Mudah Rupanya Buat Perambut Apolo Homemade

Sabiki rig atau kita biasa sebut apolo merupakan satu rangkaian perambut bermata kail yang mana mata kailnya disulam dengan bebenang berkilau.

Apolo ini biasanya digunakan untuk memancing ikan pelagik pelbagai saiz. Kalau ikan kecil maka kecillah saiz apolo yang digunakan dan begitulah sebaliknya.

IKLAN

 

Apolo ini boleh dibeli di kedai pancing tetapi jika korang ingin membuatnya sendiri adalah lebih baik. Untuk membuat apolo ini tidak sesukar mana dan kami ada panduan untuk korang menghasilkannya.

 

Peralatan keperluan:

Tali benang hijau atau tali rafia hijau, merah dan putih

Gunting

Playar

Perambut ibu 30lb

Perambut anak 10lb

Snap swivel

Swivel

Mata kail no 12-16

 

Step 1

Ambil beberapa helai tali rafia hijau dan putih dan pintal hujungnya bersama.

 

IKLAN

 

Step 2

Letak bahagian hujung rafia pada hujung teras mata kail. Ambil pula satu anak perambut dan satukan pada mata kail dan tali rafia.

 

 

Step 3

Buatkan satu lingkaran anak perambut sebagaimana ingin melakukan ikatan snell.

 

 

Step 4

Kemaskan ikatan yang telah dibuat. Ulangi perkara yang sama untuk sekurang-kurangnya 3 hingga 5 mata apollo.

 


 

Step 5

Buatkan satu ikatan yang biasa anda gunakan untuk menyambung swivel pada salah satu hujung ibu perambut.

 

 

Step 6

Sambungkan anak perambut pada ibu perambut dengan mata kail menghala ke arah swivel. Pastikan jarak mata kail dan swivel tidak terlalu rapat atau dalam anggaran sejengkal.

 

 

Step 7

Pegang bahagian hujung anak perambut pada ibu perambut dan buatkan satu lingkaran kedua-dua perambut tersebut.

 

 

Step 8

Masukkan bahagian anak perambut bermata kail dan ibu perambut ke dalam lingkaran sebanyak tiga kali.

 

 

Step 9

Tarik simpulan itu sehingga menjadi satu ikatan anak perambut pada ibu perambut yang ketat dan kuat.

Ulangi Step yang sama bagi bagi anak perambut dengan pastikan jarak agar setiap mata kail itu tidak bertemu antara satu sama lain.

Akhir sekali sambungkan snap swivel pada bahagian hujung ibu perambut bagi menyambungkan batu ladung.

 

 

Nota tambahan:

Swivel pada apolo disambungkan ke tali utama dan snap swivel pula untuk mencangkuk batu ladung.