Kelong bajet tapi hasil gred A! Itulah yang rumusan yang boleh dikaitkan dengan Kelong Koperasi Bukit Pelandok atau lebih sinonim dengan panggilan Kelong Pozi.

 

Kelong yang didirikan di muara Kuala Lukut oleh Koperasi Bukit Pelandok pada sekitar tahun 1996 ini diselia dan diselenggarakan oleh Mohd Fauzi Mohd Zainal (Pozi), warga

tempatan berasal dari Bukit Pelandok yang mana keluarganya juga merupakan ahli koperasi.

Ekoran daripada itulah para pemancing lebih gemar menamakannya sebagai Kelong Pozi.

 

 

Sebelum kelong didirikan, tapak kelong dan kawasan persekitarannya yang agak cetek dengan kedalaman kurang 10 kaki, berbeting dan banyak ditumbuhi karang, merupakan spot menarik untuk memburu spesimen berkualiti tinggi seperti kerapu dan jenahak.

 

Kawasan karang

Kawasan berbeting dan dipenuhi karang sertai rumpai laut itu bukan sekadar menjadi nurseri ikan-kecil malah turut selamat dari pukat dan jaring nelayan.

 

Sekali gus membantu populasi ikan untuk dipancing oleh pemancing-pemancing yang berkunjung ke Kelong Pozi. Bahkan, tukun-tukun turut diturunkan berdekatan kelong bagi menarik minat lebih banyak kawanan ikan memasuki persekitaran kelong.

 

Kelong berukuran 30 meter panjang dan kelebaran 10 meter ini menganjur di muara Kuala Lukut ke arah Port Dickson dan berhampiran pantai berdekatan dengan Glory Beach Resort.

Perjalanan dari jeti dengan menggunakan bot fiber yang disediakan pihak kelong memakan masa tidak lebih dari 10 minit.

 

 

Antara kelebihan di Kelong Pozi

Berbanding kelong-kelong seumpamanya, ia didirikan dengan menggunakan tiang konkrit yang dipacak menegak.

Hanya sebilangan kecil saja tiang nibung yang digunakan untuk menyokong struktur kelong.

 

Tiang-tiang konkrit ini bukan sekadar menjadikan struktur kelong ini teguh berhadapan dengan ribut, bahkan mengurangkan risiko tali pancing putus atau berbelit ketika bertarung dengan ikan yang dipancing.

 

 

Kelong bajet lengkap

Sepadan dengan status kelong bajet, Kelong Pozi hanya menyediakan keperluan asas seadanya seperti 5 bilik tidur, dapur gas untuk memasak, bekalan air bersih mengikut keperluan, dan bilik air yang mana bekalan air adalah dari tadahan air hujan.

 

Jika keberatan untuk memasak sendiri, makan minum juga boleh dipesan dari kedai makan yang turut dimiliki oleh Mohd Fauzi yang terletak berhampiran jeti tanpa cas penghantaran.

 

Kelong Pozi yang mampu menampung 35 orang pemancing pada satu masa ini boleh dikatakan sesuai untuk memancing tanpa banya dipengaruhi oleh pasang surut air laut.

Terletak dalam kawasan berteluk membuatkan arus yang merintanginya agak lemah sama ada ketika air surut mahupun ketika air pasang besar.

 

 

Sebagaimana keadaan di laut lepas juga, ikan-ikan agak galak menyambar ketika air mula bergerak pasang dan kembali surut. Untuk memancing secara berkumpulan yang besar atau ‘tapau’ satu kelong juga,

 

Kelong Pozi turut menyediakan pakej memancing yang diuruskan oleh Encik Sabri dengan pakej-pakej yang menarik untuk menguji tarikan ikan jenahak yang menjadi buruan utama di Kelong Pozi.

 

Maklumat Kelong Pozi juga boleh di facebook Kelong Pozi ataupun blogspot Jenahak Panggang.

 

 

PAKEJ LENGKAP 2 HARI 1 MALAM (* Tidak pasti pakej ini masih ada)

RM 1500 untuk 10 0rang (untuk pemancing tambahan perlu bayaran tambahan RM 120 bagi setiap orang)
Kemudahan:

– Bot pergi hantar dan balik – 5 bilik tidur

– Umpan udang hidup 200 ekor / pumpun / cumit segar(jika ada stok)

– Appolo secukupnya

– 2 kolam takungan umpan hidup

– 5 pam untuk umpan hidup

– 6 joran heavy dan 4 joran ringan

– 1 orang guide

– Tong ikan berserta ais

– Perambut / mata kail / serta ladung

– Makan dan minum (2 X makan tengah hari, 1 X makan malam, 1 X sarapan, 1 X minum petang, 1 X minum malam )

 

 

PAKEJ MUDAH 2 HARI 1 MALAM

RM 1200 untuk 10 0rang (untuk pemancing tambahan perlu bayaran tambahan RM 70 bagi setiap orang)

Kemudahan:

– Bot pergi hantar dan balik

– 5 bilik tidur

– Umpan udang hidup / pumpun / cumit segar

– Apolo secukupnya

– Kolam takungan umpan

– Pam untuk umpan hidup

– 6 joran heavy dan 4 joran ringan

– 1 orang guide

– Tong ikan berserta ais

– Perambut / mata kail / ladung

 

 

PAKEJ BIASA

RM 1000 untuk 10 0rang

(Untuk pemancing tambahan perlu bayaran tambahan RM 60 bagi setiap orang)

Kemudahan:

– Bot pergi hantar dan balik

– 5 bilik tidur

– Umpan udang hidup / pumpun / cumit segar

– Apolo secukupnya

– Kolam takungan umpan

– Pam untuk umpan hidup

 

 

PAKEJ MURAH SEWA PENUH KELONG POZI

RM 600 untuk 10 orang (Tambahan RM 40 untuk pemancing tambahan)

Terbuka untuk hari biasa sahaja iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan hamis (tidak termasuk hari cuti umum)

Kemudahan:

– Bot pergi hantar dan balik

– Bilik dan lampu

– Tiada makan dan umpan

– Tiada guide