Pertandingan atau game memancing kembali meriah. Tarikan hadiah wang tunai hingga ratusan ribu membuatkan ramai pemancing teruja untuk sertai pertandingan memancing walaupun setahun sekali pegang joran. Bagi korang yang tak pernah sertai pertandingan memancing, di sini kami sediakan sedikit panduan.

 

Sama ada pertandingan di kolam buatan, tasik kecil atau bekas lombong, sebaiknya buat kajian serba sedikit tentang teknik pancingan di tempat tersebut sebelum menyertai pertandingan yang diadakan. Yang lebih penting tahu di mana lokasinya.

 

Panduan Berhemah Sertai Pertandingan Memancing

 

Sebaiknya sertai pertandingan tersebut secara berkumpulan. Tidak perlu ramai. Memadai 3-4 orang kerana ia lebih baik secara bersendirian terutamanya bagi tujuan kerjasama dan keselamatan.

 

IKLAN

Untuk menduduki spot terbaik, datanglah awak bagi memasang pancang. Kemudian, jagalah kawasan pancang agar tidak dicerobohi oleh pemancing lain. Namun tidaklah berebut spot utama sehingga bergaduh kerana spot terbaik belum tentu menjanjikan kemenangan.

 

Panduan Berhemah Sertai Pertandingan Memancing

 

Fahami betul-betul syarat pertandingan yang ditetapkan oleh penganjur supaya tidak berputih mata jika kemenangan dibatalkan kerana melanggar syarat. Nama pun pertandingan pasti ada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

 

IKLAN

Perkara utama sebelum menyertai pertandingan adalah menguasai teknik balingan. Pastikan anda mampu membuatkan balingan dengan lurus dan tepat agar tidak mengganggu pemancing lain. Dan yang paling penting supaya tidak dimaki hamun.

 

Panduan Berhemah Sertai Pertandingan Memancing

 

Pastikan alatan pancing yang digunakan adalah bersesuaian. Joran, kekili, tali utama, perambut dan mata kail adalah berkualiti bagi mengelak daripada kegagalan fungsi ketika bertarung dengan ikan. Sebaiknya juga pastikan bawa peralatan tambahan sebagai persediaan.

IKLAN

 

Jadilah pemancing yang sporting dan bertimbang rasa. Beri laluan kepada pemancing yang sedang cuba menaikkan ikan kerana perkara yang sama juga kita harapkan apabila berdepan dengan situasi demikian.

 

Panduan Berhemah Sertai Pertandingan Memancing

 

Jangan sesekali memaki hamun atau mencetuskan sesuatu yang boleh menyebabkan pergaduhan kerana bergaduh ketika memancing bukanlah satu kebanggaan malah boleh merendahkan martabat semua pemancing.

 

Elakkan daripada melakukan sebarang penipuan atau sabotaj semata-mata untuk memenangi pertandingan. Dan sebaiknya juga elaklah dari menyertai pertandingan yang jelas melanggar hukum syarak.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI