Bayangkan di kawasan berhampiran anda ada sebuah spot memancing yang agak luas kawasannya yang boleh anda casting ataupun bottom hari-hari. Terdapat pelbagai spesies yang menghuni di spot berkenaan.

 

Spesiesnya pula bukan calang-calang, semuanya boleh dikatakan ikan-ikan gred a seperti siakap merah, siakap putih, jenahak, tanda, pari, kurau, baby gt, kerapu, talang hinggalah ikan kitang, gelama, bulan, belanak. Malah ikan yang semakin sukar ditemui, tirusan pun ada!

 

MPG atau nama penuhnya Mukah Power Generation, itulah spot yang menjadi kebanggaan buat warga kaki pancing di bahagian Mukah, Sarawak. Di sini, baik kaki casting mahupun kaki bottom boleh dikatakan hari-hari mengunjungi spot tersebut.

 

 

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

Apa itu MPG?. Ia merupakan stesen jana kuasa arang batu yang berfungsi membekalkan tenaga elektrik ke seluruh wilayah Sarawak melalui sistem grid yang disambungkan ke seluruh stesen jana kuasa yang lain. Jana kuasa ini mula dibina pada tahun 2006 dan siap sepenuhnya pada tahun 2008.

IKLAN

 

Bersebelahan MPG inilah terdapatnya satu kolam tadahan besar yang berkeluasan kira-kira 1 km persegi bertindak sebagai cooling pond untuk sistem stesen jana kuasa berkenaan.

 

FAKTOR IKAN BANYAK

 

Kolam tadahan ini mendapat sumber air dari laut yang diambil melalui Sungai Bedengan, terletak kira-kira 3km dari MPG. Apabila air laut pasang, ikan-ikan dari laut terus memasuki kunci air dan terus ke kolam tadahan. Apabila air surut, ikan-ikan ini tidak kembali ke laut dan menjadikan kolam tadahan ini habitat baru mereka.

 

IKLAN

Tambahan pula, apabila air pasang, anak-akan ikan seperti belanak terutamanya terperangkap, sekali gus terdapat rantaian makanan untuk ikan pemangsa terus mendiami kolam tadahan ini. Di samping itu, dasar dan tebingnya yang dipenuhi timbunan batuan, serta perairannya ada cetek dan dalam, telah menjadikan kolam tadahan ini sebagai sarang baru buat ikan-ikan di sini.

 

Saya berkesempatan berkunjung ke sini hujung tahun lalu bersama rakan-rakan casting dari Mukah Anglers Group serta beberapa orang rakan dari Matu Daro Fishing. Awal pagi adalah waktu terbaik untuk menduga, iaitu ketika bunga air sedang pasang. Selain itu, waktu petang menghampiri senja ketika air sedang pasang juga waktu terbaik untuk menduga ikan-ikan pemangsa.

 

 

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

IKLAN

Sebenarnya bukan mudah untuk cuba casting di sini jika tidak tahu di manakah spot-spot terbaik melainkan ada rakan yang arif dan biasa di sini. Menurut Lai Malie, terdapat beberapa spot yang sering menjadi pilihan antaranya kawasan culvert, water pump & cooling pump, Tanjung L dan Batu Hampar.

 

“Apa yang penting, perlu tahu bila waktu air pasang penuh paras tebing, faktor hari hujan selain kerap perhatikan riak air tanda anak ikan melarikan diri. Set pancing juga terutama pemilihan gewang dan warna juga perlu dititikberatkan.

 

“Biasanya bagi mereka yang kaki casting sasaran utama adalah ikan siakap dan siakap merah, kerana spesies ini banyak terdapat di sini. Saiz siakap yang biasa kami perolehi antara 1-3 kg. Manakala ikan sasaran lain termasuklah kerapu, tanda dan sebagainya ,” katanya.

 

Jelas Lai Malie lagi, siakap putih masih lagi mengungguli rekod tangkapan di MPG ini sedikit masa dulu iaitu 16 kg dan dia percaya masih terdapat siakap bersaiz mega di sini belum berjaya dinaikkan.

 

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI