mata gewang anda kepada mata tunggal kerana saya tidak melihat menukar kepada mata tunggal merupakan satu langkah ke belakang. Tapi pastikan juga mata tunggal yang digunakan itu lebih kukuh berbanding mata tiga yang disediakan tersebut.
SOALAN : Sebagaimana yang diketahui umum, terdapat banyak jenis dan bentuk mata kail. Apa yang ingin saya ketahui ialah bolehkah mata lingkar (circle hook) yang biasa digunakan memancing layaran saya gunakan memancing di kolam, sungai, tasik untuk pancingan dasar. Apakah potensinya berbanding mata kail biasa (J hook) yang sedia ada?
JAWAPAN: Pada asasnya mata lingkar atau circle hook direka cipta bagi kegunaan sukan memancing kerana ikan yang ditangkap akan dilepaskan kembali bersesuai dengan konsep tangkap dan lepas. Mata lingkar ini direka bagi mengelakkan kejadian ikan tertelan mata kail sekaligus boleh menyebabkan kecederaan organ dalaman sekaligus menyumbang kepada kematiannya. Sebaliknya jika tertelan sekali pun mata kail tersebut akan mereput dalam tempoh tertentu kerana ia dihasilkan dari material yang mesra alam.
Bentuk mata lingkar jelas berbeza dengan mata kail J atau J hook . Ia adalah sejenis mata kail di mana matanya berbentuk bulat ke belakang dan ia digunakan oleh kebanyakan pemancing sekarang untuk menangkap ikan. Oleh sebab bentuk matanya, ia selalu akan tercangkuk pada bibir di kawasan penjuru mulut ikan.
Sesuatu yang positif dari aspek keberhasila mata kail ini, kajian telah mendapati bahawa penggunaan mata kail dari jenis ini telah menangkap lebih banyak ikan dari mata kail J. Terutamanya ikan yang memiliki bibir tebal.
Mata kail dari jenis ini boleh digunakan untuk semua jenis ikan di laut, lombong atau sungai. walau bagaimana pun adalah amat penting sekali, pemancing jangan menyentap joran apabila ikan memakan umpan, tetapi cukup dengan hanya mengarau dengan perlahan supaya mata kail ini tidak tercabut atau lucut dari mulut ikan. Untuk pengetahuan, mata kail ini sedikit mahal dari mata kail jenis biasa.
Dunia pancing bukanlah berkaitan memancing ikan sahaja. Hari ini skop memancing itu sendiri lebih luas apabila disuntik dengan elemen kreativiti dan seni pada senjata masing-masing.
Terma custom, buatan tangan atau handmade serta crafter sudah menjadi sebahagian daripada istilah yang dekat dengan dunia pancing hari ini.
Bagi Hassan Bin Haji Mohamed, dia turut mempunyai cara tersendiri dalam menginterpretasikan definisi seni dan kreativitinya iaitu dalam pembuatan handle rod daripada kayu.
Hassan yang mula terjebak dalam dunia pancing sejak tahun 1994/1995 bukan sahaja mempunyai kebolehan membuat handle rod buatan tangan malah turut menawarkan perkhidmatan servis kekili.
Menurut Hassan, motivasi awalnya untuk mula mempelajari bagaimana untuk membuat handle rod daripada kayu ini ialah kerana dia mahukan keselesaan pegangan rod dan kekili sewaktu mengilat.
Lantas timbul idea untuk membuat handle rod sendiri dengan menggunakan kayu.
“Saya tertarik untuk membuat handle rod menggunakan kayu kerana urat dan corak pada kayu mempunyai keunikan yang tersendiri,” jelas Hassan lagi.
Hassan sempat mengimbau cerita handle pertama buatannya yang diperbuat daripada lebihan kayu pallet yang tidak lagi digunakan.
Bermula dari situ, dia mula mempelbagaikan jenis kayu dan hari ini dia mula menggunakan kayu kedondong, serian, kundang dan sesetengah kayu yang dimahukan sendiri oleh pelanggannya.
Ujarnya lagi, setiap kayu yang dijadikan handle rod memiliki keunikan tersendiri bersandarkan pada urat kayu dan coraknya.
Ini turut menambahkan lagi nilainya kerana setiap handle yang dibuat hanya satu seumpamanya di dunia.
Hingga ke hari ini, permintaan untuk handle rod buatan tangan Hassan amat menggalakkan.
Setiap bulan, pasti ada sahaja tempahan yang diterima daripada kaki pancing. Malah apa yang menggembirakannya terdapat juga tempahan yang diterima daripada pemancing di Indonesia yang membuat tempahan handle rod daripada Hassan.
Ia sedikit sebanyak memberikan lebih kepuasan kepada Hassan ialah apabila melihat pemancing dari luar negara juga amat mengagumi hasil kerja tangannya.
Harapan Bercakap tentang harapan, Hassan mengharapkan ada individu yang boleh menyambung legasi pembuatan handle rod daripada kayu ini.
Biarpun generasi sekarang terutama golongan muda kurang berminat dalam pembuatan handle rod kayu ini, dia masih mengharapkan ada yang boleh meneruskan keunikan kerja tangan ini.
Hassan juga sering mengingatkan kepada individu yang ingin bergiat dan mempelajari ilmu wood crafter atau rod crafter ini agar menumpukan kepada idea sendiri.
“Cuba fokus pada idea sendiri dan terjemahkannya ketika anda menghasilkan rod atau handle, itu yang lebih memberikan kepuasan,” tambah Hassan lagi.
Kepuasan dalam hasil kerja tangan tidak akan tercapai selagi anda terlalu fokus pada spesifikasi dan tetapan tertentu dan perkara ini boleh menjadi dinding penghalang kepada kreativiti yang lebih luas.
Cara ukiran dan hasil tangan seseorang itu akan lebih terserlah keunikannya jika dibuat dengan kreativiti sendiri dan keghairahan untuk membuatnya.
Profil ringkas
Nama : Hassan Bin Haji Mohamed
Asal : Perak
Umur : 50 tahun
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...