Walaupun kedua-dua spesies ini mempunyai habitat berbeza, namun mereka mempunyai tabiat hidup yang hampir sama. Sebagaimana sifat kebanyakan ikan bermisai (catfish) lain mereka tidak suka bergerak bebas. Sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa dengan melekapkan diri pada dasar perairan dan sesekali merayap mencari makanan. Dalam hal ini, sesungut yang berada di sekitar mulut banyak membantu dalam proses mencari makanan.
Tabiat pemakanan yang agak pasif ini menyebabkan jenis makanan yang diambil adalah terhad kepada kehadiran makanan di bahagian dasar dan juga organisma yang tidak mampu bergerak pantas. Berdasarkan analisa kandungan perut, kedua-dua spesies sembilang ini secara semulajadinya menjadikan krustasea kecil, moluska dan anak-anak ikan sebagai makanan utama.
Ads
Di kalangan pemancing, tabiat pemakanan sebegitu sedikit sebanyak memberi peluang kepada mereka untuk memancing sembilang dengan mudah. Ini kerana ikan-ikan sebegini tidak terlalu cerewet dalam memilih umpan. Jadi pemancing tidak perlu terlalu serius mencari umpan jika ingin memburu sembilang. Mereka turut memakan umpan yang mudah dicari seperti isi ikan yang dipotong-potong.
Namun begitu banyak pendapat yang mengatakan sembilang lebih tertarik kepada umpan-umpan yang semulajadinya terdapat di sekitar kediaman mereka seperti perumpun, anak-anak udang dan siput. Selain itu bivalvia seperti kerang segar turut menjadi umpan pilihan pemancing. Bau umpan yang hanyir ini akan menarik perhatian sembilang yang terdapat di sekitarnya.
Ads
Memandangkan tabiat sembilang yang kurang bergerak, pengetahuan tentang tempat mereka berkumpul adalah penting. Di kawasan tertentu, sangkar-sangkar ternakan ikan sering menjadi pilihan pemancing. Ini kerana kebanyakan ikan termasuk juga sembilang sering berkeliaran di bawah sangkar menunggu sisa makanan yang terjatuh ke dasar.
Ads
Walaupun ikan sembilang bukan dari jenis yang mampu bersaing hebat, namun rentapannya semasa merampas umpan sememangnya mendebarkan. Apatah lagi jika ia adalah sembilang bersaiz kasar atau gemang. Gemang bukan sahaja ganas merentap umpan tetapi turut membuatkan pemancing lenguh mengawal kekili sebelum dapat menewaskannya.
Seperkara lagi yang menarik apabila memancing sembilang ialah sekiranya anda bertemu rombongannya (biasanya usat-usat). Dalam hanya beberapa ketika anda sudah mampu mendaratkan berpuluh-puluh ekor ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jika inginkan sambaran dari talang dengan kaedah jigging, jig perlu dimainkan secara laju. Ia adalah yang paling praktikal.
Manakala setting peralatan pula biarlah gunakan set yang ringan tetapi mampu bertahan supaya tidak letih jigging sepanjang hari.
Gunakan jig yang berat di bahagian bawah kerana ia lebih stabil apabila henjutan laju dilakukan. Jika jig tidak cukup laju, talang hanya akan mengekorinya sahaja hingga ke tepian bot.
Memang sakit hati dibuatnya apabila melihat kelibat talang ini hingga ke permukaan air.
Jika menggunakan gewang permukaan pula, aksi popper yang dihenjut secara perlahan lebih digemari talang. Ini adalah kerana karauan yang laju akan menyebabkan ia selalu tersasar dari menyambar popper.
Teknik popping dan casting ini sangat berkesan ketika talang frenzy mengerjakan anak-anak ikan. Sekiranya bertemu talang sedang frenzy, baling gewang setepat yang mungkin dalam kawanan talang yang sedang frenzy.
Mata kail yang tajam juga hendaklah digunakan kerana talang sering melompat apabila sudah terkena pancing. Lompatannya sering menyebabkan gewang terlepas kecuali mata yang berteras halus dan lebih tajam digunakan.
Gewang dan jig paling digemari talang yang pernah saya daratkan ialah Fina Jig (28gm,42gm dan 56gm), Jig O-Pass 28gm, Jig White Rabbit MJ5000, Rapala Troll to Minnow 15, X-rap Subsurface Walk-the-Dog 9 cm, Siam Spoon 16gm.
Terdapat pelbagai spesies ketarap yang ada di dunia ni namun kebanyakan yang ditangkap di Penyabong adalah dari spesies ketarap bintik hitam atau blackspot tuskfish. Ia boleh mencapai saiz 100cm panjang dan direkodkan mencapai berat 15.5kg (tapi belum dapat lagi saiz ni di Penyabong).
Ketarap mempunyai gigi yang agak pelik dan berceranggah bagi membolehkannya memakan makanan yang keras dan bercengkerang seperti ketam. Ketarap kerap dipancing dengan teknik pancingan dasar menggunakan umpan ketam atau udang. Kadangkala boleh juga diperoleh jika menggunakan sotong.
Set pancingan harus kuat bagi tidak memberi peluang pada larian pertama yang menuju ke karang dan menyebabkan pemancing berputih mata. Ia boleh dipancing menggunakan kaedah jigging namun kadang-kadang saja ia berjaya. Kini lebih kerap diperoleh dengan teknik ‘jigdang’ iaitu jigging berumpankan udang. Udang yang disangkut pada assist hook jig terbukti lebih berkesan.
Berbeza dengan pancingan dasar yang bersauh, teknik ‘jigdang’ ini bot perlu berhanyut bagi mencari lubuk ketarap dan menggayakannya seakan-akan teknik slow pitch jigging. Dengan set pancingan yang lebih ringan pasti pemancing dapat merasai debaran apabila melawan spesies ini tatkala larian pertamanya dirasai semasa joran berada di tangan.
Teknik ini masih boleh dikategorikan sebagai sportfishing kerana ia tetap pancingan yang memerlukan daya sensitiviti dan teknik-teknik tertentu. Malah penggunaan jig yang berkilat itu sendiri menambahkan daya tarikan. Teknik `jigdang’ ini sudah banyak dilakukan oleh jiggers tetapi tidak didedahkan kepada umum.
Apa yang sering menjadi masalah hirisan ikan ini yang dijadikan umpan dan tidak disentuh oleh ikan pemangsa disebabkan teknik yang salah, yang mana menyebabkan hirisan ikan pada mata kail itu berpintal dan berbelit antara tali perambut dan tali utama.
Biasanya umpan berbelit antara satu sama lain juga dengan tangsi utama ketika diturunkan ke dasar. Terdapat dua punca utama umpan berpintal dengan tali utama iaitu:
Bagi berhadapan dengan masalah umpan dilabuhkan terlalu laju ke dasar, cara terbaik yang perlu dilakukan ialah dengan mengawal kelajuan pelepasan batu ladung.
Ia boleh dilakukan sama ada dengan menetapkan tahap kelajuan putaran gelendung kekili, atau mengawalnya secara manual (mengawal kelajuan putaran gelendung dengan tangan).
Punca umpan berpintal disebabkan umpan tidak dipersembahkan secara betul iaitu tidak membelah arus dan berpusing ketika turun ke dasar inilah sering berlaku. Walaupun umpan diturunkan secara perlahan, ia tetap masih juga berpintal dan tidak disentuh oleh pemangsa.
Masalah ini berpunca dari cara menghiris umpan. Tidak kira jenis ikan apa yang dihiris untuk dijadikan umpan, ia perlulah dihiris dalam bentuk yang dapat membuai apabila ditolak arus. Begitu juga sewaktu hirisan umpan dicangkuk pada mata kail. Pastikan bahagian yang lebih tirus dicangkuk pada mata kail.
Perlu diingat bahawa ketika umpan turun ke dalam arus dan pergerakan umpan merintangi air akan menyebabkan ia berputar. Semakin laju ia berputar semakin kuat perambut dipintal dan ia menjadi semakin pendek dan sebelum umpan mencecah dasar ia terlebih dahulu sudah berbelit dengan tali utama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...