Sebagaimana yang ramai ketahui, H. macrolepidota yang dikenali sebagai jungle barb atau sebarau merupakan spesies yang boleh ditemui Semenanjung Malaysia dan Borneo.
Namun bagi spesies H. bimaculata ia dikenali sebagai sebarau dua belang, dungan, arungan dan barb hampala. Sebarau dua belang ini dikatakan hanya boleh ditemui di Borneo dan perairan Indonesia.
Ads
Lantaran ia tidak boleh ditemui di Semenanjung Malaysia maka ia menjadi ikan sukan sasaran para pengilat yang berkunjung ke kepulauan Borneo terutamanya di Sarawak. Ikan sebarau dua belang adalah spesies endemik di Borneo. Ia dicirikan oleh dua barisan tompok menegak pada sisi badannya.
Kedudukan dua belang hitamnya itu terletak di bawah sirip dan dorsal dan satu pada caudal peduncle (sudut bahagian yang menyambung badan dan ekor ikan). Selain ditangkap sebagai sumber protein, ikan sebarau dua belang juga amat popular dalam aktiviti sukan memancing.
Ads
Ikan buruan pengilat ini sangat sensitif terhadap kualiti. Justeru ia lebih mudah ditemui terutamanya di sungai pegunungan atau sungai yang bebas dari sumber pencemaran.
Menurut pemancing yang pernah memancing sebarau biasa dan sebarau dua belang ini, dari segi penampilan fizikalnya juga memang berbeza dengan kepala yang lebih besar dan nampak garang.
Ads
Badan yang lebih aerodinamik melawan arus dan panjang serta dua belang hitam melintang di tengah badan dan pangkal ekor menampakkan lagi kelainan sebarau Borneo ini.
Dalam pada itu sesetengah pemancing mendakwa sebarau dua belang ini sebenarnya turut ditemui di Semenanjung Malaysia namun taburannya amat kecil.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Fire eel (Mastacembelus erythrotaenia) adalah spesies spiny eel (belut berduri) yang relatif besar. Fire eel yang dimaksudkan merujuk kepada tilan bara dan spiny eel pula merujuk kepada tilan.
Ikan air tawar omnivora ini berasal dari Asia Tenggara tetapi juga ditemukan dalam perdagangan akuarium. Meskipun telah menurun secara lokal (terutama di Thailand) karena perdagangan ini dan penangkapan ikan yang berlebihan, hal ini tetap umum secara keseluruhan.
Tilan bara bukanlah belut yang sebenarnya, tetapi ikan yang sangat panjang dengan muncung runcing dan mulut bawah yang pendek. Ini adalah sebahagian dari kelompok ikan yang disebut spiny eel (tilan) yang juga merangkumi tire track dan peacock eel.
Kelompok ini memperoleh nama umum berpandukan pada duri kecil di atas belakang badannya yang mendahului sirip dorsal. Tubuhnya dimampat secara lateral, khususnya satu pertiga pada bahagian belakang, di mana ia pipih ketika bergabung dengan sirip ekor dan membentuk ekor yang diperpanjangkan.
Warna dasar ikan tilan adalah coklat tua atau kekelabuan, sementara perut umumnya berwarna lebih terang dengan warna yang sama. Beberapa garis dan tompok lateral merah terang menandai tubuh dan intensitasnya bervariasi tergantung pada usia dan kondisi individu.
Biasanya, tanda-tanda itu berwarna kekuning-kuningan pada ikan juvenil, berubah menjadi merah tua pada ikan yang lebih besar.
Biasanya sirip anal, pektoral dan dorsal memiliki warna merah pada bahagian hujungnya. Tilan bara adalah spesies terbesar dalam keluarganya dan dapat mencapai panjang hingga 1 meter.
Tilan bara tersebar di daerah yang relatif luas yang meliputi sebagian besar dataran rendah Asia Tenggara, termasuk Myanmar, Thailand, Vietnam, Semenanjung Malaysia, Kalimantan (Indonesia dan Malaysia), dan Sumatera (Indonesia).
