Walaupun berbadan leper, ikan timah mampu menelan mangsa yang lebih tebal dari badannya sendiri. Oleh yang demikian, anda boleh memilih untuk menggunakan umpan hidup ikan mati. Boleh pakai seekor ikan sebesar 3 jari dewasa sebagai umpan memandangkan ia tidak menelan umpan ikan sekaligus.

 

Umpan akan diserang secara berkumpulan sebelum bahagian yang adanya mata kail tercangkuk padai mulut. Mangsa atau umpan akan diserang sehingga tiada lagi yang tinggal. Selain ikan, sotong hidup mahupun mati adalah terbaik menjerat ikan ini.

 

Umpan Dan Teknik Meleburkan Ikan Timah

 

Mata kail sehingga saiz 5/0 tidak menjadi masalah kerana ikan ini adalah spesies yang rakus menerkan mangsa. Jangan pakai mata kail kecil bagi mengelakkan faktor rabut atau mata terlucut.  Biar mata sesuai lebih-lebih lagi dengan  saiz umpan agar mudah ia menusuk bahagian mulut ikan yang keras ini bila ia ngap umpan berkenaan.

 

Secara umunnya umpan tidak begitu penting dari segi kesegaran mahupun jenis bila memancing spesies ikan timah asalkan jangan keterlaluan besar dengan saiz yang diburu. Kepingan isi ikan ini juga boleh digunakan sebagai umpan alternatif.

 

IKLAN

Umpan Dan Teknik Meleburkan Ikan Timah

 

Teknik

 

Memancing ikan timah lebih mudah pada malam hari berbanding siang. Pergerakannya dapat dikesan menjelang malam terutama ketika ia bermain di kawasan diterangi lampu kapal atau bot. Kilauan sisik berkilat tersembul apabila terkena pembalikkan cahaya.

 

Apabila ia dikesan berada di permukaan air, cara mudah ialah campakkan apa-apa umpan tanpa pemberat ke air. Hanyutkan ia kemudian tunggu kerana spesies ini biasanya berebut menerkam makanan lebih-lebih lagi ia bersaing sesama kumpulannya.

IKLAN

 

Umpan Dan Teknik Meleburkan Ikan Timah

 

Perlu pakai dawai atau kabel di hadapan, memadai dengan kekuatan 30 hingga 50 paun yang tahan lasak. Lebih sesuai jika kabel jenis mono ‘kekuli tahan karat’ digunakan berbanding jenis dawai bersulam 7 X1 atau 7 X 7.  Jika tidak anda perlu tukar kabel setiap kali dapat seekor ikan ini.

 

Dawai atau kabel mono senang dibetulkan dan diluruskan semula setiap kali ikan mengena manakala dawai bersulam biasanya mudah luka maupun berpintal apabila sering digigit ikan timah.

IKLAN

 

Umpan Dan Teknik Meleburkan Ikan Timah

 

Selain menggunakan umpan, satu lagi teknik ialah mengunjun (jigging). Saya berpeluang mencuba kekuatan ikan ini dengan cara teknik ini secara tidak sengaja di Pulau Redang. Ikan cupak yang dihajati tidak muncul sebaliknya ikan timah bertali arus hantam jig pada malam hari.

 

Walaupun tidak sehebat ikan cupak rembat jig, tapi bila ia dah banyak pasti anda letih di kerjakannya. Sesetengah pemancing pula berpendapat kalau tak ada batu ladung pung berguna. Anda boleh cuba fight dengan ikan yang mampu mengundur, mereng, ikut melulu dan menggelepar di permukaan ketika bertarung.

 

Umpan Dan Teknik Meleburkan Ikan Timah

 

Sebolehnya guna playar atau alat menanggalkan mata kail di mulut ikan ini. Berbadan licin, serta gigi tajam mampu membuatkan anda serik  jika sekali ngap. Tunggu sehingga ikan lemah bila ingin mengendalikannya setelah dipastikan tahap keselamatan jari jemari anda.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI