Sebagaimana golongan profesional lainnya, para pendidik atau guru turut memiliki hobi tersendiri bagi mengisi waktu luang khususnya pada hujung minggu.
Malah bukan sedikit juga para pendidik ini terjebak dalam dunia memancing sehingga menjadi pemancing tegar. Begitu jugalah dengan Mohd Noor Idrus yang lebih mesra dipanggil Cikgu Derus.
“Sebelum ini saya memang ada macam-macam hobi tapi bila dah terjebak dengan memancing ni, satu persatu hobi lain saya tinggalkan.
Saya tak pasti apa yang menarik sangat memancing ni tapi kalau seminggu tak tarik ikan ni rasanya tak sedap badan,” ujar Cikgu Derus.
Ads
Menetap dan mengajar di Sri Iskandar, Perak yang dikelilingi oleh kawasan lombong tinggal tidak menarik minat Cikgu Derus untuk menghabiskan masa luang di lombong dengan memancing ikan raja (peacock bass) atau lain-lain spesies.
Sebaliknya Cikgu Derus lebih berminat memburu spesies liar di Sungai Perak dan juga Sungai Kinta. Terutamanya ikan patin dan baung.
Sementara umpan yang digunakan pula lebih kepada umpan konvensional atau tradisi seperti buah-buah hutan yang tumbuh meliar di kawasan persekitaran.
Ads
Setiap kali sebelum turun memancing di Sungai Perak atau Sungai Kinta, Cikgu Derus akan cari dahulu umpan kegemarannya iaitu buah ara dan buah lakum.
Berbanding buah ara yang cukup popular sebagai umpan ikan-ikan liar di sungai, Cikgu Derus lebih minat menggunakan umpan buah lakum.
Malah Cikgu Derus sanggup tidak turun memancing sekiranya tidak mempunyai stok buah lakum.
Dan untuk memastikan stok buah lakum tidak putus, Cikgu Derus bertindak menanam pokok menjalar tersebut pada pagar di sekeliling rumahnya.
Ads
“Berbanding patin saya lebih sukakan ikan baung. Kalau dapat baung memang saya tak jual atau sedekahkan pada orang.
Masalahnya kalau guna buah ara memang susah nak dapat baung tapi kalau guna buah lakum memang ada peluang untuk dapat baung.
Sebab itulah saya guna sekurang-kurangnya dua batang pancing. Satu guna umpan buah lakum dan satu lagi buah ara. Kadang-kadang dua-dua pancing saya guna umpan buah lakum.
Tapi kalau tak ada buah lakum, saya sanggup tak turun memancing,” ujar beliau yang turut gemar mengilat haruan sekiranya tidak turun memancing di Sungai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sempena masih dalam mood sambutan Hari Raya Aidiltri, kelab memancing Umpan MyePescado mengambil peluang mengadakan open house dengan cara tersendiri.
Bersesuaian dengan terma kelab memancing maka majlis sambutan Hari Raya dan sesi memancing dilangsungkan atas nama komplot memancing atau Komplot Bersaudara MyePescado.
Menurut pengasas kelab Umpan MyePescado, Mohd Azami Yusop, kelab ini merupakan gabungan beberapa pengusaha umpan memancing ikan air tawar khususnya umpan kolam air tawar.
Antara produk umpan yang terbaik ialah Umpan Bfw, Umpan Lentik, Umpan Tawakal, Umpan Katak Senyum, Umpan Daus Sawit dan Umpan MyePescado sendiri.
Majlis yang berlangsung di Kolam Seri Bayu Tekala, Semenyih dihadiri oleh pemancing dari sekitar Selangor, Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan.
Sementara jemputan khas yang turut hadir ialah Ikan Darat dari Custom Rod Studio (CRS) yang juga seorang pengusaha joran tempahan khas popular.
Antara matlamat dan objektif komplot diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah dan silaturahim sesama pemancing.
Menurut Azami lagi, komplot hari raya ini merupakan aktiviti bulanan yang dilangsungkan oleh. Atau dalam erti kata lain ia merupakan aktiviti atau komplot bulanan.
Manakala aktiviti yang dilangsungkan ketika komplot selain jamuan hari raya ialah tutorial setting umpan, teknik persembahan umpan yang betul, sesi memancing, persembahan aksi joran Custom Rod Studio serta sambutan hari lahir.
Makan minum disediakan percuma sepanjang tempoh memancing. Yuran memancing pun percuma bagi sesi memancing selama 8 jam.
Lebih hebat lagi para pemancing akan diberi duit raya bernilai RM 10 sebagi setiap ekor ikan melebihi 8 kg (diturunkan ke 6 kg pada 3 jam terakhir) yang berjaya didaratkan!
Dan ia merupakan jemputan umum secara terbuka kepada sesiapa saja yang ingin menyertainya.
Pernah tak korang menerima tawaran pakej open house raya macam tu? Memang susah nak jumpa punya. Tauke balak, tauke lombong kaya raya pun takde buat pakej open house macam tu.
Tetapi itulah yang telah dijayakan oleh pemilik kolam memancing, Kolam Mancing Harmoni yang terletak di Pulau Meranti, Puchong.
Menurut pemilik Kolam Mancing Harmoni yang lebih senang dikenali dengan panggilan Wak Sani, beliau hanya berniat untuk bersedekah dengan mengadakan majlis tersebut.
Satu kepuasan dan kegembiraan pada beliau apabila melihat pemancing secara beramai-ramai memancing dengan santai dan mesra di kolamnya.
Majlis rumah terbuka, memancing dan pemberian duit raya itu ternyata mendapat sambutan meriah dari pemancing tetap kolam, pemancing setempat dan jauh, juga pemancing yang baru pertama kali menjejakkan kaki.
Biarpun dikunjungi ramai pemancing namun suasana atau sesi memancing berlangsung dengan selesa dan mesra.
Bagi kebanyakan pemancing yang hadir, kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk berkenalan antara satu sama lain serta mengeratkan silaturahim.
Ia turut memberi peluang kepada pemancing memperkenalkan kelab memancing yang mereka naungi. Sementara pengusaha umpan memancing pula tidak melepaskan peluang mempromosi produk yang ditawarkan.
Kampung Beng adalah sebuah perkampungan tradisional berkedudukan di pinggir Empangan Chenderoh, di pinggir Hutan Simpan Piah dan pergunungan Piah serta di
pertengahan Banjaran Titiwangsa. Maka ia bukan sesuatu yang lucu warga Kampung Beng menterjemahkan Beng sebagai sejuk.
Keunikan Kampung Beng Panorama dan keunikan Kampung Beng telah menarik minat penggiat industri perfileman untuk melakukan penggambaran filem, dokumentari mahupun iklan.
Selain popular dengan perkhidmatan inap desa atau homestay, perusahaan ikan pekasam juga gah di Kampung Beng.
Tasik Beng yang terbentuk dari limpahan air Empangan Chenderoh yang mengalir dari Sungai Perak dan bercantum dengan Tasik Raban melalui Sungai Perak ini mula menarik kaki-kaki pancing khususnya kaki mengilat.
Dengan melabel pakej memancing di Tasik Beng sebagai Mini Amazon Malaysia, usaha penjenamaan Roslan Abd Rahman (Abang Lan) itu ternyata menjadi satu fenomena.
Kaki-kaki mengilat, khususnya peacock bass atau ikan raja menurut panggilan di Perak mula menjadikan Kampung Beng sebagai padang pancing yang wajib dicuba.
Termasuklah saya sendiri yang terpesona melihat panorama suak-suak di Tasik Beng yang ala-ala Amazon.
Agak lama juga saya memantau perkembangan potensi sukan memancing di Mini Amazon Kampung Beng ini.
Khususnya di Facebook namun perancangan bersama rakan untuk ke sana selalu saja tergendala. Akhirnya, tanpa perancangan saya dan Anhar buat trip balik hari ke Kampung Beng!
Jam 3 pagi saya dan Anhar bergerak dari Shah Alam ke Kampung Beng. Penanda ke Kampung Beng tidaklah sesukar mana.
Melalui Jalan Baling-Kuala Kangsar sebelum tiba di Lenggong, ambil simpang menghala ke Galeri Arkeologi dan seterusnya ikut papan tanda arah ke Kampung Beng sehingga habis jalan.
Di penghujung jalan mati, sudah sedia menanti untuk membawa kami ke kediamannya di pinggir Tasik Beng yang juga merupakan pusat operasi fishing charter services yang beliau usahakan.
Selain hidangan nasi lemak sebagai sarapan pagi, yang turut sedia menanti ialah 8 orang caster dari Gombak yang mengambil pakej memancing selama 2 hari.
Usai bersarapan, saya dan Anhar agak bertuah kerana mendapat khidmat Abang Lan sendiri selaku guide meneroka suak-suak di Mini Amazon Malaysia.
Suak-suak limpahan air Sungai Perak rata-ratanya keruh ekoran hujan lebat yang turun kelmarin hari.
Faktor kekeruhan air itu merungsingkan sedikit Abang Lan namun kami yang sudah biasa dengan title kumpau ini tenang-tenang saja.
Cuma berharap bangau yang memayungi kami di Tasik Temenggor dahulu tidak terbang mengekori kami ke Tasik Beng.
Tambah pula kali ini kami bergandingan dengan satu misi; untuk menguji sesudu atau So’do aneka warna Tokwan yang dalam proses ujikaji atau prototype.
Suak Terpa yang juga kawasan takungan air dari limpahan Sungai Perak merupakan suak kedua yang kami susuri dengan bot fiber 12 kaki dengan enjin 15cc.
Di suak ini saya menggunakan so’do 7gram warna putih pula setelah menggunakan warna oren di Suak Cuas.
Setelah dibaling dan dibiarkan tenggelam dalam kiraan 5 dan dikarau laju, satu sambaran dirasakan namun rabut.
Balingan ke kawasan bangkar yang sama untuk kesekian kalinya ada satu lagi sambaran tapi kali ini solid hook-up dan seekor spesis sasaran berjaya didaratkan.
Tidak lama kemudian giliran Anhar pula memperolehi lesen Mini Amazon Kampung Beng.
Setelah beberapa ekor peacock bass berjaya didaratkan di Suak Terpa hasil penggunaan so’do warna putih dan gold plated, Abang Lan membawa kami ke suak-suak lain pula. Namun suak-suak berikut agak kurang berpotensi ekoran air yang lebih keruh.
Menjelang tengahari, sebagaimana yang tertera dalam pakej memancing, pulang ke pengkalan untuk makan tengahari hidangan ala kampung. Tentu saja ikan pekasam buatan Abang Lan sendiri menjadi menu wajib.
Suak Terpa Tepat jam 2.30 petang, sesi memancing disambung kembali. Jika sesi pagi kami mewajibkan penggunaan So’do Tokwan (termasuk Abang Lan dengan sukarela
menggunakannya), sesi petang lebih kepada acara bebas. Bukan saja penggunaan gewang, spesis sasaran juga bebas.
Sebarau dan toman yang berkongsi lubuk sama dengan peacock bass akan turut diburu juga. Suak-suak dan lubuk-lubuk yang sebelum ini tidak pernah mengecewakan Abang Lan diperkenalkan kepada kami.
Namun aksi-aksi boiling langsung tidak kelihatan. Kelibat toman turut sama seperti berwaspada untuk meneguk udara.
Menjelang petang kami request ke Suak Terpa lagi. Hati kembali berbunga apabila menyusuri pintu masuk suak yang sempit kelihatan ada kelibat pemangsa mengerjakan anak-anak ikan.
Namun kegembiraan tidak kekal lama, sejurus memasuki suak kelihatan sudah ada nelayan sungai sedang merentang jaring panjang hingga ke hujung suak.
Spot-spot yang membuahkan hasil pagi tadi juga sudah tidak boleh diakses ekoran sudah direntangi jaring.
Kami memasuki lebih jauh ke dalam suak, pun ada juga nelayan sungai sedang bersantai menanti waktu jaringnya dilanggar ikan untuk dijadikan pekasam.
Sebelum beredar keluar dari Suak Terpa, sempat jugalah kami mencuba mama toman membawa anak.
Nasib ternyata menyebelahi mama toman namun nasib anak-anaknya yang masih merah itu belum dapat dipastikan kerana ada nelayan yang memburu anak toman untuk dijadikan umpan taut sedia menanti dengan kelengkapannya.
Sebelum senja kami kembali ke pengkalan sekaligus mengakhiri trip mengejut ke Kampung Beng.
Meskipun hasil agak kurang memberangsangkan, ditambah pula dengan faktor cuaca, ia sudah cukup melegakan kami kerana tidak kumpau pada kunjungan sulung.
Sekurang-kurangnya ada beberapa perkara yang dapat kami akui keistimewaannya dalam trip ini; pakej memancing yang ditawarkan oleh Abang Lan, potensi Mini Amazon Kampung Beng sebagai destinasi padang pancing yang harus dicuba dan keampuhan So’do Tokwan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...