John yang maksudkan adalah gelaran yang team kami berikan pada ikan merah dan apa yang menariknya, john yang kami cari kali ini terletak perairan Sabah.

Trip memancing kali ini disertai seramai 11 orang pemancing wanita daripada Kelab Pemancing Wanita Malaysia.

Mereka ialah Normala, Shima, Shida, Fred, Hania, Azimah, Amy, Kal, Ateh dan Nurul. Serta dua orang tetamu khas kami dari Jepun dan dibantu oleh sifu memancing kami, Pok Mud.

 

Trip 3 hari 2 malam ini sungguh berlainan dan menarik. Kami bermalam selama 2 malam di atas bot memancing yang cukup selesa.

Bot ini mempunyai bilik berhawa dingin, tilam mencukupi, tandas lengkap pemanas air, dapur yang selesa, ruang memancing yang luas, dan tekong serta awak-awak yang sangat rajin.

 

Mengayat Mat John From Sabah

 

Hari pertama kami tiba ke Kota Kinabalu,  kami terus menaiki bot memancing menuju ke port pilihan iaitu Pulau Mengalum.

Perjalanan agak jauh itu memberi kami masa untuk membuat persediaan memancing yang perlu.

IKLAN

Setibanya di lokasi, kami tanpa membuang masa memulakan aktiviti memancing kami dan dalam masa 5 minit kemudian saya ‘memecahkan telur’ dengan tangkapan anak ikan kacang sebagai lesen pertama kami.

 

Seterusnya bagaikan pesta, semua pemancing gembira menaikkan tangkapan masing-masing.

Menggunakan umpan udang, sotong dan ikan mati sahaja, masing-masing cukup berpuas hati dengan hasil tangkapan yang diperolehi.

Antara ikan yang kami dapat pikat kali ini adalah ikan merah aka Mr. John, ikan kacang, ikan kerisi, ikan bayan, ikan ayam, ikan kerapu, ikan jenahak dan banyak lagi jenis yang lain.

 

Mengayat Mat John From Sabah

IKLAN

 

Hari kedua, kami lebih teruja memancing apabila Mr. John semakin banyak terlekat di mata kail kami.

Sorakan demi sorakan kedengaran ditengah lautan Sabah itu. Pengalaman menaikan ikan merah yang bersaiz jumbo itu pasti tak akan dilupakan.

Cuma hanya pada malam kedua kami bermalam di atas bot, kami berhenti memancing kerana angin agak kuat serta air sangat bergelora.

Untuk keselamatan, kami buat keputusan untuk tidur dan rehat cukup-cukup.

 

Hari ketiga, kami memancing semula pada pagi itu dan mula bergerak pulang semula apabila matahari mula menegak.

IKLAN

Dalam perjalanan pulang, selain mengemas kembali semua peralatan memancing, kami menyelongkar balik semua tong simpanan ikan hasil tangkapan.

 

Selepas mengambil gambar kenangan, kami membahagi semua ikan kepada ahli pemancing yang ada bagi sesiapa yang hendak bawa balik ikan ke semenanjung.

Bagusnya perkhidmatan bot ini, semua awak-awaknya sangat rajin membersihkan bot serta tak kedekut tenaga membantu kami menyiang semua ikan tangkapan kami itu agar mudah dibungkus sebelum dibawa pulang nanti.

 

Mengayat Mat John From Sabah

 

Trip memancing kami tamat apabila tiba semula di jeti pada petang hari ketiga itu.

Mahu meluangkan masa bersiar-siar di kota kinabalu dan membeli cenderamata kenangan sebelum pulang ke semenanjung, kami bersama-sama membuat keputusan bermalam di hotel berdekatan.

Esoknya selepas check out bilik, kami terus ke lapangan terbang dan pulang.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI