Tali benang hijau atau tali rafia hijau, merah dan putih
Gunting
Playar
Perambut ibu 30lb
Perambut anak 10lb
Snap swivel
Swivel
Mata kail no 12-16
Step 1
Ambil beberapa helai tali rafia hijau dan putih dan pintal hujungnya bersama.
Ads
Step 2
Letak bahagian hujung rafia pada hujung teras mata kail. Ambil pula satu anak perambut dan satukan pada mata kail dan tali rafia.
Step 3
Buatkan satu lingkaran anak perambut sebagaimana ingin melakukan ikatan snell.
Step 4
Kemaskan ikatan yang telah dibuat. Ulangi perkara yang sama untuk sekurang-kurangnya 3 hingga 5 mata apollo.
Ads
Step 5
Buatkan satu ikatan yang biasa anda gunakan untuk menyambung swivel pada salah satu hujung ibu perambut.
Step 6
Sambungkan anak perambut pada ibu perambut dengan mata kail menghala ke arah swivel. Pastikan jarak mata kail dan swivel tidak terlalu rapat atau dalam anggaran sejengkal.
Step 7
Ads
Pegang bahagian hujung anak perambut pada ibu perambut dan buatkan satu lingkaran kedua-dua perambut tersebut.
Memang tidak dinafikan penggunaan katak hidup adalah lebih efektif berbanding katak tiruan untuk memperdaya ikan haruan.
Memandangkan anda seorang penggeli, sebaiknya gunalah gewang atau katak tiruan saja. Tetapi, untuk tidak menghampakan anda, saya beritahu jugalah cara-cara nak guna katak.
Pertama sekali dan yang paling penting, anda perlu buang rasa geli seketika untuk memegang katak.
Selepas itu sebaiknya katak dipengsankan atau dimatikan dulu dengan menjentik kepala atau menghempasnya ke tanah.
Kemudian, cucuk pin atau kili dari bahagian bawah dagu sehingga tembus keluar di rahang atas.
Seeloknya gunalah pin yang besar dan jika perlu tajamkan sedikit bahagian hujung pin bagi memudahkan ia dicucuk pada katak.
Kemudian masukkan mata kail dengan saiz yang bersesuaian dengan besar katak. Saiz mata yang sesuai ia yang tidak terlalu panjang atau pendek.
Hujung mata kail itu kemudiannya dicucuk pada bahagian bawah badan katak sama ada pada bahagian punggung atau paha sekiranya mata kail agak panjang.
Jika perlu, potong bahagian kaki katak separas lutut bagi tujuan sambaran sempurna mengenai mata kail.
Sedikit tip tambahan, apabila haruan menyambar sebaiknya ambil masa beberapa saat sebelum melakukan sentakan.
Figura untuk segmen IKON UMPAN pada kali ini menampilkan pemunya nama Azmi Jamaludin.
Azmi Jamaludin atau lebih dikenali nama Azmi PT di kalangan pemancing merupakan seorang yang biasa-biasa sahaja jika dipandang sepintas lalu, namun bagi rakan-rakan
dalam dunia pancingan Malaysia, Azmi PT cukup dikenali sebagai seorang yang mempunyai pelbagai ilmu dan kemahiran berkaitan pancingan.
Senang cerita ‘Mr. Know It All’. Kerjaya utama sebagai pengusaha kedai pancing secara tidak langsung membolehkan dia terus melibatkan diri dalam lapangan pancing dengan lebih fokus.
Malah singkatan nama samarannya iaitu PT juga mengambil nama hasil daripada nama kedai pancingnya sendiri iaitu Pancing Tegar (kedai ini tidak lagi beroperasi).
CERITA SERVIS KEKILI ELEKTRIK
Azmi PT boleh dikatakan mempunyai banyak ilmu dan kemahiran dalam lapangan pancing. Antara salah satu kemahiran yang agak jarang dimiliki oleh pemancing lain ialah kemahiran servis dan membaiki kekili elektrik atau lebih sinonim dengan terma ‘mesin bangla’.
Ilmu dan kemahiran berkaitan kekili elektrik ini dipelajarinya dengan usaha sendiri berbekalkan semangat inkuiri yang tinggi.
Ceritanya bermula ketika dia membuat trip bersama rakan-rakannya dan rakan pemancing ada menyuarakan kesukaran untuk mencari tempat atau individu yang berkepakaran untuk melakukan servis atau membaiki kerosakan kekili elektrik.
Bermula dari situ, Azmi PT mula mempelajari selok belok mekanikal mesin bangla dan mula memberanikan diri untuk melakukan servis kekili elektrik.
Kini, setelah lebih setahun menyediakan khidmat servis kekili elektrik, dia tidak menang tangan apabila menerima lebih kurang 60 buah kekili setiap bulan untuk diservis dan dibaiki.
Selain itu, dia juga pernah menjadi tenaga pengajar untuk kelas khas servis kekili elektrik yang berlangsung di Kolej Komuniti setelah mendapat banyak permintaan rakan-rakan pancing untuk mempelajarinya.
Secara terbuka, dia menyambut baik program seperti ini, namun beberapa kekangan seperti masa dan modul yang dirasakannya belum lengkap sedikit sebanyak membataskan program ini untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain daripada hal kekili elektrik, Azmi PT turut mempunyai pelbagai kemahiran dalam lapangan pancing. Tidak hairanlah, figura yang berasal dari Perak ini lebih senang membuka perusahaan kedai pancingnya sendiri sebagai kerjaya utama.
Di kedai pancingnya sendiri iaitu Pancing Tegar Enterprise, dia juga mahir dan berkeupayaan untuk membina rod buatan tangan atau custom rod selain menyediakan khidmat ubahsuai bot untuk pemancing.
Malah, Azmi PT sendiri juga turut dikelaskan antara salah seorang tekong pancing di Pelabuhan Klang di mana dia mempunyai 2 buah bot untuk khidmat sewaan pancing di sana.
HARAPAN
Menurut Azmi yang terjun ke dunia pancing sedari kecil ini, dia mengharapkan agar lapangan pancing terus berkembang dengan cara yang tersusun agar terus mapan.
Memberi contoh perihal kekili elektrik, “ Apa equipment (peralatan) pancing pun; lebih-lebih lagi yang berharga mahal, seharusnya mempunyai pusat servis untuk menjamin
ketahanan kekili (elektrik), seperti kereta juga yang mempunyai pusat servis,” katanya merujuk kepada khidmat servis kekili elektrik.
Begitu pun, dia mengakui kekangan masa dan komitmen peribadi sedikit membataskan dirinya untuk turut serta dalam perkongsian bagi menambahkan bilangan kepakaran dalam khidmat sebegini.
Namun, berdasarkan pelan dan komitmennya, tidak mustahil usaha daripada Azmi Jamaludin akan memberi nilai tambah yang besar dalam survival lapangan pancing di Malaysia.
Biodata ringkas
Apa pendapat anda? Jom komen & share. Terima kasih!
Jangan lupa like & see first Facebook Majalah Umpan.
Di kampung saya banyak ikan sepat ronggeng dan saya difahamkan ikan sepat boleh dipancing.
Jadi, apakah peralatan yang sesuai untuk memancingnya seperti mata kail, tali, umpan yang sesuai?
Jawapan:
Soalan ini mengingatkan kembali memori zaman kanak-kanak di kampung yang mana memancing ikan sepat inilah bermulanya hobi memancing saya.
Malah saya percaya ramai di kalangan pemancing memulakan hobi ini dengan memancing ikan sepat atau puyu.
Secara asasnya, untuk memancing ikan sepat kita tidak perlu membeli alatan pancing yang selengkapnya. Memadai sekadar membeli mata kail dan tali tangsi.
Tidak perlu joran dan mesin kekili. Sebagai pengganti joran, kita boleh gunakan batang buluh, bertam, batang pelepah sawit, ranting kayu yang liat tapi lembut.
Jika inginkan keseronokan yang lebih bolehlah dapatkan joran beradu atau pole rod.
Caranya, tali tangsi atau tali benang diikat pada penghujung joran (panjang tali seeloknya sama panjang atau kurang sedikit daripada panjang joran) dan pada hujung tali diikat mata kail udang yang terkecil (halus) saiz 24.
Kemudian, pelampung (boleh guna polisterin atau getah selipar) yang kecil dan diikat antara 4 – 8 inci dari umpan bermata kail.
Umpannya pula adalah butir nasi, cacing, cacing pokok pisang, lumut, semut anai-anai atau yang paling best sekali, telur kerengga yang dibakar atau direbus sedikit.
Untuk lebih mudah boleh saja gunakan dedak ayam. Sebaiknya juga dedak ayam ditabur dahulu sebagai rasuah untuk memanggilnya berkumpul sebelum mula memancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...