Mana Lebih Padu – Assist Hooks Atau Treble Hooks?

Share

 

Suatu ketika dulu, kebanyakan jig besi (metal jig) yang terdapat di pasaran sudah tersedia dipasang mata tiga atau treble hook. Namun terdapat sebab-sebab tertentu mengapa kebanyakan kaki jigging menukarnya kepada assist hooks.

 

Sebab utama adalah kerana mata tiga sering mengakibatkan jig dibuang dengan mudah oleh ikan semasa mereka meronta, lalu mangsa selamat melepaskan diri. Jadi, bagi menghindarkan risiko ini, timbullah idea untuk memasang jig dengan assist hook. Ia terbukti berkesan berbanding mata tiga. Antaranya…

 

 

Walaupun peluang untuk strike lebih rendah namun tahap penembusan pada mulut ikat yang lebih baik berbanding mata tiga.

 

Kuasa pengendalian yang lebih bagus. Tahap rabut selepas tercangkuk adalah lebih tinggi berbanding mata tiga (tidak mudah buang).

 

 

Ia berperanan juga melindungi bahagian bebola mata jig kerana kajian menunjukkan ikan suka menyerang pada sudut mata jig tersebut.

 

Risiko sangkut pada struktur atau karang 200% lebih rendah berbanding mata tiga.

 

Kini, mata tunggal khas untuk jigging (assist hook) sudah banyak dijual di kedai-kedai pancing dalam bentuk paket.

 

Assist hook tersebut lazimnya sangat kuat, tajam dan tidak akan lurus bila diasak tekanan tinggi.

 

 

Ia tersedia diikat pada kevlar yang pendek tetapi kuat, biasanya mempunyai sebilah mata kail dengan panjang kevlar yang berlainan mengikut saiz jiga.

 

Cara pemasangannya cukup mudah. Kevlar yang mengikat mata tunggal itu hanya perlu disimpulkan pada lubang cincin jig.

 

Setelah dipasang, mata tunggal kelihatan bebas bergerak dan berayun. Jadi, ikan yang menyambar sipi pun sukar terlepas.

 

 

Assist hook boleh dipasang di kedua-dua bahagian iaitu bahagian atas dan bawah jig supaya ikan mudah tercangkuk walaupun menyambar dari arah kepala jig.

 

Cuma satu sahaja kelemahan assist hook ini, kevlar assist hook ini boleh putus jika disebat ikan bergigi tajam seperti alu-alu tenggiri.

 

 

Penyelesaiannya, jika memancing di kawasan yang banyak dihadiri ikan pemutus kevlar ini, bolehlah gunakan assist hook yang menggunakan dawai sebagai pengikatnya.

IKLAN