Depan tangga – Dari tengah ke kiri; Jika ke kanan suka sangkut kerana ada kelong. Jarak dalam 30 meter- Ikan jenahak, tanda, pari, semilang dan alu-alu.
Spot 2
Belakang tandas – Dari beting di bawa ke kiri; Jarak dalam 30 meter ke atas. Ikan jenahak,senangin, kerapu, tanda, yu kemejan, pari (lepas beting: kiri 100 meter)- Ikan siakap, semilang dan gerepoh.
Spot 3
Ads
Ke arah laut (jeti Shell) – Betul bumbung sikit anggaran 15 kaki dari depan. Jarak 50 meter ke atas- Ikan jenahak, kaci,senangin, talang, yu, alu-alu dan semilang.
Spot 4
Ke arah kuala – 15 kaki dari depan; Jarak 20 hingga 30 meter- Ikan tanda dan jenahak.
Ads
Spot 5
Ads
Ke arah muara – Betul-betul tepi tandas. Guna mata pancing halus berumpan pumpun atau udang potong- Ikan daun baru dan gerut-gerut.
Spot 6
Tepi dan depan tangga – Jarak 2 hingga 5 meter; Semasa air penuh pagi atau hampir senja. umpan udang atau tamban- Ikan gerepoh dan ebek dalam saiz 1 kg.
Spot 7
Ke arah laut – 2 meter dari depan; Tepi kelong semasa air pasang setengah. Awas, kerapu tarik masuk bawah kelong.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Umpan untuk spesies merah mata hitam paling top ialah ikan selayang untuk siang hari, sotong hidup di malam hari. Ini sesuai dengan diet ikan dari kawasan yang sama seolah makanan asasi bagi rutin diet hariannya.
Bagaimanapun jika jumpa kelompok ikan ini di satu lubuk, apa-apa umpan ikan janji kesegarannya terjamin boleh digunakan. Umpan boleh dicangkukkan seekor jika kecil atau dihiris memanjang. Umpan mati terbaik ialah ikan/sotong belum kena ais.
Paling tidak ia tidak terendam di dalam ais. Potong memanjang berjuntai sedikit lebih baik dibandingkan seketul isi dipotong bersama tulang.
Yang penting pemancing perlu pastikan agar umpan tidak berbelit dengan tali utama tidak kira teknik apollo mahupun penggunaan tanduk. Menggunakan tanduk dapat mengurangkan risiko umpan berpintal dengan tali utama.
Teknik apollo 3 hingga 5 mata kail diikat dengan perambut 60lb dengan perambut utama 100lb paling sesuai diamalkan untuk ikan merah berkelompok ini.
Faktor menentukan saiz mata kail biasanya dirujuk kepada saiz ikan yang dipancing, jenis sama ada bermulut besar atau ikan berbadan besar mulut kecil. Merah mata hitam adalah jenis ikan merah memiliki mulut saiz normal seperti ikan jenahak maupun siakap merah.
Jika saiz kurang sekilogram boleh dipadankan mata kail seperti Gamakatsu nombor 1 atau 2, jika saiz menjangkau 3kg ke atas mata kail npmbor 3/0 hingga 5/0.
Saya gemar menggunakan gabungan 2 mata kail, kecil no 1 di hadapan dan saiz 3/0 atau 4/0 di belakang. Ikatan perambut tanpa perambut dawai kecuali jika ada pemangsa bergigi tajam mencuri umpan terutama pada malam hari.
Pakai pakaian yang sepadan dengan aktiviti dan geografi lokasi. Pastikan badan tidak terdedah dengan cuaca yang terlalu sejuk atau panas. Begitu juga dengan alas kaki. Sebaiknya pakailah alas kaki yang lebih selamat berbanding berselipar sahaja. Lebih-lebih lagi jika kita tidak pasti tahap kelicinan pelantar benda-benda tajam yang mungkin tersembunyi di permukaannya.
Jangan berasa segan jika ingin memakai jaket keselamatan. Terutamanya jika anda ada masalah gayat dan langsung tidak tahu berenang. Jika ingin memakai jaket keselamatan pilihlah jaket keselamatan dari jenis foam kerana selain daripada berfungsi di dalam air, ia juga boleh digunakan sebagai jaket pemanas badan pada waktu malam.
Selain membawa bekalan makanan yang mencukupi, apa yang lebih penting sebenarnya adalah bekalan air bersih untuk diminum dan tujuan lainnya. Tak mengapa kalau kelaparan tak cukup makanan tetapi kalau kehabisan air untuk diminum, ia tak boleh diganti dengan air laut.
Sama ada ingin memancing untuk tempoh yang lama atau beberapa jam sahaja, sebaik-baiknya biarlah berteman. Jangan sesekali memancing secara bersendirian. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Kadang-kadang kemalangan yang kecil sahaja boleh menyebabkan nyawa terancam.
Simpan segala barang-barang yang penting seperti handphone dan kunci kenderaan di tempat yang selamat. Khususnya selamat dari diterbangkan angin dan terkena tempias air masin. Kalau boleh biar diikat terus pada tiang jambatan. Setidak-tidak kalau tersepak pun tidaklah terus melayang ke air.
Jangan berada dalam keadaan terlalu selesa. Maksudnya, bila dah rasa selesa sangat kita akan lupa di mana sebenarnya kita berada. Kita jadi terlupa yang kita berada kawasan yang dikelilingi oleh air berarus deras. Bukannya berada di daratan sebenar.
Ia jarang berlaku tetapi pernah terjadi ada pemancing yang terperangkap di atas pelantar dan hampir dihanyutkan arus apabila dilanda peristiwa air pasang besar. Jadi, anda harus pantau jadual air pasang surut dan cubalah elak daripada memancing di bawah jambatan apabila berlakunya peristiwa air pasang besar.
Ikan jelawat liar yang dipancing mampu mencapai saiz sekitar 8kg hingga 10kg di sesetengah kawasan dan saiz sebegini memang mempunyai nilai sekitar RM80 hingga RM120 sekilogram bergantung kepada tempat. Bagi ikan jelawat baka ternakan dikatakan lebih mudah untuk menyambar umpan tiruan seperti sesudu mikro dan spinner.
Spot yang paling baik bagi memancing jelawat di sekitar kawasan air yang berarus dan aliran keluar masuk air seperti pertembungan anak sungai yang kecil, kawasan air sungai masuk dan keluar.
Oleh kerana spesies jelawat liar semakin sukar dipancing, pemancing digalakkan untuk mengamalkan konsep tangkap dan lepas bagi spesimen yang bersaiz kecil dan terlalu besar bagi memastikan spesies ikan ini dapat meneruskan kelangsungan hidupnya.
Umpan yang biasanya digunakan bagi memancing jelawat ialah cacing, ulat buluh, serangga kecil seperti cengkerik dan juga ikan kecil. Selain itu, sawit juga antara umpan popular bagi menjerat jelawat.
Antara cara penggunaan umpan sawit ialah dengan menggunakan perambut yang panjang dan teknik sawit sate iaitu sawit diracik nipis dan dicangkukkan pada mata kail sehingga ke perambut lebih kurang sejengkal. Selain itu anda boleh cuba gunakan teknik dengan cangkukkan 6-10 mata kail kecil pada sebiji atau 2 biji buah sawit.
Selain umpan di atas, anda boleh cuba gunakan ikan pin-pin sebagai umpan dengan mencangkukkan mata kail pada bahagian kepala ikan tersebut sebelum dimainkan dalam air dalam posisi melawan arus.
Bagi penggunaan umpan tiruan, anda boleh menggunakan sesudu mikro atau spinner dan pasti lebih mencakup dengan padanan set ultralight. Selain itu, penggunaan dry fly dengan menggunakan teknik pancing layang juga berkesan dalam menjerat ikan ini.
Tahukah anda, gewang juga boleh digunakan untuk menjerat ikan ini, sama ada top water, selaman dalam atau minnow. Syaratnya, anda perlu ketahui ada jelawat di sana dan cubalah mainkan aksi gewang tersebut dengan perlahan dan senyap. Banyak rekod yang telah dibuat oleh kaki pancing menggunakan gewang, sama ada casting dari landbase, bot ataupun trolling.
Selain sesudu dan spinner kecil, anda boleh cuba menggunakan umpan soft plastic bagi memancing ikan ini. Cubalah pelbagai jenis warna berdasarkan spot atau lokasi pancing anda, mana tahu giliran anda untuk naikkan spesies ikan jelawat bersaiz besar. Baru namanya rezeki!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...