Snap atau klip (clip) adalah perkakasan terminal yang menyambung gewang (atau lain-lain aksesori) dengan peralatan utama pancing. Klip ini dipanggil dengan pelbagai nama.

Ada yang memanggil pin dan juga kili atau cili. Namun kili atau cili lebih merujuk kepada swivel iaitu perkakasan terminal kecil yang boleh berputaran bebas.

Untuk tidak menimbulkan kekeliruan, saya menamakannya klip atau snap.

 

Hooked snap

Deskripsi:

Klip ini diperbuat daripada pemutaran seutas wayar ringan dengan pembentukan satu gelung bulat dan satu lagi cangkuk berkunci. Cangkuk ini muat-muat masuk ke dalam lubang sarungnya untuk mengunci sistem.

Ulasan:

Saya masih belum dapat keyakinan untuk menggunakan klip ini tetapi dari makluman penggunanya, ia pernah mengalami kegagalan beberapa kali yang tidak dapat dijelaskan. Ia cenderung untuk terbuka tanpa sebab dan ia tidaklah kuat.

Ia juga tidak mampu menahan daya sentakan mengejut dari pemangsa yang benar-benar buas. Bagaimana pun ia cukup memuaskan untuk gewang kecil kerana ia sungguh ringan.

 

IKLAN

Hawaiian snap

Deskripsi:

Diperbuat daripada seutas wayar berkuatan tinggi yang dibentuk seperti alat pemegang kunci. Memang tidak boleh dinafikan bahawa klip inilah yang paling kuat.

Ulasan:

Klip ini memang yang terbaik apabila kekuatan dipentingkan untuk apa sahaja, walaupun ia ada beberapa kelemahan.

Klip ini tidak didatangi dengan saiz sekecil klip lain dan tak akan muat untuk titik penyambungan yang kecil seperti jighead kerana ketebalan wayarnya berganda pada titik sambungan.

Seperti norman speed clip, jika titik penyambung membabitkan wayar berdiameter lebih halus, ia cenderung untuk terselit di antara lengkok penyambung klip ini dan gewang mungkin tercabut keluar.

Pemasangan split ring pada gewang boleh mengatasi masalah. Namun ia lebih sesuai untuk pancingan tugas berat.

IKLAN

 

Mustad easy snap

Deskripsi:

Snap mini ini seakan cangkuk yang sangat kecil dengan lengkungan yang membulat. Ia didatangi dengan tiga saiz, namun yang terbesar tetap juga kecil saiznya. Ketebalan wayar setiap klip adalah sama. Cuma saiz fizikalnya berbeza.

Ulasan:

Anda boleh sambungkannya kepada apa saja, dari soft plastic kecil sehinggalah umpan bulu yang besar. Iacukup kuat tetapi sangat ringan, malah cukup selamat.

Ia seakan tidak wujud biarpun bila disangkut pada gewang paling kecil. Namun saya tak akan gunakannya kalau pancingan itu memerlukan daya tenaga yang kuat.

Beberapa kali klip ini pernah patah akibat tersangkut reba, di mana klip itu sendiri yang diandaikan tersangkut. Lantaran terlalu kecil, agak sukar untuk menanggalkan gewang daripadanya.

IKLAN

 

Fas-snap

Deskripsi:

Klip ini berdasarkan prinsip yang sama seperti Mustad easy snap. Namun ia diperbuat daripada wayar yang lebuh tebal dan lebih panjang. Justeru saya rasa ia lebih kuat.

Ulasan:

Ia digunakan apabila merasakan mustad easy snap tidak sesuai untuk digunakan untuk kegunaan yang lebih lasak.

Kekuatannya cukup menakjubkan jika dibandingkan dengan saiz dan beratnya. Anda boleh sambungkan klip ini untuk hampir semua jenis gewang.

Bagaimana pun oleh kerana ia agak kecil, agak sukar untuk menyarungkannya kepada sesuatu yang menyebabkan ia perlu dikangkang lebih luas.

Tambahan pula disebabkan utas wayarnya cukup kuat, maka gewang juga agak sukar dicabut keluar. Bantuan playar amat diperlukan.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI