Paloh Hinai merupakan sebuah bandar kecil di Pekan, Pahang yang terletak di tepi sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, sungai Pahang. Sebagaimana sungai Pahang yang kaya dengan pelbagai jenis ikan bernilai tinggi, begitu juga dengan kawasan daratan di Paloh Hinai. Antara spesies `ikan darat’ bernilai yang masih boleh dipancing dan peratusan untuk memperoleh adalah tinggi ialah ikan bujuk.
Paloh hinai yang berlatar-belakangkan ladang kelapa sawit dan pinggir hutan menjadikan parit-parit serta paya yang tidak tercemar dengan sisa industri sebagai habitat yang sempurna untuk keluarga ikan berkepala ular khususnya haruan dan bujuk.
Dan ketika sungai Pahang kurang menghiburkan bagi anak-anak muda Paloh Hinai yang menggemari aktiviti memancing dengan kaedah mengilat atau casting, maka sungai kecil, tasik, parit atau kolam di pinggir hutan akan menjadi padang pancing mereka pula.
Ads
Malah tidak kurang juga pemancing dari luar termasuk dari Lembah Kelang turut bertandang ke Paloh Hinai demi merasai sambaran si bujuk yang bersifat pemalu ini. Semuanya gara-gara terkena getah atau karan snakehead Paloh Hinai.
Berbekalkan umpan tiruan seperti jump frog, soft frog atau soft plactic lure, anak-anak muda Paloh Hinai yang menggemari teknik pancingan gaya moden ini akan meronda dengan motosikal bagi mencari lokasi berpotensi untuk memancing bujuk. Memandangkan mereka lebih gemar menggunakan umpan tiruan maka padang pancing yang lebih terbuka (tidak banyak dilitupi tumbuhan akuatik atau samai) menjadi pilihan.
Ads
Ads
Menurut Haekal Nasaruddin, anak jati Paloh Hinai yang menggemari teknik casting walaupun penggunaan katak hidup sebagai umpan lebih berkesan memancing bujuk namun beliau lebih berpuas hati jika memperoleh hasil dengan menggunakan gewang atau umpan tiruan.
Seperkara lain, beliau ada cerita tersendiri yang menyebabkan beliau fobia untuk memegang katak. Yang pasti, penggunaan umpan tiruan lebih mudah dan lebih digemari khususnya kepada anak-anak muda berbanding menggunakan katak hidup. Tambah pula Haekal dan rakan-rakannya memancing bujuk sekadar untuk mengisi masa ruang dan kebanyakan hasil yang diperoleh dilepaskan kembali ke habitat asalnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Malaysia sebuah negara bertuah yang kaya dengan sumber perairan umum (air tawar) iaitu persekitaran akuatik yang berada dalam lingkungan sempadan tanah, seperti sungai, tasik, kolam, bekas lombong dan empangan. Sumber ini kaya dengan hidupan akuatik dan aliran air; ini penting bagi menampung kehidupan harian penduduk di persekitaran dan juga sebagai daya tarikan untuk rekreasi.
LATAR BELAKANG
Pada tahun 2011, jumlah pendaratan perairan umum ialah 5,694.36 metrik tan (M.T.) bernilai RM54.83 juta, iaitu meningkat sebanyak 23.6% dan 22.7% masing-masing dari segi kuantiti dan nilai berbanding tahun 2010. Namun, sumbangannya terhadap jumlah pengeluaran ikan masih amat kurang jika berbanding dengan sub-sektor pendaratan ikan marin dan akuakultur. Pada 2011, sub-sektor ini hanya menyumbangkan 0.34% dan 0.58% kepada keseluruhan pengeluaran ikan makan di Malaysia masing-masing dari segi kuantiti dan nilai.
Negeri Pahang merupakan penyumbang utama bagi sub-sektor ini. Pada 2011, pendaratan dari negeri terbesar semenanjung itu ialah sebanyak 1,600.01 M.T. bernilai RM16.12 juta iaitu 28.1% kepada jumlah pendaratan ikan dari perairan umum. Negeri Perak juga telah menyumbangkan sebanyak 23.04% (1,311.98 M.T.) kepada jumlah pendaratan pada tahun yang sama.
Sungai dan bekas lombong merupakan sumber yang paling penting bagi sub-sektor ini. Sungai dan bekas lombong masing-masing telah menyumbangkan sebanyak 53.1% (3,021.12 M.T.) dan 19.6% (1,114.5 M.T.) kepada jumlah pendaratan perikanan perairan umum.
Spesies yang paling banyak didaratkan adalah tilapia nilotika (Oreochromis niloticus) (997.95 M.T.), lampam sungai (Barbodes schwanenfeldii) (460.24 M.T.), udang galah (Macrobrachium rosenbergii) (411.16 M.T.), dan keli (Clarias spp.) (357.93 M.T.), di mana jumlah pendaratan keempat-empat spesies itu adalah sebanyak 39.07% kepada jumlah pendaratan pada 2011.
KEPENTINGANNYA
Walaupun sumbangan sub-sektor ini terhadap jumlah pengeluaran ikan adalah sangat kurang, tetapi kepentingannya tidak boleh dinafikan. Sub-sektor ini adalah penting dibanyak kawasan, seperti di mana sektor ini membekalkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Sebaliknya, data atas kegiatan yang bermusim dan sara diri ini adalah sangat sedikit dan banyak aspek tidak diambil kira. Ini mungkin kerana kegiatan mereka tidak teratur, sukar dikesan, dan mudah alih. Dengan ini, ada kemungkinan bahawa nilai sebenar dalam sub-sektor ini jauh melebihi anggaran rasmi.
Kekurangan data perikanan perairan umum ini bermakna peranan mereka dalam sumbangan bekalan ikan makan kurang diiktiraf. Dengan ini, kebajikan mereka boleh dipandang ringan atau diabaikan apabila pihak berkuasa membuat keputusan mengenai pembangunan yang boleh merosakkan biodiversiti dan perikanan di kawasan berkenaan.
PEMELIHARAAN SUMBER PERAIRAN UMUM
Pada tahun 2012, World Wide Fund for Nature (WWF) telah mencadangkan beberapa cara untuk memelihara sumber perairan umum seperti berikut.
#1 PASTIKAN PERALIRAN SUNGAI BERTERUSAN
Perairan sungai terhalang (fragmentation of rivers) adalah faktor utama kemusnahan biodiversiti dan perikanan. Ini kerana masalah ini boleh menjejaskan kelajuan perairan sungai dan turut menjejaskan kualiti habitat itu. Pemelihara perairan sungai dan sambungan sistem perairan umum adalah penting untuk kepelbagaian hidupan akuatik.
#2 MENGURUSKAN HABITAT IKAN DAN STOK IKAN.
Habitat ikan merupakan asas bagi perikanan yang produktif, tetapi banyak habitatnya telah dimusnahkan atau diubah. Usaha untuk memulihkan dan pertambahan habitat akuatik adalah penting. Selain itu, usaha pengurusan stok ikan melalui nurseri dan pelepasan stok ikan yang lebih matang ke habitat juga adalah wajib diteruskan.
#4 MEMBENTUK PAKATAN, MELIBATKAN KOMUNITI.
Kepentingan penduduk di kawasan pedalaman yang sangat bergantung kepada sumber perairan umum boleh terlepas pandang dalam proses perancangan pembangunan oleh pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu. Dengan ini, mereka perlu ada wakil untuk menyuarakan pandangan mereka dan yang mampu membawa impak atas keputusan yang dijanakan.
#5 MELABUR DALAM PENYELIDIKAN.
Banyak aspek dalam sumber perairan umum dan individu yang terlibat masih belum dikaji dengan teliti. Hasil dapatan kajian-kajian itu adalah sangat penting bagi pihak berkuasa menghasilkan dasar, polisi dan peraturan yang berkesan.
#6 PERANCANGAN, PERUNDANGAN, PELAKSANAAN, DAN PENGUATKUASAAN YANG BERKESAN.
Prinsip-prinsip yang digariskan di atas semua memerlukan undang-undang dan penguatkuasaan yang berkesan, dan memerlukan semua bidang dasar yang berkaitan, termasuk pengurusan perikanan dan sumber air, peraturan pemasaran, kebajikan penduduk persekitaran, dan perlindungan alam sekitar. Proses perancangan perlu melibatkan semua pihak yang berkepentingan dan menangani isu-isu pada skala yang sesuai, dengan mengambil kira kesan kumulatif daripada perubahan.
KESIMPULAN
Ramai percaya bahawa di mana ada air, di situ ada ikan. Tetapi, ini telah terlepas pandang bahawa hidupan akuatik adalah rumit dan sangat sensitif terhadap keadaan air. Kelajuan aliran air, kualiti air, suhu air, dan sambungan sungai dengan sungai lain, tasik, dan tanah bencah adalah sangat penting bagi hidupan akuatik. WWF International pernah menyatakan bahawa perlindungan hanya atas tanah bencah dan sungai-sungai tertentu sebenarnya masih tidak cukup untuk memelihara kepelbagaian hidupan akuatik; usaha pemeliharaan harus dilakukan dengan menyeluruh, dan kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan.
Selepas Asar kami menyusur membelah ombak mencari spot sotong untuk dijadikan umpan hidup di Redang pada keesokan hari nanti. Spot sotong mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai dari jeti. Ketika bot menuju spot sempat kami membuat perambut candat dan melelapkan mata seketika untuk berehat. Kelibat Bot 2 sudah tidak kelihatan, masing-masing mencari spot sendiri mana la tahu dapat kandang sotong boleh la ‘calling-calling’ untuk sama-sama mencari umpan.
Ternyata malam itu sotong tidak seberapa mewah. Hanya yang hidup ada 30 ekor sahaja. Tekong Din menghubungi tekong Bot 2. Ternyata hasil sotong hidup Bot 2 pun kurang pada malam tersebut. Memandangkan jam sudah menunjukkan 1 pagi, satu perbincangan kecil antara saya dengan Tekong Din agar meneruskan perjalanan menuju ke Redang.
Perjalanan ke Redang membolehkan kami tidur sepuasnya. Pukul 7 pagi kami sampai satu spot kapal karam. Bayang Pulau Redang sudah kelihatan tetapi masih jauh nak ditujui. Labuh dulu umpan mana tahu ada rezeki kami. Set kekili elektrik dan multiplayer menjadi taruhan kali ini. Set multiplayer Banax Tracker 30 dipadankan dengan rod Lemax PE#2-4 berumpan sotong hidup menjadi pilihan ikan bagi pembuka tirai.
Balan, selaku orang baru yang mengikuti trip ini menggigil mengarau kudrat jenahak. First strike dengan spesimen 7 kg membuatkan beliau tersenyum lebar dan membuatkan rakan lain berasa geram, tercabar dan tak senang duduk. Lantas, kemudiannya, seekor demi seekor pelbagai spesies dinaikkan daripada rakan lain. Ada juga mencuba nasib dengan kaedah jigging.
Faez berjaya mendaratkan sagai berskala 2 kg dengan menggunakan setup ‘light jig’. Padanan rod Major Craft Go Emotion PE#0.4-0.8 dengan kekili Shimano Stradic CI4 – 2500FA, serta tali sulam Extreme Spectra 10 lb memang karan melayan.
9 pagi kami berpindah menuju ke karang Redang. Kelihatan Bot 2 baru sampai mencari spot karang dan lopak. Set yang sama digunakan, umpan sotong hidup menjadi taruhan. Strike!!! Kudrat Miya command X6 memang tidak dinafikan akan kekuatannya. Jangan putus perambut sudah. Spesimen 4 kg ebek berjaya didaratkan oleh saya.
Tahniah, ebek seberat 6 kg berjaya menjadi milik Shahrul Amin. Petang kami masih di karang Redang. Melayan karenah ikan bersaiz 500 gram sehingga 2 kg. Saiz sebegini memang sedap untuk lauk. Hari semakin senja, umpan hirisan sotong dipertaruhkan. Tiba-tiba isyarat loceng berbunyi, rejaman kuat kelihatan. Spesies apakah ini?. Skrin Miya Command X6 menunjukkan bacaan 54 meter terus memuntahkan tali hingga 70 meter.
Drag diperketat sedikit lagi agar tali tidak terus keluar. Sedang asyik melayan kudrat yang tidak tahu spesies apakah ini, ada juga rakan lain sudah berjaya mendaratkan ikan. Pertarungan masih berlaku, akhirnya muncul jua memperkenalkan diri. Satu spesies yang diberi nama Yu kemejan.
Memang spesies ini kuat kudratnya sehinggakan memerlukan dua batang gancu untuk menaikkannya di atas bot. Satu kepuasan bagi saya kerana dapat menjinakkan yu kemejan ini yang berskala 13 kg.
Sebelah malamnya, kami masih dengan seisi ‘bottom’ menggunakan hirisan juraian sotong. Teknik jig juga dipertaruhkan. Dengan menggunakan jig luminous pasti dapat menarik perhatian spesies pelagik.
Cupak bersaiz remaja banyak terpedaya dengan aksi unjunan jig luminous ini. Sesekali alu-alu juga membaham jig ini yang membuatkan putus tali perambut. Geram juga jika spesies ini menyerang. Tetapi hendak buat macam mana memang itu rezeki kita. Layan je la.
Report Bot 2
Bekalan sotong hidup mereka juga agak kekurangan. Pada malam pertama pencarian sotong lebih gemarkan memakan umpan ikan. Mujur mereka ada membawa sedikit umpan ikan yang dibeli di pasar. Jam 9 setengah pagi baru mereka sampai di Redang. Bermulalah misi mereka mencari spesies monster. Ada yang mengunjun jig dan bottom sebagai teknik untuk mendapatkan hasil tangkapan. Spot mereka berjaya mendapat 4 ekor jemuduk, 4 ekor ebek, dan pelbagai spesies ikan lauk.
Difahamkan Jett mendapat ragutan kasar oleh sang layaran. Hanya mendapat melihat aksi akrobatik layaran sahaja. Tetapi apakan daya set ringan jignya tidak mampu menahan kudrat sang layaran sehinggakan beliau terpaksa memotong tali set pancingnya.
Pada sebelah petang Faizul mendapat strike seekor tenggiri seberat hampir 5kg dengan teknik drift. Set yang digunakan terdiri daripada kekili Shimano Aernos 8000, rod Asuka 10-20lb, tali utama 25lb Power Pro sudah cukup untuk membuatkan sang tenggiri menyerah kalah.
Misi Selesai
Keesokan hari kami memancing sehingga pukul 10 pagi sahaja memandangkan perjalanan pulang ke jeti yang masih jauh. Bot mula meninggalkan lubuk menuju ke daratan yang mengambil masa 7 jam untuk sampai ke jeti.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...