Mereka mendiami sungai yang bergerak lambat dan dataran banjir, dan merupakan penghuni bawah yang biasanya ditemukan di tempat-tempat dengan dasar berlumpur. Mereka menghabiskan sebahagian besar waktu mereka terkubur di dasar sungai, seringkali hanya menampakkan muncung mereka sahaja
Tilan memakan invertebrata (seperti larva serangga, cacing, dan krutisea), ikan kecil, bahan tumbuhan, dan detritus.
Cephalopod adalah merujuk kepada mana-mana spesies di dalam kelas moluska Cephalopoda. Secara ekslusif haiwan marin ini diklasifikasikan mempunyai ciri-ciri simetri dua hala badan, kepala menonjol, dan satu set senjata atau sesungut (otot hydrostats) diubahsuai dari kaki moluska primitif. Nelayan kadang-kadang memanggil mereka inkfish, merujuk kepada keupayaan mereka untuk memancut dakwat. Dan kita di Malaysia menamakannya sebagai sotong.
Sotong atau nama biasanya squid adalah anggota dalam keluarga besar cephalapod, subkelas Coleoidea dan famili Teuthida. Teuthida pula terbahagi kepada dua genus utama iaitu Myopsina dan Oegopsina. Oegopsina merupakan kumpulan giant squid atau sotong gergasi. Teuthidia merupakan kumpulan cephalopod terbesar iaitu sekitar 304 spesies di dalam 29 famili. Seperti semua cephalopods lain, sotong mempunyai kepala yang berbeza, simetri dua hala, selimut, dan lengan. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
Sotong boleh ditemui di laut terbuka atau teluk. Perairan berkarang, batuan dan berpasir di dasar lazimnya menjadi habitat yang digemari si lembut ini. Sotong adalah haiwan yang hidup secara sosial dan aktif bergerak jika bertemukan cahaya. Secara umumnya sotong mempunyai lapan lengan dan dua tentakel.
Ada juga jenis sotong yang mempunyai 10 lengan. Tantakelnya berfungsi untuk menangkap mangsa dan pegangannya dikukuhkan lagi dengan bantuan lengan. Setiap lengan dan tentakelnya mempunyai tiup penyedut bulat yang bertindak sebagai penyedut yang menguatkan pegangan. Lengannya akan membantu menghalakan mangsa ke arah mulut. Kesemua lengannya bersambung terus ke bahagian kepala.
Pada kepala sotong terdapat sepasang mata yang besar. Mata besar ini berperanan mencari makanan dan mengesan musuh. Sotong agak menyerupai ikan berdasarkan bentuk badannya serta mempunyai sepasang sirip renang dihujung badan. Gabungan tiub tubuh dan siripnya yang aktif memberikan kelebihan kepada sotong untuk memecut dan berhenti secara tiba-tiba.
Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat hitamnya. Selalunya sotong memancutkan dakwatnya apabila ia rasa terancam. Jika pancutan dakwatnya terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan pemangsa menjadi kabur dalam beberapa minit. Dalam tempoh berkenaan sotong sudah mampu untuk melarikan dari dari musuhnya. Ada spesies sotong yang mampu mengawal pancutan dakwatnya untuk dilepaskan sedikit demi sedikit secara berulang-ulang.
Menurut kajian, sotong merupakan satu spesies yang boleh digunakan sebagai penentu aras kepada kualiti air laut. Sotong dikatakan tidak boleh hidup di kawasan yang tercemar. Kawasan yang mengandungi sotong menunjukkan kualiti air di kawasn berkenaan adalah baik. Sotong hidup secara berkumpulan dan berpindah randah. Sotong akan mengikuti pola pergerakan makanannya. Ia akan berhenti di kawasan yang selamat dan mempunyai makanan yang cukup. Sotong juga berhenti di sesuatu lokasi untuk bertelur tetapi tempoh persinggahan berkenaan tidak lama.
Perubahan cuaca terutamanya pemasanan global boleh merencat pertumbuhan dan pembiakan sotong. Sotong dapat mencerna makanannya dengan baik di kawasan sederhana panas. Pertambahan suhu akan merendahkan kemandirian sotong untuk hidup dan membiak. Pemanasan global juga akan menghadkan kewujudan makanannya seperti anak-anak ikan, udang dan ketam.
