Gerut-gerut boleh diperolehi di kawasan air cetek kurang dari satu meter tetapi kebanyakannya bersaiz kecil. Gerut-gerut yang bersaiz besar 500 gram ke atas hanya boleh diperolehi di perairan yang dalam, lebih dari 10 meter. Gerut-gerut gemar kepada kawasan kuala sungai, pantai dan kawasan batu karang di persisiran pantai atau pulau.

 

Pilihan utama gerut-gerut ialah di kawasan kuala sungai yang berpasir dan juga di kawasan reba pokok bakau. Walaupun bersaiz kecil, ia boleh mengejutkan pemancing dengan larian pantas ketika melarikan diri dan mampu menghabiskan umpan yang dua kali ganda besar dari mulutnya.

 

Teknik Paling Terkesan Memancing Gerut-Gerut & Tebal Pipi

 

Tebal pipi yang paling besar saya perolehi ialah hampir 3kg iaitu berhampiran Pulau Serimbun manakala gerut-gerut terberat yang pernah dipancing di antara sekilogram hingga 2 kg di Sungai Cemara Kota Tinggi.

 

Menggunakan pancing bersaiz sederhana dengan kekuatan tali 15 hingga 35 paun sudah memadai dan disyorkan jika pemancing ingin satu pertarungan yang adil serta sengit.

 

IKLAN

Anda perlu gunakan mata pancing yang tajam kerana gerut-gerut dan tebal pipi yang bersaiz sekitar sekilogram mempunyai bahagian mulut yang keras terutama pada sebelah atas bahagian lelangit.

 

Teknik Paling Terkesan Memancing Gerut-Gerut & Tebal Pipi

 

Jika memancing di air yang mempunyai kedalaman lebih 15 meter, peluang untuk mendapatkan spesies yang lebih besar adalah cerah jika dibandingkan air yang cetek.

 

IKLAN

Di air dalam, cara dua spesies ini memakan umpan seperti ikan kecil, henjutan pada hujung joran tidak begitu ketara sehingga mata pancing sudah masuk ke dalam mulutnya.

 

Saiz mulut yang tidak begitu besar memberi kelebihan kepada dua spesies yang mempunyai tabiat dan rupa yang hampir sama ini.

 

Teknik Paling Terkesan Memancing Gerut-Gerut & Tebal Pipi

 

IKLAN

Pemancing akan kehilangan hasil jika mata terlalu besar. Saiz mata kail yang disyorkan ialah 1/0 atau 2/0. Untuk mengelakkan umpan dicuri ikan yang lebih kecil pada pendapat saya adalah menggunakan umpan udang hidup.

 

Mungkin di kawasan perairan Pulau Serimbun Selat tebrau, umpan udang hidup paling mudah dan sesuai digunakan.

 

Gerut-gerut yang biasa diperolehi di kawasan muara dan air cetek sesuai menggunakan perumpun dan mata yang lebih kecil.

 

Teknik Paling Terkesan Memancing Gerut-Gerut & Tebal Pipi

 

Kalau mata pancing yang digunakan terlalu besar anda perlu selalu memasang umpan baru setiap kali selepas henjutan berlaku di hujung joran.

(Oleh: Zulkifflee Hussin)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI