Ruat pasir atau ada yang memanggil umpun-umpun atau perumpun pasir merupakan antara umpan yang agak popular diguna pakai oleh kaki pancing pantai mahupun muara. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding umpun-umpun yang lain, namun faktor ketahanannya selain ia mudah dicari menjadikan ia sering menjadi pilihan kaki pancing.
Kami kongsikan sedikit sebanyak info mengenai ruat pasir buat pemancing yang menggemari aktiviti memancing di pantai atau muara.
Habitat:
Sesuai dengan namanya, ruat pasir menjadikan kawasan berpasir sebagai habitatnya. Kebiasaannya umpun jenis ini senang ditemui di kawasan yang mempunyai pasir yang kasar. Khususnya kawasan berpasir dan bertanah lumpur.
Ads
Cara Mencari Ruat Pasir:
Terdapat pelbagai kaedah untuk mencari dan mendapatkan ruat pasir ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan skop atau cangkul sahaja. Namun untuk mendapatkan saiz umpun pasir yang lebih kasar, teknik menangkap menggunakan tangan amat popular. Bagi kaedah ini anda perlulah cekap menggunakan tangan.
Pada kebiasaannya, campuran dedak ayam dan belacan atau ikan busuk sering digunakan untuk menarik perhatian ruat ini keluar dari pasir dan tangan haruslah sepantas yang mungkin untuk menarik umpan ini.
Ads
Spesies sasaran:
Gelama, bolos, daun baru, semilang, gerut-gerut, kerapu, tetanda, pari. Pernah juga pemancing berjaya menjinakkan siakap dengan ruat pasir ini.
Ads
Cara Menggunakan Ruat Pasir:
Umpun-umpun pasir dicangkuk padat pada mata kail. Lebih efektif jika menggunakan perambut 2 mata atau perambut apollo.
Lokasi sesuai:
Pantai berpasir, muara, tambak berbatu.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Udang galah Sungai Tembeling mempunyai keunikan tersendiri jika dibandingkan dengan udang galah di Sungai Pahang. Namun populasi udang galah Sungai Tembeling tidaklah sebanyak udang galah di Sungai Pahang.
Udang galah Sungai Tembeling boleh dipancing ketika air surut jernih dah juga ketika air keruh dan besar sedikit.
Dari segi penggunaan umpan pula, ketika air jernih umpan cacing tanah, anak udang dan umpun-umpun boleh digunakan. Ketika air keruh dan sedikit besar, penggunaan umpan yang sedikit berbau hanyir seperti isi ikan selayang dan jantung ayam lebih efektif.
Namun begitu cacing tanah juga masih boleh digunakan. Ketika air jernih dan surut (rendah) udang galah lebih cenderung berkumpul di tengah lubuk yang tenang jika dibandingkan ketika air keruh dan sedikit besar udang lebih cenderung berkumpul dia muka-muka kuala anak sungai.
Tarikan dari udang galah Sungai Tembeling agak ganas terutama ketika mengambil umpan. Tarikan pertama biasanya akan menyebabkan pancing melengkung dan kadang kala akan terjatuh jika diletakkan dalam keadaan tak kemas.
Jika sembatan terus dilakukan pada ketika itu pemancing akan berputih mata. Oleh itu pada kebiasaannya biarkan seketika supaya udang betul-betul makan umpan. Biasanya jika udang sudah betul-betul mengena joran akan menunduk terus tanpa henti.
Penggunaan perambut yang agak panjang perlu untuk menjinakkan udang galah Sungai Tembeling. Biasanya perambut sepanjang 4 jengkal dengan mata 2 atas bawah. Jarak antara mata pula satu inci. Saya lebih suka menggunakan mata kail udang jenis Ligoal Sarawak Prawn Hook saiz 2 & 3. Mata jenis ini agak keras tetapi tajam. Untuk pancingan secara menebing mata kail yang keras dan tak mudah lurus sangat penting.
Udang galah Sungai Tembeling boleh dipancing pada waktu siang dan malam. Namun waktu terbaik ialah pada waktu pagi dan juga malam.
Info pancingan
Lokasi: Pasir Penambang, Kuala Tembeling / Jeti Batu Balak
Kebiasaannya joran baru dibeli yang mempunyai pemegang gabus terdapat plastik menyelaputinya. Plastik ini seharusnya dibuka sebaik sahaja ingin mengunakan joran tersebut. Ramai berangapan plastik ini akan melindungi joran dari kotoran dan kalis air.
Tangapan ini salah, mungkin ia akan melindunginya dari kotoran namun tidak untuk kalis air. Walaupun mempunyai lapisan plastik, air hujan atau air dari tangan yang basah tetap akan memasuki bawah lapisan plastik tersebut. Bila ini berlaku air yang menembusi selaput plastik tersebut memerlukan masa yang lama untuk kering.
Keadaan ini lama-kelamaan akan menjadikan gabus tersebut reput walaupun ia kelihatan seperti biasa. Sebaik sahaja plastik dibuka (katakan setahun dua selepas itu), pemegang gabus tersebut akan reput dengan serta merta.
Cara penjagaan terbaik untuk joran yang mempunyai pemegang gabus ialah dengan membuka lapisan plastik sebaik sahaja ingin mengunakannya.
Selepas dibuka pemegang gabus itu sebaiknya disapukan dengan bahan cecair ‘Cork Seal’ untuk melindungi gabus dari memasuki air lantas menjadikannya kalis air. Cecair ‘Cork Seal’ ini juga mengeraskan gabus supaya ia tidak mudah tersopek dan reput.
Joran yang telah disapu ‘Cork Seal’ tidak licin seperti joran yang disapu Epoxy. Saya tidak syorkan joran yang mempunyai pemegang gabus di Epoxy kerana ia menjadikannya licin dan tidak sesuai untuk aktiviti casting.
Bagi berhadapan dengan masalah umpan dilabuhkan terlalu laju ke dasar, cara terbaik yang perlu dilakukan ialah dengan mengawal kelajuan pelepasan batu ladung.
Ia boleh dilakukan sama ada dengan menetapkan tahap kelajuan putaran gelendung kekili, atau mengawalnya secara manual (mengawal kelajuan putaran gelendung dengan tangan).
Umpan tidak membelah arus dan berpusing ketika turun ke dasar.
Punca umpan berpintal disebabkan umpan tidak dipersembahkan secara betul iaitu tidak membelah arus dan berpusing ketika turun ke dasar inilah sering berlaku. Walaupun umpan diturun secara perlahan, ia tetap masih juga berpintal dan tidak disentuh oleh pemangsa.
Masalah ini berpunca dari cara menghiris umpan. Tidak kira jenis ikan apa yang dihiris untuk dijadikan umpan, ia perlulah dihiris dalam bentuk yang dapat membuai apabila ditolak arus. Begitu juga sewaktu hirisan umpan dicangkuk pada mata kail. Pastikan bahagian yang lebih tirus dicangkuk pada mata kail.
Perlu diingat bahawa ketika umpan turun ke dalam arus dan pergerakan umpan merintangi air akan menyebabkan ia berputar. Semakin laju ia berputar semakin kuat perambut dipintal dan ia menjadi semakin pendek dan sebelum umpan mencecah dasar ia terlebih dahulu sudah berbelit dengan tali utama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...