Kekili saiz kecil, saiz 500-1000 sudah memadai. Nak pakai tali sulam atau tangsi takde masalah. Kat sini takde gangguan buntal yang suka memotong tali pancing.
Guna mata kail udang bersaiz 1 – 3. Biar saiz besar supaya udang tak mudah lucut. Udang galah kat sini takde yang saiz kecil-kecil. Kalau lucut tentu saiz sado. Rugi la kalau lucut!
Umpan yang terbaik di Temerloh ialah umpun-umpun. Boleh juga guna umpan alternatif lain seperti cacing, hati ayam, jantung ayam atau hirisan ikan.
Jangan kedekut umpan. Umpun-umpun biar dicangkuk padat pada mata kail dan biarkan berlebihan sedikit untuk merasuah udang.
Ads
Jangan malas. Amat disaran periksa umpan setiap 5-10 minit. Kalau malas lebih baik jangan datang memancing. Tidur je ke chalet atau kat rumah rakit.
Jangan lontar umpan satu tempat saja. Variasikan balingan ke bawah bot, dekat, sederhana dan jauh. Jadi, kenalah pakai lebih dari satu joran.
Ads
Jaga joran. Ada udang galah yang jenis tarik secara lembut dan ada juga yang tarik secara kasar hingga boleh menghumban joran anda ke dalam sungai.
Kalau tak biasa, amat disarankan guna khidmat guide untuk hasil yang lebih baik. Keluar model lebih sikit tak mengapa asalkan berhasil.
Ads
Sentiasa utamakan keselamatan. Pakai jaket keselamatan dan mulut jangan sesekali cabul. Kita kena ingat yang kita bukan berurusan dengan udang galah je kat sungai ni.
Kenapa joran panjang ni direka? Untuk penggunaan yang cam mana? Dah tentu ada kebaikan serta keburukannya kan.
Tak dinafikan penggunaan joran panjang ni untuk mendapatkan lontaran yang jauh. Boleh jauh ke kalau guna joran panjang??? Memang jauh sekiranya kita tahu menghayati serta penggunaan skill yang betul serta joran yang tepat dengan tenaga yang ada pada kita. Silap joran….. Baling tak pergi jugak.
Kelebihan joran panjang ni banyak bila kita tahu menggunakannya. Sebab kita memancing di pesisiran pantai. Pantai yang landai memberi kelebihan 99% kepada pemancing yang menggunakan joran panjang berbanding penggunaan joran pendek.
Penghuni lubuk. Boleh dikatakan 10 pertandingan pantai, 8 kali juara adalah pemancing yang menggunakan joran panjang. 2 lagi tu juara kerana nasib penggunaan joran pendek. Kesimpulannya, joran pendek tidak mampu menandingi kemampuan joran panjang bila beraksi di pantai. Berbeza kalau penggunaannya di muara, benteng, kawasan berbatu. Ini kerana penghuni lubuk sentiasa berada di tepian.
Joran panjang ni kita tahu, penggunaannya adalah untuk sesi pemburuan yang mega-mega. Setakat nak ngail gelama..rasanya memadailah joran 8 kaki. So, pemburuan spesis mega ni kena lah peralatan yang betul. So joran panjang nie adalah satu kemestian. Barulah kita ada keyakinan serta tidak berputih mata.
Command & control. Joran panjang ni tak susah nak kawal dia. Janji semua pemancing tahu peranan serta tugas masing-masing. Barulah wujud satu kepuasan bila memancing. Ini tak, masing-masing nak tunjuk hebat, nak tunjuk ego nak tunjuk barang dia mahal.
Biar pun saya kata penggunaan joran panjang ni satu kemestian bila nak beraksi di pantai, jangan salah beli joran ni. Kelak makan diri. Bertanyalah pada rakan yang terdahulu bagi memastikan joran panjang yang dibeli memuaskan hati kita. Kekili pun kena bersesuaian dengan joran juga. Kalau tidak pasti berputih mata.
Memancing di laut memang ada keseronokannya yang tersendiri. Selain daripada berpeluang untuk bertarung dengan ikan-ikan besar, ia juga memberi peluang untuk anda menduga lubuk-lubuk yang tidak dijangka isi yang ada di dalamnya.
Tetapi di sebalik keseronokan tersebut, memancing di tengah lautan juga mendedahkan anda kepada bahaya, terutama jika berlaku kecemasan yang tak diingini. Oleh itu UMPAN kali ini ingin berbicara serba sedikit tentang bahasa isyarat kecemasan ketika di laut.
PENGGUNAAN BENDERA
Boleh dikatakan kebanyakan bot-bot besar (terutama bot persiaran) telah siap menyediakan bendera yang membawa maksud isyarat yang tertentu. Bagi bot-bot besar, penggunaan bendera ini amat penting terutama untuk berkomunikasi dengan bot sekitar bila berlaku sebarang kecemasan.
Anda boleh rujuk International Code Flags and Pennants, yang mana ia menunjukkan jenis bendera dan maksud bagi setiap bendera. Sebagai contoh bendera KILO, yang membawa maksud ingin berkomunikasi. Jika bot anda mengalami masalah, anda boleh gantungkan bendera ini pada bot anda bagi membolehkan bot yang ada di sekitar menyedari anda. Mungkin selepas ini bagi pengusaha bot ataupun pemancing yang sering turun ke laut boleh bersiap sedia dengan beberapa bendera yang mudah untuk disediakan dan simpan di kotak memancing laut dalam anda untuk di gunakan di waktu kecemasan.
JENIS GERAKAN BENDERA
Terdapat satu lagi jenis bahasa isyarat yang boleh digunakan ketika kecemasan. Bahasa ini memerlukan 2 bendera. Ia perlu digerakkan mengikut pergerakan tertentu (rujuk gambar The Semaphore Alphabet and The International Morse Code). Jadi, jika anda mempunyai bendera kilo di atas dan ada kapal yang ingin berkomunikasi dengan anda. Anda boleh membalas menggunakan bahasa kedua ini.
Jika berada di laut adalah penting juga untuk anda sekurang-kurangnya hafal isyarat S-O-S (Save Our Soul). Isyarat ini sangat penting ketika berlaku kecemasan, dan isyarat S-O-S ini paling di ketahui ramai kerana ia menggunakan bahasa kod Morse. Jika anda menggunakan lampu suluh, isyaratnya adalah 3 kali suluhan pendek, kemudian3 kali suluhan panjang, kemudian 3 kalisuluhan pendek.
Ramai yang bersetuju untuk memancing udang galah bukanlah satu tugas yang berat dan sukar.
Tetapi, untuk berjaya bergelar seorang pemancing udang galah tegar, bukanlah boleh diterjemah dalam tempoh yang singkat.
Jika bukan untuk menjadi seorang pemancing udang galah tegar sekali pun, banyak perkara yang perlu diteliti dan faham tentang udang galah sebelun mencuba untuk memancingnya.
Berikut kami dedahkan sedikit rahsia untuk memancing udang galah.
➡ KENALI UDANG, KENALI UMPAN
Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor yang boleh makan apa sahaja di hadapannya. Bagi memudahkan kita untuk mengesan udang galah, seeloknya gunakan umpan berbau.
Jika di kawasan air jernih, udang galah sangat peka dan agak sukar untuk ditangkap melainkan jika dipancing pada waktu malam atau di lokasi yang didominasi haiwan ini.
➡ UMPAN SESUAI
Umpan yang selalu digunakan untuk memancing udang galah adalah perumpun. Antara perumpun yang digunakan adalah jenis sarang, bakau, pantai, dan nipah.
Cacing tanah atau anak udang sebagai umpan juga digalakkan.
Isi kerang, remis, dan isi ikan juga selalu dijadikan umpan untuk memperdayakan sang udang galah.
Sebenarnya tidak sukar untuk mengumpan udang galah kerana spesies ini tidak cerewet. Udang galah boleh makan ikan longkang sama ada ia mati atau hidup.
Ada pilihan lain seperti jantung atau hati ayam tetapi lebih sesuai digunakan jika anda memancing di kolam.
Jangan pasang umpan yang terlalu besar pada mata kail kerana ia akan melambatkan udang galah untuk menelan mata.
Sebaiknya sediakan umpan yang sepadan dengan mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenisnya bergantung pada batang pancing.
➡ WAKTU SESUAI
Kebanyakan kaki pancing suka untuk menangkap udang galah kerana ia tidak bermusim.
Tapi waktu terbaik untuk mendapatkan udang galah adalah pada musim kering (tiada hujan sebelumnya).
Selain itu, menghendap udang galah pada waktu malam juga lebih mudah.
Kesimpulannya, udang galah tidak bermusim. Bila-bila masa pun ada! Cuma mungkin kurang sedikit di muara sungai selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.
➡ LOKASI / SPOT
Seandainya anda memilih kawasan pendalaman seperti hulu sungai atau bekas lombong lama, eloklah ambil berat tentang soal keselamatan. Tempat yang tidak dikenali seperti itu biasanya berbahaya.
Jika anda anda terdengar cerita tidak ‘elok’ tentang lokasi itu, tak perlulah menempah bahaya unuk ke sana.
Jika anda mahu mencari udang di muara sungai, biasanya udang galah akan banyak selepas beberapa hari turunnya hujan di tempat itu. Bila hujan, airnya akan keluar ke laut melalui sungai.
Haaa… Air inilah yang membawa udang galah bersama. Pada waktu ini, udang galah akan banyak di kawasan muara sungai. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila air di muara sungai kembali payau atau masin.
➡ PERALATAN SEPADAN
Apa-apa saja joran yang dilabel sebagai joran udang galah boleh dipakai. Kekili pula biarlah sepadan dengan joran. Sebaiknya guna kekili kecil dengan siri 500 – 2000 sahaja.
Tali utama sebaiknya tali sulam berkuatan 10-15lb sahaja. Lagi halus lagi bagus bagi membelah arus. Perambut yang dicadangkan adalah yang menggunakan tangsi 6-12 paun. Ia sudah memadai untuk menampung berat atau kudrat udang.
Kebiasaannya, berat udang galah dalam lingkungan 50-500gm sahaja. Gunakan mata kail nombor 2 hingga mata kail nombor 6 kerana saiz ini paling sesuai. Sementara batu ladung
pula bergantung kepada arus. Lazimnya batu hidup saiz 4-6 menjadi pilihan ramai pemburu udang galah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...