KERAPU PISANG

Nama Saintifik : Plectropomus pessuliferus

Nama umum : Roving coral grouper

Nama tempatan : Kerapu pisang, kerapu sunuh

Kenali Spesies Bersisik Gred AAA (siri 3)!!

Ikan kerapu pisang merupakan ikan yang paling bernilai tinggi di kalangan keluarga ikan kerapu. Ikan yang mempunyai bintik-bintik kuning ini mempunyai isi yang lazat untuk dijadikan hidangan telah membuatkan setiap pemancing pasti mengidamkan untuk memancing ikan kerapu pisang. Ikan ini banyak mendapat pemintaan di restoran mewah dan hotel-hotel.

Umpan: Umpan isi ikan atau sotong boleh digunakan untuk memperdayakan ikan pisang. Ikan ini juga boleh dipancing menggunakan jig besi.

Pancingan : Jigging / dasar

 

KERTANG

Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus

Nama umum: Giant grouper

Nama tempatan: Kertang

Kenali Spesies Bersisik Gred AAA (siri 3)!!

Kertang amat sinonim di kolam pancing air masin. Di sana ikan kertang digelar sebagai ikan naga. Perbezaan ikan kertang dengan ikan boron, ikan kertang mempunyai warna yang gelap serta sirip yang berwarna sedikit kekuningan.

IKLAN

Mata ikan kertang lebih terkeluar jika dibandingkan dengan boron. Ikan kertang mendiami lubang, karang dan struktur yang membolehkannya menghendap mangsa.

Ikan ini bersifat pemalas dan kurang bergerak keluar daripada kediamannya. Kini ikan kertang telah dipelihara oleh pengusaha ikan sangkar kerana permintaannya yang tinggi dari kolam pancing air masin komersial. Selain itu harganya yang mahal membuatkannya menjadi buruan kaki pancing.

Umpan: Ikan ini tidak begitu memilih umpan. Apa saja akan di lahapnya sekiranya umpan betul-betul dilabuhkan de depan muka. Umpan popular yang digunakan ialah isi ikan, udang hidup, sotong dan ikan hidup seperti kembung, selar dan ikan belanak.

Pancingan : Dasar / jigging

 

MERAH CORENG

Nama Saintifik: Lutjanus sebae

Nama umum: Red Emperor

Nama tempatan: Merah coreng / loreng

Kenali Spesies Bersisik Gred AAA (siri 3)!!

Dikatakan sebagai raja segala ikan merah sesuai dengan namanya yang digelar Red Emperor. Ikan ini dikatakan amat sukar diperolehi terutamanya yang bersaiz besar.

IKLAN

Ikan ini selalu dijadikan sebagai hidangan mewah terutamanya daripada kaum Cina serta mempunyai nilai yang amat tinggi di pasaran.

Umpan: Umpan hirisan isi ikan dan sotong banyak digunakan untuk memancing ikan ini. Umpan sotong hidup dan ikan hidup juga boleh digunakan untuk memperdaya ikan merah celoreng bersaiz besar.

Pancing : Dasar / Jigging

 

KERAPU BORON

Nama saintifik: Epinephelus malabaricus

Nama umum: Malabar grouper

Nama tempatan: Kerapu / boron / tong gas

Kenali Spesies Bersisik Gred AAA (siri 3)!!

Ikan kerapu merupakan ikan yang paling mudah ditemui di perairan kita. Tidak kira perairan berpasir atau pun lumpur. Ikan kerapu pasti mudah didapati jika terdapat kawasan lubang, karang dan apa-apa struktur yang boleh dijadikan pelindungan.

IKLAN

Kerapu boron merujuk kepada saiz kerapu ini yang bersaiz besar dan mampu mencecah berat sehingga 40 kg. Ikan ini lebih aktif pada waktu malam.

Umpan: Umpan hirisan sotong dan isi ikan boleh memperdayakan ikan kerapu bersaiz kecil. Tetapi tidak bagi kerapu boron. Kerapu bersaiz besar ini lebih gemar memilih umpan hidup. Cumit ataupun sotong hidup merupakan umpan kegemarannya.

Pancingan : Dasar / jigging

 

KERAPU BARA

Nama Saintifik: Epinephelus retouti

Nama umum: Red-tipped grouper

Nama tempatan: Kerapu bara

Kenali Spesies Bersisik Gred AAA (siri 3)!!

Kerapu yang berwarna merah membara ini memang menjadi hidangan popular di restoran mewah yang menjual makanan laut.

Tidak seperti warnanya, isi ikan ini amat lembut dan lazat di jadikan hidangan. Ikan ini kongsi tempat tinggal bersama saudara terdekat mereka iaitu ikan kerapu.

Umpan: Dimana ada kerapu, pasti ada kerapu bara. Begitu mudahnya untuk memperoleh ikan kerapu bara jika kena dengan lubuknya.

Maka umpan yang digunakan sama sahaja dengan umpan yang digunakan untuk memancing ikan kerapu. Hirisan isi ikan atau sotong amat efektif untuk memancing ikan ini.

Pancingan : Dasar / jigging / casting