Secara umumnya terdapat 6 spesies sotong yang cukup popular mendiami perairan Malaysia iaitu sotong torak (torok), sotong ketupat, sotong jarum, sotong mengabang, sotong katak dan sotong kurita.
Mungkin juga terdapat spesies sotong lain perairan negara kita yang tidak diketahui penulis. Manakala terdapat juga subspecies bagi sotong katak dan sotong kurita.
Sotong Katak (cuttlefish)
Fizikal sotong ini hampir menyamai sotong mengabang. Sotong katak mempunyai tulang yang tebal dan besar berbanding sotong mengabang yang mempunyai tulang seakan-akan plastik. Sotong katak sangat malas untuk bergerak. Wilayahnya tidak jauh.
Jika terkena pancing, sotong ini hampir tidak melawan. Sotong ini juga mudah terlepas kerana ia tidak mempunyai jejari panjang yang terdapat pada sotong mengabang. Oleh kerana tabiatnya yang agak malas, ia selalu menangkap umpan di bahagian dasar laut.
Sotong ini kurang sedap jika hendak dibandingkan dengan sotong-sotong yang lain. Harga di pasar juga lebih murah. Selalunya dakwat sotong katak lebih banyak berbanding dengan sotong-sotong lain.
Agak sukar untuk memancing sotong ini dalam jumlah yang banyak kerana sifatnya yang suka bersendirian dan jarang bergerak dalam kumpulan. Ketika air surut, tulang sotong ini boleh dilihat bertaburan di kawasan pantai.
Sotong mengabang (bigfin squid)
Sotong mengabang atau mabang juga dikenali sebagai sotong harimau di sesetengah tempat. Corak badannya yang cantik dan isinya yang sedap merupakan tarikan utama bagi pemancing. Sotong ini selalunya dipancing menggunakan joran aksi ringan dari kawasan berbatu, pulau, pantai dan unjam di tengah laut.
Sotong mengabang suka mendiami kawasan batu karang. Ia sangat aktif ketika petang dan malam. Air pasang surut juga sangat mempengaruhi keaktifanya. Bulan mengambang merupakan bonus ketika memburu spesies ini.
Di pantai biasanya sotong yang ditangkap bersaiz sehingga sekilogram. Di kawasan unjam saiz sotong ini mampu menjangkau sehingga 2kg seekor. Badannya yang bulat dan gemuk memberikan perlawanan yang cukup hebat jika joran aksi ringan digunakan.
Sotong ini dipancing menggunakan umpan udang tiruan yang banyak dijual di kedai-kedai pancing. Apabila sotong memegang umpan, tegakkan joran. Jangan sekali-kali mengunci kekili. Kekili yang dikunci boleh menyebabkan sotong terlepas. Biarkan sotong berenang sehingga dakwatnya habis dikeluarkan.
Sotong Kurita (Octopus)
Sotong Kurita merupakan spesies sotong yang mendiamai kawasan berlumpur seperti paya bakau ketika peringkat juvana. Sotong ini selalunya bergerak secara sendirian. Ia mencari makan dengan cara menerkup dan menyamar.
Tubuh sotong ini lebih fleksibel dari sotong-sotong yang lain. Sotong ini boleh memasuki lubang yang lebih kecil dan sempit untuk mencari makanan. Ia mendiami lubang-lubang ketam yang ditinggalkan dan juga struktur batu karang di laut.
Sotong kurita bukanlah sotong yang biasa dipancing tetapi ada juga sotong kurita yang ditangkap menggunakan pancing. Ia boleh ditangkap menggunakan sauk di celah-celah pokok bakau. Selalunya sotong ini dijadikan umpan untuk memancing ikan. Di Taiwan dan China, sotong ini dimakan hidup-hidup.
Agak sukar untuk menemui sotong ini diperairan terbuka kerana ia pandai menyamar menyerupai latar persekitaran bagi mengelirukan musuh. Sotong ini juga pandai meniru gaya renangan ikan bagi mengelak pemangsa. Di Malaysia sotong ini dijadikan umpan memancing dan sotong masin.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...